Membanggakan kejayaan memerdekakan negara, menangani peristiwa hitam 13 mei, mengatasi krisis kewangan tahun 1997 serta krisis ekonomi tahun 1982 merupakan lirik para pemimpin negara dalam usaha menarik rakyat agar senantiasa menyokong kerajaan.
Persepsi bahawa rakyat tiada pilihan melainkan menyokong parti Barisan nasional, manakala kaum melayu tidak akan sanggup meninggalkan parti UMNO, demikian juga kaum cina dan india pasti menyokong MCA dan MIC mengakibatkan para pemimpin barisan nasional yang diketengahkan akar umbi menjadi alfa dan lupa daratan.
Tidak salah mengagungkan parti, tidak salah membangkitkan kejayaan parti, tetapi massa yang mengakibatkan parti itu kuat jangan sampai diketepikan.
Betul kata Datuk Najib bahawa sebahagian rakyat sekarang dilahirkan setelah merdeka. Rakyat yang dimaksudkan tidak mengalami dan tidak merasakan bagaimana rakyat terdahulu berjuang jiwa dan raga dalam proses menghilangkan belengu dan kongkongan penjajah dan seterusnya melahirkan negara berdaulat dan merdeka.
Rakyat dilahirkan pasca merdeka tidak perlu ikut cara-cara semasa proses memerdekakan tanah air, tetapi sekadar tahu sejarah adalah cukup memadai, kerana dipundak generasi sekarang terletak kesinambungan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Setiap pusingan waktu, mempunyai cabaran yang berbeda, jika dahulu rakyat mengalami kongkongan penjajahan secara fizikal, tetapi pada masa ini, penjajahan dalam bentuk lain pula-misalnya penjajahan dari segi ilmu, teknologi dan ekonomi serta budaya.
Rakyat pasca merdeka perlu menggunakan seluruh kebolehan yang ada bukan setakat jiwa dan raga tetapi mental, fikiran dan kreativiti dan juga pegangan agama.
Pemimpin kerajaan yang memerintah tidak seharusnya hanya mengalunkan lagu dengan lirik lama, tetapi perlu mencipta lagu dan lirik sesuai dengan perkembangan zaman.
Rakyat sekarang tidak lagi menggunakan biskal atau kereta lembu untuk ke pasar atau pekan, tetapi telah menggunakan kereta kedua untuk tujuan itu semua. Malahan ada sebahagian generasi pasca merdeka telah menggunakan alam maya untuk mendapatkan produk yang diinginkan.
Rakyat sekarang, bukan lagi tahu hanya bersepak raga atau bermain bola menggunakan “buah limau besar” tetapi telah menggunakan bola yang diperbuat dari kulit yang “haram” di sisi agama islam: dengan bantuan teknologi, apabila ditendang boleh mencecah kelajuan 100km sejam.
Rakyat sekarang tidak perlu lagi wayang pacak RTM yang ditayang secara percuma di kampung-kampung ( atas tajaan milo) tetapi siaran berbayar seperti ASTRO, walaupun masih ada yang berbentuk siaran percuma, yakni siaran RTM dan TV3. Walaupun pada suatu ketika, pelanggan ASTRO telah menjadi ukuran jabatan kebajikan dalam menentukan bantuan kepada rakyat daif dan orang kurangupaya (OKU).
Para pemimpin kerajaan umumnya dan khasnya UMNO masih terlalu teringat kejayaan lalu, berpaksi kepada kejayaan silam, maka kejayaan itu terus diulang-ulang sehingga membosankan sesiapa yang mendengarnya.
Memang diakui, bahawa suatu kejayaan atau kegagalan itu berpunca daripada pengalaman yang telah menjadi sejarah, kerana tiada manusia yang boleh meramal kejadian yang akan berlaku, walaupun berbagai keadah dapat digunakan untuk meramal. Kerja meramal tetap merupakan ramalan, tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang seratus peratus sama seperti yang diramalkan.
Ambil contoh kejadian sunami yang melanda Aceh, sebahagian semanjung, sri lanka dan pantai timur afrika, tidak dapat dikesan oleh teknologi terkini yang tersedia ada, demikian juga sunami politik yang dialami barisan nasional di semanjung, tiada seorang pemimpin UMNO atau barisan nasional pun yang dapat meramal keputusan PRU-12. Malah menjelang PRU-12, Dato Abdullah Badawi masa itu, pernah mengeluarkan kata-kata pedas kepada rakyat: Bahawa beliau pantang dicabar, jangan berdemonstari di jalanan, tetapi berdemonstrasi melalui peti undi, dan mengucapkan “who is Anwar Ibrahim”.
Berasaskan kepada tingkahlaku Dato Abdullah Badawi pada waktu itu, yakni sebelum PRU-12, menggambarkan bahawa BN dan UMNO begitu yakin akan menang besar, jika pilihanraya diadakan. Oleh kerana keterbatasan manusia dalam kerja-kerja meramal, maka kita semua tahu, bahawa keputusan PRU-12, kerajaan persekutuan yang diketuai oleh UMNO hampir tersungkur, kalau tidak kerana bantuan ahli BN Sarawak dan Sabah.
