Kes mendera Siti Hajar warga Jawa barat Indonesia oleh majikan cinanya, polis sedang mencari pemandu van yang melenyapkan wang 1/2 juta , penembakan umat islam ketika solat di Sungai Golok Thailand, pengeboman hotel mewah di Pakistan serta isu kerajaan perpaduan merupakan berita-berita menarik yang sayang jika tidak diikuti.
Selain itu isu mewajibkan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran teras dalam SPM, pelancaran 1Malaysia secara besar-besaran juga mengambil tempat di dada akhbar maupun blog-blog.
Manusia tersangat istimewa mencipta berita, demikian juga manusia tersangat haus akan berita. Tiada hari tanpa berita, demikian juga, tiada masa terluang tanpa membaca, mendengar berita.
Para penulis berita mempunyai bermacam cara untuk menjadikan tulisannya menarik. Ada yang mengunapakai tajuk-tajuk yang klise dan provokatif, ada yang melengkapkannya dengan gambar-gambar yang menarik pandangan, dan bermacam lagi idea yang menunjukan bahawa manusia itu mengunapakai fikiran, akal, perasaan, serta minda dalam mengetengahkan artikel atau berita yang ingin disampai atau ditulis.
Di samping itu ada juga penulis yang hanya menulis menggunakan emosinya sendiri untuk tatapannya sendiri, menulis berita atau artikel bohong atau palsu hanya dengan tujuan sensasi atau tujuan melariskan akhbar atau suratkhabar di mana berita itu tertulis.
Dewasa ini, kita disogokan dengan berbagai cara penyampaian maklumat dengan cara yang paling pantas, sehinggakan sukar untuk mengetahui kesahian berita itu; membuatkan kita keliru, dan bengong membezakan berita sebenar, berita bohong atau berita angan-angan.
Penafsiran berbagai konsep juga berbeza-beza; umpamanya penafsiran 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO, dan juga puji-pujian isteri kepada sang suami juga ditafsir berbeza-beza.
Longgokkan maklumat dari berbagai sumber ini ada kebaikan ada juga keburukannya. Kebaikannya, kita mudah dan cepat mengetahui sebarang kejadian di mana sahaja di muka bumi ini dengan cepat tanpa batasan, keburukannya adalah mengenai maklumat itu, apakah memang benar-benar terjadi atau hanya berupa gimmik.
Mutakhir ini, kita semakin keliru mencerna maklumat, sehinggakan kemampuan otak kita menampung maklumat itu telah "jenuh", yang mengakibatkan maklumat sebenar terlimpah keluar, kerana dalam otak tersimpan maklumat-maklumat "cookies dan spam" yang sepatutnya tidak tersimpan dalam otak kita.
Keterhadan "memory space" dalam otak kita, mengakibatkan kita tidak mampu berfikir rasional dan pro-aktif, sehingga melahirkan manusia-manusia "ikut-ikutan" tanpa terfikir sebab-akibatnya.
Keterhadan Memory space ini memang berlaku di kalangan masyarakat kita dari kecil hingga dewasa. Umpamnya longgokan mata pelajaran yang perlu dihafal di sekolah rendah hingga menengah mengakibatkan memory space anak-anak kita terhad. Akibatnya, apabila menamatkan persekolahan menengah, atau universiti mereka tidak lagi mampu menggunakan otak mereka untuk berinnovasi, kerana otak mereka telah "jenuh" atau staturated.
Cadangan Tan Sri Muhyidin untuk mengurangkan mata pelajaran SPM, sepatutnya juga dipanjangkan di peringkat PMR, untuk mengurangkan gejala berkurangnya memory space otak anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment