Friday, June 09, 2023

JIKA DAP MINTA MAAF PADA UMNO-MAKA AHLI UMNO LEMBUT HATI?

JIKA berasaskan dua PRU, PRU14 dan 15, Umno dapat mempertahankan penyokong tegar. Kerana pengundi tegar jua, parti itu menang besar di PRN Melaka dan Johor.

Kelemahan Umno hanya gagal mendapat semula undi pengundi atas pagar pada dua PRU itu, tidak sama dengan 13 PRU yang lalu-lalu.

Apa kah desakan Ketua Pemuda parti itu, untuk melembutkan hati penyokong tegar (ahli parti) maka DAP perlu meminta maaf, sedangkan dalam pilihan raya nanti, parti DAP bertanding di wilayah parti itu (majoriti kaum cina) bukannya di kawasan majoriti kaum melayu, sehinggakan perlu sokongan kaum itu.

Hakikatnya, Umno perlu sokongan penyokong DAP atau PH di kawasan-kawasan yang ditandingi memandangkan parti itu hanya berpaut pada penyokong tegar parti, sedangkan pengundi atas pagar tidak berpihak pada parti itu, melainkan, PN/PAS atau sebahagian pada PH.

Samada parti DAP meminta maaf atau pun tidak, sebenarnya tidak signifikan pada Umno, kerana bukan lah faktor penarik pengundi atas pagar kaum melayu pada parti itu.

Jangan kambing hitamkan parti DAP, atas faktor pengundi atas pagar kaum melayu tidak menyokong Umno, kerana ianya bermula sejak PRU14 dan berterusan pada PRU15, sedangkan Umno hanya bersama DAP selepas PRU itu, kerana membentuk kerajaan perpaduan.

Pengundi atas pagar kaum melayu yang tidak menyokong Umno tiada kena mengena dengan parti DAP, melainkan kerana Umno sendiri.

Sepatutnya para pemimpin Umno serta ahlinya perlu bertanya pada diri,mengapa pengundi atas pagar kaum melayu tidak menyokong.

Penulis berpandangan, jika lah parti DAP memohon maaf pada Umno, parti itu akan dilihat sebagai wira, yang menjadikan parti itu digemari pengundi atas pagar kaum melayu, dan tentunya positif bagi parti itu, akan tetapi, tidak pun menjadi penyebab golongan pengundi ini akan menyokong Umno.

Untuk masa ini, penulis tidak nampak faktor penarik bagi pengundi atas pagar kaum melayu untuk menyokong Umno, kerana faktor yang menyebabkan mereka menolak parti itu,masih lagi menghantui parti itu.

Memang benar, dikalangan pemimpin Umno yang ada tidak semuanya terpalit dengan isu-isu yang ditolak pengundi atas pagar kaum melayu, atas sebab itu, mereka menang dalam pilihan raya, manakala yang kalah dan yang hampir kalah, kerana mempunyai isu-isu yang tidak dapat diterima golongan pengundi ini.

Sepatutnya Umno kena berterima kasih pada parti-parti PH termasuk DAP, atas sebab, menerusi sokongan blok parti itu, menjadi komplimen pada penyokong tegar parti itu di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Penulis melihat di kawasan-kawasan milik blok PH, samada penyokong tegar Umno menyokong ataupun tidak, tidak signifikan pada calon-calon parti itu, atas sebab, memang kawasan-kawasan itu wilayah parti itu.

Penyokong tegar Umno akan sentiasa turut sama dengan parti itu, seperti mana dibuktikan pada PRU lalu dan PRN Melaka dan Johor. Atas sebab itu, PH tidak bimbang, di kawasan-kawasan parti itu, kerana lawan parti itu tidak akan dapat undi penyokong tegar Umno.

Penyokong tegar Umno tidak akan mengundi PN/PAS. Blok parti ini hanya mendapat undi pengundi atas pagar kaum melayu dan ahli parti.

Melihat pada PRU14, benar, pengundi atas kaum melayu menyokong PH, akan tetapi pada PRU15 sokongan pengundi golongan ini beralih ke PN/PAS.

Akan dilihat pada PRN 6 negeri, ke mana arah pengundi golongan ini, apa kah meneruskan momentum seperti PRU15 atau sebaliknya.

No comments:

Blog Archive