Thursday, October 31, 2019

PRK TANJONG PIAI: SIAPA BUKTIKAN SIAPA

BARISAN NASIONAL meletakkan calon daripada MCA, Umno mendakwa tidak tamak, pada masa yang sama menolak dakwaan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan Pas rasis.

Di pihak PH pula meletakkan calon kaum melayu untuk mendapat keseimbangan antara wakil-wakil rakyat dalam pakatan empat parti itu, kerana kompoisi wakil rakyat antara parti-parti majoritinya daripada kalangan kaum cina.

Antara PH dan MN ibarat hitam putih kehidupan. PH berhadapan kesukaran mendapat sokongan kaum melayu, manakala Bn dan kini MN berhadapan kesukaran mendapat sokongan kaum cina dan india.

Pada PRK Tanjong Piai, PH mahu membuktikan mendapat sokongan kaum melayu, sementara MN mahu membuktikan sokongan kaum cina dan india.

Sebenarnya, pihak manapun siapa buktikan siapa, adalah negatif kepada negara yang berbilang kaum. Kerana politik, maka keharmonian kaum tercalar.

Wednesday, October 30, 2019

KETUA MENTERI SAH SABAH-JIKA RAKYAT JADI HAKIM

JIKA rakyat jadi hakim, pertimbangan pertama adalah kemajuan rakyat dan negeri. 

Rakyat Sabah amnya mengetahui bahawa kemajuan rakyat semasa Musa Aman Ketua Menteri Sabah tidak boleh disangkal, dan sehingga kini sangat berbekas di hati rakyat, malah rakyat lah yang memberi beliau gelaran BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH. 

Pencapaian ketara beliau semasa berjawatan Ketua Menteri apabila beliau berjaya menurunkan kadar kemiskinan Sabah secara drastik daripada hampir 20% pada tahun 2009 kepada di bawah 3 peratus pada tahun 2017 

Selain pencapaian tersebut di atas, Musa juga dapat menaikkan jumlah kewangan negeri daripada RM184juta pada tahun 2003 kepada RM3.74bilion pada Disember 2017 dan masih berbaki RM3.4bilion pada Jun 2018. Menerusi kemampuan menyimpan wang yang begitu besar kepada perbendaharaan Sabah telah menghakis dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya, Musa adaah pemimpin rakus, yang mana sebaliknya, beliau adalah pemimpin yang sangat berhemah dan cermat. 

Peningkatan keluasan hutan kekal Sabah pada tahun 2017 seluas 1.87juta hektar berbanding tahun 2002 yang hanya 838 ribu hektar, juga menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan Sabah sekarang, kononnya, era Musa pembalakan berlaku berluasa, sedangkan hakikatnya, pada era Musa lah pembalakan berskala besar dihentikan. 

Pembangunan fizikal di Sabah, khususnya bandar-bandar besar seerti Kota Kinabalu, adalah hasil perancangan Musa bersama swasta, seperti pembinaan Perdana Park di Kota Kinabalu dan Perpustakaan Sabah, Tanjung Aru adalah sumbangan CSR pihak swasta, tidak melibatkan kewangan negeri Sabah, dan semua ini berlaku kerana pendekatan beliau yang dihormati pihak swasta, kerana dalam pentadibaran beliau, pengelibatan swasta berganding bahu dengan kerajaan bagi membangun dan memajukan negeri demi rakyat Sabah. 

Pengwujudan projek-projek mega atau besar bertujuan untuk membuka lapangan pekerjaan, baik kepada rakyat secara individu juga kepada syarikat-syarikat bekalan atau sivil, selain memperancak aktiviti ekonomi. Atas pertimbangan itu maka Musa membina SICC, SAMUR, SGOT dan TAED. Sebagai contoh, SICC telah mengwujudkan 10,000 peluang pekerjaan, daripada pembinaan sehinggalah beroperasi penuh. 

Rakyat Sabah sebenarnya memerlukan Ketua Menteri seperti Musa untuk mengejarkan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Berasaskan kepada keadaan itu lah, majoriti rakyat Sabah terlalu rindu kepada kepimpinan beliau. Beliau kehilangan tanggungjawab sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah, bukan kerana kehendak rakyat secara umumnya, akan tetapi akibat tindakan khianat daripada beberapa individu yang dipanggil wakil rakyat pada 12 Mei,2018. Untuk rekod, Musa telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei,2018, namun, TYT Sabah melantik orang lain pada 12 Mei, berikutan tindakan 6 ADUN daripada Bn berpaling tadah. 

Rakyat Sabah yang terangkat taraf hidup mereka menerusi Program Mini Estet Sejahtera (mesej) merindui kepimpinan Musa, manakala rakyat lain sedang menunggu peluasan program itu di kawasan-kawasan yang memerlukan. Dalam era kerajaan Musa, sebanyak 54 unit Mesej yang melibatkan 2,000 ketua isi rumah telah terlaksana. 

Bagi industri kecil dan sederhana seperti industri kraf, pada era Musa telah dibina Pusat Kraftangan Keningau bernilai RM30juta dan telah berjaya melatih 19,626 pelatih. Manakala bagi industri berbentuk mega POIC Lahad Datu yang melibatkan pelaburan bernilai RM3.35bilion dengan 44 projek kilang telah membuka sebanyak hampir 3 ribu peluang pekerjaan. Sementara POIC Sandakan yang melibat 3 projek bernilai RM158juta telah membuka 160 peluang pekerjaan berkemahiran. 

Semasa era Musa, hub pendidikan tidak dilupakan, umpama pembinaan Kampus UMS Sandakan yang bernilai RM226juta. Bagi keperluan perumahan rakyat pula, sebanyak 19,491 unit rumah telah dibina yang berstatus rumah mampu milik. 

Bagi industri minyak dan gas, pelaburan sebanyak RM56.72bilion telah terealisasi, iaitu SOGIP RM33.87bilion, SOGT RM3.8bilion dan SAMUR RM19.05bilion. Pelaburan seumpama ini telah memberi impak kepada aktiviti ekonomi kepada Sabah, sebab itu, perolehan lagi setiap tahun melebih RM4bilion, manakala besarnya ekonomi Sabah telah meningkat RM80bilion, berbanding semasa beliau dilantik ke Jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003, besarnya ekonomi Sabah hanya RM56bilion. 

Sabah memerlukan kepimpinan seperti Musa yang mahir mencari peluang untuk peningkatan pendapatan Sabah, sebab itu beliau melancarkan HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah sehingga tahun 2025 sebaik sahaja beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri. 

Hakikatnya, rakyat Sabah merindui seorang pemimpin yang mampu merancakkan perekonomian Sabah, selain mampu mempengaruhi pihak pelabur datang ke Sabah untuk melabur. Jika rakyat boleh jadi HAKIM, sudah tentu mereka mahu Musa menerajui semula Kerajaan Sabah. Sungguh sayang rakyat terpaksa bergantung kepada keputusan mahkamah berkaitan siapa Ketua Menteri Sah Sabah, Sebenarnya rakyat Sabah mengharapkan dengan sungguh-sungguh, agar Perlembagaan Sabah digunakan sebagai pemutus siapa Ketua Menteri Sabah.

Monday, October 28, 2019

SENARIO POLITIK NEGARA-ERTI ANGKA KERAMAT 112

Kuasa politik semuanya bergantung kepada angka-angka. Di Malaysia sekarang, untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka perlu ada 112 daripada 222. Demikian juga, pemimpin yang mendapat sokongan angka itu, maka jadi Perdana Menteri. 

Selepas sahaja berlakunya perubahan kerajaan, perbincangan atau isu Perdana Menteri ke-8 bukan sahaja menjadi isu dalam negara malah luar negara. Mungkin, kerana isu ini, maka berpengaruh terhadap ekonomi negara, sehinggakan, perekonomian negara seperti kata peribahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. 

Berkali-kali Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar membuat kenyataan bahawa peralihan jawatan PM-7 ke PM-8 sudah selesai, kerana persetujuan telah disepakti bahawa selepas Tun maka Anwar. Pun demikian, demi tatapan umum, dan bahan cerita, berbagai andaian dibuat oleh berbagai pihak, termasuk memberikan angka-angka. Misalnya, laporan Sin Chew Daily mengatakan Tun mempunyai sokongan 100 MP, manakala Anwar 95, tidak termasuk MP GPS=18 dan Warisan=9. Jika 27 MP itu berpihak kepada Tun, maka Tun terus menjadi PM, manakala jika 27 itu berpihak kepada Anwar, belum cukup 112, kurang 7 kerusi, kononnya, inilah penyebabnya, Anwar tidak berani mengusulkan undi tidak percaya. 

Jika benarlah laporan akhbar cina itu, maka kedudukan PM-8 akan terserah sepenuhnya kepada Tun, kerana beliau tahu, bahawa tiada mana-mana pihak yang mempunyai angka 112. 

Bagi GPS dan Warisan pula, adalah selamat bagi mereka terus menyokong Tun, demi kestabilan sehingga lah ke PRU-15, kerana jika dua parti tersebut membuat sokongan kepada Anwar, boleh menyebabkan parlimen tergantung, dan keadaan ini membuka ruang kepada pembubaran Dewan rakyat untuk membuka jalan PRU-15. 

Dalam senario politik yang tidak menentu serta dibantu keadaan ekonomi negara yang teruk, pihak yang menyokong Anwar tidak sanggup berjudi masa depan politik mereka, khususnya DAP, kerana mereka tahu, keadaan tidak berpihak kepada mereka. 

Tun sudah memberi isyarat menerusi Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu, kaum melayu/islam boleh sahaja bermuafakat, kerana kata peribahasa, air dicincang tidak akan putus, meskipun berlakunya perseteruan “luarbiasa” antara sebahagian kecil pemimpin Umno dan Tun Dr Mahathir. 

