KALAU melihat mereka yang menggunakan politik untuk cari makan, maka rasmi lalang mereka ikuti. Sebab itu, jenis mereka ini, kadangkala menyokong kerajaan kadangkala pula menentang.
Apa yang mereka cari, adalah "bayaran". Jika bayaran menyokong kerajaan lebih, maka akan menyokong kerajaan, namun jika "bayaran" lebih kerana menyokong pembangkang, maka akan menyokong pembangkang.
Namun, pemimpin politik yang mempunyai pendirian, akan bertindak sesuai dengan pendiriannya. Apa kah pendirian itu diterima ramai atau diterima oleh segelintir.
Pemimpin politik yang bertindak seperti lalang, akan terlihat menerusi rekod seseorang pemimpin itu.
Rekod tidak akan berbohong. Namun, bagi pemimpin yang tergolong seperti itu, menjustifikasikan tindakan itu, sebagai pemimpin bijak. Pemimpin bijak perlu sentiasa akur dengan keadaan politik semasa, bukannya berasaskan kepada pendirian atau pegangan sebagai ahli politik.
Bagi pemimpin yang tahu memanfaatkan situasi dan kondisi politik, sentiasa terpakai, namun, mereka yang teguh dengan pendirian, boleh terpakai boleh juga tersisi.
Bagi mereka yang tidak teguh kepada pendirian politik, sentiasa menggunakan pendekatan menghalalkan cara. Mereka tidak peduli, pendirian masa lalu, sebaliknya, pendirian sentiasa ikut keadaan semasa. Apa yang penting, sentiasa terpakai dan mempunyai kedudukan.
No comments:
Post a Comment