Friday, July 17, 2009

Kenapa Kita Suka Meramal




Kenapa kita suka meramal. Pagi-pagi buta ini, saya terfikir mengenai perkara ini. Dalam tulisan ini,meramal tidak langsung dilihat dari segi agama,tetapi berasaskan kepada tabiat kita, sebagai manusia termasuk diri saya.

Kita suka meramal terutama dari segi politik, walaupun data atau maklmuat yang simpang siur, kita tegaskan dalam tulisan atau laporan bahawa berita itu adalah sahih dan benar belaka. Tujuan si penulis adalah semata-mata untuk menarik perhatian, apatah lagi jika suatu hari tulisan atau laporannya itu menemukan kebenaran dan betul pula.

Coba kita layari tulisan-tulisan dalam blog kawan-kawan kita,misalnya PRK Manek Urai yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Meskipun PRK itu telah selesai, malah pengiraan undipun telah selesai, pemenang pun telah di ketahui, tetapi ulasan-ulasan susulan masih meriah dan bertali arus.

Macam-macam andaian dibuat, macam-macam analisa dan berbagai faktor dikemukakan, samada faktor yang menjadi punca kemenangan tetapi juga faktor-faktor yang menjadi punca kekalahan.

Anwar Ibrahim sendiri mengulas dan memberi andaian, bahawa calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat adalah bukan pilihan DS Najib, kerana katanya DS Najib tidak turun padang berkempen di Manek Urai. Malahan kata DSAI lagi, sebenarnya Tuan Aziz juga bukan pilihan Ketua Umno Bahagian, kerana itu calon UBN ini tidak mencapai kemenangan.

Taktik Anwar ini adalah taktik menimbulkan isu untuk orang lain meramal, apabila isu itu berkembang, diulas, dan dilapor berulang-ulang, maka isu yang sebenarnya tiada itu akan menjadi ada. Isu yang tadinya sebenarnya tiada akan menjadi ada. Taktik seumpama ini, telah digunakan oleh pihak Amerika semasa perang dunia ke-2 dan juga semasa perang dingin. Walhasilnya, pihak Amerika telah menang ke dua-duanya.

Bagi penyokong UBN, terpaksa berhati-hati menganalisa gejala ini, kerana saya yakin, pihak Pakatan terutama DSAI mempuyai net working yang kemas dan rapi untuk menganlisa keadaan, baik di media massa bercetak, audio maupun lisan. Net working DSAI ini berkerja dengan gigihnya mencari, menganalisa kandungan-kandungan seluruh bentuk komunikasi, dan akan melontarkan serta membangkitkan isu, yang tidak terfikirkan oleh kita sebelumnya.

Kejadian kematian SU exco DAP Selangor umpamanya, adalah kejadian diluar dugaan sama sekali, kerana kejadiannya kebetulan bersamaan dengan pembicaraan kes liwat DSAI.

Content Analysis adalah satu keadah yang jitu mencorakan isu untuk mengalih pandangan terutama kepada mereka yang tidak pro sesiapa. Coba.. fikir-fikirkan

No comments:

Blog Archive