Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

REKOD DI MALAYSIA-CARA BERTUKAR KERAJAAN

Tahun 1994 - Kerajaan PBS Sabah tumbang dengan cara jumpa TYT. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik KM baru.

Tahun 2009 - Kerajaan PR Perak tumbang dengan cara hantar akuan bersumpah (SD) dan menghadap Sultan Perak. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB baru.

Tahun 2014 - Kemelut Menteri Besar Selangor langkah Kajang diselesaikan dengan cara hantar SD dan menghadap Sultan Selangor. Jawatan Menteri Besar bertukar tangan. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB baru.

Tahun 2018 - Kerajaan BN Sabah tumbang apabila 6 ADUN BN sokong Shafie Apdal. TYT Sabah buat keputusan, lantik Ketua Menteri baru, tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan.

Tahun 2020 - Kerajaan pusat PH tumbang apabila PM7 letak jawatan. PM baru dipilih oleh YDP Agong setelah kesemua 222 ahli parlimen menghadap. Tak ada undi percaya dalam dewan untuk tentukan PM baru.

Tahun 2020 - Kerajaan PH Johor, Melaka, Perak dan Kedah tumbang dengan cara hantar akuan bersumpah (SD) dan menghadap Sultan atau Gabenor negeri. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB atau Ketua Menteri baru.

Pendek kata tak pernah ada mana-mana kerajaan negeri atau pusat pernah tumbang dan bertukar tangan melalui cara undi dalam dewan.

Tapi PH sekarang mahu tumbangkan PM8 dengan undi percaya atau undi tidak percaya dalam Dewan. 

Mereka tak mahu serah 112 SD untuk sokong Tun Mahathir menjadi PM pula.

Kenapa PH tak mahu guna cara paling terbukti dan paling berkesan jika mereka benar-benar ada sokongan majoriti untuk tumbangkan kerajaan PN?

PH tahu ada cara 100% guaranteed. Kenapa tak mahu pilih?

Kata Dato Seri Najib wayang aje lebih!!!.

Thursday, October 03, 2019

SHAFIE IKTIRAF SIJIL UEC- BAYANGAN PENOLAKAN SUARA MAJORITI RAKYAT

SEMENTARA melayu/bumiputera beragama islam merasa terpinggir di bumi sendiri, sehinggakan 4 universiti termuka negara, Universiti Malaya, UPM, UPSI dan UiTM, PERLU mengadakan Kongress Maruah Melayu pada 6 Oktober, 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam yang bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, awal-awal pula Ketua Menteri Sabah-Datuk Shafie Apdal mengiktiraf sijil UEC, sijil persekolahan kaum cina yang jauh berbeza dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Malah, menurut Shafie, sijil itu boleh digunakan sebagai kelayakan memasuki IPTA negara ini (mengambil kuasa Persekutuan, kerana kuasa itu hanya ada pada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan). Jika ianya berkaitan perkhidmatan awam Sabah, maka ianya hanya urusan kerajaan negeri, bagi jawatan-jawatan kontrak dan tidak berpencen.

Shafie tidak peka apa yang berlaku dalam negara, khususnya selepas PRU-14. Beliau terbuai dengan sokongan kaum cina, kerana kaum itu tidak memberikan satu kerusipun kepada parti yang ditunjangi kaum melayu/bumiputera, kecuali kepada parti yang mesra dengan kaum itu seperti Parti Warisan Sabah. Parti warisan Sabah adalah parti berbilang kaum.

Shafie, lupa apa yang berlaku pada Parti USNO, Berjaya dan PBS, kemudiannya BN, apabila kaum cina kenyang, tanpa belas kesihan akan berpaling tadah. Shafie langsung tidak mengambil iktibar sejarah politik Sabah, hanya kerana kuasa sementara. Kuasa sementara itu, hanya boleh bertahan 2 penggal, seperti mana dialami Usno, Berjaya dan PBS. Hanya menerusi BN, kuasa bertahan hampir 25 tahun, kerana bersatunya bumiputera, sehinggakan tiada pilihan bagi kaum itu selain menyokong. Apabila bumiputera berpecah, maka peluang diambil oleh kaum itu semaksimum mungkin, sehinggakan semua kerusi kaum itu yang ditandangi Bn yang mereka "sokong" daripada tahun 1994, menyembah bumi.

Selepas PRU-14, kaum majoriti bukan sahaja merasakan cuba dinafikan haknya di negara sendiri, akan tetapi mempertikainya. Jika kaum itu tidak bangkit sekarang, maka akan melopong di masa depan, kerana kejadian serupa pernah berlaku di Afrika Selatan, kaum minoriti menguasai majoriti.

Hakikat perlu diterima, meskipun melayu/bumiputera adalah majoriti, akan tetapi sebahagian besarnya berkedudukkan lemah, khususnya daripada segi ekonomi. Dalam dunia sekarang, sesiapa yang lemah dalam sektor itu, maka akan terus kelihatan lemah dan sangat rentan untuk diperkotakkatikan. Sebagai misalan, Shafie menjadi katalisnya, apabila mendului berkaitan pengiktirafan sijil UEC!!!.

