Showing posts with label Politik Semenanjung. Show all posts
Showing posts with label Politik Semenanjung. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Nizar: Tok Guru Nik Aziz tak usha Layan Ibrahim Katak

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Sementara itu Nizar mengatakan TGNA tak perlu melayan karenah Ibrahim Katak yang tak mengenang budi. Menang Pasir Mas guna lambang Pas, kalau bukan Pas, tak mungkin jadi ahli parlimen. Nizar mencabar Ibrahim,jika berani, letak jawatan dan tanding guna lambang apapun. Nizar yakin, Ibrahim ditolak oleh rakyat Kelantan khasnya Pasir Mas.

Sunday, August 16, 2009

BN tak ada peluang di Permatang Pasir?

Ada peluang kah Umno melalui Rohaizat Othman. Melihat statistik keputusan PRU 12, nampaknya peluang Rohaizat tiada sama sekali. Faktor ke-dua adalah, kawasan ini termasuk dalam parlimen Permatang Pauh kubu kuat Anwar Ibrahim.

Isu apa kiranya yang dibawa oleh BN? Jika isu menyerang pribadi Anwar, nampaknya tiada kesan. Buktinya pada PRK Permatang Pauh baru-baru ini, serangan pribadi kepada Anwar dengan membangkitkan isu liwat terhadap Saiful, ternyata senjata makan tuan.

Isu ayat Anwar pengkhianat bangsa melayu, saya rasa juga akan menjadi senjata makan tuan.

Sebaiknya bawa saja isu-isu kebaikan, tanpa menyebut soal-soal Anwar. Buat macam biasa saja, beritahu rakyat, beri lah peluang kepada BN untuk mewakili Permatang Pasir, kalau BN tak majukan juga kawasan ni, tolak BN melalui PRU-13. Guna pendekatan individu dibanding ceramah yang belum tentu dapat mengubah pendirian pengundi. Gunakan kempener berpengalaman yang berkeperibadian baik, tak ada skandal. Duduk dengan rakyat, sembayang dengan mereka, kalau berkemah-berkemah lah.

Monday, August 10, 2009

PRK Pematang Pasir 25 Ogos

SPR mengumumkan hari ini bahawa penamaan calon bagi DUN Pematang Pasir parlimen Permatang Pahu akan diadakan pada 17 Ogos depan, jika ada pertandingan, hari mengundi ditetapkan pada 25 Ogos.

Dun Pematang Pasir adalah kubu kuat PAS sejak memuncaknya reporfamasi pada tahun 1999. Sejak tahun itu, Datuk Hamdan Abdul Rahman yang mengwakili PAS mempertahankan sehingga pada PRU-12 yang lalu. Pada PRU-12 yang lalu, Datuk Hamdan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan kelebihan undi 5,433 mengalahkan calon UBN Encik Ahmad Salam Shuib.
.
Sementara itu DS Najib telah menyatakan bahawa UBN telah siap sedia bertanding di kubu kuat Pas tersebut untuk mencari signifikan sokongan rakyat yang terperolehi UBN di Manek Urai Kelantan baru-baru ini.

Apakah DUN Pematang Pasir masih kubu kuat PAS? atau kah rakyat di situ ingin mengubah selera? kita tunggu keputusan pada 25 Ogos, 2009.

Tuesday, July 14, 2009

PRK Manek Urai: Harapan UBN belum ke Tahap Kemenangan

Sah PAS masih mempertahankan Dun 41 Manek Urai,apabila calonnya Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) mendapat undi 5,348 manakalah calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat memperolehi 5,283 undi, undi rosak adalah 117.

Melalui perbezaan undi yang amat kecil ini (0.61%), UBN yang pada awal-awalnya merupakan underdog, hampir-hampir melakukan kejutan, memandangkan jumlah majoriti jauh kebih kecil dibandingkan undi rosak.

Dalam situasi yang underdog seperti yang dikatakan oleh DS Najib semasa lawatan ke Kelantan, harapan untuk melakukan upset tetap ada kata PM itu lagi. Berasaskan kepada kemenagan Pas ini, maka harapan PM itu belum cukup diterjemahkan kepada kemenangan.

Bagi UBN, walaupun keputusan PRK Manek Urai ini belum memihak kepadanya, namun trend kepercayaan dan penerimaan rakyat kepada UBN hampir pulih. Jika kita mengimbas kembali kemenangan UBN pada tahun 2004 dengan majoriti 58, dan kemudian kalah dengan majoriti 1,352 pada PRU-12, maka pelonjakan jumlah undi UBN ini merupakan petanda, bahawa penyokong UBN telah kembali semula.

Bagi Pas pula, kemenangan dengan majoriti yang sangat menurun ini, ketokohan Nik Aziz bukan lagi sandaran para pengundi Kelantan. Perasaan bahawa kepimpinan Nik Aziz sebagai untouchable di Kelantan, keputusan Manek Urai ini menerangkan segala-galanya.

Namun, secara nasional UBN tidak boleh bertepuk dada, kerana setiap negeri mempuyai isu yang berlainan, terutama negeri-negeri yang telah maju.

Melalui PRK ini juga, rekod UBN sebelum PRU-12, yang mana setiap PRK kemenangan selalunya berpihak kepada UBN, tetapi setelah PRU-12 setiap ada PRK kemenangan berpihak pula kepada Pakatan. Dengan mengambil kira PRK Manek Urai ini, maka kedudukan sementara bagi setiap PRK di Semenanjung adalah 5 Kosong!!!. kepada UBN. Apa kah dengan kedudukan ini, adalah petanda UBN akan kecundang pada PRU-13, hanya rakyat yang boleh mejawabnya.

Friday, July 03, 2009

PRK Manek Urai: Menunggu Bukti Wahyu Nik Aziz

Isnin depan pertemuan PAS-UBN akan termetrai di Manek Urai. Pas akan menghandalkan partinya kepada tauke ikan, manakala UBN akan menyerahkan nasibnya kepada mantan CEO yang baru sahaja melepaskan jawatannya semata-mata untuk bertanding.

Sebelum kempen benar-benar bermula berbagai isu dilontarkan terutama oleh pihak Pas. Haji Hadi dan Saifudin Nasution mengetengahkan isu royalty minyak, manakala Nik Aziz mengetengahkan bahwa Umno tidak beriman, Umno sama dengan perjuangan komunis dan menyamakannya dengan ajaran ayahpin.

UBN tidak membawa apa-apa isu kali ini, cuma menghandalkan keupayaannya membawa pembangunan fizikal kepada pengundi Manek Urai, sekiranya para pengundi memberi peluang kepada UBN untuk mewakili mereka.

Pengarah pilihanraya UBN Mustapha Muhammad seperti gayanya yang bersahaja, memberi jawapan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Pakatan, dengan mengatakan seadanya. Mustapha Muhammad yang lebih mesra di panggil Tok Pa tidak mencipta dan tidak menidakan tentang isu dari keadaan yang sebenarnya.

Isu royalty minyak misalnya, Tok Pa mengatakan apa yang sebenarnya, kerana beliau tidak mahu terjerat dalam kancah pembohongan. Tok Pa tidak mahu berbohong kepada rakyat tumpah darahnya. Tok Pa tidak mahu tercatit dalam sejarah, bahawa beliau berbohong kepada negeri asalnya.

