Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

Angin Perubahan: antara realiti dan persepsi

Bagi seseorang yang telah bertekad untuk berubah- apapun cara tarikan yang dipersembahkan ke hadapannya apa kah tersirat maupun tersurat terlalu sukar mengubah pendirian dan keputusan yang telah diambil. Dalam era moden ini- tiada lagi istilah membuat keputusan membabi buta- keputusan yang dibuat rentetan dari peristiwa-peristiwa yang telah dialami oleh individu itu.

Merayu,mengajak seseorang mengubah keputusan yang telah diambil semata-mata hanya berpaling ke kiri atau ke kanan- dimana destinasi atau keputusan yang serupa- cuma bezanya mungkin cara dan bentuknya- biasanya dalam dunia ilmu ini- terlalu menyukarkan mengubah keputusan seseorang.

Keinginan untuk berubah ternyata mengubah lanskip berfikir rakyat negara kini. Keinginan ini telah melanda rakyat terutama generasi setelah merdeka. Generasi ini sebaik sahaja membuka mata ke arah hidup berdikari telah tersajikan kepada suasana persaingan yang luar biasa hebat. Mereka membesar menyaksikan bagaimana manusia menjadi input industri- manusia dipergunakan oleh manusia- manusia digunakan sebagai modal mencari rezeki- manusia penyebab kerosakan alam- manusia penyebab kerosakan sosial,; perdagangan manusia dan bermacam-macam kaedah penggunaan manusia- telah disaksikan.

Pengalaman dan peristiwa yang dialami baik pahit atau manis- menjadikan manusia itu belajar-menjadikan manusia berpengetahuan- ada manusia dijadikan tauladan- ada manusia dijadikan sempadan. Berpaksi kepada pengalaman ini- manusia terbuka kepada deminsi keinginan baru-terbuka untuk membuka lembaran baru. Di sinilah keinginan untuk berubah bermula. Keinginan ini bukan lagi riotik- tetapi telah menjadi kemastian- motto “desire to change” menjadi panutan.

Dalam usaha merebut kuasa misalnya- berbagai kaedah digunakan- ada kaedah yang biasa digunakan tetapi dimodifikasi sedikit- misalnya- cara pengadaan pilihanraya. Kita biasa menghadapi pilihanraya- samada pilihanraya umum (PRU) atau pilihanraya kecil. Sama-sama kita tahu- bahawa PRU- diadakan semata-mata untuk meminta mandat baru- dengan satu tujuan- menperkukuh kekuatan- walaupun keputusannya kadang-kadang memeranjatkan seperti PRU-12. Sedangkan pilihanraya kecil (PRK) pula diadakan disebabkan jika sesuatu kawasan itu tidak berwakil rakyat- kerana penyandangnya kehilangan kelayakan maupun terjadi kekosongan kerana kematian.

Setelah PRU-12- kebiasan PRK tidak lagi berpaksi kepada kebiasaan ini, tetapi telah dimasukan dalam strategi dan perancangan dalam usaha mendapat kuasa- kerana menafaatkan situasi rakyat yang ingin berubah. Bagi individu atau kelompok individu yang ingin mendapat kuasa- apa sahaja kaedah yang boleh digunapakai- dipergunakan semaksima mungkin, agar tujuan atau matalamat tercapai. Kata orang “hook or by crock” tujuan mesti dicapai dan kemahuan mesti didapat.

Kos pilihanraya- bukan merupakan “concern” bagi pembuat statergi dan perancang- apa yang mustahak adalah agar stratergi dan perancangan itu menepati sasaran. Apabila sasaran tercapai- maka kepuasan yang begitu tinggi nikmatnya kepada ahli strategi dan perancang tercapai.

Persepsi: bahawa angin perubahan melanda- dimanafaatkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha menjadi perdana menteri Malaysia. Terdorong dengan persepsi ini maka berbagai strategi dan perancangan telah di atur melalui istilah pakatan. Strategi dan perancangan yang bersifat menyerang disusun sedemikan rupa kerana menurut pandangan kelompok Anwar- tanda-tanda keinginan untuk berubah yang melanda rakyat- berorentasi dan terdorong melalui sifat menyerang.

Strategi menyerang Anwar ada yang bersifat halus dan ada juga yang bersifat kasar. Penggunaan mahkamah, tulisan dalam akhbar-akhbar atau blog, propaganda kepada pemimpin asing, pengosongan kawasan-kawasan yang dimenangi pakatan melalui PRU-12, penyusunan semula kepimpinan dalam PKR adalah cara halus Anwar, manakala demonstrasi, ceramah-ceramah, karektor assassination perorangan atau pemimpin atau pro- kerajaan merupakan cara kasar Anwar untuk memaksa terjadinya perubahan.

Bagi Anwar- apakah angin perubahan benar-benar ada- bukan persoalan, kerana menurut fahaman beliau- angin perubahan boleh dirancang dan dirasang melalui stimuli luaran, dalaman ; apakah melalui isu kemanusian atau isu kenegaraan. Yang paling penting dalam penciptaan angin perubahan adalah terletak kepada memontem yang berterusan.Bagi kelompok Anwar – lenturlah besi selagi panas.

Akibat keputusan PRU-12, seolah-olah angin perubahan telah melanda- pihak pemegang tampuk kerajaan yakni Barisan Nasional terpengaruh, terbawa-bawa, hanyut dengan persepsi bahawa angin perubahan memang melanda.

Pertahanan kerajaan belum bersedia untuk menangkis “ angin perubahan” seperti ini. Dalam waktu sejenak kerajaan terpaksa berada dalam situasi bertahan- saling menuding jari- saling menyalahkan sipulan dan simulan- ada juga secara terang-terangan ketidak siap siagaan benteng pertahanan kerana sistem pertahanan yang disediakan oleh sang ketua tidak ampuh- ketinggalan zaman- telah lapuk dan hampir luput kualitinya.

Belum pernah terjadi di negara- selama lebih 50 tahun bahawa tampuk pemegang kuasa terpaksa bertahan sebegini rupa- terpaksa menggali berbagai pendekatan dalam penyusunan pertahanan. Membina pagar-pagar yang kuat- mempergunakan seluruh sumber yang ada agar supaya pertahanan yang kuat dapat dibina agar angin perubahan tidak melanda.

Tampuk pemerintahan- berfikir bahawa kelemahan pertahanan yang kuat kerana para jeneralnya telah tua- ketandusan idea; dalam proses membina semula kekuatan pertahanan- proses penggantian barisan depan pucuk pimpinan perlu diganti. Berguguranlah barisan pimpinan yang tua-tua dan berganti dengan barisan daun-daun muda.

Setelah terjadi perubahan pucuk pimpinan negara: pagar pertahanan pemerintah ditemukan dan dirumuskan melalui konsep “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Bagi pihak pemerintah melalui konsep ini pertahanan dianggap kukuh untuk menempis serangan angin perubahan dan juga kelompok yang memanfaatkan kelompok masyarakat yang berkeinginan untuk berubah.

Rupanya berasaskan kepada pendekatan tampuk yang memerintah kini- angin perubahan itu memang suatu realiti bukan persepsi. Cuma amaran awalnya tidak dikesan, disebabkan sistem pengesan telah lapuk dan tidak mampu mengesan angin seumpama ini.

Persoalannya sekarang apakah konsep dan sistem yang dipertaruhkan oleh tampuk pemerintahan kini dapat menangkis strategi dan perancangan pihak yang memanfaatkan angin perubahan?

Pada mutakhir ini- telah disaksikan bahawa pemanfaatan angin perubahan ini benar-benar digunapakai oleh pihak Anwar Ibrahim melalui pemeliharan memontem yang berterusan- umpamanya melalui pengosongan kawasan-kawasan tertentu agar supaya pilihanraya kecil dapat dilangsungkan. Pembangkitan isu-isu undang-undang, isu ketelusan,isu kepolisan, isu kesukuan, isu pilih kasih, isu pelajaran, isu agama terus dimainkan agar supaya memontem berterusan dan menaikan semangat kelompok-kelompok yang terasuk dengan angin perubahan.