Apabila disaksikan, setiap perhimpunan UMNO, setiap ada perjumpaan pemimpin dengan rakyat, atau semasa menyambut 31 Ogos, isu utama yang dilaungkan oleh pembuat perutusan adalah melaungkan kejayaan parti dalam usaha memerdekakan negara.
Setiap ada pilihanraya, isu utama yang dilaungkan adalah penekanan kepada parti, peranan rakyat tidak penting, yang penting adalah parti. Rakyat dikelirukan, untuk memilih siapa saja yang diketengahkan oleh parti, kerana jika tidak maka ahli dianggap derhaka kepada parti.
Persepsi bahawa parti perlu diutamakan, tiada lagi pilihan lain, kecuali harus mengikut kehendak parti. Persepsi ini lah yang menjadi penyebab kenapa individu-individu yang diketengahkan mengambil kesempatan dan berselindung atas nama parti. Mereka terlupa bahawa mereka kelihatan kuat, kerana parti mendapat sokongan dan masih diterima oleh rakyat jelata.
Akibat anggapan yang menebal bahawa parti selamanya kuat seperti slogan yang dibuat stiker panjang yang melekat di kereta-kereta mewah milik ahli-ahli parti “Dulu, Kini dan Selamanya” mengakibatkan pemimpin yang diketengahkan naik tucang dan hanya tahu memandang ke langit, sehinggakan bumi yang dipijak tidak diketahui tinggi dan rendahnya.
Pemimpin terbuai dengan kejayaan yang dicuri dan dirampas dari rakyat, sehingga rakyat terlupakan. Pemimpin tidak perlu tahu apakah rakyat yang dirampas kejayaannya: cukup makan, ada tempat berteduh, ada kemudahan kesehatan, ada kemudahan air bersih, ada kemudahan lampu, ada kemudahan untuk mencari rezeki dan kemudahan-kemudahan sebagai insan merdeka.
Telah menjadi lumrah, apabila kejayaan bukan berpaksi kepada hasil titik peluh, maka penghargaan kepada kejayaan itu tidak mepunyai nilai yang kental, tidak sama dengan kejayaan yang diperoleh melalui titisan keringat dan usaha sendiri.
Kejayaan yang dirampas- dicuri atau mungkin ada yang dipinjam dimanafaatkan seluas-luasnya untuk membangun empayer sendiri, membangun ekonomi sendiri berserta saudara terdekat atau macai-macai, kerena sebagai perampas kejayaan, mereka tahu benar-bahawa kejayaan tidak selamanya dimiliki dan akan hilang semula.
Tidak hairan, apabila ada pemimpin baru yang muncul dan menjadi wakil rakyat, apa tak lagi dilantik menteri, sekonyong-konyong jadi jutawan, punya rumah bungalow, punya kereta berjenama berbuah-buah, dan cuma bersarapan di hotel-hotel mewah. Jika dahulu, mudah didekati, mudah dihubungi, mudah ditemui, suka ke majlis perkhawinan rakyat biasa, suka ziarah apabila ada kematian atau sakit, sekarang tidak lagi. Kalaupun melakukan akitiviti ini, tetapi tertakluk kepada darjat dan bulu serta aktiviti keraian yang bersifat “moden”.
Cara berpakaian telah berubah, jika dahulu baju atau seluar tempahan adalah memadai, tetapi sekarang telah bertukar kepada jenama glamour dan bertrade mark di kocek baju dan seluar. Jika dahulu sebelum disapa, telah mengucapkan salam terlebih dahulu, sekarang telah berubah. Jika dahulu menyalam mengenggam erat telapak tangan, sekarang sekadar meluruskan jari dan menyentuh telapak tangan pihak yang di salam.
Cara pergaulanpun telah berubah, jika dahulu terbuka, sekarang berubah hanya bergaul dengan kelompok elit dan kontraktor-kontraktor kelas berat,kalaupun bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, hanya terhad kepada pengarah maupun pegawai daerah.
Kejayaan atau kuasa yang diperoleh kena berlagak seperti yang berkuasa, agar supaya kelihatan ada status dan kuasa. Kena berlaga sebagai orang kenamaan, kerana memangpun orang kenamaan menurut versi mereka.
Rakyat pada masa ini telah muak dan jelak dengan karenah ini, kerana itu lah apabila ada parti alternatif yang mereka anggap boleh bersaing dengan kerajaan pemerintah, tanpa silu segan mereka memberi sokongan. Pimpinan alternatif, tidaklah sekuat sangat, tidaklah sebaik sangat, disebabkan oleh pemimpin penaraju kerajaan yang memuakan dan memualkan, rakyat sangup berpatah arang demi memberi pengajaran kepada pimpinan yang hilang pedoman dan arah. Pimpinan yang telah alfa asas perjuangan, pimpinan yang telah lupa dan tidak mahu tahu, bahawa asas kekuatan dan kejayaan mereka adalah masyarakat biasa yang kadang-kadang dianggap seperti melukut di tepi gantang, dianggap kehadiran dan keberadaan atau absente mereka tidak signifikan di mata para pimpinan yang telah buta, tuli dan bisu ini.
No comments:
Post a Comment