Terserah kepada pengundi Manek Urai, jika tetap memilih Pakatan, maka kadar pembangunan fizikal kawasan mereka akan terbantut, kerana kerajaan negeri tidak cukup kewangan untuk membangun kawasan mereka. Mungkin para pengundi Manek Urai akan lebih suka kepada keadaan sekarang, membangun bersama Pakatan, demi taksub kepada pemimpin Kelantan Nik Aziz, sekiranya mereka tetap memilih Pakatan.

Kalaulah para pengundi Manek Urai berkesempatan melawat negeri Sabah, yang mana pada suatu masa dahulu, di perintah oleh pembangkang, dan membandingkannya semasa di perintah oleh UBN yang hanya berusia 14 tahun, maka ada kemungkinan para pengundi Manek Urai, tanpa berfikir panjang lagi, akan memilih UBN. Sayang jarak memisahkan Kelantan dan Sabah. Akan tetapi, para pengundi Manek Urai lebih terdedah kepada negeri-negeri jiran yang di perintah oleh UBN. Mereka boleh menilai dengan sendirinya bagaimana tahap pembangunan yang ada di negeri-negeri yang di perintah oleh UBN.

Tetapi para pengundi Manek Urai khasnya dan Kelantan amnya, memilih kerajaan bukan bersandarkan kepada keupayaan sesebuah parti itu membawa pembangunan fizikal, akan tetapi mereka memilih berpaksikan kepada ketaksuban kepada pemimpin. Mereka lebih rela berada dalam keadaan ke belakang dalam soal-soal kemajuan, yang penting bagi mereka adalah kesetiaan kepada parti dan pemimpin mereka.

Bagi mereka rezeki adalah ketentuan yang maha pencipta, tidak mungkin rezeki dapat diberi oleh mereka yang bersifat manusia apatah lagi parti. Bagi mereka, rezeki dapat ditentukan melalui pemimpin yang mendekati sifat Tuhan. Pemimpin yang bersifat Tuhan itu adalah Nik Aziz Nik Mat,Tok Guru ahli-ahli Pas dan parti Pas.

Bagi penyokong Pas, apa sahaja kata Nik Aziz adalah kata-kata Tuhan, haram tidak menurutinya. Orang yang kuat sembayang tidak ikut cara Nik Aziz akan masuk neraka, manakala sembayang yang ikut Nik Aziz sahaja yang pasti masuk syurga.

Kata-kata Nik Aziz adalah kata-kata mutlak. Misalanya dalam cetusan kerajaan perpaduan oleh Haji Hadi Awang persiden Pas, Haji Hadi terpaksa memutar belitkan kata-katanya sendiri, dengan mengatakan bahawa isu kerajaan perpaduan adalah fiitah UBN dan seterusnya menuduh bahawa UBN memcoba memecahkan gabungan 3 parti yang membentuk Pakatan. Seulamak Haji Hadipun terpaksa patuh kepada kata-kata Nik Aziz, apatah lagi ahli dan rakyat biasa penyokong Pas!!!.

Melalui PRK Manek Urai, UBN tidak ada peluang untuk menang, walaupun masih ada harapan. Harapan untuk menang tetap ada, kerana penentuan adalah pada 14 Julai depan. UBN hanya boleh bertawakal, bolah berusaha, boleh mencuba, kerana kemenangan bukan ditentukan oleh “Tuhan Nik Aziz” tetapi Tuhan yang sebenar-benarnya yang mencipta alam semesta dan seluruh mahkluk di dalamnya.

Thursday, July 02, 2009

DAP Berpisah dengan PAS Bukan kejutan!!

Cinta belum berputik walaupun melebihi 2 tahun berkesedudukan, kata orang Indonesia, kumpul kebo. PAS dan DAP Kedah berpisah, walaupun kata Lim Guan Eng, keputusan itu perlu kelulusan CEC parti DAP.

Ada yang mengatakan bahawa perpisahan ini tidak membawa rebah kepada Pakatan tiga parti DAP-PKR-PAS, kerana menurut mereka, keretakan di Kedah, memang telah diramal, kerana keengganan, Datuk Azizan Razak menerima DAP sebagai rakan dalam pemerintahan negeri jelapang padi itu.

Bagi penyokong sejati PAS, keluarnya DAP dalam pakatan seperti mengantuk disurungkan bantal, kerana bagi penyokong ini, kerjasama dengan DAP merupakan kerjasama haram, kerana secara bulat-bulat DAP mengatakan bahawa mereka menolak hudud sebagai sumber hukum dalam islam.

Kerjasama dengan DAP hanya disokong oleh puak-puak erdogan dalam PAS dan puak-puak DAP dalam PAS. Adalah diramalkan, dengan menguatnya cengkaman penyokong ulamak dalam PAS ekoran kemenangan besar mereka melalui muktamar ke-55 baru-baru ini, lambat laun, penerimaan ikatan longgar PAS-DAP di seluruh negara akan retak menenanti belah.

Dari sudut pandang lain, sebenarnya PAS tidak pernah mendapat keuntungan bekerjasama dengan DAP, kehadiran PAS dalam pakatan, semata-mata menjadi kuda tunggangan dan batu loncatan DAP dan PKR.

Tuesday, June 30, 2009

Royalty Minyak dan Manek Urai

Hadi Awang mengatakan bahawa Kelantan ada pelantar minyak. Beliau sendiri pernah melawat pelantar minyak itu. Saifudin Nasution juga mengatakan bahwa Kelantan ada minyak, sambil menuduh kerajaan berbohong di parlimen,menafikan perkara ini.

Isu tuntutan royalty minyak oleh pemimpin-pemimpin Pakatan ini merupakan isu utama mereka menjelang PRK Manek Urai. Mereka mengeluarkan hujah, bahawa minyak memang ada di perairan Kelantan, kerana terdapat pelantar yang bernama melayu, seperti Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen, ini membuktikan bahawa pelantar-pelantar itu adalah milik Malaysia.

Namun dakwaan ini disangkal oleh Dato Mustatpha Muhamad (Tok Pa), pengarah pilihanraya UBN Manek Urai. Tok Pa kata, bahawa carigali minyak itu berada diperairan bertindih Malaysia dan Thailand, bukannya di perairan Kelantan.

Isu royalty minyak ini memang menarik untuk menjadi isu, kerana hasil dari emas hitam itu cukup lumayan sebagai pendapatan sesebuah negeri. Untuk sementara negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri-negeri yang mendapat bayaran royalty 5% daripada hasil emas hitam tersebut.

Persoalannya kenapa isu ini menjadi isu utama Pakatan sempena PKR Manek Urai?. Bukan kah penggalian dan penyedutan minyak di negara ini telah bermula sejak tahun 1971, dan perjanjian-perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri yang mempunyai minyak ditandatangi pada tahun 1976.

Apakah melalui PRK Manek Urai ini, Pakatan tidak mempunyai isu lagi untuk dibawa berkempen, sehinggakan pemimpin Pakatan tega memesongkan rakyat Kelantan, untuk mempercayai bahawa Kelantan mempunyai minyak, tetapi royalty dinafikan. Ataukah cara ini adalah taktik mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan pusat!.

