Friday, May 22, 2009

Bank enggan bantu usahawan bantut ekonomi negara


Wang adalah satu faktor yang penting dalam perniagaan di samping bentuk modal lain, seperti modal manusia dan modal peralatan.

Wang diperlukan dalam urusan mendapatkan barangan masukan, pemasaran, pengiklanan dan juga sebagai upah mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan untuk menggerakan perniagaan.

Disamping itu, wang juga digunakan sebagai kayu pengukur kekuatan sesuatu perniagaan atau sesebuah entiti. Dalam urusan pensyarikatan misalnya, besar kecilnya syarikat itu akan dilihat melalui jumlah wang yang ada dalam syarikat apakah dalam bentuk modal yang dibenarkan dan juga modal berbayar. Yang jelas, pemilikan wang sesebuah syarikat menunjukan kemampuan dan daya maju sesebuah syarikat tersebut.

Dalam urusan tender misalnya, tolok ukur yang biasa digunakan oleh pihak kerajaan khasnya adalah jumlah wang tunai dalam akaun bank sesbuah syarikat selarinya dengan besarnya syarikat itu, yakni melalui modal berbayar syarikat tersebut.

Demikian juga dalam kaedah menilai dayamaju sesebuah syarikat akan dinilai melalui wang, yakni wang tunai yang disebut aliran tunai yang ada dalam akaun sesebuah syarikat. Perkara ini penting, kerana sesebuah syarikat dalam proses perniagaannya nampak berdaya maju, apabila dilihat dari segi pengiraan rugi laba, tetapi tidak sustainable kerana aliran tunai sesebuah syarikat itu lemah.

Krisis keupayaan sesebuah syarikat mengumpulkan wang dalam bentuk aliran tunai walaupun kelihatan bahawa sesebuah syarikat itu berdaya maju merupakan masalah yang dihadapi syarikat-syarikat di negara ini, terutama syarikat yang masih bersatus bayi dan juga sebahaggian besar syarikat yang terkategori Industri kecil dan sederhana (IKS).

Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan syarikat-syarikat kecil termasuk IKS merupakan salah satu enjin penggerak ekonomi sesebuah negara. Kehadiran syarikat-syarikat ini merupakan salah satu bentuk pengelibatan rakyat dalam proses pembangunan negara.

Walaupun peranan syarikat-syarikat ini dianggap besar secara makro, tetapi ada kelompok-kelompok tertentu masyarakat negara ini tidak mempunyai mode yang baik terhadap kehadiran syarikat-syarikat bentuk ini, kerana mungkin pemilik atau pemilikian syarikat-syarikat seumpama ini diusahakan dan dimiliki oleh entik majoriti negara ini, yakni kaum melayu dan bumiputera.

Tahun 1997-1998, apabila terjadi krisis kewangan di negara ini, syarikat-syarikat kecil dan juga sederhana mendapat tamparan hebat, apa tak lagi pada masa itu, tempoh pembayaran hutang telah dipendekkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan melalui polisi menteri kewangan masa itu, yakni Anwar Ibrahim. Akibat perubahan jarak atau tempoh bayaran ini, maka syarikat-syarikat kecil ini dan ada juga yang besar-besar secara cepat jatuh muflis,kerana kadar Non Performing Loan (NPL) mereka dengan cepatnya meningkat.

Gejala dan mode keadaan krisis kewangan yang melanda negara pada tahun tersebut, mutakhir ini ada tanda-tanda muncul semula,kerana keputusan bank-bank saudagar negara yang kelihatan berhati-hati mengeluarkan wang dalam bentuk suntikan modal alias pinjaman kepada syarikat-syarikat yang kekurangan aliran tunai, walaupun syarikat-syarikat tersebut berdaya maju.

Ekoran keengganan pihak bank-bank negara ini terjun sebagai penyelamat, membuatkan perdana menteri yang juga menteri kewangan negara mengeluarkan teguran.

Teguran Datuk Seri Najib ini memang ada asasnya dengan melihat data sektor perbankan negara dimana masih mencatatkan imbangan kira-kira yang teguh dengan nisbah modal berwajaran risiko 13.4 peratus pada akhir Mac lalu dengan mempunyai jumlah penampan kerugian sebanyak RM44.6 bilion serta nisbah hutang tidak berbayar 2.2 peratus.

Adalah cukup menghairankan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan institusi perbankan tempatan tidak berdepan dengan sebarang risiko. Tetapi kenapa sukar sangat hendak memberikan kemudahan kredit kepada para usahawan.

Fenomena ini memang tidak menghairankan,, kerana itu lah pada asasnya sesebuah negara sekurang-kurangnya memiliki paling tidak sebuah bank saudagar agar supaya boleh digunakan untuk terjun dikala diperlukan untuk menyelamat dan menangkis usaha-usaha menstabotej perekonomian negara.

Memperlahan perjalanan ekonomi negara melalui perlambatan pusingan wang merupakan usaha yang sangat berkesan untuk melumpuhkan perekonomian negara. Bentuk dan cara ini, tidak ketara di mata rakyat jelata, apa lagi mereka yang kurang arif mengenai kekuatan pusingan wang.

Gejala memperlambat pusingan wang ini pernah terjadi semasa depressi tahun 1930-an tetapi tindakan kerajaan Amerika melalui bank pusat pada masa itu dengan memperbanyak pusingan wang agar cepat berpindah tangan kepada rakyat biasa melalui pembangunan jalan-jalan raya di seluruh Amerika, maka hasilnya dalam masa 10 tahun, ekonomi Amerika telah pulih dan pesat, sehinggakan negara itu mampu membiayai perang dunia ke-II dan memenanginya.

Fenomena keengganan pihak-pihak bank mengeluarkan pinjaman kepada syarikat-syarikat terutama IKS, dengan alasan peraturan yang dicipta sendiri oleh mereka tidak dapat dipenuhi, merupakan cara halus mensabotej usaha kerajaan pada masa pemerintahan DS Najib, walaupun PM-6 ini telah berusaha dengan gigih melakukan tindakan-tindakan agar perekonomian negara tidak “mandek” atau stagnant.

Jika sekiranya polisi perbankan negara ini tidak diubah dan terus mempraktekan polisi mereka yang sedia ada,maka dalam masa yang singkat akan lahirlah usahawan-usahawan muflis dan syarikat-syarikat golong tikar, kerana kelangsungan usaha mereka tidak mungkin dapat diteruskan lagi.

Tindakan kerajaan dengan cara pelancaran pakej-pakej stimulus tidak akan ke mana-mana, tanpa kerjasama perbankan, kerana sifat pakej-pakej stimulus hanya berupa usaha preventif dalam jangka pendek dalam memperlancar kegiatan ekonomi.Kerajaan perlu mengeluarkan polisi dan polisi ini tidak boleh ditangguh-tangguh lagi, bahawa semua perbankan di negara ini diharuskan menyediakan satu pakej khas dalam sistem perbankan mereka untuk digunakan sebagai dana khas membantu usahawan atau syarikat-syarikat berdaya maju atau syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk yang ada kaitan dengan kestabilan baik dalam ekonomi atau pun sosial

No comments:

Blog Archive