Walaupun keduanya masih tersenyum, tetapi masa depan mereka dalam arus kepimpian negara jauh berbeda. Tan Seri Sahidan Kasim mempunyai nasib yang malap dalam kempimpinan negara setelah tidak diperkenankan DYMM Raja Perlis menjadi Menteri Besar Perlis, walaupun mendapat surat perlantikan daripada Datuk Abdullah Badawi untuk dipersembahkan kepada DYMM Raja Perlis.
Tan Seri Sahidan dalam usahanya mendapat semula kedudukan lamanya di Negeri Perlis terus memegang jawatan Pengerusi UMNO Negeri, sehinggalah beliau diluncutkan jawatan oleh Persiden UMNO yang baru Dato Seri Najib dan diganti oleh Datuk Ahmad Sabu yang juga menteri Besar Perlis.
Di Semenanjung, biasanya apabila seseorang pemimpin negeri hilang kuasa, maka terlalu sukar untuk kembali semula, kalau pun kembali mungkin akan dipertimbangkan diperingkat pusat. Namun demikian Tan Seri Sahidan Kasim berdepan dengan arus perubahan dalam UMNO, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU-12.
Parti UMNO berdepan dengan masalah kepimpinan yang kritikal, hingga kini setelah setahun beralu selepas PRU-12, UMNO masih terkial-kial mencari rentak dalam usaha mencari formula menemukan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional, walaupun kepimpinan negara telah berganti.
Dalam sejarah UMNO/BN, hanya sekali tidak meletakan calon semasa pilihanraya kecil 37 tahun yang lalu di Perak, dan kali kedua adalah di DUN Penanti dimana para pengundi DUN tersebut akan membuang undi hari ini.
UMNO dan BN merasakan bahawa wibawa mereka telah tercalar dan kekuatan tidak lagi seperti dahulu; kekalahan di 4 Pilihanraya kecil selepas PRU-12 telah menjadi bukti bahawa UMNO dan BN telah lemah.
Berbagai tindakan telah dilakukan oleh kepimpinan baru UMNO/BN Dato Seri Najib Tun Razak, antaranya mengistiharkan arahtuju kempimpinannya melalui 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
Kelemahan penterjemahan awal mengenai konsep ini, telah mengundang berbagai tafsiran, sehinggakan ada kaum-kaum atau kelompok tertentu membuat tuntutan yang tidak terfikirkan sebelumnya- contoh membumiputerakan kaum-kaum bukan penduduk asal yang dilahirkan setelah hari merdeka, kononnya sebagai wadah dan landasan mencapai 1 Malaysia.
Percakaran sesama melayu dan bumiputera, telah mengakibatkan tampuk pemerintahan melayu goyah dan lemah. Kedudukan melayu dan bumiputera dalam meneruskan tampuk pemerintahan tidak lagi dapat disandarkan kepada golongan ini, akan tetapi sangat tergantung kepada sokongan kaum lain.
Jika pada awal kemerdekan, dimana sokongan padu telah diberikan oleh kaum melayu dan bumiputera kepada tampuk pemerintahan yang diterajui kaum melayu dan bumiputera, masa kini keadaan ini tidak lagi berlaku. Para pemimpin melayu dan bumiputera terkial-kial merayu kaum mereka sendiri untuk mendapat sokongan.
Mutakhir ini melayu dan bumiputera telah berpencah dua, di mana kekuatannya hampir seimbang, yakni sebahagian mewakili UMNO dan sebahagian mewakili PAS. Peranan Dato Seri Anwar Ibrahim memperkuat PAS dan melemahkan UMNO telah berjaya. Golongan kaum cina dan india telah terbaca senerio ini, mereka benar-benar faham, kelompok mana mereka sokong itu lah menjadi pemenang.
Senerio seumpama ini mereka telah tunggu-tunggu untuk terjadi, rupanya setelah 50 tahun pemerintahan melayu dan bumiputera barulah cita-cita mereka ini wujud dan kemungkinan besar mereka menuai buahnya pada PRU-13.
Sejarah telah membuktikan bahawa tiada parti di dunia ini mampu bertahan setelah menjangkau usia 50 tahun, contohnya parti Golkar di Indonesia, Parti Kongres di India, Parti LDP di Jepun semuanya tumbang.
Rupanya teori TRAHMAN, benar-benar belaku di negara kita, di mana DS Najib Razak merupakan perdana menteri terakhir era kepimpinan UMNO/BN di tanah air kita ini.
Jika teori ini benar-benar berlaku, maka nasib Tan Seri Sahidan Kasim contohnya akan kempunan kembali berkuasa dalam arena kepimpinan negara, manakala Datuk Seri Salleh Said Keruk pula, kemungkin berkesempatan menjadi wakil rakyat pembangkang di peringkat persekutuan tetapi memerintah dalam negeri: itupun jika Datuk Musa Aman memberi peluang kepadanya bertanding di DUN Usukan atau Parlimen Kota Belud untuk menggantikan penyokong kuat Datuk Musa Aman, yakni Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Japlin Akim.
Datuk Salleh Tun Said yang merupakan pemimpin suku kedua terbesar negeri Sabah setelah Datuk Seri Pairin Kitingan, terpaksa bergantung harap kepada Datuk Musa Aman untuk menjadi pemimpin dalam arena politik, kerana statusnya hanya merupakan timbalan pengerusi pehubungan negeri atas lantikan, kerana beliau tidak terpilih sebarang jawatan tertinggi parti UMNO kerana tidak bertanding, walaupun berjaya merebut semula jawatan ketua UMNO Bahagian Kota Belud daripada Datuk Musbah Haji Jamli dengan kelebihan undi tidak mencapai 50.
No comments:
Post a Comment