Friday, June 09, 2023

UMNO KEKAL PARTI TERBANYAK AHLI

JUMLAH ahli parti Umno setakat ini seramai 3.44 juta yang tersebar di 22,125 cawangan dari 191 bahagian. Hanya di wilayah Sarawak parti itu tidak mempunyai bahagian.

Pada PRU15 Umno/BN bertanding 178 kerusi parlimen (bahagian dalam istilah parti) dan mendapat 3.6 juta undi popular.

Secara umumnya Umno mendapat undi daripada ahli-ahli parti dalam pilihan raya. Atas sebab itu, pada PRN Melaka dan Johor parti itu menang besar, kerana peratusan pengundi atas pagar rendah, manakala ahli/penyokong Umno Full Force keluar mengundi.

Berbeza apabila peratusan keluar mengundi tinggi, yang melibatkan kehadiran pengundi atas pagar tinggi, maka pengundi parti tidak dapat mengatasi jumlah golongan ini, dan bila golongan pengundi ini memberi sokongan pada blok parti lain, maka Umno dipihak yang rugi yang menjadi punca kekalahan calon-calon parti itu.

Umno telah mendapat sokongan pengundi atas pagar dalam 13 PRU, akan tetapi bermula pada PRU14 dan berterusan pada PRU15 pengundi golongan ini menolak Umno menyebabkan parti kehilangan kuasa.

Walaupun kehilangan kuasa sebagai parti peneraju kerajaan, akan tetapi tuah para ahli parti hanya menjadi pembangkang selama 22 bulan selepas hilang kuasa pada Mei 2018, kembali semula sebahagian kerajaan pada Mac 2020 dan berterusan sehingga kini, walaupun dalam senario yang berbeza.

Pendek kata, sejak penubuhan parti itu, hanya hilang kuasa selama 22 bulan di Peringkat Persekutuan.

Pada zahirnya Umno tidak pernah hilang kuasa, kerana semua Perdana Menteri negara ini BERDNA parti itu, walaupun 3 Perdana Menteri pasca PRU-14 mewakili parti lain.

Berhadapan PRN 6 negeri, Umno ada lah parti bernasib baik, kerana mendapat sokongan undi daripada penyokong PH. Atas sebab itu, walaupun mungkin parti itu hanya mendapat sokongan 30% pengundi kaum melayu, mempunyai peluang menang di kawasan-kawasan mempunyai penyokong PH yang signifikan jumlahnya.

Dijangka kerana kombinasi PH/BN pada PRN 6 negeri, dua blok parti itu akan mudah mempertahankan 3 negeri, iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, akan tetapi bersaing sengit di Kedah, dan terpaksa menerima hakikat kekuatan PN/PAS di Kelantan dan Terengganu. Pun demikian, terpulang pada kaum melayu di dua negeri itu apa kah mahu sebahagian daripada Putrajaya, kerana pasca PRU15, tiada seorangpun anggota kabinet Persekutuan mewakili Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Jika Umno gagal memecah tembok penguasaan PN/PAS di tiga negeri, parti itu hanya membawa sebahagian suara kaum melayu di Putrajaya.

Pada hakikatnya PRN 6 negeri ada lah peluang keemasan yang benar-benar hadir pada Umno dengan sokongan PH untuk mendapatkan semula tag parti itu sebagai juara kaum melayu dan rakyat negera ini ke Putrajaya seperti sebelum PRU14.

Terpulang pada Umno memanfaatkan peluang yang ada semaksimum mungkin.

No comments:

Blog Archive