Keadaan perekonomian negara yang teruk sangat berimpak kepada ahli-ahli perniagaan dan korporat,dan mereka itu sebahagian besar daripada kaum cina. Jika kajian merdeka center betul, kononnnya sokongan kaum cina terhadap kerajaan PH merudum dengan teruk, membawa erti, bahawa sokongan terhadap DAP juga merudum.

Sunday, October 27, 2019

PRK TANJONG PIAI MILIK SIAPA?

SEBELUM PRU-14, PRK Telok Intan dimenangi Bn. Pada PRU-13, parlimen itu dimenangi calon DAP. Pada PRU-14 pula kawasan itu dimenangi DAP semula dengan majoriti hampir 40 kali ganda. Sebelum ini, di Selangor berlaku juga PRK Ijok, yang dimenangi Bn, pada PRU berikutnya, kawasan Dun itu, dimenangi calon Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti berkali ganda.

Selepas PRU-14, ada 3 PRK di Semenanjung di menangi BN, dua mempertahankan kawasan, iaitu Parlimen Cameron Highland, dan Dun Rantau, manakala yang satu lagi merampas kawasan yang dimenangi PH pada PRU-14, iaitu Dun Semenyih. 

Sebenarnya, tiada yang perlu digambarkan menerusi pilihan raya kecil (PRK), kerana pilihan raya umum (PRU) keadaannya berbeza. Pada PRU yang dipertaruhkan adalah parti mana menubuhkan kerajaan, baik Persekutuan mahupun negeri. Manakala PRK, tidak mengubah status quo. 

Biasanya, jika kerusi parti yang memerintah kalah pada PRK, ianya membawa makna, sebagai isyarat rakyat kepada kerajaan untuk menunaikan janji-janji semasa pilihan raya, atau kerajaan perlu berbuat sesuatu tentang pemasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut. Tentang, parti mana, yang akan menawan kerusi pada PRU, tiada kepastian, kerana pertimbangan pengundi berbeza antara PRK dan PRU. 

Berdepan dengan PRK Tanjong Piai, Johor pada 16 November jika ada pertandingan pengundi akan membuat dua keputusan, apa kah memberi isyarat kepada kerajaan dengan mengundi parti lawan, atau pengundi kawasan itu akan menunjukkan, bahawa kawasan itu adalah wilayah Pakatan Harapan, tanpa mengira sebarang isu yang dihadapi rakyat dan negara. 

Bagi parti lawan pula, jika calon mereka menang, maka ianya menjadi bahan “marketing” mereka bahawa muafakat nasional (antara Umno dan Pas) diterima rakyat, maka dengan itu, mereka akan menjadi pencabar utama kepada PH pada PRU-15. Pada masa yang sama juga, PH perlu bertindak untuk menunaikan janji-janji mereka, kerana jika gagal, maka rakyat akan menghukum mereka. 

Hakikatnya, tiada kerajaan yang tidak mahu menunaikan janji, kerana janji merupakan penanda aras kepada sesebuah kerajaan. Janji adalah faktor yang boleh dipegang oleh rakyat, dan ianya sebagai penanda aras kepada kerajaan. Jika janji, tidak dapat ditunaikan, maka alasan yang munasabah perlu diberikan, iaitu alasan yang berasaskan fakta dan data. Pada masa ini, alasan tidak boleh diberikan, hanya berasaskan hujah politik, kerana maklumat, sungguh mudah diperolehi. Jika kerajaan cuba membuat pernyataan politik, tidak berasaskan perkara sebenar, maka rakyat akan merasa muak, lalu menghukum kerajaan pada PRU. 

Menerusi PRK Tanjong Piai, bukan mahu melihat, apa kah PPBM terus diterima rakyat (Parlimen itu bakal ditandingi calon PPBM, kerana Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik adalah pemimpin parti itu), akan tetapi rakyat mengundi nanti, berasaskan dua pertimbangan seperti mana disebutkan pada awal artikel ini. 

Apa pun keputusan PRK ini, tidak menggambarkan apa-apa, dan ianya juga bukan penanda aras pada PRU-15, kecuali pembangkit semangat bagi dua parti yang berlawan- PH dan Muafakat Nasional (MN).

HAJIJI TEKANKAN- SABAHAN PERLU BERSEMENGAT NASIONAL

KESINAMBUNGAN pembangunan dan kemajuan bagi Sabah dan rakyatnya akan berterusan sepanjang masa, apabila Sabahan bersemangat Nasional yang berpaksi kepada Sabah untuk Malaysia dan Malaysia untuk Sabah.

Apabila rakyat Sabah berfikiran demikian, maka Sabah dan rakyat akan makmur bersama dengan rakyat di negeri-negeri lain seiring dengan peredaran masa. 

Hajiji yang merupakan Pengerusi Parti Bersatu (PPBM) Sabah mengingatkan rakyat Sabah perjuangan masa ini, adalah landasan atau tiang kepada generasi akan datang, atas sebab itu, halatuju perjuangan perlu digariskan secara inklusif dan menyeluruh agar dapat menjadi asas yang kukuh kepada generasi seterusnya. 

Bagi rakyat Sabah khususnya pribumi, landasan perjuangan yang inklusif itu telah tertulis pada Perlembagaan Parti Bersatu, dan ianya merupakan landasan perjuangan yang hakiki bagi parti itu. Kerana perkara itu merupakan landasan, maka setiap rakyat Sabah yang tergolong dalam pribumi akan terus terbela menerusi parti tersebut. Penekanan perjuangan ini lah yang membezakan antara parti itu dengan parti-parti lain baik parti tempatan mahupun parti nasional. 

Bagi pribumi Sabah, adalah sangat beruntung apabila menyertai atau menyokong Parti Bersatu, kerana parti itu adalah satu-satunya parti bertaraf nasional yang memastikan undang-undang tubuh parti meletakkan kedudukan pribumi Sabah pada tempat yang sewajarnya bertepatan dengan semangat dan prinsip perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sabah. 

Bersatu, daripada awal penubuhannya telah mengambilkira aspirasi serta jati diri nasional dan lokal. Berasaskan kepada landasan ini, keutamaan atau agenda gerak kerja Bersatu Sabah adalah untuk memastikan parti sentiasa berada pada landasan perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaan Parti, khususnya berkaitan hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah, termasuklah perkara berhubung kait dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pembangunan saksama, keselamatan negeri dan isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Justru itu, rakyat Sabah perlu menjadi sebahagian kepada memelihara dan melindungi kepentingan dan perpaduan nasional. Menerusi semangat itu, maka rakyat Sabah adalah sebahagian daripada rakyat negera ini yang menjaga kedaulatan dan keutuhan Persekutuan sebagai wadah menuju kemakmuran bersama.

Wednesday, October 23, 2019

DISEBALIK KERAJAAN TANPA DAP ATAU TANPA BERSATU

ISU kerajaan Persekutuan tanpa DAP meskipun sudah didedahkan, tetapi  tidak diketahui siapa dalangnya, walaupun Dato Hishamuddin Hussien menjadi kambing hitam.

Kerajaan tanpa DAP (juga tiada Amanah) dibangkitkan sendiri oleh Presiden PKR dalam satu perbahasan di Dewan Rakyat. Pendedahan itu sebenarnya sebagai tindakan primtif untuk mengekang, jika ada usaha ke arah itu, kerana kolaborasi itu jika benar akan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri untuk penggal ini. Sebagai balasan kepada spkulasi itu, seorang ADUN DAP Ronnie Liu (ADUN Sungai Pelek-mantan exco Selangor) menimbulkan isu kerajaan tanpa Bersatu, dengan terpernci sekali, bahawa kerajaan Persekutuan tanpa Bersatu, boleh mempertahankan kerajaan persekutuan dengan jumlah majoriti mudah dengan 113 MP daripada 222. 

Maksud kerajaan Persekutuan tanpa Bersatu, adalah kombinasi antara PKR-50 MP, DAP=42, Amanah=11, Warisan=9 dan UPKO=1. 

Andaian Ronnie Liu tanpa mengambilkira pendirian beberapa MP PKR termasuklah Azmin Ali. Sebagai nota, semalam, sekali lagi, Azmin menekankan, bahawa Tun Dr Mahathir perlu dibenarkan menamatkan tempoh sepenggal sebagai Perdana Menteri, kerana ianya kehendak rakyat pada PRU-14. 

Hakikatnya, apapun gerakan mengubah kombinasi atau kolaborasi kerajaan Persekutuan, terlalu sukar dilaksanakan, kerana terdapatnya unak dan duri, walaupun di atas kertas kombinasi antara Umno-Bersatu-Pas-GPS-STAR dan PBS serta kumpulan Azmin berkemungkinan besar boleh berlaku, namun halangannya, di peringkat Umno sendiri, kerana para MP parti itu belum sanggup memisahkan diri dengan Dato Zahid Hamidi dan Dato Najib Razak. Jika ‘kesanggupan” memisahkan diri daripada MP Umno berjaya dirungkai, kemungkinan besar boleh berlaku, Kerajaan Persekutuan berubah sebelum PRU-15. 

Menerusi senario yang didedahkan oleh Ronnie Liu, setakat ini tiada seorang pemimpin DAP menyanggah pendedahan tersebut, seolah-olah ianya satu ugutan kepada kepimpinan Bersatu, khususnya Tun Dr Mahathir, malah pemimpin DAP itu menganggap, Tun Dr Mahathir hanya sebagai harimau di atas kertas (paper tiger). 

Melihat senario kerajaan tanpa Bersatu sudah timbul dipermukaan, maka isu ini akan berpengaruh pada PRK Tanjong Piai. Parlimen Tanjong Piai, tradisinya ditandingi DAP, akan tetapi memberi peluang kepada Bersatu pada PRU-14. Jika anggapan pengundi DAP sepertimana anggapan Ronnie, besar kemungkinan akan menghalang calon Bersatu mempertahankan kawasan itu. Di lapangan, berasaskan jumlah undi pada PRU-14, undi Umno dan Pas merupakan jumlah undi popular. Kemenangan calon Bersatu, kerana pertembungan tiga penjuru, sesuai dengan sistem demokrasi negara, First Past The Post.