Siri pilihanraya kecil yang masih dalam senarai menunggu adalah DUN Kota Shah Alam, setelah Penanti. Bagi menghadapi pilihanraya kecil Penanti pihak pakatan telah awal-awal lagi mengumumkan calonnya Dr Mansor Osman mantan setiausaha politik Anwar Ibrahim semasa mejawat DPM di bawah pemerintahan BN- jika menang Dr Mansor pasti dilantik sebagai TKM-1 Pulau Pinang.

Strategi dan perancangan pihak pakatan ini dalam usaha memelihara memontem terhidu oleh Datuk Najib- dan pada awal-awal lagi- PM-6 ini membayangkan akan memulaukan PRK-Penanti.

Pemulauan PRK- Penanti- jika benar-benar terjadi- ramai para penganalisis politik, para pemimpin dalam kerajaan,maupun bloger-bloger termasuk- bloger A Kadir Jasin- menyifatkan pemulauan ini sebagai kembiri dan penakut. Menurut A Kadir Jasin lagi- setelah terjadinya perubahan kempimpinan kerajaan- sepatutnya kerajaan bertambah berani.

Datuk Najib mempunyai kaedah tersendiri untuk menghadapi pendapat seumpama ini. Bagi Najib- berundur setapak bukan bererti takut. Tidak melawan bukan bererti pengecut.

Bagi Datuk Najib- perangkap lawan telah ternga-nga di depan mata- adalah suatu keputusan yang daif untuk memasukinya. Apakah boleh diiktiraf bahawa perangkap musuh yang telah jelas boleh memusnahkan- kerana hendak dikatakan bukan kembiri- bukan penakut- bukan pengecut tetap sahaja memasuki perangkap itu. Adalah terlalu daif dan bodoh untuk memasuki perangkap itu jika senjata yang ampuh tidak terbawa bersama bagi memusnahkan perangkap itu.

Senjata ampuh Datuk Najib akan terus diasah untuk peperangan yang besar, bukan untuk peperangan kecil. Senjata ini terlalu tinggi harganya- adalah tidak berbaloi digunakan untuk peperangan kecil, kerana menurut hemat Najib- memang angin perubahan yang sangat besar akan melanda- dan kerana itu- senjata ampuh mesti disimpan baik-baik agar tidak diketahui jenisnya dan kemungkinan pihak musuh mencari penangkisnya.

Angin perubahan memang berlaku di negara ini, bukan sahaja mengubah senerio berpolitik tetapi juga mengubah cara berpolitik- mengubah cara pendekatan kepada rakyat- mengubah cara pentabiran- mengubah pengurusan- dan paling afdal mencoba mengubah mentaliti.

Rupanya apabila angin perubahan terjadi yang diuntungkan adalah rakyat- melalui angin perubahan- rakyat akan menikmati bahagiannya- menikmati rancumnya yang selama ini diberikan secara terpaksa dan disendat-sendat. Demi kemakmuran rakyat dan negara- biarlah angin perubahan terus bertiup dan menjadi realiti dan jangan cuma persepsi.

Tuesday, July 28, 2009

Nik Aziz Kata: Kerjasama PAS-Umno tak mungkin

Kisah lama kerjasama Pas-Umno semasa Tun Razak sangat menghantui Nik Aziz. Sebarang kerjasama Pas-Umno selagi Nik Aziz ada tidak mungkin. Nik Aziz malah menuduh Umno despredo terhadap Pas.

Kenapa kah Umno sangat terigih-igih berkerjasama dengan Pas? jawapannya mudah! pimpinan Umno melihat hasil PRU-12, dan 5 PRK selepas itu, di mana ke lima-lima PRK itu UBN kalah.

UBN melihat bahawa hanya sokongan kaum melayu dan bumiputra sahaja akan dapat mengekalkan kedudukan UBN se masa PRU-13. UBN melihat bahawa sokongan kaum India dan Cina, tidak dapat ditembus, kerana komponen UBN MCA, MIC dan gerakan tidak mampu lagi menarik kaum india dan cina memilih UBN.

Dalam usaha menarik pengundi cina misalnya, ketua pegerakan wanita MCA merasa ke hadapan dengan mendesak menteri dalam negeri mengiktiraf anak kandungan teman wanita mendiang Teoh Beng Hock sebagai anak sah, walaupun semua ajaran agama mengatakan bahawa anak luar nikah tetap sahaja anak luar nikah.

Anggapan bahawa UBN telah lemah mengakibatkan ada pemimpin UBN yang keluar parti dan masuk parti pembangkang. Chua Jui Meng dan rakan misalnya telah keluar MCA dan masuk PKR, disusuli SS Subramaniam mantan naib presiden MIC, juga masuk PKR.

Melemahnya sokongan terhadap UBN selain anggapan kerana keputusan-keputusan PRK akan tetapi isu-isu semasa yang melanda negara. Isu ISA, SPRM, PDRM dan badan kehakiman terus dimainkan oleh pihak lawan, sehinggakan sedikit sahaja cela yang disebabkan oleh badan-badan ini akan terus di gembar gemburkan, seolah-olah kiamat dah hampir tiba.

Esok inkues terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock akan bermula. TBH sangat istimewa kerana bernama Teoh Beng Hock, bukan Wan Farihan atau Mustakizah. Kerana namanya, maka kerajaan terpaksa tunduk kepada desakan. Sungguh malang nasib mu Wan Farihan dan Mustakizah, bumi di mana namamu terpahat tidak dapat membela mu. Malah tokoh yang menganggap dirinya pejuang islam pun sama dengan agama mu tidak mau membela mu. Oiiiiiii nasib ku

Sunday, July 26, 2009

Mahathir di bidas: Kenapa??

Kenapa Tun Mahathir di bidas melalui tulisannya KAKI DALAM KASUT. Mantan Perdana menteri hanya mengatakan data dan fakta yang sebenar. Kenapa data dan fakta di persoal?? Coba fikir, jika bukan Tun dr Mahathir yang menulis artikel ini, apa kah mantan PM ini akan dituduh racist, divide and rule at work again dan semacamnya?

Mereka yang membidas data dan fakta adalah mereka yang menidakkannya, yang sebenarnya mereka lebih arif mengenainya, kalau tidak, mereka tidak akan membidasnya. Mereka tidak mahu fakta dan data yang benar dirungkai dan diketengahkan. Mereka mahu data dan fakta dibungkus dengan kuat agar tidak terbongkar.

Siapa kata melayu terbela dalam negaranya, melayu sebenarnya terkorban dalam negaranya,melayu terpaksa mengorbankan dirinya kerana mahu cepat-cepat keluar dari gengaman penjajah. Melayu, tidak mampu lagi menderita dalam gengaman penjajah,kerana itu, peluang untuk merdeka, disambar dengan cepat, walaupun bahagiannya terpaksa dikorbankan.

Semasa mengisi kemerdekaan, melayu mengatur langkah, hanya memertabatkan bangsanya, hanya membantu bangsanya supaya terkeluar dari malapetaka penjajahan. DEB diwujudkan, semata-mata pembahagian kek ekonomi tidak mengorbankan milik bangsa melayu, kerana jika tidak dilakukan demikian, bangsa melayu, tidak tahu bagaimana mendapatkan bahagiannya,kerana bangsa melayu terdidik mengorbankan miliknya.

Setelah 39 tahun, milik bangsa melayu, tidak juga berjaya mereka genggam, malah dasar yang menunjuk ajar bangsa melayu, bagaimana memiliki haknya, dipersoal, dijadikan bahan politik, sehinggakan, bangsa melayu yang ingin terus berkuasa, terpaksa mengorbankannya.

Mereka mahu bangsa melayu, menjadi pengemis dalam negaranya, tanah tumpah darahnya, mereka tidak mahu melayu maju, kerana jika bangsa melayu maju, maka bagining powernya menjadi kuat, maka suara-suara yang menentangnya tidak akan mampu mengoyangnya.

Tindakan kerajaan masa kini, hanya menguntungkan bangsa melayu yang ada di bandar-bandar dan pekan-pekan, sedangkan bangsa melayu yang berada non ceruk di desa masih sangat terbelakang, seperti berada di ambang kemerdekaan. DEB masih mereka perlukan!!!

Friday, July 17, 2009

Kenapa Kita Suka Meramal




Kenapa kita suka meramal. Pagi-pagi buta ini, saya terfikir mengenai perkara ini. Dalam tulisan ini,meramal tidak langsung dilihat dari segi agama,tetapi berasaskan kepada tabiat kita, sebagai manusia termasuk diri saya.

Kita suka meramal terutama dari segi politik, walaupun data atau maklmuat yang simpang siur, kita tegaskan dalam tulisan atau laporan bahawa berita itu adalah sahih dan benar belaka. Tujuan si penulis adalah semata-mata untuk menarik perhatian, apatah lagi jika suatu hari tulisan atau laporannya itu menemukan kebenaran dan betul pula.

Coba kita layari tulisan-tulisan dalam blog kawan-kawan kita,misalnya PRK Manek Urai yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Meskipun PRK itu telah selesai, malah pengiraan undipun telah selesai, pemenang pun telah di ketahui, tetapi ulasan-ulasan susulan masih meriah dan bertali arus.

Macam-macam andaian dibuat, macam-macam analisa dan berbagai faktor dikemukakan, samada faktor yang menjadi punca kemenangan tetapi juga faktor-faktor yang menjadi punca kekalahan.

Anwar Ibrahim sendiri mengulas dan memberi andaian, bahawa calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat adalah bukan pilihan DS Najib, kerana katanya DS Najib tidak turun padang berkempen di Manek Urai. Malahan kata DSAI lagi, sebenarnya Tuan Aziz juga bukan pilihan Ketua Umno Bahagian, kerana itu calon UBN ini tidak mencapai kemenangan.

Taktik Anwar ini adalah taktik menimbulkan isu untuk orang lain meramal, apabila isu itu berkembang, diulas, dan dilapor berulang-ulang, maka isu yang sebenarnya tiada itu akan menjadi ada. Isu yang tadinya sebenarnya tiada akan menjadi ada. Taktik seumpama ini, telah digunakan oleh pihak Amerika semasa perang dunia ke-2 dan juga semasa perang dingin. Walhasilnya, pihak Amerika telah menang ke dua-duanya.

Bagi penyokong UBN, terpaksa berhati-hati menganalisa gejala ini, kerana saya yakin, pihak Pakatan terutama DSAI mempuyai net working yang kemas dan rapi untuk menganlisa keadaan, baik di media massa bercetak, audio maupun lisan. Net working DSAI ini berkerja dengan gigihnya mencari, menganalisa kandungan-kandungan seluruh bentuk komunikasi, dan akan melontarkan serta membangkitkan isu, yang tidak terfikirkan oleh kita sebelumnya.

Kejadian kematian SU exco DAP Selangor umpamanya, adalah kejadian diluar dugaan sama sekali, kerana kejadiannya kebetulan bersamaan dengan pembicaraan kes liwat DSAI.

Content Analysis adalah satu keadah yang jitu mencorakan isu untuk mengalih pandangan terutama kepada mereka yang tidak pro sesiapa. Coba.. fikir-fikirkan

Thursday, July 16, 2009

Politik Pembangunan UBN masih ampuh kah? atau perlu ada formula baru?

Dari dahulu lagi politik pembangunan memang melekat pada UBN. Setiap PRU dan PRK,isu utama UBN adalah pemabangunan, sehinggakan ditafsir oleh lawan sebagai usaha merasuah rakyat.
.
Kerajaan yang mana tidak membawa isu pembangunan, jika ianya berkuasa,kerana melalui pembangunan sajalah rakyat dapat menilai bahawa kerajaan itu membela rakyatnya. Persoalannya sekarang, kenapa isu pembangunan ini kurang mendapat tempat di hati majoriti rakyat? Dapat dikatakan demikian, kerana pada PRU-12, isu utama UBN adalah pembangunan, kemudian isu pembangunan ini terus diuar-uarkan untuk 6 PRK setelah pRU-12. Dalam 6 PRK itu,hanya di Batang Ai, Sarawak sahaja rakyat menerima isu pembangunan ini.
.
UBN mulai sekarang mesti mencari formula baru, di samping isu pembangunan, juga mesti dilengkapkan dengan isu-isu kemasyarakatan, terutama isu-isu agama,keadilan sosial, keadilan agihan kekayaan negara, di samping merubah pendekatan kepada rakyat. Melalui PRK Manek Urai, mungkin UBN boleh mengguna pakai pendekatannya di situ sebagai penanda aras pendekatan kepada rakyat dan sudah tentunya di tokok tambah apa yang patut dan terasa terlepas pandang.
.
Para kempener UBN di Manek Urai kena berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan UBN di seluruh negara, agar penyelarasan berkempen dapat dirumuskan dan nantinya diguna pakai pada pilihanraya berikutnya. Tujuan penyelarasan ini adalah agar supaya pendekatan UBN itu senantiasa tersusun, luwes dan kompak.
.
Para pemimpin pelapis UBN kena berkerja keras mulai sekarang di samping menterjemahkan arah tuju kepimpinan tetapi juga penyampaian arah tuju ke peringkat akar umbi mesti dilaksanakan dengan telus tanpa agenda terselindung.

Jika DS Najib merasakan bahawa masa 24 jam terasa terlalu singkat, kerana memikirkan bagaimana memajukan negara dan rakyat, para pemimpin pelapis juga kena turut agar supaya, rakyat mengerti bahawa UBN serta para pimpinannya berjuang demi negara dan rakyat.

Hasil PRU-12 dan PRK kecil, memaksa seluruh kader-kader dan pemimpin UBN berkerja dari permulaan demi menarik hati rakyat. Melalui 6 PRK, hanya di Manek Urai sentuhan naluri rakyat di temukan, di sini adalah jelas, menawan hati rakyat tidak semudah seperti yang kita fikirkan, kerana perlu waktu dan proses.

Sunday, June 28, 2009

PAS: Tiada Isu Buat UMNO

Dahulu isu mengkafirkan Umno sudah redah, sekarang pula isu agak lunak cuma menyamakan UMNO dengan Ayahpin dan Chin Ping. Pas sudah ketandusan isu menyerang UMNO. Demi memontem agar kenampakan bahawa pimpinan PAS tidak ketandusan idea, maka terpaksa membuat isu-isu baru.

Tujuan PAS ini ada muslihat disebaliknya, tujuan sebenar PAS agar Umno terpancing supaya dapat menerima ajaran ayahpin dan juga membenarkan Chin Ping pulang ke Malaysia. Ajaran ayahpin sejak awal-awal lagi telah diharamkan oleh kerajaan Terengganu, demikian juga kepulangan Chin Ping dari awal-awal lagi telah di tolak oleh UMNO, Pas dan pimpinannya telah tahu dan maklum pendirian UMNO.

Kenapakah Nik Aziz tega menyamakan UMNO sama dengan ayahpin dan komunis?? Seperti diawal tulisan ini, Nik Aziz pasti ada muslihat disebalik tuduhan ini. UG misalnya adalah cetusan Hadi Awang,akhirnya pula UBN dituduh sebagai dalang idea UG. Nampak sekarang, sejak Nik Aziz berkawan dengan Anwar Ibrahim,Tok Guru itu telah terjangkit ilmu putar belit, ilmu tipu menipu, sehinggakan isu yang tidak berasaspun boleh menjadi isu seolah-olah benar dan betul.

Ahli Umno dan penyokong Umno tidak akan terpancing isu Nik Aziz ini,cuma sebagai bahan tulisan dan memperbetulkan keadaan, maka isu ini mahu tidak mahu terpaksa diulas.

