Salah tanggapan atau pandangan negatif terhadap golongan usahawan Melayu telah serius sehingga mengakibatkan kesukaran bagi komuniti ini untuk mendapatkan modal atau pinjaman daripada pihak bank.
Credit guarantee Cooperation (CGC) misalnya terpaksa mengeluarkan surat jaminan terlebih dahulu, sebelum pihak bank mempertimbangkan dan memproses sesuatu permohonan syarikat bumiputera. Sedangkan proses yang biasa dilakukan adalah pihak bank sepatutnya memproses sesuatu permohonan pinjaman dan kemudian mengemukakan pinjaman tersebut kepada CGC untuk jaminan. Bagi kes syarikat bumiputera, seolah-olah CGC yang berkerja untuk bank, yang sebenarnya tugas-tugas itu bukan merupakan tugas dan tanggungjawab CGC.
Demikian parahnya status bumiputera di mata bank yang mengakibatkan daya saing mereka dalam dunia perniagaan semakin terbantut dan akan terus terbelakang dibanding kaum cina dan india.
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentuk barisan kabinet dan menamakan kementerian-kementeriannya baru-baru ini telah memperkecil jumlah kementerian dan juga jumlah menteri sehingga mengakibatkan pemansuhan kementerian usahawan dan pembangunan (MeCD) , kerana kementerian tersebut dilihat sebagai batu penghalang kepada kemajuan dan pembangunan usahawan dalam negara.
Di samping itu kementerian tersebut dianggap oleh kaum cina dan india sebagai wadah kaum bumiputera untuk mendapatkan bantuan baik dari segi kewangan maupun kepakaran dalam usaha mempertingkat dunia perniagaan atau meminta tunjukajar sebelum mencebur diri dalam dunia perniagaan.
Ekoran desakan baik secara langsung maupun tidak langsung daripada kaum-kaum ini, sehingga mereka menunjukannya melalui peti undi, maka dalam usaha mententeramkan dan menarik balik sokongan kaum-kaum ini, maka kementerian yang disifatkan agak condong untuk membantu kaum melayu perlu dikorbankan.
Tindakan-tindakan kerajaan akhir-akhir ini kebanyakannya mengarah kepada pengurangan sokongan dan bantuan kepada kaum melayu, umpamanya tindakan meliberlisasikan 27 sektor yang berkaitan dengan kaum melayu dan bumiputera.
Selama 50 tahun merdeka, isu sokongan dan bantuan kepada kaum melayu dan bumiputera telah menjadi isu langsung maupun tidak langsung baik diperingkat antarabangsa maupun dalam negara, yang dianggap sebagai batu penghalang atau kekangan kepada kemajuan dan daya saing negara. Pertolongan kepada kaum melayu dan bumiputera yang sememangnya wajib ditolong dan dibantu kerana status mereka yang masih kebelakang dan majoriti dalam keadaan miskin dan ada yang masih daif, merupakan isu utama bagi kaum-kaum yang telah maju dalam usaha membolot kek yang tersedia dalam negara.
Disamping persepsi pimpinan kerajaan pada masa ini, menghapus dan mengurangkan pertolongan dan bantuan kepada golongan melayu dan bumiputera merupakan jalan satu-satunya untuk mendapat sokongan semula dari kaum cina dan india, malah antarabangsa dalam usaha meneruskan kepimpinan melayu dan bumiputera dan seterusnya terus menjadi tonggak kepada kepimpimpan negara.
Dalam catitan sejarah, telah tertulis bahawa setelah peristiwa 13 mei 1969, apabila Tun Razak mengambil tampuk pemerintahan daripada Tunku Abdul Rahman, tindakaan awal perdana menteri kedua tersebut adalah untuk mententeramkan dan memastikan sokongan kaum melayu dan bumiputera terus kepada kerajaan dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada mulanya diterima baik, tetapi mendapat kritikan yang luarbiasa dan dianggap sebagai pengekang dalam kemajuan dan pembangunan negara sepuluh tahun kebelakangan ini.
DEB yang digunapakai oleh kerajaan yang memerintah dijadikan kambing hitam dan bahan untuk menebalkan kebencian pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan juga digunapakai oleh pembangkang dalam usaha untuk mengambil alih kerajaan. Pemupukan maklumat dan interpretasi yang diputar belitkan mengenai DEB melalui perancangan yang rapi dan tersusun mengakibatkan ramai rakyat yang menerima dakwaan-dakwaan tersebut, sehinggakan kebencian kepada kerajaan yang memerintah terus bertambah dan seterusnya mereka pamirkan melalui undi penolakan dalam PRU-12 yang lalu.
Atas maklum balas dan pesanan ini, maka kerajaan terpaksa menerima dan bertindak balas seiring dengan kehendak pembangkang untuk menghapuskan DEB dan digantikan dengan model ekonomi baru yang masih dicari, dan pada masa ini Senator TanSri Amirsham masih sibuk mengimbas kembali pengalaman lalu dan menyesuaikan pengalaman tersebut dengan keadaan masa ini, bagi menemukan modal ekonomi tersebut.
Datuk Najib ke China untuk mengimbas kenangan nostaliga yang dirintis oleh ayahandanya 36 tahun lalu tetapi berpaksi kepada keadaan yang berlainan. Semasa lawatan Tun Razak ke Republik Rakyat China (RRC) sokongan kaum melayu dan bumiputera begitu padu kepada kerajaan, manakala pada masa ini, sokongan kaum ini telah berpecah dan hanya sebahagian kaum melayu masih menyokong manakala kaum bumiputera pula masih tetap dengan kerajaan.
Datuk Najib semasa merasmikan 140 cawangan UMNO secara serentak di Pekan, Pahang baru-baru telah mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO, bahawa pergantungan kepada kejayaan nostalgia merupakan penghambat kepada mereka untuk melangkah lebih jauh, oleh itu kejayaan masa lalu tidak seharusnya menjadi landasan untuk bergerak ke depan, sebaliknya mereka terus berfikiran pro-aktif dan mencari kaedah-kaedah baru yang membolehkan mereka kreatif dan berfikiran terbuka, sehinggakan idea lokal menjadi global (glokal).
Landasan berfikir inilah yang membawa DS Najib melawat China pada esok hari 2 Jun 2009 dengan pendekatan yang berlainan dibanding dengan ayahandanya pada tahun 1974. Lawatan kali ini, bukan berpaksi kepada mencipta keiklasan kepada kaum cina di Malaysia, tetapi membawa misi 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Misi kali ini adalah untuk menunjukan bahawa tahap toleransi pada tahun 1974 akan digantikan kepada tahap penerimaan.
Semoga sekembalinya DS Najib dari lawatan nostalgik ke Republik Rakyat China,maka akan ditemukan formula untuk membantu kaum melayu dan bumiputera dari seluruh arah dan penjuru. Amin
No comments:
Post a Comment