Tuesday, October 22, 2019

KERANA SABAHAN UNTUK MALAYSIA

KERANA konsep Sabahan untuk Malaysia, maka berdiri lah Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 1994. Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia maka Lebuhraya Pan Borneo terwujud. Kerana konsep itu, maka berbagai peluang untuk Sabahan, bukan sahaja jawatan-jawatan menteri persekutuan, juga anak watan Sabah dilantik menjadi duta, CEO agensi Persekutuan, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), pengarah, Ketua Hakim, dan banyak lagi, jika disenaraikan.

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, Datuk Shafie Apdal menimba ilmu di Persekutuan sejak tahun 1995, sehinggakan menerajui sebuah kementerian yang cukup besar peruntukan KKLW. 

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia yang diperopori bermula tahun 1994-2018, maka kemajuan dan pembangunan Sabah dari hari ke sehari terus bertambah, termasuk pembinaan jalan-jalan bertingkat yang didanai Kerajaan Persekutuan. 

Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, maka komitmen Kerajaan Persekutuan menurunkan kemiskinan Sabah daripada 38% tahun 1990, menurun kepada 2.9% pada tahun 2016, dan jika Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah tidak terhenti, kadar itu bakal menurun ke paras 2% tahun 2019, namun kerana konsep Sabahan untuk Malaysia bertukar kepada konsep Sabahan untuk Sabah, nampaknya kadar kemiskinan akan kembali kepada rekod sebelum ini, kerana rakyat kekurangan peluang mendapatkan pendapatan, kerana perekonomian negeri bukan sahaja lembab tetapi menjunam dengan teruk sekali. Bayangkan pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2017 adalah 8%, bagi tahun 2018, selepas kerajaan yang berkonsepkan Sabahan untuk Sabah, kadar pertimbuhan ekonomi menurun kepada 1.5%. 

Tiada yang dibanggakan dengan pertambahan sekali ganda geran tahunan Sabah daripada RM26.7juta kepada RM53.4juta, kerana jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan dana Persekutuan yang diluncurkan ke Sabah sebelum ini, yang berjumlah puluhan bilion, sehinggakan dana RM1.5bilion tidak sampai ke sasaran, kerana karenah pemimpin tertentu, yang kini membawa konsep Sabahan untuk Sabah dan Sabah kita punya. 

Sebelum ini, kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, dana untuk pembaikan sekolah-sekalah daif berjumlah RM1bilion, jalur lebar menerusi Kementerian Multimedia dan Komunikasi berjumlah RM2bilion, kerana konsep Sabahan untuk Malaysia dinyahkan, maka dana besar itu, tidak kedengaran lagi, malah projek-projek yang didanai Persekutuan yang mana sebelumnya diurus oleh kerajaan negeri diambil alih semula oleh Persekutuan. 

Berasaskan pengalaman lalu, Pengerusi PPBM Sabah tidak salah menilai, bahawa untuk pembangunan dan kemajuan Sabah daripada sekarang dan seterusnya perlu berlandaskan kepada konsep Sabahan untuk Malaysia, kerana wakil rakyat terlama itu, tahu betul sejarah pembangunan dan kemajuan Sabah, sejak merdeka lagi. 

Hajiji telah melalui, sebuah pemerintahan tahun 90-an yang berkonsepkan Sabahan untuk Sabah, yang mana impaknya, Sabah hampir muflis, malah gaji kakitangan kerajaan pun dibayar menerusi pinjaman. Kerana konsep Sabahan untuk Malaysia, yang mana ADUN Sulaman itu sebahagian daripadanya telah menyaksikan sendiri, bagaimana ampuhnya konsep itu, kerana berlandaskan konsep itu, maka Kerajaan Persekutuan meluncurkan dana yang cukup besar. 

Berselindung dengan konsep Sabahan untuk Sabah, hanya bermotifkan politik jangka pendek untuk mendapatkan kuasa bagi pemimpin tertentu, akan tetapi dalam jangka panjang memudaratkan rakyat Sabah secara umumnya.

Kerana para pemimpin seperti Hajiji dan para pemimpin PPBM (bersatu) Sabah sedar, bahawa hanya menerusi konsep Sabahan untuk Malaysia sahaja, rakyat Sabah bukan sahaja berpeluang di peringkat yang lebih luas, juga akan mengwujudkan persaingan yang lebih luas, kerana tidak hanya berlegar-legar dalam kolam, akan tetapi lautan!!!. Mereka yang berkonsepkan sempit seperti Sabahan untuk Sabah, hanya menjadikan rakyat Sabah lemah dan jumud!!!.

KERAJAAN WARISAN BERI ISYARAT SALAH

MUNGKIN terpaku dengan slogan atau misi parti pimpinan Datuk Shafie Apdal-SABAH UBAH & SABAH KITA PUNYA, maka tindakan dan keputusan kerajaan berbeza dengan amalan-amalan kerajaan yang berpandukan kepada akta-akta/ordinan/perintah-pertintah kerajaan/surat-surat pekeliling, sebaliknya kerajaan pimpinan Shafie mengubah kebiasaan itu, sehinggakan menimbulkan kecelaruan atau kucar kacir dalam segi pentadbiran. 

Tindakan melantik bukan rakyat Sabah sebagai presiden Majlis kerajaan tempatan, melantik bukan pegawai awam sebagai Pengarah Jabatan Air (mahkamah sudah sahkan lantikan tidak sah), meluluskan/cuba meluluskan tanah-tanah kerajaan kepada “rakyat baharu”, cadangan mengezetkan perkampungan setinggan sebagai kampung baru, menukar tanah komunal kepada geran persendirian (kembali menggalakan pertukaran hak milik-seperti mana rekod sebelum ini lebih 1juta tanah geran NT sudah bertukar tangan-antara alasan pengwujudan geran komunal, sebagai usaha kerajaan, tanah NT dapat diwarisi) selain “menghalalkan” pendatang asing tanpa izin(PATI) dengan memberi Pas Sementara Sabah (PSS), membatalkan berbagai kontrak yang membabitkan konsensi air, penyelenggaran jalan raya, konsensi pembalakan, memberi pinjaman kepada syarikat yang bakal golong tikar, melantik suku sakat di semua peringkat, samada kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan termasuk juga Yayasan Sabah telah memberi isyarat kepada pelabur khasnya dan umumnya kepada rakyat Sabah, bahawa kerajaan hari ini, bertindak bukan berasaskan peraturan tertulis, akan tetapi berasaskan keinginan hanya semata-mata untuk menunjukkan, bahawa Pemerintahan Sabah, TELAH BERUBAH DAN SABAH KITA PUNYA. 

Tidak pernah berlaku dalam negara ini keputusan mahkamah yang membabitkan kerajaan tidak dipatuhi, seperti Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubungan dengan perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah. 

Pembatalan berbagai kontrak oleh Kerajaan Warisan sehinggakan kerajaan Sabah hari ini berdepan dengan saman hampir RM1.5bilion, boleh menjadi penada aras bahawa kerajaan Sabah akan datang juga bakal melakukan tindakan yang sama, kerana apabila sesuatu tindakan ada pemulanya, maka ianya pasti berantai. 

Penulis melihat kerajaan Sabah hari ini, ibarat melakukan “overhull” pada enjin kereta yang masih elok dan baharu, sehinggakan mengsahkan bahawa mereka seperti kata peribahasa, kera mendapat bunga. 

Kerajaan sepatutnya mencipta berbagai pendekatan yang membolehkan rakyat mendapat peluang pekerjaan, peluang-peluang ekonomi, sebagai tindak balas melawan kesengsaran berhadapan dengan kos sara hidup yang terus meningkat. Namun, di lapangan, sejak berubahnya kerajaan, aktiviti ekonomi merudum, diimbagi dengan tiadanya hala tuju jelas kerajaan. 

Apa yang rakyat nampak, adalah perubahan “lifestyle” para menteri atau wakil rakyat, termasuk keputusan kerajaan membeli kenderaan mewah sekadar menunjuk-nunjuk, sedangkan semua itu, tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat, malah menyebabkan pendayagunaan kewangan negeri untuk kepentingan rakyat umum dinyahkan. 

Pengalaman Sabah apabila diperintah oleh mereka yang tidak kompiten, sebelum ini, Sabah hampir muflis, sehinggakan gaji kakitangan awam kerajaanpun dibayar menerusi wang pinjaman. Pada masa pertukaran kerajaan pada tahun 1994, simpanan kewangan kerajaan hampir kosong, malah pada tahun 2003, hanya berjumlah RM184juta. Sebagai impak kepada kebolehan pemimpinan Sabah yang diterajui Musa Aman (kini Tan Sri) yang memperkenalkan HALATUJU PEMBANGUNAN & KEMAJUAN SABAH (HALATUJU), maka simpanan kewangan Sabah meningkat kepada RM3.74bilion pada Disember, 2017, malah simpanan itu berbaki RM3.4 bilion pada Jun,2018 (disahkan sendiri di Dewan undangan negeri oleh Datuk Shafie Apdal). 

Penulis menunggu, pada pembentangan Bajet 2020 Sabah pada November nanti, apa kah wang simpanan kerajaan Sabah masih kekal/bertambah atau pun sudah banyak berkurang.

Sunday, October 20, 2019

ANTARA SABAH UNTUK SABAHAN DAN SABAH UNTUK MALAYSIA

DUA unak dan duri politik Sabah, iaitu, Sabah untuk Sabahan dan Sabah untuk Malaysia. 

Kerajaan Usno tumbang kerana majoriti rakyat Sabah berpindah kepada konsep Sabah untuk Malaysia. Kemudian, parti itu tumbang pula, kerana majoriti rakyat berpindah kepada konsep Sabah untuk Sabahan, kemudiannya konsep itu diketepikan, menerusi kerajaan Bn Sabah bermula tahun 1994. Pada PRU-14, rakyat Sabah terbahagi dua, ada yang memilih Sabah untuk Sabahan dan Sabah untuk Malaysia. 