Rakyat di negara ini semua mempunyai kepercayaan agama masing-masing, mereka paham benar, bahawa mereka yang terpancing anjaran ayahpin adalah mereka-mereka yang tidak mendalami kepercayaan agama mereka, mereka yang masih percaya bahawa selain kuasa Tuhan, kononnya manusia juga ada kuasa seperti Tuhan, mereka ini lah yang terpancing oleh ajaran seumpama ini. Umno tidak pernah mengatakan bahawa parti itu mempunyai kuasa melebihi Tuhan, jika ada yang mengatakan demikian, maka itulah yang dinamakan ketandusan isu atau idea, kerana mengatakan bahawa kambing telah bertukar menjadi lembu, lembu bertukar jadi gajah, kecuali kuasa Tuhan sahaja, binatang-binatang ini akan bertukar, tiada kuasa lain.

Bagi mereka yang terpancing menerima idea, bahawa Umno seperti ajaran ayahpin dan komunis, terpaksa berjumpa dengan doktor jiwa, kerana adalah pasti orang itu mengalami penyakit jiwa, kerana melihat lembu seperti gajah.

Selagi lembu dilihat seperti lembu dan gajah dilihat seperti gajah, dan masih lagi menerima bahawa UMNO seperti ajaran ayahpin dan komunis, adalah pasti orang itu tidak suka Umno, bukan penyokong Umno, bukan ahli Umno, bukan pemimpin Umno, itulah Nik Aziz dan Pas mengelarkan Umno demikian.

Isu menyamakan Umno seperti ayahpin dan komunis, hanya laku untuk orang-orang PAS, Pakatan, kerana apapun Umno buat pasti mereka tidak suka. Jadi adalah pengajaran kepada Umno, tidak usa lagi menarik hati atau coba mempenagruhi ahli Pas dan Pakatan yang telah taksub kepada pimpinan dan parti mereka, kerana bidalan berkata mencurah garam ke laut tidak membawa erti apa-apa.

Tuesday, June 23, 2009

Next Moves UMNO!!!

Mana sudah pakar strategi UMNO!!! Hanya sekali mesyuarat kes UG tutup kedai. Panas berlanjutan berbulan-bulan, cuma hujan sejam.. dah habis semua!. Common UMNO... kini tibanya tantangan untuk pakar strategi UMNO.. mana sudah hujah-hujah mu, mana sudah idea-idea Mu.. keluarkanlah!.

Nostalgiamu..tak akan terpakai lagi... idea baru yang berbeza..tentunya berlainan dari yang kelamrin, dari yang semalam... dulu, kini dan selamanya dah basi... perlu branding... perlu-- repositioning!!! perlu.. know how.. perlu... perlu.................... Kini penyokong UMNO terkapai-kapai... seolah.. semalam terasa mati... tak boleh tunggu esok!!!

Jangan guna amarah... tak boleh... guna akal boleh.. guna minda boleh... guna projek tak boleh... tunjuk ceramah emosi.... agak-agak juga tak boleh... guna.... underground... mungkin boleh... common UMNO... used your grassroots!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 11, 2009

Memory Otak Kita Terancam

Kes mendera Siti Hajar warga Jawa barat Indonesia oleh majikan cinanya, polis sedang mencari pemandu van yang melenyapkan wang 1/2 juta , penembakan umat islam ketika solat di Sungai Golok Thailand, pengeboman hotel mewah di Pakistan serta isu kerajaan perpaduan merupakan berita-berita menarik yang sayang jika tidak diikuti.

Selain itu isu mewajibkan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran teras dalam SPM, pelancaran 1Malaysia secara besar-besaran juga mengambil tempat di dada akhbar maupun blog-blog.

Manusia tersangat istimewa mencipta berita, demikian juga manusia tersangat haus akan berita. Tiada hari tanpa berita, demikian juga, tiada masa terluang tanpa membaca, mendengar berita.

Para penulis berita mempunyai bermacam cara untuk menjadikan tulisannya menarik. Ada yang mengunapakai tajuk-tajuk yang klise dan provokatif, ada yang melengkapkannya dengan gambar-gambar yang menarik pandangan, dan bermacam lagi idea yang menunjukan bahawa manusia itu mengunapakai fikiran, akal, perasaan, serta minda dalam mengetengahkan artikel atau berita yang ingin disampai atau ditulis.

Di samping itu ada juga penulis yang hanya menulis menggunakan emosinya sendiri untuk tatapannya sendiri, menulis berita atau artikel bohong atau palsu hanya dengan tujuan sensasi atau tujuan melariskan akhbar atau suratkhabar di mana berita itu tertulis.

Dewasa ini, kita disogokan dengan berbagai cara penyampaian maklumat dengan cara yang paling pantas, sehinggakan sukar untuk mengetahui kesahian berita itu; membuatkan kita keliru, dan bengong membezakan berita sebenar, berita bohong atau berita angan-angan.

Penafsiran berbagai konsep juga berbeza-beza; umpamanya penafsiran 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO, dan juga puji-pujian isteri kepada sang suami juga ditafsir berbeza-beza.

Longgokkan maklumat dari berbagai sumber ini ada kebaikan ada juga keburukannya. Kebaikannya, kita mudah dan cepat mengetahui sebarang kejadian di mana sahaja di muka bumi ini dengan cepat tanpa batasan, keburukannya adalah mengenai maklumat itu, apakah memang benar-benar terjadi atau hanya berupa gimmik.

Mutakhir ini, kita semakin keliru mencerna maklumat, sehinggakan kemampuan otak kita menampung maklumat itu telah "jenuh", yang mengakibatkan maklumat sebenar terlimpah keluar, kerana dalam otak tersimpan maklumat-maklumat "cookies dan spam" yang sepatutnya tidak tersimpan dalam otak kita.

Keterhadan "memory space" dalam otak kita, mengakibatkan kita tidak mampu berfikir rasional dan pro-aktif, sehingga melahirkan manusia-manusia "ikut-ikutan" tanpa terfikir sebab-akibatnya.

Keterhadan Memory space ini memang berlaku di kalangan masyarakat kita dari kecil hingga dewasa. Umpamnya longgokan mata pelajaran yang perlu dihafal di sekolah rendah hingga menengah mengakibatkan memory space anak-anak kita terhad. Akibatnya, apabila menamatkan persekolahan menengah, atau universiti mereka tidak lagi mampu menggunakan otak mereka untuk berinnovasi, kerana otak mereka telah "jenuh" atau staturated.

Cadangan Tan Sri Muhyidin untuk mengurangkan mata pelajaran SPM, sepatutnya juga dipanjangkan di peringkat PMR, untuk mengurangkan gejala berkurangnya memory space otak anak-anak kita.

Monday, June 08, 2009

Reunion SMK Arshad Kota Belud (1973-78)


6 Jun 2009 adalah tarikh yang telah ditentukan untuk reunion itu. Tempat pertemuan ditentukan pada 5 Jun 2009 untuk suatu destinasi seterusnya. SMS dan E-mail terus mencurah-curah diterima daripada Pauline Chung Pau Lin dan Chinwati Jinteh, Jenny Tham, Rocky So Fuad Andu, Allan Wong dan lain-lain.

Saya telah memastikan akan datang untuk reunion itu.Rindu tersangat kepada kawan-kawan yang tidak berjumpa lagi selama 30 tahun, sepatutnya tidak boleh dilepaskan.

Oleh kerana sesuatu yang sangat tidak terelakan, saya terpaksa meredah hutan dan bukit kg Rampayan Ulu, Kota Belud pada 4 Jun 2009, dan tidak dapat keluar tepat masa, maka saya terlepas mengikuti re-union tersebut.