Pada PRK Bukit Gantang, UBN mengumumkan beberapa projek untuk rakyat di kawasan parlimen itu, akan tetapi keikhlasan UBN ini diputar belit, seolah-olah usaha UBN merasuah rakyat. Oleh kerana itu, melalui PRK Manek Urai ini, Pakatan mengubah taktik, bahawa isu mereka bukan kepada isu pembangunan fizikal kepada Kelantan, akan tetapi diubah kepada bentuk lain, yakni menuntut sesuatu yang seolah-olah masuk akal dan betul, yakni royalty minyak.

Pemimpin Pakatan memang suka memainkan isu, misalnya di Sabah dan Sarawak, mereka memainkan isu bahawa royalty minyak 5% tidak cukup, sebaiknya kata mereka, royalty seharusnya lebih tinggi dari itu. Pemimpin Pakatan mengatakan jika Pakatan mengambil alih kerajaan, maka royalty minyak untuk Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada 20%.

Meminta untuk perkara yang tiada bersamaan dengan istilah memaksa, mengisukan perkara yang tiada ertinya bohong, apakah pemimpin Pakatan sempena PRK Manek Urai memaksa kerajaan Pusat untuk memberi bantuan kewangan dengan cara lain, ataukah hanya berbohong untuk mengelirukan penduduk Kelantan amnya dan khasnya Manek Urai? semata-mata untuk mendapat undi!. Hanya pemimpin ini sahaja yang boleh menjawab persoalanan ini.

Wednesday, June 24, 2009

Manek Urai Bagi UMNO/BN

14 Julai adalah tarikh pengundian N41 Manek Urai, Kelantan. Penamaan calon bagi DUN tersebut ditetapkan pada 6 Julai 2009. Pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai.

PRK ini terpaksa diadakan kerana kematian penyandangnya Ismail Yaacob (60) kerana akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu.

DUN Manek Urai terletak di kawasan parlimen Kuala Krai termasuklah 3 DUN lain yakni DUN Guchil, DUN Dabong dan DUN Mengkebang.

Pada PRU-12 lepas kesemua kawasan tersebut termasuk parlimennya dikuasai PAS. DUN Manek Urai dimenangi Ismail Yaacob mengalahkan penyandangnya Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi meningkat 1299 dibanding kekalahannya pada calon yang sama pada tahun 2004 (hanya 53 undi).

PRK Manek Urai menurut Pengerusi SPR akan menelan belanja 400 ribu ringgit dan akan melibatkan 350 orang jentera pilihanraya.

Jumlah pengundi N41 Manek Urai adalah 12, 292 dan komposisinya pula adalah 99% pengundi melayu dan selebihnya adalah pengundi cina dan india.

Sehubungan dengan PRK itu UBN telahpun mengumumkan akan meletakan calon dan sudah tentunya PAS yang akan mempertahankan kerusi itu dan seterusnya akan mengumumkan calonnya pada 26/6/2009.

Bagi PAS menang kalah dalam PRK ini tidak mempunyai impak kepada kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz,kerana DUN Kelantan dikuasai oleh PAS walaupun terselit 6 DUN UBN.

Demikan juga jika kemenangan berpihak kepada UBN, impak kepada kerajaan negeri pun tidak signifikan, kerana UBN tidak cukup korum dalam DUN Kelantan.

Persoalannya sekarang apa rasional dan untung UBN bertanding di DUN Manek Urai? Apakah melalui pertandingan itu hanya semata-mata untuk menghidupkan demokarsi berparlimen negara? ataukah salah satu taktik menaikan semangat, ataukah sekadar servis jentera pilihanraya UBN yang mungkin agak berkarat kerana absent bertanding di DUN Penanti?.

Tok Pa selaku penggerak jentera UBN telah awal-awal lagi mencangkan bahawa jangan under estimate UBN di Manek Urai. UBN akan memperoleh sekurang-kurangnya 6,000 undi, dengan jumlah itu, maka UBN akan di istiharkan menang!.

Khairy Jamaludin, ketua pemuda UMNO akan mengetuai GEMPUR pemuda masuk Manek Urai, seperti mana caranya menggempur Kelantan sebelum PRU-12,mungkin kali ini slogan popularnya "18 dok??" tidak akan diulang??.

Walau apapun alasan UBN bertanding di Manek Urai tidak membawa kesan terhadap senerio politik tanah air,kerana telah terbukti bahawa sebelum PRU-12 DUN Kelantan cuma memiliki majoriti satu DUN, pun demikian UBN tidak dapat berbuat banyak, malah hampir kehilangan seluruh DUN di Kelantan pada PRU-12.

Adalah dirasakan bahawa penyeretaan UBN di Manek Urai adalah semata-mata untuk meramaikan sistem demokrasi tidak lain daripada itu.

Monday, June 22, 2009

Unity Government?? Lupakan: Pakatan said NO!!!

Para penulis rencana, para blogger yang mengharapkan UG akan akan menjelma, terpaksa melupakannya. Dengan sekali mesyuarat pada hari ini 22/6/2009 Majlis kepimpinan PAKATAN telah membuangnya jauh-jauh ONCE FOR ALL!!!. UMNO terpaksa melupakan UG.. kalau bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk sementara waktu.

Pakatan dalam penolakan idea UG telah menyenaraikan faktor-faktor berikut seperti yang diuraikan oleh DSAI.
.
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

azlishukri.blogspot.com telah mengulas lebih lanjut mengenai faktor penolakan pakatan ini. Sila layari blog tersebut, kerana pandangannya telah tepat dan betul menurut pendapat saya.

Saturday, June 20, 2009

UMNO Telah Taubat Nasuha

Salahkah PAS berkerjasama dengan UMNO? UMNO telah berubah, kalaupun belum seluruhnya , paling tidak UMNO sudah bertaubat, bertaubat nasuha. TPM Muhiyidin memberi pengakuan mengundi UMNO boleh juga masuk syurga, kerana UMNO juga berjuang berasaskan lunas-lunas islam.

Kata TPM itu lagi, manusia masuk syurga atau neraka kerana perbuatan manusia itu sendiri, bukan kerana mengundi parti. Kenyataan TPM ini ada benarnya, kerana selama ini PAS mengatakan, mengundi PAS maka kita masuk syurga.
.
Tidak salah mengundi mana-mana parti, umpamanya pada PRK atau PRU lepas, ramai ahli-ahli dan penyokong PAS mengundi calon-calon DAP maupun PKR, ini bukan bermakna mereka akan masuk neraka, kerana berbalik kepada kenyataan TPM itu, kita masuk syurga kerana perbuatan kita sendiri, dosa yang kita buat sendiri.
.
Seandainya benar siapa yang mengundi UMNO tidak akan masuk syurga, maka keputusan PRU-12, ramai kalangan ahli PAS akan masuk neraka, kerana mereka mengundi DAP dan PKR. Persoalannya sekarang, kita berbalik kepada kenyataan TPM itu, mengundi parti pilihan kita tidak akan mengakibatkan kita masuk syurga ataupun neraka.
.
Nah! telah nyata bahawa mengundi sesebuah parti itu bukan soal masuk syurga atau neraka, bukan juga mempersoalkan akidah, akan tetapi mengundi sesebuah parti itu hanya merupakan permainan demokarsi, permainan dimana kita dapat menentukan pemimpin, tidak lebih dari itu.