PRU-14, memang benar-benar rakyat Sabah terbahagi kepada dua fahaman tersebut, sebab itu lah keputusan PRU itu, tiada parti yang menang, melainkan menyebabkan DUN Sabah tergantung, apabila Bn mempunyai 29 kerusi, sementara kolaborasi antara Warisan, DAP dan PKR juga mempunyai 29 kerusi daripada 60 kerusi DUN Sabah yang dipertandingkan. 

Jika diteliti betul, tanpa melihat latar belakang politik dan parti, rakyat Sabah pada PRU-14 masih memilih Sabah untuk Malaysia, yang ditandai oleh 37 kerusi Dun, Bn 29, DAP 6 dan PKR 2, manakala yang memilih Sabah untuk Sabahan hanya diwakili 23, menerusi warisan 21 dan STAR 2. 

Kita sama-sama tahu dan sedar, bahawa kerajaan Sabah yang ada pada hari ini, bukan pilihan rakyat sebenar, kerana kerajaan yang ditubuhkan kerana faktor lompat parti. 

Mendasari senario itu, pendekatan Sabah untuk Malaysia sebenarnya masih pilihan rakyat. Pendekatan ini, masih digunapakai oleh parti Umno, dan seterusnya Parti PPBM memperkasanya lagi, dengan hujah tambahan, bahawa parti itu sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan. 

Rakyat Sabah sebenarnya perlu memilih padang yang besar, sesuai dengan perubahan dunia, dunia tanpa sempadan, apa tah lagi, gelombang revolusi industri 4.0 bakal menguasai dunia. 

Rakyat yang masih terpaku dengan Sabah untuk Sabahan dan Sabah kita punya, sebenarnya mereka ini hanya memencilkan diri, menolak kemajuan dan pembangunan, selain memperkecil peluang-peluang, samada dalam aktiviti ekonomi dan perkhidmatan, selain kehilangan daya saing untuk maju ke hadapan. 

Usaha parti seperti PPBM untuk mengingat semula, betapa mustahaknya rakyat Sabah memilih Sabah untuk Malaysia, adalah bekalan kepada generasi seterusnya untuk berjaya dan maju bersama, bukan sahaja di peringkat negara malah dunia.

Sempena siri jelajah PPBM Sabah, Pengerusi PPBM Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor, menekankan betapa mustahaknya rakyat Sabah memilih Sabah untuk Malaysia, kerana itu lah pilihan terbaik rakyat negeri ini, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua rakyat di negara ini, tanpa melihat latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Sabah perlu memilih medan yang luas untuk maju ke hadapan, dan jangan cuba memencilkan diri pada lapangan sasar yang sempit.

Saturday, October 19, 2019

DISEBALIK ‘ I HAVE THE NUMBERS’

BERBICARA jawatan perdana menteri ke-8, nama MP Semborong jadi bahan hujah di Parlimen, kerana dikatakan bahawa ahli parlimen itu dalang kepada komplot menubuhkan kerajaan ikatan baharu tanpa DAP dan Amanah. Jelas, maksud kepada ikatan baru itu, mahu menafikan perubahan jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-15. 

Penulis teringat selepas PRU tahun 2008, perkatan “ i have the numbers’ terpacul daripada mulut Anwar, sehinggakan mendiang Karpal Singh menuduh jika berlaku perubahan kerajaan, maka ianya merupakan malapetaka kepada demokrasi negara. 

Gegaran perkataan “i have the numbers” menyebabkan puluhan MP Bn masa itu terpaksa menghiburkan hati ke Taiwan, dalam usaha “regrouping” para MP Bn, untuk menghalang berlakunya perubahan kerajaan pada 16 September, 2008 menerusi GERAKAN 16 SEPTEMBER!!!. 

Impak kepada gerakan itu, malah menular di Sabah, sehinggakan komponen Bn SAPP keluar daripada Bn, dengan alasan yang dibuat-buat “hilang kepecayaan terhadap Perdana Menteri-PM masa itu adalah Dato Seri Abudullah Ahmad Badawi”. 

Mendasari disebalik “i have the numbers” jika benar-benar perkara itu wujud, pergantian jawatan Perdana Menteri mungkin lama sudah berlaku, seperti mana ‘perancangan” menerusi PRK Port Dickson, namun kerana “numbers” bagi merealisasikan perancangan PD hingga kini di awang-awangan. 

Berselindung pada Mei 2020, apabila genap 2 tahun Tun Dr Mahathir menjadi PM, selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, merupakan hari keramat, apa kah akan berlaku pergantian jawatan Perdana Menteri?, kerana secara bertulis, memang tiada perjanjian demikian, walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim menyebutkan bahawa ada perjanjian pada Januari, 2018, bahawa selepas Tun Dr Mahathir maka Anwar akan mengambil alih. 

Apa yang menjadi isu sekarang, memang “numbers” menyokong Dato Seri Anwar mengambil alih tidak mencukupi, maka untuk merealisasikan agar beliau menjadi Perdana Menteri masih sangat bergantung kepada kesediaan Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan, kerana “numbers” masih berpihak kepada PM-7 itu meneruskan jawatan sehingga tamat penggal, bukan sahaja daripada kalangan MP PH (kecuali sebahagian kecil MP PKR) malah mp pembangkang baik daripada Umno dan Pas serta GPS menyokong agar tiada pergantian jawatan sehingga PRU-15. 

Bagi penulis, meskipun ada persetujuan tidak bertulis, bahawa perlu berlaku pergantian jawatan Peradana Menteri, namun hakikat yang tidak boleh dipertikai, bahawa suksesnya PH menumbangkan kerajaan Bn, kerana Tun Dr Mahathir, bukannya kerana pakatan para pemimpin daripada PKR, DAP atau Amanah, kerana telahpun terbukti, sejak tahun 1999 sehingga PRU-13, pakatan para pemimpin daripada parti-parti itu tidak pernah berhasil. 

Adalah afdal, sesiapa sahaja mahu menjadi Perdana Menteri perlu dirai, bukan kerana ikhsan pemimpin lain. Berasaskan itu, maka jika Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, maka beliau perlu raikannya menerusi PRU-15, dan masa sekarang, beliau membuat keputusan untuk terus menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kerana cara demikian, lebih diterima rakyat secara umumnya. Fikir-Fikirkan.

Friday, October 18, 2019

PERBICARAAN 1MDB - TERJEMAHAN KENYATAAN MEDIA TAN SRI SHAFEE ABDULLAH BERTARIKH 17 OKTOBER 2019

17 Okt - Saya ingin merumuskan demi manfaat para media tentang perkembangan kes 1MDB ini sejak 7 hari lepas.

Seperti yang anda semua dapat hayati, kami telah mengemukakan bukti melalui saksi ini, Datuk Shahrol (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB), ketika sesi soal balas bahawa, 1MDB bukan dan tidak pernah merupakan idea Datuk Seri Najib (DSN).

Kerana dari perspektif garis masa, 1MDB pada asalnya adalah merupakan TIA (Terengganu Investment Authority).

TIA telah mengalami masalah sejak awal yang mana kebanyakannya kami telah buktikan berpunca dari Jho Lo.

Jho Lo telah wujud di dalam TIA sebelum DSN mengenalinya. Jho Lo sudahpun mengenali Sultan Terengganu dengan cara-cara tertentu. Dan dia telah menonjolkan diri dan pengaruh, malah telah membawa Sultan Terengganu ke Abu Dhabi untuk meyakinkan baginda tentang konsep perniagaan syarikat Mubadala.

Begitulah caranya TIA telah diwujudkan, iaitu sebagai syarikat pelaburan buat Negeri Terengganu. Ini adalah sangat jelas.

Pada ketika itu, DSN adalah hanya merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan beliau tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di dalam TIA.

Kemudian seperti anda tahu, situasi menjadi lebih buruk sehingga Tuanku Sultan tidak gembira. Tuanku pada ketika itu juga adalah YDP Agong. Baginda memutuskan untuk lupakan idea TIA dan serahkan kepada Kerajaan Pusat untuk takeover.

Ini adalah penting kerana ia menunjukkan yang DSN tidak pernah merancang menubuhkan 1MDB atau TIA. Beliau tidak pernah merancangnya. Beliau mewarisi masalah ini dari TIA. Ini penting!

Apabila beliau ambil alih TIA, itulah juga garis masanya Jho Lo sudahpun berjaya menembusi Pejabat Perdana Menteri dan TPM melalui Amhari, EPU melalui Amhari, dan 2-3 karakter lain termasuk Shahrol. Kesemua mereka ini telah dipegang oleh Jho Lo.

Jho Lo juga telah melalui adiknya menghampiri Riza, anak tiri DSN. Kerana adiknya ini belajar di London School of Economics bersama Riza. Itulah caranya Jho Lo mengenali DSN melalui ahli keluarga DSN.

Jho Lo menggunakan metod yang sama....bagaimana dia mengenali Sultan Terengganu, bagaimana dia menyelusup ke dalam EPU, bagaimana dia merapati pegawai-pegawai yang kemudiannya menjadi pegawai DSN, tekniknya adalah sama. Ideanya adalah untuk mengenali dan memegang mereka, kesemuanya dengan motif jahat. Ini kita telah buktikan.

Keduanya, adalah sejurus selepas adanya TIA (belum jadi 1MDB lagi) anda semua perlu ingat bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) telah diterbitkan.

Jho Lo telah berpura-pura kononnya dia tidak menerima sebarang gaji atau manfaat. Tetapi dia sangat aktif. Ada yang tak kena sebenarnya kerana individu ini bekerja dengan begitu tekun namun tidak memperoleh sebarang hasil, pasti ada sesuatu yang disembunyikan.

Dan terbukti benar, di dalam bon IMTN bernilai RM 5 billion, Jho Lo telah merancang bersama Aminvest (Ambank) untuk Ambank membeli bon ini pada nilai RM 4.3 billion. Bermakna terdapat diskaun bernilai RM 700 juta! Jumlah yang cukup besar.

Sikap tidak amanah ini adalah pada pihak Jho Lo dan gerombolannya serta Ambank.
Kerana kami telah buktikan yang Ambank telah membeli bon ini pada nilai 4.3 billion dan menjualnya kepada 2 syarikat milik Jho Lo pada 4.3 billion. Dan dalam tempoh satu atau dua hari, mereka jualkan semula bon ini kepada entiti kerajaan seperti EPF dan syarikat-syarikat insurans pada harga asal iaitu 5 billion.

Dalam satu dua hari, mereka jual pada harga asal dengan pengetahuan Bank. Bank tidak menerima manfaat. Bank hanya menerima bayaran yuran. Namun seseorang dalam bank itu pastinya telah menerima keuntungan lebih dari 700 juta. Jadi anda pasti sedar, Jho Lo sudah lama melakukan perkara ini.

Anda perlu fikir tentang ini...Takkanlah kamu hendak kata yang DSN pada peringkat ini sudahpun berkerja bersama Jho Lo untuk sebat duit IMTN. Ini adalah operasi penyangak. Ia bukan satu operasi yang boleh dihormati oleh sesiapapun. Sedari awal, anda telah berurusan dengan pencuri. Jho Lo adalah seorang pencuri. Itu satu episod...

Beralih ke episod seterusnya....
Episod ini bermula awal minggu ini. Anda ingat tak isu perjanjian perniagaan PSI (Petro Saudi)?
Bagaimana urusniaga dengan Petro Saudi ini datang kepada kita?

Mengikut nota semalam dan hasil soal balas Shahrol, ia terjadi kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Putera Turki Faisal As Saud. Putera Turki telah menghantar surat kepada DSN dengan lampiran surat dari Petro Saudi.

Surat Petro Saudi telah menjemput Malaysia untuk melakukan joint venture melalui 1MDB dan ia tidak salah sama sekali kerana DSN adalah pemimpin Malaysia yang bersahabat dengan kerajaan Arab Saudi.

Sebagai seorang Perdana Menteri (saya telahpun katakan ini di mahkamah tadi), bagaimana mungkin DSN melakukan kajian untuk mengesahkan bahawa Petro Saudi ini adalah merupakan syarikat yang sah atau tidak? Mereka yang sepatut dan mesti melakukan kajian dan siasatan ini adalah 1MDB!

Shahrol, selaku CEO 1MDB dibayar RM 99,000 sebulan dan dapat bonus 18 bulan. Sudah semestinya dia perlu lakukan tugas ini tapi dia tidak melakukannya. Shahrol kata dia terima apa yang dikatakan Petro Saudi 100% tanpa mencari dan membaca laporan tahunan syarikat, malah tak pergi ke website untuk mengetahui siapakah Petro Saudi ini.

Dia menerima secara membuta tuli dan kemudian akhirnya mendapati bahawa Petro Saudi ini adalah merupakan sebuah syarikat palsu. Ia tidak mempunyai aset sebanyak yang ia dakwa. Itulah apa yang disahkan oleh Datuk Shahrol.

Tapi perkara paling teruk yang disahkan oleh Datuk Shahrol adalah ini;
Sungguhpun Lembaga Pengarah 1MDB tidak gembira dengan urusniaga ini, namun individu-individu ini telah memujuk Lembaga Pengarah untuk meneruskannya kerana DSN mahukannya, DSN mahukannya. 🤦🏼‍♂️

Sudah semestinya DSN mahukannya namun dengan syarat kesemua urusniaga ini sah dan betul lah. Jika kesemuanya elok dan sah, semestinya DSN mahu meneruskan joint venture ini.

Jika ia tidak elok, jika diketahui ia adalah scam (penipuan), apa perlunya Perdana Menteri meneruskan urusniaga ini?
Apabila Perdana Menteri berkata saya cenderong kita meneruskan urusniaga ini, beliau menyangkakan bahawa semuanya telah dikaji dan disahkan benar.

Kemudiannya, Lembaga Pengarah akhirnya mengizinkan untuk 1MDB meneruskan perjanjian dengan Petro Saudi International (PSI). Ketika mereka sedang membuat keputusan ini, Jho Lo dan gerembolannya telah mewujudkan sebuah syarikat bernama Petro Saudi Cayman di Cayman Islands.

Syarikat ini tidak ada kaitan langsung dengan Petro Saudi International. Kenapa namanya hampir sama, adalah kerana mereka mahu memperdaya 1MDB untuk mempercayai bahawa syarikat ini adalah merupakan anak syarikat Petro Saudi International.

Dan sekali lagi Datuk Shahrol tidak memeriksa yang Petro Saudi International adalah berbeza dengan Petro Saudi Cayman. Dia tidak sedar dan bergantung sepenuhnya kepada Casey Tang yang merupakan lantikan Jho Lo di dalam 1MDB.
Dia kata, “Saya bergantung pada Casey. Casey kata ok, saya pun ok.”

Shahrol tidak periksa dengan peguam syarikat 1MDB sungguhpun 1MDB mempunyai syarikat guaman yang solid. Langsung tak rujuk/periksa dengan peguam, lalu mereka masuk ke dalam perjanjian perniagaan bersama syarikat yang salah.

Inilah syarikat palsu yang telah mengambil wang kita.

Semua ini telah dirancang secara prinsipalnya oleh Jho Lo, dengan bantuan beberapa individu di Petro Saudi dan dalam kes bon IMTN bantuan beberapa individu di dalam Ambank.

Dan sejak pagi ini hingga tadi, kita telah menunjukkan episod-episod yang bagaimana terdapat dokumen-dokumen yang telah direka! Tidak ada mesyuarat. Tidak ada taklimat kepada DSN.
Salah satu yang tidak wujud adalah mesyuarat antara Pengerusi Lembaga Penasihat dengan Datuk Shahrol.

Tidak wujud jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat secara bersendirian. Jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat itu adalah apabila anda mempengeruskan mesyuarat lembaga penasihat yang mesti dihadiri oleh minimum 4 orang penasihat termasuk DSN.
Apabila beliau Pengerusikan mesyuarat ini, beliau dipanggil Pengerusi Lembaga Penasihat.

Tapi Shahrol berpendapat tarik Pengerusi Lembaga Penasihat seorang diri, duduk bersama beliau dan mereka telah bermesyuarat bersama Lembaga Penasihat. Ini adalah mengarut.

Anda tidak boleh fikir yang Perdana Menteri patut tahu bagaimana mesyuarat syarikat perlu dilakukan. Anda tak boleh expect demikian kerana ini adalah micro managing (pengurusan mikro).

Orang yang sepatutnya menasihati beliau adalah orang seperti Datuk Shahrol. Pegawai 1MDB tidak menasihati beliau malah telah memberikan dokumen untuk beliau tandatangan, namun NASIB BAIK, dalam semua dokumen yang beliau tandatangan, beliau tidak katakan “Go ahead” dengan perjanjian bersama Petro Saudi.

Beliau telah menulis di dokumen-dokumen tersebut, tolong lakukan due dilligence (usaha wajar). Beliau catatkan demikian kerana bekas Perdana Menteri kita tahu bahawa mereka yang perlu lakukan keputusan syarikat adalah Lembaga Pengarah Syarikat (BOD).

BOD adalah pihak yang akan membuat keputusan akhir dalam urusan syarikat.
Perdana Menteri dalam kapasiti jawatannya (PM) boleh mengenepikan (overule) keputusan BOD di bawah Artikel 117. Tapi beliau tidak pernah menggunakan kuasa yang ada padanya seperti yang termaktub di bawah Artikel 117. Sekalipun tak pernah.
Kuasa itu ada tapi dia tak pernah gunakannya. Sama seperti kuasa Perdana Menteri di dalam Petronas.

Ok. Jelas? Ada soalan?

#Soalan1: Anda ada sebut tadi ketika soal balas tentang dokumen yang ditandatangani oleh DSN. Apa bena isunya sebenarnya?

#Jawapan: Itulah dokumen-dokumen minit mesyuarat yang kononnya Datuk Shahrol telah duduk bersama DSN berdua dan kemudian didakwa bahawa telah bermesyuarat dengan Pengerusi Lembaga Penasihat. Ini yang saya sebut tadi ia tidak boleh wujud.
Pengerusi Lembaga Penasihat mesti bersama Lembaga Penasihat di dalam mesyuarat penasihat. Minumum kehadiran 4 orang. Jika anda duduk bersama DSN, anda sedang duduk bersama DSN saja.
Minit-minit mesyuarat itu adalah kesemuanya palsu. Tidak ada minit mesyuarat, tidak ada mesyuarat yang berlangsung, tidak ada keputusan yang dibuat. Kesemua ini telah direka. Itulah kes yang kami tunjukkan tadi.

#Soalan2: TS...banyak lagi ke kamu ada untuk soal balas Datuk Shahrol?

#Jawapan2: Saya rasa saya akan ambil keseluruhan minggu hadapan. Kita ada baki lagi 45% lagi. 55% dah selesai.
Fasa awal ini adalah sedikit payah. Kita sudah selesai fasa 1 iaitu Petro Saudi. Selepas ini kita akan masuk ke isu Aabar dan lain-lain.

Diterjemahkan oleh :
Nabeel Naqie

Tuesday, October 15, 2019

PEMBALAKAN SABAH-DENDAM YANG TIDAK SUDAH

1. KERANA terhalang menjual Yayasan Sabah, maka kejadian itu bukan sahaja punca permusuhan juga menjadi dendam. 

2. Untuk menterbalikkan persepsi rakyat, maka dicipta berbagai cerita, bahawa pembalakan khususnya yang melibatkan konsensi Yayasan Sabah (yang telah dihalang dijual pada tahun 1994) kononnya telah dijamah dengan rakusnya oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya Tan Sri Musa Aman. 

3. Mereka ini menafikan bahawa era Musa, kelulusan pembalakan hanya boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tiada kuasa mana-mana pihak termasuk Ketua Menteri. 

