Wednesday, December 23, 2015

Pergolakan Politik Mewarnai Tahun 2015

Meskpun PRU-13 telah tiga tahun berlalu, bahang politik masih mewarnai negara,baik yang didepani parti Barisan Nasional mahupun parti-parti yang berpakat DAP-PKR dan Pas.

Parti pembangkang pada Februari kehilangan dua tonggak utama, apabila Defacto Leader Parti PKR dipenjarakan selama 5 tahun kerana disabitkan kesalahan jenayah meliwat pada Tahun 2008. Selain itu, kematian Mursidul Am Pas Dato Seri Nik Aziz Nik Mat pada bulan yang sama, menambah pukulan kepada kumpulan parti-parti pembangkang.

Di pihak Bn juga, berlaku pergolakan politik, hanya kerana isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Juga, berlakunya goncangan kecil dalam parti MIC, kerana berlakunya perebutan kepimipinan. Di pihak Umno pula telah kehilangan pemimpin, seorang kerana terlibat kemalangan helicopter danyang seorang keluar daripada parti untuk menyertai parti pembangkang.

Akibat kematian Nik Aziz dan dipenjarakannya Anwar, maka pakatan parti pembangkang yang dipanggil pakatan rakyat lebur, kerana dua parti yang tadinya berpakat DAP dan Pas, tidak boleh duduk semeja lagi. Juga Pas hampir berpecah, apabila para pemimpin yang mewakili Erdogan dalam parti itu telah keluar menubuhkan parti serpihan yang dipanggil parti Amanah. Kini parti Amanah berpakat dengan DAP PKR dan memanggil pakatan mereka itu dengan Pakatan Harapan.

Pada Umno pula, berlaku sedikit goncangan, apabila Timbalan Presiden dan salah satu naib Presiden digugurkan daripada kabinet Persekutuan pada 28 Julai lalu. Akibat pengguguran itu, dua pemimpin itu hampir terkucil dalam perjalanan parti, termasuk menghalang mengambil bahagian dalam penggulungan sempena PAU pada awal bulan Disember.

Melihat leburnya Pakatan Rakyat, Presiden Umno mengambil peluang dengan menghulurkan salam persahabatan dengan Pas. Tujuan salam itu, untuk memperkuatkan umat islam, kerana dua parti itu mewakili umat islam di negara ini. Salam itu, ada yang menafsirkan bukan ikatan kerjsama antara parti, akan tetapi hanya ikatan sesama agama. Terlalu awal untuk menafsirkan hubungan itu, kerana terlalu ramai pemimpin Pas yang tidak menerima salam itu, termasuklah Timbalan Presiden parti itu. Malah salah seorang naib Presiden parti islam itu, menyatakan, bahawa bukan jarang pemimpin utama parti itu telah menyebarang ke parti Umno, akan tetapi Pas tetap tegak sesuai dengan perjuangannya. Bagi Naib Presiden Pas itu, pemimpin parti yang berminat terhadap kerjasama dengan Umno, dipersilakan masuk ke dalam parti itu dan keluar daripada Pas, bukannya membawa Pas berkerjasama dengan Umno.

Di Sarawak pula, telah berlaku persempadanan semula, daripada 71 kerusi DUN kepada 82. Sarawak perlu mengadakan PRN selambat-lambatnya Jun 2016. PRN terakhir negeri itu pada April 2011.

Di Sabah pula, kelihatannya tenang-tenang sahaja, kerana hubungan antara parti Bn Sabah cukup kukuh di bawah teraju Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Haji Aman. Nampaknya, untuk setakat Tahun 2015, Sabah akan kekal sebagai simpanan tetap BN.

No comments:

Blog Archive