Saturday, June 10, 2023

BEKALAN KUASA DI SABAH KRTIKAL: HARUN

MENURUT Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGIC)- Datuk Harun Ismail (gambar) TIDAK perlu diperdebat, memang bekalan kuasa elektrik di Sabah dalam kritikal, atas sebab itu perlu tindakan jitu sebelum terlambat.

Rungutan pengguna yang dikaitkan dengan “black-out” adalah cerminan bagai mana kritikalnya bekalan elektrik di Sabah.

Setiap individu di negeri ini maklum pentingnya pengeluran tenaga kerana diperlukan untuk membekalkan kuasa ke rumah-rumah, perniagaan dan industri.

Elektrik adalah salah satu faktor teras untuk memacu ekonomi di Sabah. Akan tetapi penyedia tenga berdepan dengan trilema- keperluan untuk mencari keseimbangan antara keterjaminan tenaga, akses saksama kepada tenaga dan kemampanan.

Menurut Harun, sementara tenaga kuasa merupakan kemuadahan asas yang penting, pada masa sama juga, penyedia tenaga perlu mengambilkira keperluan untuk mengurus kesan tenaga terhadap alam sekitar.

Mengurus tenaga, menurut Harun perlu adanya kebolehpercayaan mengenainya, yakni berkaitan sumber tenaga. Di Sabah, sumber tenaga 90% menggunakan gas asli. Sebaik-baiknya, sumber tenaga perlu daripada berbagai sumber. Atas sebab itu, perlu difikirkan tanpa berlengah lagi untuk mengenalpasti sumber tenaga alternatif.

No comments:

Blog Archive