4. Untuk memalitkan imej buruk kepada Musa, maka dibuat dakwaan di mahkamah, bahawa Musa terlibat mendapatkan keuntungan peribadi daripada pembalakan. Kes itu masih dalam pengurusan mahkamah, walaupun Musa telah dituduh lebih setahun yang lalu. 

5. Mereka ini cuba menafikan rekod sebenar perkembangan keluasan hutan Sabah daripada tahun 2002 hingga tahun 2017. Pada tahun 2002 keluasan hutan Sabah adalah 838 ribu hektar. Lima belas tahun kemudian, keluasan itu meningkat kepada 1.87juta hektar. Peningkatan ini, merupakan jawapan kepada dakwaan, kononnya, di era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, berlakunya pembalakan yang tidak terkawal. Dalam tempoh 15 tahun, keluasan hutan bertambah lebih satu juta hektar atau purata 67ribu hektar setahun. 

6. Pada era Musa, pembalakan berskala besar Kerajaan Negeri telah diberhentikan sepenuhnya di tiga kawasan utama iaitu Ulu Segama, Malua dan Kalumpang pada 2007. Pemberhentian ini walau pun telah mengurangkan pendapatan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 bilion dalam bentuk royalti balak, tetapi ia telah menyelamatkan 240,000 hektar kawasan di bawah Pengurusan Hutan Lestari, pemuliharaan habitat orangutan dan koridor hidupan liar yang lain. 

7. Serentak dengan itu kerajaan negeri memperkenalkan pengurusan hutan secara mampan (SFM) dimana 53% daripada keluasan negeri Sabah atau 3.9 juta hektar diletakkan sebagai rizab hutan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar. Manakala, 30% atau 2.2 juta hektar dijadikan kawasan Perlindungan Hutan Sepenuhnya (Totally Protected Areas); ini termasuklah Maliau Basin dan Danum Valley. Pendekatan ini selaras dengan ketetapan yang diwajibkankan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk konservasi Alam semulajadi (IUCN). 

8. Di era kerajaan lalu, walaupun pengguna media sosial kerap berkongsi lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat, akan tetapi, lori-lori itu bukan daripada Sabah, akan tetapi daripada kawasan lain, seperti Papua New Guinea (PNG) atau negara jiran, Indonesia. 

9. Pada Julai 2018, Kerajaan Baharu Sabah telah mengaktifkan semula Jawatankuasa Pembenterasan Pembalakan Haram di Jabatan Ketua Menteri, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Hutan 1968, namun apa yang berlaku selepas itu, jalan-jalan di Sabah terutama di kawasan pedalaman di mana hutan kekal berlokasi, siang malam di dapati lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat yang lurus-lurus, yang biasa jenis kayu seumpama ini, hanya di dapati di hutan-hutan dara. 

10. Pada akhir bulan Julai sehingga awal bulan Ogos, Sabah digemparkan dengan sebuah lori bermuatan kayu bulat terbalik di jalan Sepulut, sehinggakan didapati puluhan lori mengangkut balak tersekat. Ekoran kejadian itu, Pengarah Hutan Sabah, terpaksa membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu adalah milik syarikat-syarikat yang mempunyai konsisi membalak, selain milik Yayasan Sabah. Malah salah seorang pengurus syarikat konsisi membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu yang ditebang itu berasal daripada kawasan konsisi mereka. 

11. Sebaik Kerajaan Sabah bertukar, Datuk Shafie Apdal telah mengumumkan, bahawa eksport kayu bulat telah dihentikan, sebaliknya, kayu-kayu yang ditebang, hanya untuk indutsri tempatan. Memandangkan jumlah kayu bulat yang ditebang cukup banyak jumlahnya, sedangkan belum ada pengwujudan kilang-kilang memproses yang baharu, maka ada lah cukup diragui kemana kayu-kayu itu di hantar? 

12. Melihat kepada kerapnya lori-lori balak di dapati di jalan-jalan Sabah sejak akhir-akhir ini, maka adalah tanggungjawab kerajaan Sabah hari ini, untuk memberi penjelasan, apa kah polisi pembalakan Sabah telah berubah? Jika telah berubah, maka mencapai 30% keluasan hutan kekal daripada land mass negeri, tidak akan tercapai pada tahun 2025. 

13. Jika polisi pembalakan Sabah berubah, maka rakyat Sabah perlu diberi tahu, bahawa era Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri, merupakan era konservasi hutan Sabah yang amat berjaya, bukan era penebangan hutan seperti mana dakwaan para pemimpin kerajaan sekarang, semasa mereka sebagai pembangkang. 

14. Akhir-akhir ini, Yayasan Sabah sudah menandatangi beberapa MOU bersama syarikat swasta untuk tujuan pembalakan, antaranya di kawasan pedalaman seperti Tenom dan Nabawan. Faktor dendam Shafie kerana terhalang membalak konsensi Yayasan Sabah pada tahun 1994, akhirnya terubati, impaknya nanti, generasi akan datang akan mewarisi tanah-tanah tandus.

MELAUNG SAJA-TIDAK AKAN KE MANA

6 Oktober lalu, penulis sempat menghadiri kongres Maruah melayu di stadium melawati, shah alam yang berkapasiti tempat duduk 15,000 manakala gelanggang pula 1,000 kerusi.

Walaupun ada kerusi kosong, samada di tempat duduk stadium atau gelanggang, ianya tidak sampai ratusan. 

Saya tidak mengira berapa orang yang berada dalam stadium, namun melihat kedudukan kerusi yang hampir penuh, baik di tempat duduk stadium mahupun digelanggang, jumlah yang hadir paling sedikitpun 14,000. Jumlah itu hanya dalam stadium,belum mengambil kira mereka yang duduk dalam kemah-kemah yang disediakan, yang jumlahnya sekilas pandang, separuh daripada yang ada dalam stadium. 

Sebenarnya, samada di luar atau dalam stadium, semua yang hadir akan dapat mengikuti apa yang berlaku, kerana telah disediakan skrin-skrin besar yang memberi gambaran suasana sebenar. 

KMM itu merentasi sempadan politik, kerana ianya dianjurkan oleh 4 IPTA, UM, UPM, UiTM dan UPSI. Acara itu dilain dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir juga dihadiri oleh para pemimpin melayu merentasi sempadan politik, termasuklah daripada Umno dan Pas. 

Penulis juga sempat melihat para pemimpin daripada Sabah, khususnya wakil rakyat daripada PPBM Sabah, termasuklah Datuk Hajiji Haji Noor, walaupun penulis hanya ternampak daripada jauh. 

Kehadiran penulis pada acara itu, sebenarnya dapat melihat sendiri, bagaimana perasaan kaum melayu dalam senario politik tanah air pasca PRU-14. 

Tun Mahathir dalam ucapan perasmian beliau, tidak dapat menyembunyikan daripada segi bahasa badan dan lenggok ucapan, bahawa beliau dalam keadaan tersepit, bagaikan durian dengan timun, meskipun mempunyai kedudukan sebagai Perdana Menteri. Berasaskan kepada keadaan itu, maka menerusi kongres itu, perkara pokok yang cuba digambarkan oleh Tun, adalah kedudukan melayu hanya boleh diubah oleh kaum melayu sendiri. 

Melayu di negara ini sudah berpecah enam, menurut Perdana Menteri. Kerana berpecah itu, maka kaum melayu bergantung kepada kaum lain untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kerana keadaan itu, maka berlakulah ketergantungan dan terhutang budi, sebab itu, kaum melayu dalam senario sekarang terpaksa menerima hakikat itu. 

Penulis sebenarnya tidak faham apa yang cuba disampaikan menerusi kongres itu, kerana kongres itu hanya bercorak laungan kata-kata, terlalu sukar dizahirkan menerusi perbuatan. Mengapa? Seperti kata Tun Dr Mahathir melayu telah berpecah 6!!!. Dalam senario politik sekarang, melayu Bersatu (PPBM), Amanah, PKR bergabung dalam Pakatan Harapan, manakala melayu UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional, manakala melayu PUTRA (Perkasa) bersendirian. 

Di Sabah pula, terbahagai kepada beberapa bahagian, (meskipun ada yang alergi mengunakan istilah melayu, kerana kononnya melayu tidak terdapat di Sabah), kerana Sabah menggunakan istilah bumiputera. Baik lah, penulis guna istilah bumiputera. Bumiputera Sabah terbahagi juga kepada beberapa kelompok, kelompok Warisan, Umno Sabah, PBS, STAR, PPBM Sabah dan parti kecil seperti USNO dan parti kecil lain yang berasaskan bumiputera. 

Seperti di Semenanjung, jika melayu di Semenanjung merasa tersepit seperti mana digambarkan oleh Tun Dr Mahathir, bumiputera di Sabah bukan berkeadaan demikian, akan tetapi perbuatan pimpinan bumiputera Sabah lebih suka menekan sesama bumiputera sendiri, pada masa yang sama mendodoi kaum lain.

Saturday, October 12, 2019

BAJET 2020- APA ADA UNTUK SABAH?

Secara amnya, Bajet 2020 yang dibentangkan semalam menyaksikan kebanyakan peruntukan untuk negeri Sabah yang dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini diteruskan.

Walaubagaimanapun terdapat kekurangan daripada segi jumlah peruntukan bagi beberapa program dan dasar penting untuk mengimbuhkan impak terus kepada rakyat Sabah.

Tidak ada yang baharu apabila Menteri Kewangan mengumumkan Sabah (dan Sarawak) terus menjadi antara penerima tertinggi pemberian Kerajaan Persekutuan dan juga perbelanjaan pembangunan setiap tahun, kerana ini adalah amalan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Saya mengalu-alukan penerusan dasar mengutamakan pembangunan Sabah dan Sarawak selaras dengan sumbangan dua negeri ini kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui sumbangan minyak dan gas yang digali dan diekstrak di sini.

