Saturday, June 10, 2023

TIADA KEPERLUAN MANA-MANA PARTI MINTA MAAF SECARA TERBUKA

SEPATUTNYA semua pemimpin parti politik perlu menerima hakikat, semasa berlawan,maka saling menonjolkan kelebihan, ideologi dan perjuangan masing-masing. Pada masa sama untuk menekankan bahawa visi sesebuah parti lebih baik daripada parti lawan/seteru, maka mendakwa berbagai dakwaan untuk melemahkan parti lawan.

Fued antara Umno dan DAP berlaku sekian lama, atas sebab ideologi yang berbeza.

Sehingga PRU-15, feud antara dua parti itu ada lah isu utama dalam pilihan raya itu, kerana Umno membawa dasar semasa berhadapan dengan PRU itu- No Anwar-No DAP-No Bersatu.

Oleh kerana pertama kali berlaku dalam proses demokrasi negara, keputusan PRU15 menyebabkan parlimen tergantung, maka YDP Agong berpandangan, tiada kaedah lain, untuk menyelamatkan negara, selain menubuhkan kerajaan rentas ideologi iaitu kerajaan perpaduan.

Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti-Parti Sarawak(GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan akur dengan pandangan YDP Agong, manakala PN/PAS menolak.

Apabila kerajaan perpaduan dibentuk atas persetujuan 19 parti, maka membawa erti, fued antara parti itu di masa lalu berakhir, kerana masing-masing bersalam-salaman yang membawa erti saling memaafkan.

Semua pihak yang menyertai sesebuah parti secara sukarela, dan tentunya setiap parti mempunyai susunan organisasi, maka apabila pemimpin tertinggi dalam organisasi/parti membuat keputusan, sayogianya ahli/penyokong parti akur dengan keputusan itu. Tidak berbangkit lagi, rumah siap pahat berbunyi, sebaiknya semua pihak perlu bergerak ke hadapan (move on).

Tidak semestinya kerjasama antara berbagai parti berbeza ideologi, tiada sedikit pun persamaan? Dalam kerajaan Perpaduan, titik persamaan itu lah yang diraikan.

Menyelamatkan negara/rakyat adalah titik persamaan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Jika semua pihak mengambilnya sebagai panduan, dan bergerak ke hadapan berasaskan landasan itu, maka fued yang terbina sekian lama gradually mengendur dan akhirnya dinoktahkan.

Apa yang diperlukan oleh masing-masing parti, adalah membungkus baik-baik semua fued/sengketa, sebaliknya memperkukuh persamaan, agar semua pihak hidup aman damai.

Sewajarnya sebarang persengketaan diurus dengan baik untuk diterjemahkan sebagai kekuatan.

Bagi parti-parti dalam kerajaan perpaduan, dalam mengurus gerak kerja masing-masing, tonjolkan perpaduan, jangan lagi berlaku sindir menyindir apatah lagi kenyataan yang menyebabkan ada pihak yang terasa hati.

Hakikatnya di negara ini, rakyat yang tidak berparti atau pengundi atas pagar, menilai kerjasama antara parti, apa kah kerjasama itu dapat membela untung nasib mereka.Perlu diterima juga,mana-mana blok parti mendapat sokongan pengundi atas pagar, akan keluar sebagai pemenang.

Penulis tiada maksud membanggakan kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang kini disertai parti-parti dalam PH termasuk DAP.

Penulis melihat keakraban antara parti-parti kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diterajui GRS, seolah-olah semua parti dalam satu keluarga besar,kerana pendekatan yang diutamakan adalah melangkah ke hadapan, demi negeri dan rakyat.

Masing-masing pemimpin rentas parti dalam kerajaan Sabah mencuba sedaya upaya yang terbaik termasuk mencapai KPI yang ditetapkan.

Kerjasama rentas parti termasuk yang bersengketa sekian lama, pada hakikatnya boleh mencapai kejayaan luarbiasa, atas sebab menterangkumkan kelebihan masing-masing sebagai asas bergerak ke hadapan.

No comments:

Blog Archive