Seperti yang ternampak dalam gambar: Timbalan Menteri di Jabatan Menteri Datuk Liew Vui Keong, Ketua Sektor Jabatan Pelajaran: Hajjah Maimunah Suhaibul, Berbaju pink menunduk: Chinwati Jinteh, Lim Mui Hong, Jenny Tham, Cikgu Waheed, Pauline (cermin hitam) dan lain-lain

Miss u all friends

Saturday, June 06, 2009

PAS: Tak Sanggup UMNO Terkubur

Kemenangan Ustaz Nasa mempertahan jawatan Timbalan presiden PAS memberi isyarat bahawa parti itu tidak tergamak menghancurkan UMNO. Ahli-ahli PAS terlalu matang mengevaluasi senerio poltik tanah air, kerana mereka faham benar bahawa parti penduduk teras tidak seharusnya ditiadakan dalam arena politik tanah air.

Ahli PAS sedar dan tahu, bahawa gandingan Datuk Seri Hadi Awang- Ustaz Nasaraudin Mat Isa adalah gandingan sederhana dan senantiasa menitik beratkan perpaduan penduduk utama negara ini. Biar apapun orang kata, penduduk melayu tidak boleh dinafikan haknya di bumi bertuah ini, kerana apapun alasannya, kaum ini merupakan penduduk majoriti dan penduduk utama.

Usaha-usaha untuk menafikan kepimpinan penduduk teras ini dengan memainkan isu-isu kemanusian, membuatkan penduduk teras negara terus bersatu, walaupun dalam landasan yang berbeda. Tidak akan ada sesiapa yang boleh menafikan, bahawa jika benar-benar terdesak dan terpaksa,kaum teras ini akan bersatu demi tanah air, bangsa dan agama.

Kemenangan Ustaz Nasa, memberi isyarat kepada kelompok luaran kaum ini, agar supaya jangan coba-coba untuk menidakan tamadun penduduk utama ini, kerana dalam apapun keadaan, kaum majoriti dan utama lah yang seharusnya mencorakan warna warni negara tumpah darahnya.

Adalah hak mutlak bagi sesuatu bangsa itu memperkukuhkan kaumnya, demi kemakmuran kaum itu, demi kesejahteraan kaum itu, demi keutuhan kaum itu. Bangsa yang kuat adalah teras kepada penghormatan kepada kaum itu, kalaupun belum kuat dalam ekonomi dan ilmu, tetapi kekuatan berbangsa juga merupakan kekuatan.

Mempertikai hak-hak kaum melayu, usaha perintah dan pecah kaum-kaum tertentu terhadap kaum melayu tidak akan berjaya, walaupun mendapat sokongan daripada petualang -petualang bangsa selagi ada insan-insan yang masih mempunyai kewarasan memikirkan soal-soal bangsanya.

Biarlah apa kata dunia, biar apa kata orang lain, yang penting usaha memperkuat bangsa ini, penyatuan bangsa ini perlu dijadikan agenda khas dan khusus, agar generasi penerus akan datang tidak lagi diperkotak katikan, dan biarkan perbalahan dalaman kaum ini dinoktahkan sekarang.

Kaum lain tidak perlu bimbang dalam hal ini, kerana hak-hak mereka memang sudah tersedia dan tertulis dalam perlembangaan negara, perlembagaan yang tersedia adalah paksi bernegara kita yang berasaskan tolak ansur dalam negara yang berbilang kaum,berbagai agama serta budaya.

Semangat tolak ansur adalah sifat kita, kita faham bahawa sekecil mana kek yang tersedia, kita adil, dan tidak pernah terlupakan saudara-saudara senegara dengan kita., walaupun ada individu yang berbulu domba di kandang ayam, akibat tindakan mereka, kelihatan kita tidak adil dan pilih kasih namun demikian rekod menunjukan , pada waktu-waktu lain, kek yang tersedia, kita bahagi-bahagikan kadangkala tidak memihak kita.

Rekod menunjukan, bahawa selama 50 tahun merdeka,kaum kita masih ketinggalan dalam ekonomi maupun ilmu, pun demikian kita tidak mempersoal kejayaan yang diperolehi saudara-saudara se negara kita, akan tetapi kerana sifat-sifat tertentu, tergamak mereka mempersoalkan usaha kita memajukan bangsa kita sendiri.

Sunday, May 31, 2009

Dato Seri Sahidan Kasim, Datuk Seri Salleh Tun Said: Nasibnya berbeza


Walaupun keduanya masih tersenyum, tetapi masa depan mereka dalam arus kepimpian negara jauh berbeda. Tan Seri Sahidan Kasim mempunyai nasib yang malap dalam kempimpinan negara setelah tidak diperkenankan DYMM Raja Perlis menjadi Menteri Besar Perlis, walaupun mendapat surat perlantikan daripada Datuk Abdullah Badawi untuk dipersembahkan kepada DYMM Raja Perlis.

Tan Seri Sahidan dalam usahanya mendapat semula kedudukan lamanya di Negeri Perlis terus memegang jawatan Pengerusi UMNO Negeri, sehinggalah beliau diluncutkan jawatan oleh Persiden UMNO yang baru Dato Seri Najib dan diganti oleh Datuk Ahmad Sabu yang juga menteri Besar Perlis.

Di Semenanjung, biasanya apabila seseorang pemimpin negeri hilang kuasa, maka terlalu sukar untuk kembali semula, kalau pun kembali mungkin akan dipertimbangkan diperingkat pusat. Namun demikian Tan Seri Sahidan Kasim berdepan dengan arus perubahan dalam UMNO, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU-12.

Parti UMNO berdepan dengan masalah kepimpinan yang kritikal, hingga kini setelah setahun beralu selepas PRU-12, UMNO masih terkial-kial mencari rentak dalam usaha mencari formula menemukan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional, walaupun kepimpinan negara telah berganti.

Dalam sejarah UMNO/BN, hanya sekali tidak meletakan calon semasa pilihanraya kecil 37 tahun yang lalu di Perak, dan kali kedua adalah di DUN Penanti dimana para pengundi DUN tersebut akan membuang undi hari ini.

UMNO dan BN merasakan bahawa wibawa mereka telah tercalar dan kekuatan tidak lagi seperti dahulu; kekalahan di 4 Pilihanraya kecil selepas PRU-12 telah menjadi bukti bahawa UMNO dan BN telah lemah.

Berbagai tindakan telah dilakukan oleh kepimpinan baru UMNO/BN Dato Seri Najib Tun Razak, antaranya mengistiharkan arahtuju kempimpinannya melalui 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Kelemahan penterjemahan awal mengenai konsep ini, telah mengundang berbagai tafsiran, sehinggakan ada kaum-kaum atau kelompok tertentu membuat tuntutan yang tidak terfikirkan sebelumnya- contoh membumiputerakan kaum-kaum bukan penduduk asal yang dilahirkan setelah hari merdeka, kononnya sebagai wadah dan landasan mencapai 1 Malaysia.

Percakaran sesama melayu dan bumiputera, telah mengakibatkan tampuk pemerintahan melayu goyah dan lemah. Kedudukan melayu dan bumiputera dalam meneruskan tampuk pemerintahan tidak lagi dapat disandarkan kepada golongan ini, akan tetapi sangat tergantung kepada sokongan kaum lain.

Jika pada awal kemerdekan, dimana sokongan padu telah diberikan oleh kaum melayu dan bumiputera kepada tampuk pemerintahan yang diterajui kaum melayu dan bumiputera, masa kini keadaan ini tidak lagi berlaku. Para pemimpin melayu dan bumiputera terkial-kial merayu kaum mereka sendiri untuk mendapat sokongan.

Mutakhir ini melayu dan bumiputera telah berpencah dua, di mana kekuatannya hampir seimbang, yakni sebahagian mewakili UMNO dan sebahagian mewakili PAS. Peranan Dato Seri Anwar Ibrahim memperkuat PAS dan melemahkan UMNO telah berjaya. Golongan kaum cina dan india telah terbaca senerio ini, mereka benar-benar faham, kelompok mana mereka sokong itu lah menjadi pemenang.

Senerio seumpama ini mereka telah tunggu-tunggu untuk terjadi, rupanya setelah 50 tahun pemerintahan melayu dan bumiputera barulah cita-cita mereka ini wujud dan kemungkinan besar mereka menuai buahnya pada PRU-13.

Sejarah telah membuktikan bahawa tiada parti di dunia ini mampu bertahan setelah menjangkau usia 50 tahun, contohnya parti Golkar di Indonesia, Parti Kongres di India, Parti LDP di Jepun semuanya tumbang.

Rupanya teori TRAHMAN, benar-benar belaku di negara kita, di mana DS Najib Razak merupakan perdana menteri terakhir era kepimpinan UMNO/BN di tanah air kita ini.

Jika teori ini benar-benar berlaku, maka nasib Tan Seri Sahidan Kasim contohnya akan kempunan kembali berkuasa dalam arena kepimpinan negara, manakala Datuk Seri Salleh Said Keruk pula, kemungkin berkesempatan menjadi wakil rakyat pembangkang di peringkat persekutuan tetapi memerintah dalam negeri: itupun jika Datuk Musa Aman memberi peluang kepadanya bertanding di DUN Usukan atau Parlimen Kota Belud untuk menggantikan penyokong kuat Datuk Musa Aman, yakni Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Japlin Akim.

Datuk Salleh Tun Said yang merupakan pemimpin suku kedua terbesar negeri Sabah setelah Datuk Seri Pairin Kitingan, terpaksa bergantung harap kepada Datuk Musa Aman untuk menjadi pemimpin dalam arena politik, kerana statusnya hanya merupakan timbalan pengerusi pehubungan negeri atas lantikan, kerana beliau tidak terpilih sebarang jawatan tertinggi parti UMNO kerana tidak bertanding, walaupun berjaya merebut semula jawatan ketua UMNO Bahagian Kota Belud daripada Datuk Musbah Haji Jamli dengan kelebihan undi tidak mencapai 50.

Saturday, May 30, 2009

Kemerdekaan perlu dikitar semula

Apabila ada pilihanraya ada saja projek diumumkan oleh kerajaan. Ada saja pengagihan cek-cek kepada NGO atau sekolah-sekolah bukan bantuan kerajaan.

Demikian juga jika ada perjumpaan bersama pemimpin ada saja pengumuman projek-projek atau bantuan-bantuan kepada rakyat.

Tetapi agak berlain kali ini, apabila pilihanraya kecil di DUN Penanti, kebiasaan pengumunan projek-projek segera atau mendesak serta bantuan-bantuan ke sekolah-sekolah atau persatuan-persatuan maupun orang-orang daif dan OKU tidak lagi mengisi dada akhbar-akhbar.

Kali ini apabila BN tidak bertanding di DUN Penanti, parlimen Pematang Pauh, wang negara yang berasal daripada cukai, apakah cukai koperat atau cukai individu, atau cukai barangan import, cukai jalan serta bentuk penerimaan kerajaan daripada rakyat tidak lagi mengalir kepada rakyat DUN Penanti secara automatik.

Kali ini pihak pembangkang mampu mempengaruhi kerajaan, kerana kerajaan tidak lagi mahu memulangkan wang yang berasal dari rakyat kepada rakyat, kerana menurut pembangkang, cara itu merupakan rasuah politik.

Rakyat tidak perlu bantuan wang daripada kerajaan apakah berbentuk projek mendesak atau keperluan rakyat secara umum,kerana pengaliran wang kepada rakyat hanya membanjir wang dan semestinya tidak boleh dilakukan.

Jika pembangkang mengambil alih kerajaan, cara-cara selama ini yang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional akan dimansuhkan, akan ditiadakan, kerana cara-cara demikian tidak telus dan tidak adil dan berunsur rasuah.

Apabila pihak pembangkang mengambil alih kerajaan nanti, tiada lagi pengecualian sebutharga, yang ada hanya sebutharga terbuka. Hanya kontraktor yang bertauliah sahaja yang dibenarkan masuk tender demi penjagaan mutu dan kualiti.

Kontraktor tempatan yang dianggap baru belajar dan tidak mempunyai kewangan apa lagi kepakaran tidak akan dibenarkan masuk tender projek-projek kerajaan, untuk mengelak kelambatan penyiapan projek dan juga mengelak projek-projek terbengkalai.

Pada waktu itu apa sahaja bentuk projek kerajaan, penender-penender didasarkan kepada merit dan keupayaan.

Biasiswa akan diberikan berasas kepada merit, bumiputera yang tidak lagi menjadi keutamaan, jika bumiputera menginginkan tajaan biasiswa,mereka diharuskan mencapai tahap tertentu dan perlu bersaing secara terbuka.

Orang melayu dan bumiputera yang masih lemah akan dibiarkan hingga mampu berdikari dan mencapai ketahap piawaian yang memungkinkan mereka bersaing dengan kaum cina dan india yang sememangnya telah dahulu maju. Masa bukan menjadi ukuran, kerana lambat laun penduduk asal ini akan juga maju pada akhirnya. Ambil contoh, penduduk kulit hitam amerika, telah beratus tahun, penduduk ini berjuang demi kesamaan antar kulit di negara paman Sam tersebut, akhirnya melalui Barak Hussien Obama, penduduk kulit hitam Amerika mendapat pengiktirafan.

Kaum melayu dan bumiputera tidak boleh dimanjakan di negara sendiri, kaum melayu dan bumiputera mesti ditindas lebih dahulu, dan apabila merasa betul-betul terperah, baharulah kaum ini akan bangkit untuk memerdekan diri sendiri dan seterusnya kaumnya.

Ambil contoh kemerdekaan negara, negara kita dijajah oleh berbagai negara, beratus tahun lamanya, baharulah pada tahun 40-an penduduk asal negara ini merasakan, bahawa kemerdekaan itu perlu.

Setelah mengecap kemerdekaan selama 50 tahun, dimana penduduk asal merupakan penaraju kerajaan dan negara, maka pada masa ini dirasakan bahawa pemegang tampuk kerajaan oleh penduduk asal, yakni melayu dan bumiputera dan dicampur dengan penduduk bukan asal, tidak lagi relevan dan perlu diganti.

Formula baru mesti dicari untuk menggantikan tampuk pemerintahan, kerana pemerintahan kaum asal tidak boleh diteruskan kerana tidak adil dan berunsur pilih kasih serta tidak telus.

Untuk mencapai dan mengwujudkan pertukaran tampuk pemeritahan dan sistem yang akan dilaksanakan di negara ini, maka ada kaum asal yang memang berfikiran bahawa kerajaan kaum asal tidak cucuk kepada negara bersengkongkol dengan kaum bukan asal yang memang dari dahulu kala berpendapat bahawa negara ini tidak boleh ditadbir urus oleh kaum asal sahaja, sebaliknya ditadbir urus berasaskan merit.

Mutakhir ini, ada bukti-bukti bahawa pemerintahan negara berasaskan merit kemungkin akan mencapai kejayaan. Telah terbukti bahawa melalui pilihanraya umum yang lalu (PRU-12) dan piliharanraya kecil (PRK) yang diadakan setelah PRU-12 menunjukan, bahawa pengundi-pengundi yang berpendidikan majoritinya mengundi parti pembangkang yang merancang mengambil kerajaan dan pemerintahannya nanti diasaskan kepada merit.

Semoga perancangan untuk membentuk kerajaan berpaksi kepada merit ini akan terjadi pada PRU-13, agar supaya kaum melayu dan bumiputera terbangun dari tidur dan akan berkerjakuat untuk memerdekakan diri sendiri dan kaumnya dan berjuang semula seperti pada tahun 40-an.

Wednesday, May 27, 2009

Jalan keluar cara kita

Meminjam kata-kata William Arthur Ward dalam bukunya “Fountains of Faith” yang menelaah pengertian pesimis, optimis dan realis.

