Tuesday, October 01, 2019

KEJADIAN CULIK DI PANTAI TIMUR SABAH-MENGAPA MASIH BERULANG?

PENULIS terbaca, keprihatinan mantan ADUN Bogaya, Semporna dan juga mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah era Barisan Nasional- Datuk Ramlee Marahaban, sehubungan berulangnya kejadian culik di kawasan Pantai Timur Sabah. 

Penulis berkongsi pandangan pemimpin Semporna itu, kerana siapa sahaja rakyat Sabah sudah tentu mempunyai perasaan demikian, kerana jika kejadian penculikan masih berlaku, kemungkinan suatu hari nanti, kalau bukan beliau atau penulis, mungkin saudara mara bakal menjadi mangsa culik. 

Ramlee patut merasa was-was, dan prihatin, kerana beliau mungkin suatu hari bakal menjadi mangsa, kerana kerapnya beliau belayar di kawasan itu, selain tujuan riadah, seperti memancing, juga beliau mempunyai tempat peranginan di Pulau Mataking. 

Bukan sahaja Ramlee merasa bangga dengan kewujudan ESSCOM, akan tetapi rata-rata penduduk di kawasan itu. Operasi ESSCOM yang antaranya mengadakan perintah berkurung daripada petang ke pagi, sebenarnya membolehkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai atau pulau-pulau tidur nyenyak, seperti mana jaminan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato Suhaimi Haji Mohd Zuki pada 4 September lalu, semasa penyerahan tugas Komander ATB2 bertempat di Kem Kukusan, Tawau. 

Malang sungguh, rupanya modus operandi penculik telah bertukar, iaitu di siang bolong, seperti mana kejadian penculikan nelayan rakyat Indonesia berdekatan Pulau Tambisan pada 23 September. 

Memang betul lah, seperti kenyataan Jeneral Suhaimi, bahawa rakyat boleh tidur nyenyak di waktu malam, namun pada masa mencari penghidupan, di masa itu pula, berlakunya penculikan rentas sempadan. 

Menilai modus operandi yang berubah daripada pihak penculik, maka bagi menghalang kejadian penculikan, besar kemungkinan perintah berkurung dikuatkuasakan 24 jam. Jika demikian, maka rakyat yang bergantung harap daripada laut, kegiatan riadah, pelancongan, akan terhalang. Jika itu berlaku, maka penyediaan aset-aset seperti radar, kapal gerak cepat, tidak dapat melindungi rakyat, sebaliknya hanya berfungsi memantau aktiviti penculik rentas sempadan. 

ESSCOME diwujudkan berikutan pencerobohan Pengganas Sulu pada tahun 2013, di Kg Tanduo, Lahad Datu. Modus operandi pengawal keselamatan sempadan itu, akan menyediakan aset-aset canggih, selain jumlah anggota yang mencukupi bagi tujuan memagar lautan Pantai Timur Sabah sejauh 1,400 Km daripada Kudat hinggalah ke Tawau. Pun demikian, dengan kos yang beratus juta ringgit dengan diserati peralatan canggih termasuk posko di kawasan-kawasan depan, akan tetapi, tidak menghalang penculik rentas sempadan mendapatkan mangsa. 

Satu persoalan, mengapa penculikan rentas sempadan masih berlaku? Kalau daripada segi peralatan atau aset, difikirkan sudah mencukupi, kerana peralatan canggih milik ATB2 5 bulan lalu, berjaya memintas bot yang dinaiki Ramlee semasa beliau menghala ke Pulau Mataking, yang disangka sebagai penculik rentas sempadan. 

Lima bulan lalu, Komander ATB2 yang kini sudah ditukar, begitu bangga sekali membuat kenyataan bahawa aset kententeraan di kawasan tersebut begitu efektif, sehinggakan membuat kenyataan akhbar berjaya memintas dan menangkap penjenayah rentas sempadan, sedangkan yang dipintas itu adalah penduduk tempatan, iaitu Datuk Ramlee yang mana perjalanan beliau diketahui oleh pasukan keselamatan kerana telah memberitahu perjalanan beliau ke Pulau Mataking. Ramlee masa itu dikambing hitamkan sebagai penjenayah, untuk mengsahkan bahawa begitu berkesannya, operasi ATB2.

Namun, kelangsungan berkesannya peralatan ketenteraan di kawasa ESSCOM tidak bertahan lama, kerana selepas itu dua penculikan berlaku, tidak termasuk satu kejadian yang berjaya dipintas oleh pasukan marin.

 Apa kah sebenarnya yang berlaku? apa kah kerana faktor manusia?? sehinggakan peralatan canggih tidak berfungsi dengan baik? Jika benar lah faktor manusia, maka peralatan canggih termasuk membina kem tentera seperti mana permintaan Ketua Menteri Sabah, tidak akan efektif.

Penulis yakin, mereka yang mahir dalam ketentaraan mempunyai jawapannya.

1 comment:

Anonymous said...

Semalam Syed Saddiq panjang lebar membalas balik apa yang dikatakan oleh Syed Husin, Khairuddin juga sedang memulakan serang balas yang keras sehingga mengugut pula mahu membuat kempen tolak Anwar secara berdepan sekiranya pihak yang berkaitan secara terbuka lagi mengkritik Mahathir.

Hari ini pula Ezam Mohd Nor secara terbuka membuka ruang perbalahan, menyokong apa yang diperkatakan oleh Syed Husin, memang Mahathir itu 'Reformis palsu'

REFORMIS PALSU VS REFORMIS TULIN
SUMA NYA HAMPEH SUMANYA HARAMJADAH
PALO PENIPU VS PALO PROMPAK KERALA KLING
INI SUMA JENIS LAHANAT KITA KASI SESAH

KIKIKIKIKI..

#BMF

Apa lagi PKR, jadi anak jantanlah, jadi pertahanan presidenmu. Ini dikalangan pemimpin pro Anwar kecut telur nak berbicara mengkritik cara Mahathir.

Cuma nak bagitahu, yakin ke boleh lawan kem Mahathir ni?

Blog Archive