Soal akidah, iman adalah urusan kita dengan Maha Pencipta, ketakwaan kita kepadaNya sahaja yang menjamin kita masuk syurga-amin.
.
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan (unity government @UG) antara PAS-UMNO, tidak melibatkan akidah, akan tetapi melibatkan perpaduan penduduk teras, yakni kaum melayu dan bumiputra. Melalui perpaduan ini, maka pada gilirannya nanti, apabila kita benar-benar bersatu dan padu, maka mudah bagi kita berbicara soal-soal akidah, soal-soal keimanan, soal-soal ketakwaan, soal-soal ketuhanan, dan seterusnya soal-soal menuju syurgawi.

Tidak molek bagi kita mengambil alih kuasa Tuhan, kerana hanya Tuhan sahaja yang dapat memutuskan apakah seseorang itu masuk syurga atau neraka. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah ALLAH selain menyempurnakan keiaman kita sendiri juga menjaga perpaduan ummah, menjaga kesejahteraan ummah, saling berkenalan antara satu sama lain, apatah lagi sesama islam itu seluruhnya bersaudara.

Lupakan yang keroh ambil yang jernih. Bagi TGNA, lupakan peristiwa 40 tahun lalu, melangkah lah ke depan, demi generasi akan datang. Jangan lagi menaruh curiga kepada UMNO, UMNO telah berubah, UMNO telah bertaubat atas kesilapan-kesilapan yang lalu yang dilakukan oleh petualang-petualang UMNO, jangan salah kami yang tertinggal ini, kerana perjuangan kami adalah juga ingin masuk syurga.

Mari kita bermunajatkan kepadaNya semoga petualang-petualang dalam UMNO yang menjadikan kebencian ahli-ahli PAS dan penyokongnya kepada UMNO sehingga terkelurnya amanat HADI, telah terhakis kerana UMNO telah bermuhasabah diri akibat PRU-12.

DS Najib berserta timbalannya secara terang-terang mengakui bahawa PAS mempunyai keikhlasan menerima perpaduan dengan UMNO, kerana kedua-dua pemimpin UMNO itu telah yakin, bahawa perjuangan UMNO menghampiri perjuangan PAS, yakni untuk kesejahteraan penduduk teras baik dunia maupun akhirat.

Diharapkan kepada TGNA, maafkanlah Ustaz Nasa, kerana Timbalan Persiden PAS itu menyokong cetusan rasa Persiden parti, kerana mereka berdua dapat merasai bahawa UMNO memang benar-benar telah berubah, UMNO memang ikhlas terhadap PAS, tiada maksud lain, selain memperkukuh kekuatan kaum teras semoga selamat di dunia dan akhirat.

Friday, June 19, 2009

10 MP PAS Menentang Presiden Parti

Matalamat penubuhan parti politik selain untuk berpolitik juga sebagai saluran membela rakyat, bangsa, negara dan agama. Selain itu maksud tersirat penubuhan parti adalah memenuhi kepentingan peribadi.

10 MP Pas dalam dewan rakyat memilih untuk mempertahankan kepentingan peribadi apabila mereka menentang Presiden dan Timbalan Presiden parti mereka.

Idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Tok Guru Hadi Awang dan disokong oleh Ustaz Nasa merupakan cetusan idea murni memperkukuh ummah dan membela bangsa, agama dan negara tidak mendapat tempat di hati Tok Guru Nik Aziz yang juga menteri besar kelantan, kerana idea ini akan melucutkan kuasa-kuasa individu dalam parti itu.

Karpal Singh mengambil kesempatan ini dan menyeru agar TGHA dan Ustaz Nasa keluar PAS selari dengan keinginan TGNA, kerana selagi dua individu ini berada dalam PAS; mengekalkan PAS sebagai kuda tunggangan DAP tidak akan terserlah.

DAP adalah pihak yang sangat diuntungkan dalam perpecahan PAS ini, kerana bagi parti itu, selagi majoriti kaum ulama masih berada dalam PAS usaha mereka mengkotak-katik parti itu mengalami laluan sukar .

Mungkin ramai pembaca atau rakyat biasa menganggap bahawa perpecahan dalam PAS ini menguntungkan UMNO, akan tetapi kenyataannya tidak demikian. UMNO tidak sesekali merasa diuntungkan dalam krisis ini, sebaliknya musuh-musuh islam yang diuntungkan. Sebagai contoh muktamad, sebaik sahaja perpecahan ini tersiar Karpal Singh adalah orang pertama yang menyambut baik krisis ini, dan berlaga sebagai ahli PAS yang mempunyai kuasa mutlak dalam parti itu.

Penyiaran sidang akhbar oleh 10 MP Pas yang menolak kerajaan perpaduan melalui surat khabar The Star seolah-olah membawa message "Looks the muslim party is cracking!). Kaum melayu dan umat islam perlu melihat pesanan ini sebagai iktibar, bahawa kaum melayu dan islam adalah mudah diperkotak-katikkan dan terlalu sukar bagi mereka bermuafakat. Pesanan ini membawa erti bahawa kaum melayu sebagai teras dan pemimpin dalam negara ini serta islam sebagai agama yang boleh menyatupadukan rakyat tidak dapat dihandalkan dan diharapkan.

Perlu diingat setiap pemimpin parti mempunyai sokongan yang kuat, jika tidak ada sokongan kuat, sudah tentulah pemimpin itu tidak akan sampai ke mana-mana dalam hiraki parti. TGHA dan Ustaz Nasa adalah individu yang mendapat sokongan kuat ahli parti, jika tidak, jawatan No 1 dan No 2 tidak akan berpehak kepada mereka.

Merasa dan memikul tanggungjawab serta amanah daripada ahli-ahli PAS, maka TGHA dan Ustaz Nasa terpanggil untuk menyatupadukan ummah, kerana bagi mereka kaum melayu dan beragama islam yang menyokong parti selain PAS adalah juga merupakan amanah kepada mereka, mereka mesti mencari jalan dan cara agar penyatuan kaum dan agama menjadi satu, agar supaya agenda memertambatkan bangsa dan agama berjalan dengan baik dan sempurna.

TGHA dan Ustaz Nasa boleh saja memilih seperti tindakan TGNA dan 10 MP PAS tersebut, akan tetapi jalan tersebut difikirkan hanya perjuangan sempit dan tidak memberi manafaat sebenar kepada perpaduan Ummah secara jangka panjang. Pendekatan TGNA dan 10 MP Pas itu adalah pendekatan jangka pendek sesuai dengan agenda DSAI dan DAP agar dalam waktu sesingkat-singkatnya dapat menakluk Putrajaya, kerana masa tidak memehak kepada DSAI kerana faktor usia.

Walau bagaimanapun, kejadian yang kita saksikan sekarang seolah-olah krisis telah melanda PAS belum muktamad lagi. Kenyataan TGNA yang akan mengadakan mesyuarat pemimpin tertinggi parti dalam waktu terdekat akan memperhalus, akan merungkai permasalahan yang timbul akbiat cetusan kerajaan perpaduan.