Saya juga menyambut baik peningkatan sekali ganda Pemberian Khas Tahunan yang tidak pernah disemak sejak tahun 1969. Walaupun jumlahnya hanya RM53.4 juta - kurang 2% daripada keseluruhan bajet tahunan Sabah yang melebihi RM4 bilion sejak 2017.

Walaubagaimanapun, Kerajaan PH tidak boleh mendabik dada seolah-olah Sabah dan Sarawak selama ini diabaikan dan tidak diberi perhatian oleh Kerajaan BN.

Ratusan juta ringgit yang diperuntukkan untuk program bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan pembinaan jalan luar bandar di Sabah itu juga adalah susulan daripada program yang sudah sekian lama dilaksanakan oleh Kerajaan BN.

Lebih baik sekiranya Kerajaan PH meningkatkan peruntukan atau paling tidak mengekalkan jumlah peruntukan kepada beberapa item perbelanjaan tertentu contohnya:

i) Peruntukan untuk membaiki sekolah-sekolah daif yang dikurangkan kepada RM783 juta sahaja untuk seluruh Malaysia. Sebelum ini di bawah Kerajaan BN, sebanyak RM2.5 bilion telah diperuntukkan, di mana Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1 bilion untuk membaikpulih dan menaiktaraf sekolah-sekolah daif;

ii) Peruntukan bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak yang diturunkan daripada RM1 bilion kepada RM250 juta sahaja;

iii) Pengurangan peruntukan bagi Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan kepada RM20 juta berbanding RM80 juta yang diperuntukkan Kerajaan BN sebelum ini.

Lebih mengecewakan adalah apabila tiada langsung soal royalti minyak dan gas 20% disebut di dalam ucapan bajet ini sedangkan itulah janji utama Pakatan Harapan, iaitu Janji 3 di dalam manifesto atau Buku Harapan:

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil”.

Jika royalti petroleum ditingkatkan kepada 10% sahaja pun, Sabah akan menerima penambahan hasil sebanyak RM1.6 bilion untuk dibelanjakan. Jumlah ini kurang 10% daripada RM24 bilion jumlah dividen Petronas yang dianggarkan bakal diterima oleh Kerajaan Persekutuan tahun hadapan.

Itu tidak termasuk hasil-hasil petroleum yang lain yang seperti cukai pendapatan petroleum (PITA), duti eksport ke atas minyak mentah dan produk petroleum dan juga royalti kepada Kerajaan Persekutuan.

Tetapi begitu mudah Ketua Menteri Sabah berpuas hati dengan Bajet 2020, sedangkan bulan lepas beliau berharap royalti petroleum untuk Sabah akan ditingkatkan.

Alasan bebanan hutang negara yang tinggi tidak boleh diterima pakai kerana pada masa yang sama Kerajaan PH terus-terusan menambah hutang dan menjual aset-aset strategik negara.

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman DahlanKetua UMNO Sabah Bahagian Tuaran
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Thursday, October 10, 2019

WAKIL RAKYAT SABAH BAGAIKAN “JOKER” ATAU “WILD CARD”

MUNGKIN ramai yang sedar, apapun tuntutan Sabah, khususnya yang berkaitan kewangan daripada Persekutuan bukan sahaja berliku tetapi memerlukan perbincangan maraton, akan tetapi keputusannya kembali kepada “square one”.

Wakil rakyat Sabah bagaikan joker dalam permainan poker atau mesin slot. (oh yeah mesin slot di Sabah dibatalkan, mungkin kerana permainan itu menyindir para wakil rakyat, untuk menyembunyikan status mereka sebagai joker atau wild card). 

Pada PRU 2004, jumlah kerusi antara Barisan Nasional dan PAS di Kelantan hanya dibezakan dengan 1kerusi, Pas 23, Bn 22 daripada 45 kerusi Dun, tetapi kerajaan Pas kekal, malah sehingga kini. 

Di Sabah pernah berlaku, berbezaan dua kerusi, iaitu pada PRN tahun 1994, apabila PBS mempunyai 25, manakala BN 23, akan tetapi kurang tiga bulan, kerajaan PBS tumbang, kerana lompat parti. Keadaan yang sama berlaku pada 9 Mei, 2018, apabila Bn Plus mempunyai 31 kerusi, manakala kolaborasi antara Warisan, DAP dan PKR berjumlah 29, tidak sampai 48 jam, kerajaan Bn Plus tumbang kerana lompat parti. 

Keputusan PRU-14, bagi Perak dan Kedah, lebih kritikal, di Perak PH hanya 29, Bn 28, Pas3, akan tetapi PH yang membentuk kerajaan, kerana sebelum kerajaan negeri ditubuhkan, 2 ADUN Umno jadi ADUN bebas pro Menteri besar (kerana salah seorang adun Umno itu adalah ipar kepada MB). Di Kedah pula, jumlah kerusi PH adalah 18, Pas 15 dan Bn 3, meskipun jumlah kerusi yang sama PH menubuhkan kerajaan, kerana dua Adun Umno menjadi ADUN bebas sebelum kerajaan ditubuhkan. Senario antara Kedah dan Perak berbeza dengan Sabah, kerana di Sabah kerajaan tumbang selepas kerajaan ditubuhkan. 

Mengapa Kerajaan Sabah yang diterajui parti yang membawa misi- Sabah Ubah dan Sabah kita punya, gagal mengotakan janji, seperti royalti minyak 20% atau mengambil 80% daripada hasil minyak, pengembalian 40% net revenue daripada cukai yang dikutip di sabah tidak dilaksanakan, malah pengembalian cukai ini merupakan matlamat utama para pemimpin parti warisan, sehinggakan Timbalan Presiden parti itu-Darell Leiking mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM1trilon (RM1000 bilion) daripada Sabah sejak tahun 1972. (Darell terlupakan semua ini, kerana beliau sudah menjadi menteri Persekutuan- dengan kedudukan itu, matlamat pribadi sudah tercapai). 

Penyebab utamanya, mengapa Sabah akan terus gagal menuntut apa yang menjadi haknya, kerana yang menuntut dilihat sebagai pemimpin “joker” atau “wild card”, ertinya, pemimpin itu akan ikut aliran sesuai dengan keperluan, dengan erti kata lain, fleksibel mengikut situasi dan kondisi, asalkan, kepentingan peribadi dapat dipenuhi. 

Sebagai impak kepada pemimpin Sabah mempunyai status demikian, sebab itu, apabila kerajaan Persekutuan memperkenalkan subsidi tersasar petrol bermula 1 Januari, 2020, negeri Sabah terkecuali, kerana kononnya jumlah penggunaan petrol di Sabah bagi mereka dalam kategori B40 sangat rendah atau kecil. 

Bagi pemimpin Persekutuan, apapun cara atau kaedah para pemimpin Sabah membangkitkan isu-isu berkaitan MA63, dahulu Perkara 20, ianya dilihat sebagai alat politik, untuk mengekalkan kedudukan mereka itu kekal relevan dalam arena politik. Bagi pemimpin Persekutuan, cara itu, hanya kerja usik mengusik, yang tidak berkesudahan “kamikazi”politik. Sebabnya telah tertanam di benak mereka, bahawa para wakil rakyat Sabah akhirnya akan terus menjadi joker atau wild card dalam pembentukan Kerajaan, samada Kerajaan Persekutuan atau negeri, kerana ada sahaja wakil rakyat Sabah akan meletakan “harga” pada diri masing-masing, siapa yang tawar harga tinggi, maka di situ lah arah tuju!!!.

Friday, October 04, 2019

LEGASI MUSA TERUS MENGHANTUI SHAFIE

TADI bagi saya terbaca laporan Daily Express, Sabah berkaitan Bangunan Perpustakaan Negeri Sabah di Tanjung Aru mendapat Anugerah Reka Bentuk Terbaik daripada CIDB.

Perpustakaan seluas 62,000 kaki persegi yang dibina pada keluasan 1.2 hektar di Tanjung Aru, berdepan dengan Lapangan Terbang Tanjung Aru, mula dibina pada Mac 2014 dan siap sepenuhnya pada Mac, 2017.

Musa tidak sempat merasmikan bangunan perpustakaan itu, kerana dijadualkan akan dibuka sepenuhnya pada 1 April, 2019.

Perpustakaan negeri Tanjung Aru, sebenarnya menggantikan Perpustakaan lama di bandar Kota Kinabalu yang telah ditutup.

Kata orang, jika perancangan kerajaan yang dipimpin sepenuh hati demi negeri dan rakyat, akan sentiasa dihargai, walaupun apa cara sekalipun, usaha menidakkan sumbangannya.

Bangunan Perpustakaan Negeri Sabah, adalah sebahagian legasi Musa semasa menerajui Kerajaan Sabah, disamping pandangan ke hadapan beliau menerusi HALATUJU pembangunan & Kemajuan Sabah yang dirasai oleh Kerajaan sekarang. Kejayaan yang dicapai menerusi HALATUJU, malang sekali, mereka yang mengambil alih, tidak tahu menghargainya, kerana yang mengganti, seperti kera mendapat bunga.

ADA APA DENGAN KONGRES MARUAH MELAYU?

JANGAN salah tafsir, KONGRES MARUAH MELAYU yang bakal diadakan pada 6 Oktober, 2019, bukan anjuran parti politik, tetapi anjuran 4 Universiti tempatan-UM-UiTM-UPM dan UPSI. Kerana dianjurkan oleh universiti, ertinya kongres itu bersifat ilmiah, kerana pandangan-pandangan atau hujah-hujah yang bakal diutarakan menerusi kongres itu berbentuk ilimiah.

Ada yang menafsir, kerana Kongres itu bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir, maka kononnya pengajurannya sebagai jawapan kepada Muafakat Nasional antara Umno dan Pas.

Pemimpin politik seperti Presiden Pas-Datuk Haji Hadi Awang, pemimpin Umno seperti Tan Sri Annuar Musa (memawakli Umno) akan sepentas dengan Tun Dr Mahathir. Mengapa sepentas? sebabnya mereka tahu, bahawa kongres ini bukan bertujuan politik, tetapi mereka sebagai pemimpin kaum melayu, mahu mendengar, pandangan dan hujah para ilmuan berkaitan kecelaruan yang dihadapi kaum terbesar tersebut.

