Saturday, June 10, 2023

PRN 6 NEGERI: UMNO KENA TAWAN KERUSI TRADISI YANG DIMENANGI PARTI LAIN

KEUTAMAAN Umno semasa PRN 6 negeri perlu tawan kerusi yang ditawan parti lain dengan bantuan Pakatan Harapan (PH), kecuali kerusi yang dirampas parti-parti komponen PH yang tentunya dipertahankan pada PRN sedikit masa lagi.

Umno kena menerima hakikat, kerjasama dalam kerajaan perpaduan, adalah kerjasama yang rapuh, kerana bukan berasaskan pada ideologi yang sama terutama dengan parti DAP. Atas sebab itu, PRN 6 negeri adalah peluang keemasan bagi parti itu.

Memang betul pemimpin elit kedua-dua parti setuju bergabung kerana masing-masing mendapat manfaat dalam pengabungan itu, tetapi orang bawah yang tak dapat apa-apa tak kan bertahan. Mereka akan bising apabila melihat perjuangan parti mereka sedikit demi sedikit digadai. Atau mereka tak bising, tetapi sedikit demi sedikit akan meninggalkan parti.

Dalam PAU pada 7-10 Jun, sudah nampak pendirian sesetengah pemimpin Umno tidak akan mengadai asas perjuangan parti itu. Di pihak DAP pula lebih bersikap mendiamkan diri dan mengajak semua pihak yang menyokong kerajaan perpaduan perlu move on.

Antara Umno dan DAP ibarat air dan minyak, tidak akan saling menyatu, kerana ideologi masing-masing berlawanan dan tidak serasi. Satu nak mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan satu lagi nak semua rakyat dilayan sama rata (Malaysian Malaysia).

Bagi pendapat penulis, gabungan politik yang dibentuk oleh parti-parti yang keras dengan ideologi masing-masing tidak akan bertahan lama. Mereka akan bercakaran.

Semua kita tahu, kesediaan Umno dan DAP bekerjasama kerana terpaksa, tiada pilihan lain, untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Kerajaan tersangat penting untuk rakyat dan negara. Mahu tidak mahu, kerjasama perlu untuk menyelematkan rakyat dan negara.

Penulis yakin, jika lah gabungan-gabungan parti lain tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan, PN/PAS tidak akan menolak bekerjasama semata-mata untuk rakyat dan negara. Memandangkan gabungan 19 parti bukan sahaja boleh membentuk kerajaan akan tetapi mempunyai sokongan 2/3. Sokongan 2/3 boleh mengubah perlembagaan jika perlu.

Penulis berpandangan, jika Umno kenampakan bangkit, yang diukur menerusi jumlah kerusi, PRN 6 negeri lah masanya. Jika ada pemimpin tebal dengan ideologi, pendam dahulu, utamakan kebangkitan parti.

No comments:

Blog Archive