.
Kalau keadaan air seumpama ini berlaku di Sungai Labu dan Semenyih di Sepang, adalah dipastikan bahawa pengambilan air sungai ini oleh SYABAS akan ditutup, kerana kualiti air yang tercemar dan tidak menepati piawaian kesihatan. Namun, tidak demikian hal nya bagi penduduk kampung Merabau, kerana mereka tiada pilihan lain, kecuali menyedut air ini untuk keperluan sawah mereka, dan rembesan air ini untuk keperluan harian seperti untuk minum dan membasuh pakaian.
.
Keadaan ini, telah berlaku sejak 20 tahun lalu, kerana akibat pencemaran ekces baja dan racun daripada skim jawi-jawi dan kawasan-kawasan sawah sekitarnya.
.
Air sungai ini pada masa ini merupakan sumber penyakit kulit bagi sebahagian besar petani, kerana sifatnya yang berbau busuk dan berasid.
.
Pada musim kemarau apabila air menjadi tohor, pemandangan seperti ikan yang mengelupar ini adalah pemandangan biasa di sungai ini.
Apabila keadaan ini dikemukan kepada wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli yang juga merupakan pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri, wakil rakyat ini mengatakan bahawa isu ini akan terselesaikan mulai tahun 2010-2012, kerana tahun depan pemulihan dan pelebaran sungai itu berserta pembinaan saluran-saluran air akan bermula. Menurutnya lagi pihak JPS negeri akan memanggil sebutharga untuk tujuan ini pada tahun ini juga.
.
Jika projek pembinaan pengairan air ini terlaksana, maka pengairan untuk kegunaan sawah di kampung-kampung sekitarnya yang dianggarkan meleibihi 3,000 ekar tidak akan mengalami kekurangan air lagi. Tambah Datuk Musbah lagi, jika sawah seluas 3,000 ekar ini dapat diusahakan 2 kali setahun dengan keluaran minima 2 ton seekar, maka setahun kawasan ini akan dapat menghasilkan padi sekurang-kurangnya 12 ribu ton dan kalau diterjemahkan kepada wang ringgit,maka 12 juta ringgit setahun merupakan tambahan kewangan yang berlegar-legar di kampung-kampung yang terlibat.
.
Datuk Musbah memberi jaminan, pembinaan sistem pengairan untuk kampung-kampung yang terlibat ini merupakan prioriti utamanya dan merupakan "baby" beliau sebelum penggalnya sebagai Dun tamat.
.
Pembinaan sistem pengairan yang kekal adalah matalamat utama Datuk Musbah untuk menjadikan kawasan-kawasan ini produktif dan sekaligus sebagai cara dan metoda beliau membangun kawasan-kawasan ini agar penduduk yang mendiami kawasan-kawasan ini dapat mempertingkatkan kehidupan mereka dalam segi ekonomi dan terkeluar daripada taraf miskin.
.
Saya sebagai anak watan kampung-kampung ini, hanya dapat menunggu dan mahu menyaksikan bahawa semua perancangan ini akan terlaksana dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment