Tahun 1994 - Kerajaan PBS Sabah tumbang dengan cara jumpa TYT. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik KM baru.
Tahun 2009 - Kerajaan PR Perak tumbang dengan cara hantar akuan bersumpah (SD) dan menghadap Sultan Perak. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB baru.
Tahun 2014 - Kemelut Menteri Besar Selangor langkah Kajang diselesaikan dengan cara hantar SD dan menghadap Sultan Selangor. Jawatan Menteri Besar bertukar tangan. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB baru.
Tahun 2018 - Kerajaan BN Sabah tumbang apabila 6 ADUN BN sokong Shafie Apdal. TYT Sabah buat keputusan, lantik Ketua Menteri baru, tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan.
Tahun 2020 - Kerajaan pusat PH tumbang apabila PM7 letak jawatan. PM baru dipilih oleh YDP Agong setelah kesemua 222 ahli parlimen menghadap. Tak ada undi percaya dalam dewan untuk tentukan PM baru.
Tahun 2020 - Kerajaan PH Johor, Melaka, Perak dan Kedah tumbang dengan cara hantar akuan bersumpah (SD) dan menghadap Sultan atau Gabenor negeri. Tak ada undi percaya atau undi tak percaya dalam dewan untuk lantik MB atau Ketua Menteri baru.
Pendek kata tak pernah ada mana-mana kerajaan negeri atau pusat pernah tumbang dan bertukar tangan melalui cara undi dalam dewan.
Tapi PH sekarang mahu tumbangkan PM8 dengan undi percaya atau undi tidak percaya dalam Dewan.
Mereka tak mahu serah 112 SD untuk sokong Tun Mahathir menjadi PM pula.
Kenapa PH tak mahu guna cara paling terbukti dan paling berkesan jika mereka benar-benar ada sokongan majoriti untuk tumbangkan kerajaan PN?
PH tahu ada cara 100% guaranteed. Kenapa tak mahu pilih?
Kata Dato Seri Najib wayang aje lebih!!!.
No comments:
Post a Comment