Sama-sama kita tunggu keputusan muzakarah tersebut, semoga salahfaham dapat terungkai dan diselesaikan once for all. Untuk Karpal Singh, janganlah meneguk di air keruh, kerana bidalan berkata carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, beduk lalu kiambang bertaut, bidalan inilah yang belaku dalam parti PAS sekarang.

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan Tunggu Saat Dilahirkan

DS Najib telah yakin dengan keikhlasan PAS, sementara itu Ustaz Nasa telah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan seterusnya akan memaklumkan kepada presidennya. Nah! sekarang hanya menunggu tindak balas dan keputusan TGNA.

Dato Seri Hadi Awang pada masa ini berada di luar negara untuk satu misi, yakni bertemu dengan para pemimpin islam yang mempuyai hubungan rapat dengan TGNA. Tujuannya agar supaya para pemimpin islam dapat memberi pandangan sebagai third party dalam usaha memujuk TGNA menerima kerajaan perpaduan.

Ustaz Nasa terhidu bahawa kes DSAI yang akan mula dibicarakan bulan depan akan mendapati bahawa DSAI didapati bersalah terhadap kes yang dituduh kepadanya. Hakikat kepada keputusan tersebut, maka gabungan pakatan akan terumbang ambing, justru dengan keadaan ini, PAS tidak mahu bersengkokol atau terlibat dengan pakatan yang mempunyai pemimpin yang moralnya bercanggah dengan nilai-nilai islam.

Selain itu,hakikat yang ada adalah kekosongan parti melayu yang berada dalam BN. Kaum cina di wakili oleh MCA dan Gerakan, sementara india oleh MIC dan PPP, sementara melayu hanya oleh UMNO. Penggabungan PAS dalam BN, bukan mengorbankan apa-apa, akan tetapi hanya mengisi kekosongan yang ada, agar supaya kekuatan kaum seimbang dalam BN.

Cetusan idea Dato Seri Hadi Awang dan Ustaz Nasa untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO merupakan idea yang perlu diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak. Cetusan idea ini bukan hanya meredakan suasana politik tanah air, akan tetapi akan menjadi landasan yang kuat untuk menyatupadukan rakyat di semua lapisan dalam usaha menjadikan negara sebagai negara maju pada tahun 2020.

Keseimbangan pembangunan kaum berlandaskan kepada gagasan 1Malaysia akan mudah terwujud jika PAS-UMNO dan parti kaum lain dalam BN berganding bahu dan bergerak bersama ke suatu arah yang sama.

PAS-UMNO akan komplemen antara satu sama lain, membuang yang keruh dan hanya memilih yang jernih, menghasilkan pimpinan yang berpaksi kepada perintah Allah dalam kanca membangun bangsa, negara dan agama.

Hadiah kepada bangsa, agama dan negara dalam meneruskan pembangunan ummah di tanah air ini, adalah pengorbanan parti PAS-UMNO untuk berkerjasama. Sanjungan yang luar biasa tinggi perlu diberikan kepada gandingan Najib-Muhiyidin, TGNA-Hadi-Nasa. Pada merekalah terserah bagaimana mencorakan politik, kemajuan dan arah tuju negara ini.

Monday, June 15, 2009

Kerajaan Perpaduan: Tunggu Keputusan TGNA

Setelah mengelarkan dirinya NAHKODA PAS, sekarang golongan PAS yang menyokong kerajaan PERPADUAN digelar pula BONEKA UMNO.

Sebagai nahkoda; TGNA secara pribadi menolak kerajaan perpaduan PAS-UMNO, namun isu kerajaan perpaduan terus muncul, dibincangkan, malah mendapat liputan media massa maupun para blogger baik yang pro UMNO maupun pro PAS.

Setelah penolakan demi penolakan yang dicanangkan oleh TGNA tentang kerajaan perpaduan, sesering itu juga isu mengenainya terus dikumandangkan dan ditiupkan.

Menyedari bahawa penolakan pribadi mengenai isu kerajaan perpaduan, tidak berhasil meredahkan perbincangan mengenainya, TGNA pula mengambil langkah seterusnya, yakni bersifat uggutan dan megelarkan bahawa golongan yang bersetuju dengan kerajaan perpaduan adalah Boneka UMNO.

Menurut pendapat TGNA dengan memberi ugutan seumpama ini adalah diharapkan isu kerajaan perpaduan akan terlipat baik-baik dan tidak akan mendapat perhatian lagi.

Penolakan dan memberi kata-kata ugutan yang bersumber dari pemimpin setinggi TGNA mesti bersandar kepada fenomena yang terjadi dalam parti yang dipimpinnya itu. Apakah fenomena ini berpunca kepada khabar-khabar angin bahawa parti PAS mengalami krisis keyakinan sesama pemimpin ataukah tindakan TGNA ini merupakan kata-kata penguji “ testing the water” dalam usaha menilai sejauh manakah sambutan ahli-ahli akar umbi terhadap idea DHH terhadap kerajaan perpaduan?

TGNA adalah pemimpin yang dilahirkan melayu, dilahirkan islam. TGNA adalah pemimpin warak dan dihormati semua pihak. Secara peribadi boleh sahaja beliau mengeluarkan kata-kata yang bersifat menolak,kata-kata yang bersifat ugutan, akan tetapi sebagai pemimpin sebuah parti besar, beliau juga terpaksa akur dan setuju kehendak akar umbi yang menjadikan parti pimpinannya parti besar.

Seorang pemimpin bijaksana seperti TGNA tidak akan tergamak menolak keinginan majoriti ahlinya, jika majoriti menginginkan bahawa kerajaan perpaduan lebih banyak membawa erti dan manafaat kepada bangsa, agama dan negara.

Kejadian demi kejadian terpampang di mata TGNA, bahawa mantan menteri besar Perak menjadi budak suruhan DAP, menjadi kuda tunggangan DAP, sehinggakan sifat kemelayuan dan cara-cara islamnya terhakis, kerana dipandu arah oleh DAP melalui Dato Nga. Mantan MB Perak itu seolah-olah kehilangan arah dan panduan, sehingga langit yang dijunjungpun beliau tidak nampak lagi, bumi yang dipijakpun tidak tahu rendah dan tingginya. TGNA dalam hati kecilnya sebenarnya tidak sanggup menyaksikan kejadian-kejadian ini, akan tetapi sebagai pimpinan beliau terpaksa menunggu kelibat para ahli akar umbi, sebelum membuat langkah simpul yang benar-benar ampuh.

Kelibat rakan-rakan dalam Pakatan terutama DSAI yang mencangkan bahawa Chin Peng perlu dibenarkan pulang ke Malaysia, merupakan tantangan kepada TGNA. TGNA sebagai pemimpin veteran dan lama terlalu masak dengan sejarah dan kejadian-kehadian yang pernah dilakukan oleh PKM dibawah pimpinan Chin Peng. TGNA benar-benar arif tentang keganasan PKM terhadap kaum melayu dan penduduk yang tidak bersimpati kepada mereka.

Slogan ketuanan rakyat yang diagungkan oleh DSAI dan LKS, menjadi jadam kepada TGNA. TGNA adalah seorang melayu sejati, seorang pejuang agama yang sukar dicari ganti. Adalah tidak terlintas difikirannya, bahawa Malaysia akan bertukar republik, menghapuskan fungsi raja berpelembagaan.