Memang terdapat pandangan orang politik, khususnya daripada PH, Tun Dr Mahathir tidak seharusnya hadir dan merasmikan kongres tersebut, kerana beliau perlu menunjukkan sebagai Perdana Menteri untuk semua. Mereka yang berhujah ini, terlepas pandang, bahawa kehadiran Tun Dr Mahathir bukan sebagai pemimpin politik, tetapi sebagai Perdana Menteri, dan kehadiran beliau adalah sesuai kerana beliau adalah Perdana Menteri untuk semua. Kerana kebetulan Tun Dr Mahathir adalah melayu, maka kerana sebab itu, maka sebagai Perdana Menteri beliau tidak harus hadir? Jika itu berlaku, maka beliau menidakkan, bahawa beliau Perdana Menteri untuk semua.

Majlis politik dan majlis ilmu perlu dibezakan. Rakyat juga tahu, apa itu majlis politik dan majlis ilmu. Mereka yang hadir nanti terdiri daripada pelbagai, termasuk mahasiswa. Menerusi kongres itu, akan mencerminkan, setiap rakyat daripada kaum melayu, tanpa melihat latar belakang fahaman politik boleh besatu dan bergabung untuk mempertahankan maruah kaum mereka.

Hakikat perlu diterima, bahawa perpecahan kaum melayu, kerana faktor fahaman politik. Kerana fahaman politik lah melayu jadi lemah, kerana kini telah berpecah lima. Di negara ini, bukan melayu di Semenanjung sahaja berpecah, malah bumiputera di Sabah dan Sarawak juga berpecah. Di antara perpecahan itu, perpecahan bumiputera Sabah dan Melayu di Semenanjung yang paling parah!!!.

Kongres Maruah Melayu ini, diharapkan menjadi iktibar kepada kaum yang berpecah, untuk bertaut semula, demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Thursday, October 03, 2019

SHAFIE IKTIRAF SIJIL UEC- BAYANGAN PENOLAKAN SUARA MAJORITI RAKYAT

SEMENTARA melayu/bumiputera beragama islam merasa terpinggir di bumi sendiri, sehinggakan 4 universiti termuka negara, Universiti Malaya, UPM, UPSI dan UiTM, PERLU mengadakan Kongress Maruah Melayu pada 6 Oktober, 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam yang bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, awal-awal pula Ketua Menteri Sabah-Datuk Shafie Apdal mengiktiraf sijil UEC, sijil persekolahan kaum cina yang jauh berbeza dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Malah, menurut Shafie, sijil itu boleh digunakan sebagai kelayakan memasuki IPTA negara ini (mengambil kuasa Persekutuan, kerana kuasa itu hanya ada pada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan). Jika ianya berkaitan perkhidmatan awam Sabah, maka ianya hanya urusan kerajaan negeri, bagi jawatan-jawatan kontrak dan tidak berpencen.

Shafie tidak peka apa yang berlaku dalam negara, khususnya selepas PRU-14. Beliau terbuai dengan sokongan kaum cina, kerana kaum itu tidak memberikan satu kerusipun kepada parti yang ditunjangi kaum melayu/bumiputera, kecuali kepada parti yang mesra dengan kaum itu seperti Parti Warisan Sabah. Parti warisan Sabah adalah parti berbilang kaum.

Shafie, lupa apa yang berlaku pada Parti USNO, Berjaya dan PBS, kemudiannya BN, apabila kaum cina kenyang, tanpa belas kesihan akan berpaling tadah. Shafie langsung tidak mengambil iktibar sejarah politik Sabah, hanya kerana kuasa sementara. Kuasa sementara itu, hanya boleh bertahan 2 penggal, seperti mana dialami Usno, Berjaya dan PBS. Hanya menerusi BN, kuasa bertahan hampir 25 tahun, kerana bersatunya bumiputera, sehinggakan tiada pilihan bagi kaum itu selain menyokong. Apabila bumiputera berpecah, maka peluang diambil oleh kaum itu semaksimum mungkin, sehinggakan semua kerusi kaum itu yang ditandangi Bn yang mereka "sokong" daripada tahun 1994, menyembah bumi.

Selepas PRU-14, kaum majoriti bukan sahaja merasakan cuba dinafikan haknya di negara sendiri, akan tetapi mempertikainya. Jika kaum itu tidak bangkit sekarang, maka akan melopong di masa depan, kerana kejadian serupa pernah berlaku di Afrika Selatan, kaum minoriti menguasai majoriti.

Hakikat perlu diterima, meskipun melayu/bumiputera adalah majoriti, akan tetapi sebahagian besarnya berkedudukkan lemah, khususnya daripada segi ekonomi. Dalam dunia sekarang, sesiapa yang lemah dalam sektor itu, maka akan terus kelihatan lemah dan sangat rentan untuk diperkotakkatikan. Sebagai misalan, Shafie menjadi katalisnya, apabila mendului berkaitan pengiktirafan sijil UEC!!!.

Tuesday, October 01, 2019

KEJADIAN CULIK DI PANTAI TIMUR SABAH-MENGAPA MASIH BERULANG?

PENULIS terbaca, keprihatinan mantan ADUN Bogaya, Semporna dan juga mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah era Barisan Nasional- Datuk Ramlee Marahaban, sehubungan berulangnya kejadian culik di kawasan Pantai Timur Sabah. 

Penulis berkongsi pandangan pemimpin Semporna itu, kerana siapa sahaja rakyat Sabah sudah tentu mempunyai perasaan demikian, kerana jika kejadian penculikan masih berlaku, kemungkinan suatu hari nanti, kalau bukan beliau atau penulis, mungkin saudara mara bakal menjadi mangsa culik. 

Ramlee patut merasa was-was, dan prihatin, kerana beliau mungkin suatu hari bakal menjadi mangsa, kerana kerapnya beliau belayar di kawasan itu, selain tujuan riadah, seperti memancing, juga beliau mempunyai tempat peranginan di Pulau Mataking. 

Bukan sahaja Ramlee merasa bangga dengan kewujudan ESSCOM, akan tetapi rata-rata penduduk di kawasan itu. Operasi ESSCOM yang antaranya mengadakan perintah berkurung daripada petang ke pagi, sebenarnya membolehkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai atau pulau-pulau tidur nyenyak, seperti mana jaminan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato Suhaimi Haji Mohd Zuki pada 4 September lalu, semasa penyerahan tugas Komander ATB2 bertempat di Kem Kukusan, Tawau. 

Malang sungguh, rupanya modus operandi penculik telah bertukar, iaitu di siang bolong, seperti mana kejadian penculikan nelayan rakyat Indonesia berdekatan Pulau Tambisan pada 23 September. 

Memang betul lah, seperti kenyataan Jeneral Suhaimi, bahawa rakyat boleh tidur nyenyak di waktu malam, namun pada masa mencari penghidupan, di masa itu pula, berlakunya penculikan rentas sempadan. 

Menilai modus operandi yang berubah daripada pihak penculik, maka bagi menghalang kejadian penculikan, besar kemungkinan perintah berkurung dikuatkuasakan 24 jam. Jika demikian, maka rakyat yang bergantung harap daripada laut, kegiatan riadah, pelancongan, akan terhalang. Jika itu berlaku, maka penyediaan aset-aset seperti radar, kapal gerak cepat, tidak dapat melindungi rakyat, sebaliknya hanya berfungsi memantau aktiviti penculik rentas sempadan. 

ESSCOME diwujudkan berikutan pencerobohan Pengganas Sulu pada tahun 2013, di Kg Tanduo, Lahad Datu. Modus operandi pengawal keselamatan sempadan itu, akan menyediakan aset-aset canggih, selain jumlah anggota yang mencukupi bagi tujuan memagar lautan Pantai Timur Sabah sejauh 1,400 Km daripada Kudat hinggalah ke Tawau. Pun demikian, dengan kos yang beratus juta ringgit dengan diserati peralatan canggih termasuk posko di kawasan-kawasan depan, akan tetapi, tidak menghalang penculik rentas sempadan mendapatkan mangsa. 

Satu persoalan, mengapa penculikan rentas sempadan masih berlaku? Kalau daripada segi peralatan atau aset, difikirkan sudah mencukupi, kerana peralatan canggih milik ATB2 5 bulan lalu, berjaya memintas bot yang dinaiki Ramlee semasa beliau menghala ke Pulau Mataking, yang disangka sebagai penculik rentas sempadan. 

Lima bulan lalu, Komander ATB2 yang kini sudah ditukar, begitu bangga sekali membuat kenyataan bahawa aset kententeraan di kawasan tersebut begitu efektif, sehinggakan membuat kenyataan akhbar berjaya memintas dan menangkap penjenayah rentas sempadan, sedangkan yang dipintas itu adalah penduduk tempatan, iaitu Datuk Ramlee yang mana perjalanan beliau diketahui oleh pasukan keselamatan kerana telah memberitahu perjalanan beliau ke Pulau Mataking. Ramlee masa itu dikambing hitamkan sebagai penjenayah, untuk mengsahkan bahawa begitu berkesannya, operasi ATB2.

Namun, kelangsungan berkesannya peralatan ketenteraan di kawasa ESSCOM tidak bertahan lama, kerana selepas itu dua penculikan berlaku, tidak termasuk satu kejadian yang berjaya dipintas oleh pasukan marin.

 Apa kah sebenarnya yang berlaku? apa kah kerana faktor manusia?? sehinggakan peralatan canggih tidak berfungsi dengan baik? Jika benar lah faktor manusia, maka peralatan canggih termasuk membina kem tentera seperti mana permintaan Ketua Menteri Sabah, tidak akan efektif.

Penulis yakin, mereka yang mahir dalam ketentaraan mempunyai jawapannya.

Blog Archive