Saturday, July 06, 2019

PELAWA ORANG MELAYU MENYERTAI PPBM-TANDA2 UMNO BAKAL DIHARAMKAN

ISYARAT Umno bakal diharamkan, apabila Tun Dr Mahathir mempelawa ahli-ahli Umno menyertai PPBM.

Menurut Perdana Menteri, kuasa melayu di negara ini, hanya berbaki 10%, walaupun jumlah kaum itu mewakili 60% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagai impak kepada perpecahan itu, kaum melayu hanya boleh sebahagian daripada kerajaan kerana sokongan kaum lain.

Senario politik melayu post PRU-14, apabila berlaku tautan antara Umno-Pas, selepas 45 tahun bermusuh. Pertautan itu, tiada yang menyangka sebelum ini, kerana masalah utama yang dihadapi dua parti itu adalah penyokong akar umbi yang sukar menerima.

Sebenarnya, acah pertautan Umno-Pas sudah bermula selepas PRU tahun 2008, menerusi satu konsep yang dinamakan Kerajaan Perpaduan (unity governement @UG), namun masa itu, pemimpin yang sangat menentang konsep itu adalah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas.

Pertautan Umno-Pas telah mengambil kira, trend pengundian pada PRU-14, yang mana dua parti telah mendapat sokongan 75% pengundi kaum melayu. Malah andaian dua parti itu, jika tidak berlaku pertembungan antara mereka pada PRU-14, 30 kawasan Parlimen dimenangi.

Oleh kerana dua parti itu masih bersandarkan kepada rekod PRU-14, maka mereka yakin, sokongan itu akan berterusan.

Politik Malaysia, sangat dinamik. Sebagai contoh, pada PRU 2004, Bn yang diterajui Umno menang dengan super majoriti di Dewan Rakyat, namun pada PRU 2008, kehilangan kuasa 2/3, termasuk kehilangan sokongan popular. Pada PRU 2013, meskipun Bn masih menang, namun kuasa 2/3 tidak diperolehi termasuk juga undi popular. Pada PRU-14, Bn hanya menang 79 kerusi Parlimen, manakala Pas 18. Jika pun kerusi dua parti itu digabungkan, hanya berjumlah 97 kurang 15 kerusi untuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen.

Sesuai dengan senario politik sekarang khususnya di Semenanjung, kerjasama Umno-Pas mempunyai impak, seperti mana ditunjukkan melalui beberapa PRK, malah ada kawasan yang dimenangi calon PH pada PRU-14, dengan majoriti lebih 10ribu, dapat ditawan oleh calon Umno-Pas menerusi PRK Semenyih, Selangor. Sepatutnya, kawasan tersebut, dengan mudah dipertahankan calon PH, kerana Selangor diperintah PH dengan super majoriti di Dun, lagipun, Kerajaan Persekutuan juga diperintah parti yang sama.

Apa kah dengan melihat bahawa pertautan antara Umno-Pas semakin hari semakin kuat, dan bakal menghancam kedudukan PH, maka, satu-satunya jalan adalah untuk mengharamkan Umno.

Umno berdepan dengan pelucutan hak wang yang dibekukan melebihi RM200juta, malah akaun parti itu masih dibekukan. Malah ada sudah pihak mempergunakan ROS untuk membatalkan Umno, kerana pertuduhan menerima wang haram daripada 1MDB.

Umno pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1988, yang menyebabkan perpecahan parti itu, antara S-46 dan Umno (baru). Tahun 1998, Umno berpecah lagi apabila Datuk Seri Anwar dipecat. Kemudiannya Umno berpecah lagi tahun 2016, apabila PPBM ditubuhkan.

Perpecahan Umno tahun 2016, yang melahirkan PPBM dan Warisan, adalah punca utama parti yang menjadi tunjang kerajaan Persekutuan sejak merdeka kehilangan kuasa.

Apabila Umno pada kali ini bakal diharamkan, maka kemungkinan yang berlaku, adalah penubuhan parti baru. Apabila itu berlaku, maka perpecahan kaum melayu semakin hebat lagi.

Nampaknya, pada era ini,rakyat Malaysia, hanya menyaksikan perpecahan kaum melayu secara besar-besaran. KERANA berpecah, jumlah yang menjadi kekuatan, tidak  bermakna lagi.

Di Sabah pula, apabila Umno diharamkan, akan memberi kelebihan kepada Parti PPBM Sabah dan Warisan, kerana para mantan ahli parti itu tiada masalah menyertai dua parti itu, kerana dua parti itu dipimpin oleh mantan-mantan pemimpin Umno.

Saturday, December 02, 2017

Pemimpin Politik Jangan Seperti Lalang

KALAU melihat mereka yang menggunakan politik untuk cari makan, maka rasmi lalang mereka ikuti. Sebab itu, jenis mereka ini, kadangkala menyokong kerajaan kadangkala pula menentang. 