Cabaran-cabaran kepada TGNA bukan terhad kepada kelibat rakan-rakannya dalam Pakatan yang bersifat idealogi akan tetapi cabarannya terhadap perilaku warga kaum melayu sendiri baik yang ada dalam PKR maupun UMNO. TGNA perlu mengorbankan ego sendiri untuk menyelamatkan individu tertentu dalam UMNO maupun PKR yang bertopengkan islam akan tetapi perbuatan mereka sama sekali bukan berlandaskan ajaran islam yang sebenar.

TGNA perlu bertindak agar kerajaan perpaduan yang sekarang sedang hangat dibincangkan cepat-cepat dipersetujui, agar supaya “ enggang pulang ke gagang” menjadi kenyataan. Melalui kerajaan perpaduan, bukan sahaja PAS akan menjadi semakin kuat, parti UMNO pula akan ikut kuat, kerana akan terbersih daripada petualang-petualang yang berjuang bukan kerana agama, bangsa dan tanah air akan tetapi demi kepentingan diri sendiri.

Friday, June 12, 2009

Tanpa Tajuk: PAS-PKR-UMNO

PAS terbentuk dari tulang rosok UMNO, bukan sebab dendam: PAS terbentuk, tetapi disebab pertembungan fahaman antara Tunku dan para ulama UMNO.

Berbeza dengan pembentukan PKR; parti itu terbentuk kerana dendam setelah DSAI dipecat dari UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri. Kronis DSAI dalam UMNO juga keluar ada yang masuk PAS dan sebahagian yang lain masuk PKR (ADIL), malah masih lagi ada dalam UMNO bertindak merusak UMNO secara dalaman.

Barat terhidu bahawa peluang mencampuri politik Malaysia yang selama ini sukar ditembus, memanfaatkan dendam kesumat DSAI terhadap UMNO, kerana mereka tahu bahawa dendam kesumat DSAI terhadap UMNO setinggi langit, seluas lautan.

DSAI tahu benar, berjuang sedirian tidak mungkin dapat menumbangkan UMNO. DSAI perlu mengorbankan prinsipnya sendiri dan berkerjasama dengan DAP, dengan satu pendekatan yakni menang-menang. DSAI meminta DAP agar prinsip penolakan hukum islam diperlembut agar supaya PAS boleh menerima DAP.

Berpaksikan kepada prinsip win-win, maka DSAI mampu membawa PAS dan DAP duduk semeja, walaupun sekian lama PAS dan DAP ibarat kucing dan anjing, saling bermusuhan.
DSAI berjaya memujuk PAS berlembut terhadap DAP, pada masa yang sama, DSAI mampu memujuk DAP agar berlembut juga terhadap PAS yang ultra islam.

Walhasil pendekatan win-win DSAI ini, maka DAP-PAS-PKR bermula dengan meletak calon tunggal bagi setiap kawasan pada PRU-12, walaupun ada yang bertembung di beberapa tempat, kerana masalah individu, bukan masalah parti.

Kita semua tahu bahawa keputusan PRU-12 di Semenanjung jika dikira peratusan jumlah undi, Pakatan mengalahkan Barisan, walaupun dari segi kerusi hampir seimbang. Kalau bukan kerana sokongan padu rakyat Sarawak dan Sabah, kerajaan Barisan mungkin kecundang.

Kerjasama DAP-PAS-PKR sangat berhasil, tumbangnya kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutan, di samping hampir menyapu bersih kerusi negeri Kelantan, mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Negeri Sembilan; menunjukan, bahawa gabungan coba-coba ini sungguh berjaya.

Seperti ujian statistik DSAI ,ingin membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap gabungan percubaan ini signifikankah atau tidak, maka dicuba melalui PRK, yang bermula di Pematang Pauh, kemudian Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Penanti, sedangkan di Bukit Gantang bukan termasuk dalam strategi mereka. Kesemua kawasan yang di ambil sebagai pengujian sokongan ini terbukti bahawa sokongan terhadap gabungan ini signifikan.

DSAI sangat yakin, bahawa jika PRU diadakan sekarang, adalah besar kemungkinan gabungan DAP-PAS-PKR boleh menguasai Semenanjung Malaysia, walaupun Johor dan Pahang masih di perintah oleh Barisan.
Berasaskan kepada keputusan PRU ini, ada kemungkinan besar gabungan 3 parti ini akan membentuk kerajaan dengan simple majority di peringkat persekutuan. Empat negeri akan di perintah pembangkang dalam hal ini Barisan,yakni Negeri Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

Johor akan tetap diperintah BN kerana atas faktor bahawa negeri itu melahirkan UMNO, manakala Pahang kerana negerinya DS Najib. Sedangkan Sabah, rakyatnya belum boleh menerima gabungan 3 parti ini, Sarawak pula, penguasaan TS Pehin Taib Mahmud terlalu gah dan sukar diganggu gugat.

Kedudukan BN sangat terancam. Sesuatu tindakan luarbiasa perlu diambil. DS Najib sebagai ketua BN perlu berkorban. DS Najib perlu meyakinkan kawan-kawannya terutama dalam UMNO, bahawa kedudukan mereka bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja akan jatuh dan berkecai. Ego sebagai berjawatan dalam kerajaan perlu dilupakan, jika tidak hendak kehilangan kuasa bukan secara terhormat.

DS Najib dan para pemimpin UMNO perlu dengan serius mengambil kira sokongan mutlak kaum melayu, agar supaya pemerintahan melayu akan terus bersemadi di bumi bertuah ini. Pemantapan sokongan kaum melayu melalui berbagai slogan, konsep dan tindakan yang bersifat reotik dan ekonomi, tidak lagi menjadi umpan yang mujarab. Demikian juga pembangkitan isu-isu sejarah atau peristiwa nostalgia, tidak akan mudah menarik kembali sokongan kaum melayu, kepada UMNO dan BN.

Mengatur lawatan-lawatan pemimpin asing bukan melayu ke dalam negara dan memberi mereka sambutan yang luarbiasa caranya, juga tidak akan berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu kepada BN. Pendekatan ini dengan sendirinya mudah dibaca dan ramai yang menuduh bahawa lawatan seumpama itu ada udang disebalik batu.

Menaruh harap sokongan kaum bukan melayu dan mengandaikan bahawa dengan sokongan sebahagian kaum melayu seperti yang terjadi pada PRU-12, yang mana BN masih dapat membentuk kerajaan pusat walaupun kehilangan beberapa negeri, tidak akan berulang lagi.

Majoriti kaum melayu telah penat, mereka merasa jenuh terhadap pimpinan UMNO/BN. Setiap kali ada kemerosotan sokongan kaum melayu terhadap UMNO/BN, tindakan yang biasa dilakukan adalah mengganti pemimpin. Melalui pemimpin baru itu, diharapkan kaum melayu akan melupakan peristiwa lama, sebaliknya akan ikut bermula lagi bersama-sama pemimpin baru.

Tindakan-tindakan demi tindakan dibuat, walaupun bunyinya tidak sama, tetapi matalamatnya sama, pendekatannya serupa,para pelakunya adalah sama.