Menurut penulis ini, orang yang tergolong pesimis adalah orang yang suka merungut tentang kejadian yang sedang berlaku, manakala seseorang yang optimis mengharapkan bahawa kejadian yang berlaku itu agar cepat lenyap dan hilang, manakala seseorang yang realis- adalah orang yang mencari jalan serta cara agar dapat ikut rentak atau mencari punca kejadian yang berlaku.

Melihat keadaan politik, ekonomi dan sosial tanah air, nampaknya rakyat negara ini terbagi tiga kelompok seperti yang disebut oleh penulis buku Fountains of Faith tersebut.

Menganalisa tulisan-tulisan apakah melalui surat-surat khabar maupun paparan para bloger tanah air dan tidak ketinggalan ulasan para pengulas melalui audio visual, nampak dan jelas bahawa keadaan rakyat negara ini memang terbagi kepada tiga kelompok, yakni kelompok pesimis, kelompok optimis dan kelompok realis.

Sunday, May 24, 2009

Mendampingi rakyat: slogan atau pemanis kata


Selepas pergantian kepimpian negara terlaksana, para pemimpin negara terutama yang mempunyai jawatan parti, terlalu sering mengunakan kata-kata " mendampingi" rakyat.
Setakat ini saya tercari-cari apa yang dimaksud dengan istilah ini. Semoga ada pembaca yang boleh menguraikannya.

Wednesday, May 20, 2009

Sindrom Kejayaan: Punca Pemimpin hilang pedoman

Membanggakan kejayaan memerdekakan negara, menangani peristiwa hitam 13 mei, mengatasi krisis kewangan tahun 1997 serta krisis ekonomi tahun 1982 merupakan lirik para pemimpin negara dalam usaha menarik rakyat agar senantiasa menyokong kerajaan.

Persepsi bahawa rakyat tiada pilihan melainkan menyokong parti Barisan nasional, manakala kaum melayu tidak akan sanggup meninggalkan parti UMNO, demikian juga kaum cina dan india pasti menyokong MCA dan MIC mengakibatkan para pemimpin barisan nasional yang diketengahkan akar umbi menjadi alfa dan lupa daratan.

Tidak salah mengagungkan parti, tidak salah membangkitkan kejayaan parti, tetapi massa yang mengakibatkan parti itu kuat jangan sampai diketepikan.

Betul kata Datuk Najib bahawa sebahagian rakyat sekarang dilahirkan setelah merdeka. Rakyat yang dimaksudkan tidak mengalami dan tidak merasakan bagaimana rakyat terdahulu berjuang jiwa dan raga dalam proses menghilangkan belengu dan kongkongan penjajah dan seterusnya melahirkan negara berdaulat dan merdeka.

Rakyat dilahirkan pasca merdeka tidak perlu ikut cara-cara semasa proses memerdekakan tanah air, tetapi sekadar tahu sejarah adalah cukup memadai, kerana dipundak generasi sekarang terletak kesinambungan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Setiap pusingan waktu, mempunyai cabaran yang berbeda, jika dahulu rakyat mengalami kongkongan penjajahan secara fizikal, tetapi pada masa ini, penjajahan dalam bentuk lain pula-misalnya penjajahan dari segi ilmu, teknologi dan ekonomi serta budaya.

Rakyat pasca merdeka perlu menggunakan seluruh kebolehan yang ada bukan setakat jiwa dan raga tetapi mental, fikiran dan kreativiti dan juga pegangan agama.

Pemimpin kerajaan yang memerintah tidak seharusnya hanya mengalunkan lagu dengan lirik lama, tetapi perlu mencipta lagu dan lirik sesuai dengan perkembangan zaman.

Rakyat sekarang tidak lagi menggunakan biskal atau kereta lembu untuk ke pasar atau pekan, tetapi telah menggunakan kereta kedua untuk tujuan itu semua. Malahan ada sebahagian generasi pasca merdeka telah menggunakan alam maya untuk mendapatkan produk yang diinginkan.

Rakyat sekarang, bukan lagi tahu hanya bersepak raga atau bermain bola menggunakan “buah limau besar” tetapi telah menggunakan bola yang diperbuat dari kulit yang “haram” di sisi agama islam: dengan bantuan teknologi, apabila ditendang boleh mencecah kelajuan 100km sejam.

Rakyat sekarang tidak perlu lagi wayang pacak RTM yang ditayang secara percuma di kampung-kampung ( atas tajaan milo) tetapi siaran berbayar seperti ASTRO, walaupun masih ada yang berbentuk siaran percuma, yakni siaran RTM dan TV3. Walaupun pada suatu ketika, pelanggan ASTRO telah menjadi ukuran jabatan kebajikan dalam menentukan bantuan kepada rakyat daif dan orang kurangupaya (OKU).

Para pemimpin kerajaan umumnya dan khasnya UMNO masih terlalu teringat kejayaan lalu, berpaksi kepada kejayaan silam, maka kejayaan itu terus diulang-ulang sehingga membosankan sesiapa yang mendengarnya.

Memang diakui, bahawa suatu kejayaan atau kegagalan itu berpunca daripada pengalaman yang telah menjadi sejarah, kerana tiada manusia yang boleh meramal kejadian yang akan berlaku, walaupun berbagai keadah dapat digunakan untuk meramal. Kerja meramal tetap merupakan ramalan, tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang seratus peratus sama seperti yang diramalkan.

Ambil contoh kejadian sunami yang melanda Aceh, sebahagian semanjung, sri lanka dan pantai timur afrika, tidak dapat dikesan oleh teknologi terkini yang tersedia ada, demikian juga sunami politik yang dialami barisan nasional di semanjung, tiada seorang pemimpin UMNO atau barisan nasional pun yang dapat meramal keputusan PRU-12. Malah menjelang PRU-12, Dato Abdullah Badawi masa itu, pernah mengeluarkan kata-kata pedas kepada rakyat: Bahawa beliau pantang dicabar, jangan berdemonstari di jalanan, tetapi berdemonstrasi melalui peti undi, dan mengucapkan “who is Anwar Ibrahim”.

Berasaskan kepada tingkahlaku Dato Abdullah Badawi pada waktu itu, yakni sebelum PRU-12, menggambarkan bahawa BN dan UMNO begitu yakin akan menang besar, jika pilihanraya diadakan. Oleh kerana keterbatasan manusia dalam kerja-kerja meramal, maka kita semua tahu, bahawa keputusan PRU-12, kerajaan persekutuan yang diketuai oleh UMNO hampir tersungkur, kalau tidak kerana bantuan ahli BN Sarawak dan Sabah.

Apabila disaksikan, setiap perhimpunan UMNO, setiap ada perjumpaan pemimpin dengan rakyat, atau semasa menyambut 31 Ogos, isu utama yang dilaungkan oleh pembuat perutusan adalah melaungkan kejayaan parti dalam usaha memerdekakan negara.

Setiap ada pilihanraya, isu utama yang dilaungkan adalah penekanan kepada parti, peranan rakyat tidak penting, yang penting adalah parti. Rakyat dikelirukan, untuk memilih siapa saja yang diketengahkan oleh parti, kerana jika tidak maka ahli dianggap derhaka kepada parti.

Persepsi bahawa parti perlu diutamakan, tiada lagi pilihan lain, kecuali harus mengikut kehendak parti. Persepsi ini lah yang menjadi penyebab kenapa individu-individu yang diketengahkan mengambil kesempatan dan berselindung atas nama parti. Mereka terlupa bahawa mereka kelihatan kuat, kerana parti mendapat sokongan dan masih diterima oleh rakyat jelata.

Akibat anggapan yang menebal bahawa parti selamanya kuat seperti slogan yang dibuat stiker panjang yang melekat di kereta-kereta mewah milik ahli-ahli parti “Dulu, Kini dan Selamanya” mengakibatkan pemimpin yang diketengahkan naik tucang dan hanya tahu memandang ke langit, sehinggakan bumi yang dipijak tidak diketahui tinggi dan rendahnya.