Apa yang mereka cari, adalah "bayaran". Jika bayaran menyokong kerajaan lebih, maka akan menyokong kerajaan, namun jika "bayaran" lebih kerana menyokong pembangkang, maka akan menyokong pembangkang.

Namun, pemimpin politik yang mempunyai pendirian, akan bertindak sesuai dengan pendiriannya. Apa kah pendirian itu diterima ramai atau diterima oleh segelintir.

Pemimpin politik yang bertindak seperti lalang, akan terlihat menerusi rekod seseorang pemimpin itu. 

Rekod tidak akan berbohong. Namun, bagi pemimpin yang tergolong seperti itu, menjustifikasikan tindakan itu, sebagai pemimpin bijak. Pemimpin bijak perlu sentiasa akur dengan keadaan politik semasa, bukannya berasaskan kepada pendirian atau pegangan sebagai ahli politik.

Bagi pemimpin yang tahu memanfaatkan situasi dan kondisi politik, sentiasa terpakai, namun, mereka yang teguh dengan pendirian, boleh terpakai boleh juga tersisi.

Bagi mereka yang tidak teguh kepada pendirian politik, sentiasa menggunakan pendekatan menghalalkan cara. Mereka tidak peduli, pendirian masa lalu, sebaliknya, pendirian sentiasa ikut keadaan semasa. Apa yang penting, sentiasa terpakai dan mempunyai kedudukan.

Wednesday, December 23, 2015

Pergolakan Politik Mewarnai Tahun 2015

Meskpun PRU-13 telah tiga tahun berlalu, bahang politik masih mewarnai negara,baik yang didepani parti Barisan Nasional mahupun parti-parti yang berpakat DAP-PKR dan Pas.

Parti pembangkang pada Februari kehilangan dua tonggak utama, apabila Defacto Leader Parti PKR dipenjarakan selama 5 tahun kerana disabitkan kesalahan jenayah meliwat pada Tahun 2008. Selain itu, kematian Mursidul Am Pas Dato Seri Nik Aziz Nik Mat pada bulan yang sama, menambah pukulan kepada kumpulan parti-parti pembangkang.

Di pihak Bn juga, berlaku pergolakan politik, hanya kerana isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Juga, berlakunya goncangan kecil dalam parti MIC, kerana berlakunya perebutan kepimipinan. Di pihak Umno pula telah kehilangan pemimpin, seorang kerana terlibat kemalangan helicopter danyang seorang keluar daripada parti untuk menyertai parti pembangkang.

Akibat kematian Nik Aziz dan dipenjarakannya Anwar, maka pakatan parti pembangkang yang dipanggil pakatan rakyat lebur, kerana dua parti yang tadinya berpakat DAP dan Pas, tidak boleh duduk semeja lagi. Juga Pas hampir berpecah, apabila para pemimpin yang mewakili Erdogan dalam parti itu telah keluar menubuhkan parti serpihan yang dipanggil parti Amanah. Kini parti Amanah berpakat dengan DAP PKR dan memanggil pakatan mereka itu dengan Pakatan Harapan.

Pada Umno pula, berlaku sedikit goncangan, apabila Timbalan Presiden dan salah satu naib Presiden digugurkan daripada kabinet Persekutuan pada 28 Julai lalu. Akibat pengguguran itu, dua pemimpin itu hampir terkucil dalam perjalanan parti, termasuk menghalang mengambil bahagian dalam penggulungan sempena PAU pada awal bulan Disember.

Melihat leburnya Pakatan Rakyat, Presiden Umno mengambil peluang dengan menghulurkan salam persahabatan dengan Pas. Tujuan salam itu, untuk memperkuatkan umat islam, kerana dua parti itu mewakili umat islam di negara ini. Salam itu, ada yang menafsirkan bukan ikatan kerjsama antara parti, akan tetapi hanya ikatan sesama agama. Terlalu awal untuk menafsirkan hubungan itu, kerana terlalu ramai pemimpin Pas yang tidak menerima salam itu, termasuklah Timbalan Presiden parti itu. Malah salah seorang naib Presiden parti islam itu, menyatakan, bahawa bukan jarang pemimpin utama parti itu telah menyebarang ke parti Umno, akan tetapi Pas tetap tegak sesuai dengan perjuangannya. Bagi Naib Presiden Pas itu, pemimpin parti yang berminat terhadap kerjasama dengan Umno, dipersilakan masuk ke dalam parti itu dan keluar daripada Pas, bukannya membawa Pas berkerjasama dengan Umno.

Di Sarawak pula, telah berlaku persempadanan semula, daripada 71 kerusi DUN kepada 82. Sarawak perlu mengadakan PRN selambat-lambatnya Jun 2016. PRN terakhir negeri itu pada April 2011.

Di Sabah pula, kelihatannya tenang-tenang sahaja, kerana hubungan antara parti Bn Sabah cukup kukuh di bawah teraju Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Haji Aman. Nampaknya, untuk setakat Tahun 2015, Sabah akan kekal sebagai simpanan tetap BN.

Blog Archive