Setiap ada kejadian pertukaran kepimpinan ada saja yang disakitkan, ada saja yang cemburu, ada saja geram dan dendam. Putaran ini terus terjadi, pertukaran jawatan antara Tun Hussein- Dr Mahatahir, Tun Hussein malah sempat menyokong Angkatan-46, pertukaran Dr Mahathir- Tun abdullah Badawai- mengakibatkan Dr Mahathir keluar UMNO, pertukaran Tun Abdullah-DS Najib, perasaan tidak puas hati terjadi pada kelompok lapisan menengah terutama, jawatan-jawatan setiausaha poltik ke bawah.

Perasaan kehilangan jalinan mendapatkan habuan kontrak yang biasa didapat semasa ketua mereka berada dipuncak, terus terganggu dan tergugat, malah ada yang langsung putus jambatan. Perasaan amarah mereka dijajah dengan pendekatan yang memesongkan maklumat. Walhasilnya, pertukaran pimpinan tidak dapat memperbesar kek yang ada, yang berubah hanya bentuk dan ramuan kek.

Impak kepada keadaan ini,maka dalam UMNO itu sendiri terdapat golongan yang berpuas hati dan golongan yang terpinggir. Golongan yang terpinggir ini yang menjadi duri dalam daging dalam UMNO, jika tidak cepat diubati, maka akan merebak dengan cepat malah boleh menjadi kanser peringkat akhir.

Asas mereka yang terpinggir ini menjadi penyakit yang membunuh; sangat kuat, kerana kejadian-kejadian pertukaran status di kalangan ahli UMNO terutama yang mempunyai jalinan dengan pemimpin tertentu cukup ketera dan menonjol. Sifat menunjuk-nunjuk dipamerkan oleh individu-individu tertentu ini, bukan sahaja memuakkan penyokong UMNO atau ahli UMNO, malah rakyat yang bersifat atas pagar.

Sepatutnya perbuatan dan tingkahlaku ini tidak seharusnya berada dalam UMNO lagi, sepatutnya perbuatan seumpama ini telah di buang jauh-jauh dan di kuburkan, ekoran merosotnya sokongan terhadap UMNO hasil keputusan PRU-12.

Sepatutnya golongan yang berkesempatan ini memperluas jariangan dengan cara membantu kawan-kawan yang tidak berpeluang, agar supaya jaringan terus bertambah, seperti konsep MLM dalam direct selling. Membolot peluang untuk diri sendiri keuntungan hanya dalam jangka pendek,malah mengakibatkan parti yang menolong akan kecundang kerana membantu mereka yang hanya menolong diri sendiri.

Sunday, June 07, 2009

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Datuk Husam Musa menyimpulkan bahawa kekalahannya merebut jawatan No.2 Parti , bukan kerana hubungan rapatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan tetapi beliau tidak menjalankan kempen yang aggresif dan halangan untuknya bercakap secara terbuka.

Secara pribadi memang diakui bahawa Datuk Husam tidak berkempen secara aggresif, akan tetapi para bloger pro Husam, saban hari menulis tetang Husam, dan mengsyorkan bahawa memilih Husam adalah satu kemestian.atas sebab bahawa hanya Husam lah dilihat sebagai figure dalam PAS yang boleh menganggu gugat kekuasaan UMNO, kerana cara kepimpinannya cerminan DSAI.

Sekiranya rakyat jelata boleh ikut memilih dalam muktamar PAS ke-55, adalah pasti Husam akan menang mudah sekalipun berhadapan dengan Presiden parti. Imbas kembali merebut jawatan No. 2 parti PAS adalah serupa apabila DSAI bertanding jawatan No. 2 UMNO menentang Abdul Ghafar Baba dengan pasukannya yang di sebut team Wawasan. Pada waktu itu kekuatan DSAI cukup luarbiasa, jika sekiranyapun pada waktu itu, DSAI memilih jawatan No.1, adalah dipastikan bahawa Tun Dr Mahathir akan kecundang.

Kempener Husam melalui blog-blog pro Exco kerjaan negeri Kelantan itu begitu aggresif sekali seolah-olah menggambarkan bahawa tanpa Husam, maka parti PAS akan tidak bermaya dan akan gagal bersiang dalam kacah permainan politik tanah air.
.
Menonjolkan Husam yang sebagai individu yang boleh mengorak langkah parti PAS ke era baru, sedikit sebanyak mengiris hati para pemimpin kanan parti itu terutama para ulama, yang sudah tentunya merupakan tulang belakang dan nadi parti. Sifat cemburu para pemimpin kanan parti menyumbang kepada tidak diterimanya Husam menduduki kerusi No. 2.

Husam dalam usahanya merebut jawatan dilabelkan sebagai kelompok Erdogan Malaysia, menyamakannya dengan pemimpin asal Turki tersebut. Selain itu persepsi bahawa jika Husam menang jawatan yang menang adalah DSAI, menguatkan lagi penolakan perwakilan kepadanya. Para perwakilan termakan isu, bahawa PAS akan jelas menjadi kuda tunggangan DSAI untuk mencapai cita-cita menakluk Putrajaya.
.
Perjuangan Husam yang berlandaskan PAS-PKR bertembung dengan perjuangan PAS-UMNO dalam muktamar Pas ke-55 ini, telah menampakan bahawa kekeyakinan para pewakilan untuk menjadikan parti PAS sebagai parti berkuasa di peringkat nasional, akan mudah dicapai melalui PAS-UMNO, dibanding PAS-PKR.

Ekoran perebutan jawatan No 2 parti PAS, Husam sekarang telah disifatkan berfahaman PKR parti pimpinan DSAI. Husam sekarang seolah-olah telah berubah. Husam sekarang adalah figur yang tidak mempunyai kasabaran meniti kuasa, sifat sama DSAI.

Persepsi yang dilekatkan kepada Husam oleh para perwakilan muktamar Pas ke-55 tidak mudah terpadam, tidak mudah terhakis, serta tidak mudah terlupakan. Keadaan sama telah melekat kepada DSAI oleh para ahli UMNO dan juga pemimpin UMNO hingga kini. Husam pada masa ini berada di persimpangan jalan, apakah terus berbakti kepada PAS atau memikirkan bertukar arah.

Husam bersama PAS dikelilingi kecurigaan, persepsi ini akan membelengu langkah-langkahnya dalam menemukan rentak asalnya sebelum ini. Masa depannya dalam PAS akan terjejas kerana gejala ini.

Sayang bintang yang bersinar, cahaya yang terang bertukar malap kerana ketidak sabaran, mengambil keputusan kerana terpengaruh sokongan semu, sehinggakan air yang cukup bersih di takungan dibiarkan mengalir tanpa sekatan.

Kita hanya dapat meneropong dari jauh dan mencoba merasakan apa yang dirasa oleh Datuk Husam. Keputusan beliau seterusnya adalah keputusan kritikal untuk memastikan bahawa figur Husam masih relevan dalam parti PAS.

Adalah lumrah hidup apabila saja ada pertandingan yang kalah akan membangkitkan punca-punca kekalahannya ibarat kata pepatah RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.

