Dari dahulu lagi politik pembangunan memang melekat pada UBN. Setiap PRU dan PRK,isu utama UBN adalah pemabangunan, sehinggakan ditafsir oleh lawan sebagai usaha merasuah rakyat.
.
.
Kerajaan yang mana tidak membawa isu pembangunan, jika ianya berkuasa,kerana melalui pembangunan sajalah rakyat dapat menilai bahawa kerajaan itu membela rakyatnya. Persoalannya sekarang, kenapa isu pembangunan ini kurang mendapat tempat di hati majoriti rakyat? Dapat dikatakan demikian, kerana pada PRU-12, isu utama UBN adalah pembangunan, kemudian isu pembangunan ini terus diuar-uarkan untuk 6 PRK setelah pRU-12. Dalam 6 PRK itu,hanya di Batang Ai, Sarawak sahaja rakyat menerima isu pembangunan ini.
.
.
UBN mulai sekarang mesti mencari formula baru, di samping isu pembangunan, juga mesti dilengkapkan dengan isu-isu kemasyarakatan, terutama isu-isu agama,keadilan sosial, keadilan agihan kekayaan negara, di samping merubah pendekatan kepada rakyat. Melalui PRK Manek Urai, mungkin UBN boleh mengguna pakai pendekatannya di situ sebagai penanda aras pendekatan kepada rakyat dan sudah tentunya di tokok tambah apa yang patut dan terasa terlepas pandang.
.
Para kempener UBN di Manek Urai kena berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan UBN di seluruh negara, agar penyelarasan berkempen dapat dirumuskan dan nantinya diguna pakai pada pilihanraya berikutnya. Tujuan penyelarasan ini adalah agar supaya pendekatan UBN itu senantiasa tersusun, luwes dan kompak.
.
Para pemimpin pelapis UBN kena berkerja keras mulai sekarang di samping menterjemahkan arah tuju kepimpinan tetapi juga penyampaian arah tuju ke peringkat akar umbi mesti dilaksanakan dengan telus tanpa agenda terselindung.
Jika DS Najib merasakan bahawa masa 24 jam terasa terlalu singkat, kerana memikirkan bagaimana memajukan negara dan rakyat, para pemimpin pelapis juga kena turut agar supaya, rakyat mengerti bahawa UBN serta para pimpinannya berjuang demi negara dan rakyat.
Hasil PRU-12 dan PRK kecil, memaksa seluruh kader-kader dan pemimpin UBN berkerja dari permulaan demi menarik hati rakyat. Melalui 6 PRK, hanya di Manek Urai sentuhan naluri rakyat di temukan, di sini adalah jelas, menawan hati rakyat tidak semudah seperti yang kita fikirkan, kerana perlu waktu dan proses.
No comments:
Post a Comment