Pemimpin terbuai dengan kejayaan yang dicuri dan dirampas dari rakyat, sehingga rakyat terlupakan. Pemimpin tidak perlu tahu apakah rakyat yang dirampas kejayaannya: cukup makan, ada tempat berteduh, ada kemudahan kesehatan, ada kemudahan air bersih, ada kemudahan lampu, ada kemudahan untuk mencari rezeki dan kemudahan-kemudahan sebagai insan merdeka.

Telah menjadi lumrah, apabila kejayaan bukan berpaksi kepada hasil titik peluh, maka penghargaan kepada kejayaan itu tidak mepunyai nilai yang kental, tidak sama dengan kejayaan yang diperoleh melalui titisan keringat dan usaha sendiri.

Kejayaan yang dirampas- dicuri atau mungkin ada yang dipinjam dimanafaatkan seluas-luasnya untuk membangun empayer sendiri, membangun ekonomi sendiri berserta saudara terdekat atau macai-macai, kerena sebagai perampas kejayaan, mereka tahu benar-bahawa kejayaan tidak selamanya dimiliki dan akan hilang semula.

Tidak hairan, apabila ada pemimpin baru yang muncul dan menjadi wakil rakyat, apa tak lagi dilantik menteri, sekonyong-konyong jadi jutawan, punya rumah bungalow, punya kereta berjenama berbuah-buah, dan cuma bersarapan di hotel-hotel mewah. Jika dahulu, mudah didekati, mudah dihubungi, mudah ditemui, suka ke majlis perkhawinan rakyat biasa, suka ziarah apabila ada kematian atau sakit, sekarang tidak lagi. Kalaupun melakukan akitiviti ini, tetapi tertakluk kepada darjat dan bulu serta aktiviti keraian yang bersifat “moden”.

Cara berpakaian telah berubah, jika dahulu baju atau seluar tempahan adalah memadai, tetapi sekarang telah bertukar kepada jenama glamour dan bertrade mark di kocek baju dan seluar. Jika dahulu sebelum disapa, telah mengucapkan salam terlebih dahulu, sekarang telah berubah. Jika dahulu menyalam mengenggam erat telapak tangan, sekarang sekadar meluruskan jari dan menyentuh telapak tangan pihak yang di salam.

Cara pergaulanpun telah berubah, jika dahulu terbuka, sekarang berubah hanya bergaul dengan kelompok elit dan kontraktor-kontraktor kelas berat,kalaupun bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, hanya terhad kepada pengarah maupun pegawai daerah.

Kejayaan atau kuasa yang diperoleh kena berlagak seperti yang berkuasa, agar supaya kelihatan ada status dan kuasa. Kena berlaga sebagai orang kenamaan, kerana memangpun orang kenamaan menurut versi mereka.

Rakyat pada masa ini telah muak dan jelak dengan karenah ini, kerana itu lah apabila ada parti alternatif yang mereka anggap boleh bersaing dengan kerajaan pemerintah, tanpa silu segan mereka memberi sokongan. Pimpinan alternatif, tidaklah sekuat sangat, tidaklah sebaik sangat, disebabkan oleh pemimpin penaraju kerajaan yang memuakan dan memualkan, rakyat sangup berpatah arang demi memberi pengajaran kepada pimpinan yang hilang pedoman dan arah. Pimpinan yang telah alfa asas perjuangan, pimpinan yang telah lupa dan tidak mahu tahu, bahawa asas kekuatan dan kejayaan mereka adalah masyarakat biasa yang kadang-kadang dianggap seperti melukut di tepi gantang, dianggap kehadiran dan keberadaan atau absente mereka tidak signifikan di mata para pimpinan yang telah buta, tuli dan bisu ini.

Thursday, May 07, 2009

Salawat untuk Nenek

salawat

Ya Rasul salam ‘alaika Ya Nabi salam’alaika
Solawatullah ‘alaika Ya Habib salam ‘alaika
Fakhtafat minhul-buduru Asyraqal badru ‘alaina
Qattu ya wajhas-sururi Mislahausnika ma ra’aina
Anta nurum fauqa nuri Anta Syamsun anta badrun
Anta misbahus-suduri Anta iksirun wa ghali
Ya “Arusal khafiqaini Ya habibi ya Muhammad
Ya immal qiblataini Ya muayyad ya mumajjad
Mustajibud-da’awati “Alimus-sirri wa akhfa
Bi jami’issolihati Rabbi irhamna jami’a
Adda tahriris-suturi Wa solatullah ‘ala Ahmad
Sohibul wajhil muniri Ahmadul hadi Muhammad

Mutiara Hadis

Barangsiapa bersalawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali, dia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.

Barangsiapa bersalawat kepadaku satu kali, maka Allah bersalawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh dosa dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali

Sesunguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang banyak berselawat kepadaku.

Hinalah orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.

berselawatlah selalu semoga kita beroleh berkat

ulangan kisah

Sebaik tahu bercakap- nenek terus mengulang-ulang apa yang tertulis dan meminta agar supaya dihafal dan diamalkan. Nenek kata- apabila kita selalu menyanyikan ayat-ayat ini- ertinya kita telah “berjanji” kepada Tuhan.

Saban hari nenek ingin mendengar nyanyian ini- walaupun sebutan dan lagunya tidak afdal- nenek tekun mendengarnya.

Nenek ke makkah tahun 1965 menggunakan kapal laut bernama “ANSUN” berlayar ke Mahkkah untuk menunaikan rukun yang ke-5. Enam bulan diambil masa untuk pergi dan kembali ke tanah air.

Jika sebelum berangkat menepati panggilan ke Makkah- kulit nenek kecoklatan- setelah enam bulan telah bertukar putih tetapi mengurus- bukan pucat tapi memutih.

Sedari kecil- saya tinggal bersama nenek, walaupun ibu-ayah masih ada- tapi saya gemar bersama nenek. Nenek memang tinggal serumah dengan ayah-ibu, tetapi nenek lebih suka menyediakan makanan sendiri. Nenek memasak, nenek mencari kayu api, nenek mengambil air sendiri, nenek menumbuk padi sendiri.

Entah kenapa nenek berbuat demikian- ayah-ibu telah menyediakan semuanya- baik beras, kayu api, air yang ditimbah dari perigi; tetapi nenek tidak terpengaruh dengan itu semua, nenek tetap dengan pendiriannya berdikari.

Bertahun-tahun nenek hidup berdikari- tetapi tetap tinggal bersama ayah-ibu. Nenek punya anak-anak yang lain dua lelaki dan satu wanita, ibu saya adalah wanita kedua anaknya. Anak-anak lelaki nenek dapat dikatakan hidup senang ukuran masa itu- tapi nenek tetap tidak terpengaruh untuk tinggal bersama mereka.

Nenek tetap dengan pendiriannya terus berdikari- walaupun saya terpaksa berpisah sementara dengan beliau kerana diamanahkan untuk mengejar ilmu. Berpuluh tahun- saya tidak tinggal bersama nenek. Tetapi-setiap cuti panjang saya pasti pulang tinggal bersama nenek.

Nenek mahir memasak- masakannya boleh bertahan berhari-hari, kuih buatannya boleh bertahan bertahun. Kuih pinjaramnya boleh bertahan 2 kali bulan puasa tiba- masakan ayamnya- boleh seenak seperti baru dimasak-walaupun berhari-hari dalam perjalanan “barang kiriman” melalui pos.

Sementara diperantauan- rakan-rakan lain banyak bercerita tentang ibu-ayah, adek beradek- tetapi saya lebih suka bercerita tentang nenek. Nenek bagi saya- adalah merupakan ayah dan ibu saya- mungkin sebabnya adalah sedari kecil saya dijaga oleh nenek.

Setelah mendengar lagu puji-pujian dipermulaan tulisan ini dinyanyikan oleh anak saya- saya langsung teringat nenek. Nenek- walaupun dirimu sekarang berada bersamaNya, pesan nenek tetap diingat dan terus teringat.

Blog Archive