Saturday, June 06, 2009

Gandingan Hadi Awang-Husam Musa: Penggugat kedudukan UMNO


Hari ini perwakilan PAS mengundi memilih pimpinan parti itu bagi penggal 2009/11. Tumpuhan sudah tentunya kepada jawatan no 2 parti tersebut. Tiga calon yang mengetengahkan diri untuk dipilih, semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Datuk Husam, Ustaz Nasa dan Mat Sabu adalah tiga individu PAS yang mempunyai kaliber dan insan terpilih yang mempunyai kelayakan untuk menjadi no. 2 parti.
.
Bagi kita yang bukan perwakilan, berat mata kita memandang, berat lagi tangan mereka memilih. Adalah dirasakan, bahawa setiap perwakilan yang menghadiri muktamar ke-55 parti ini, mempunyai tugas berat yang perlu dipikul dan perlu diselesaikan demi memilih kepimpinan parti itu untuk menghadapi parti UMNO, yang sama-sama merebut sokongan kaum melayu.

Telah banyak analisa, telah banyak tulisan, telah banyak handaian bahawa pemilihan PAS kali ini disusupi oleh pengaruh-pengaruh luar, seolah-olah faktor luaran tersebut mencorakan kepimpian PAS. Semua handaian dan analisa-analisa tersebut hanya merupakan pandangan luaran, kerana PAS masa kini, bukan lagi PAS dahulu yang dikatakan parti tertutup dan tidak terbuka. PAS kini, adalah parti yang menciptakan dirinya sebagai parti nasional dan parti tunggak dalam negara terutama untuk kaum melayu umumnya dan rakyat beragama islam khasnya.

Tohmahan, bahawa parti ini sanggup mengorbankan perjuangannya dan sanggup berkerjasama dengan DAP semata-mata untuk merebut kuasa dalam negara, adalah tuduhan jumud, kerana parti ini telah maklum, bahawa negara ini sejak merdeka adalah negara berbilang kaum dan agama.

Suatu ketika dahulu, Lim Kit Siang, pernah berkata, bahawa berkerjasama dengan parti PAS akan terjadi jika Lim Kit Siang telah meninggal, dengan kata-katanya yang cukup popular "step on my dead body". Ungkapan ini terkeluar, kerana Lim Kit Siang tidak coba memahami agama akhir zaman ini. Tetapi, akibat dayausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka kita nampak dan saksikan sekarang, bahawa anggapan selama ini, kerjasama PAS-DAP tidak mungkin terjadi, terjadi sebaliknya, malah parti kerajaan pimpinan UMNO/BN mencemburui ikatan dan setiakawan mereka.

Nothing is immpossible dalam ilmu politik, kerjasama dan ikatan PAS-DAP yang selama ini dibendung dengan berbagai cara telahpun terjadi. Hasil daripada ikatan ini, PAS yang dianggap ultra islam melangkah dan mentransformasikan dan memotretkan parti itu bukan hanya untuk orang islam tetapi juga untuk semua. Demikian juga DAP tidak lagi berjuang semata-mata untuk kaum cina, akan tetapi menjaga dan mengambil tahu kaum melayu, seperti mana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Yang penting melalui muktamar parti ini, parti dapat membentuk gandingan kempimpinan yang benar-benar mewakili aspirasi rakyat majemuk negara ini, bertolak ansur dan memimpin negara melalui menang-menang, di mana tidak ada satu kaum pun yang tertinggal dalam arus pembangunan.

UMNO yang menganggap mewakili kaum melayu dan kebetulan kaum ini adalah beragama islam , dan sekarang telah memasukan bumiputra Sabah yang bukan beragama islam sebagai ahlinya, sementara PAS yang menganggap dirinya parti Islam, dan kebetulan rakyat yang beragma islam adalah kaum melayu, mempunyai kelebihan masing-masing.

UMNO telah dicoba oleh kaum melayu memerintah negara ini sejak merdeka,akan tetapi sifat hilang pedoman segelintir pemimpinnya, maka kaum melayu terutama golongan pasca merdeka menjauhi parti ini, sementara itu PAS telah melahirkan bibit-bibit pelapis yang berjiwa kental bertarung jiwa dan raga demi parti menghiasi daftar-daftar undi telah menjadi kekuatan parti ini.

UMNO telah terlambat membina kader-kader pejuang, UMNO telah terlambat mempergunakan media alternatif, UMNO telah terlambat menakluk hati dan perasaan rakyat pasca merdeka, UMNO selama pemerintahannya hanya mencipta kekangan demi kekangan agar generasi ini tidak terbuka, menghambat ekpresi diri mereka, tanpa usaha-usaha menawan minda dan orentasi pemikiran mereka.

UMNO selama pemerintahannya memotretkan dirinya adalah parti elite, parti bangsawan, parti orang kaya, parti berketurunan, berlainan dengan parti PAS yang memotretkan dirinya sebagai parti rakyat jelata dan parti rakyat kebanyakan.

Seandainya muktamar parti PAS ke-55 ini memilih gandingan ULAMA-PROFESIONAL, maka gandingan ini akan menjadi mimpi buruk bagi UMNO, kerana peluang perubahan ummah, bukan halatuju gandingan ini, manakala jika keputusan pemilihan ini masih berpihak kepada ulama-ulama, maka lampu dihujung terowong masih ternampak bagi kerjasama PAS-UMNO.
.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa gandingan Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang- Datuk Husam Musa, merupakan gandingan terbaik yang pernah dilahirkan oleh parti PAS pada abad ini, tetapi pendekatan yang di lalui Husam yang menganggap kerjasama dengan UMNO, merupakan tindakan yang tidak mungkin akan terjadi, maka jika Datuk Husam menang, usaha perpaduan ummah akan tertutup rapat.

Namun demikian, analisa ini hanya merupakan telahaan, terpulang kepada perwakilan PAS, siapakah yang mereka pilih bagi mencorakan masa depan parti itu dalam suasana politik tanah air pada masa ini.

Tuesday, May 26, 2009

Ambil Kuasa Cara Pembangkang


Saya pernah mengupas mengenai kecenderungan penyokong pembangkang melalui “Budaya ingin ditangkap”, untuk itu, dakwan LIM Kit Siang bahawa dalam tempoh 2 minggu akhir-akhir ini, bahawa terdapat 140 orang penyokong pembangkang ditangkap polis membuktikan bahawa analisis itu mempunyai kebenaran.

Tugas polis, dimana-mana adalah sama. Polis bertugas berasaskan kepada skop tugas sepertimana termaktub dalam senarai tugas mereka. Polis diperlukan untuk menjaga ketenteraman awam berpaksi kepada lunas-lunas undang-undang.

Aktiviti penyokong pembangkang, sejak akhir-akhir ini kebanyakannya mempunyai kecenderungan mencabar tugas-tugas polis. Berbagai aktiviti mereka lakukan apakah secara halus dan terancang umpama- mogok lapar, pemasangan lilin dan ada yang merebak kepada pertunjukan kekuatan umpamanya demonstrasi.

Pemimpin dan seterusnya pihak pembangkang tahu benar, bahawa indeks jenayah di negara ini mempunyai kecenderungan ke arah peningkatan. Dalam fikiran mereka pemanfaatan situasi dan kondisi ini adalah jalan terbaik untuk ikut serta dengan cara-cara mereka sendiri agar supaya keamanan dan ketenteraman ternampak kacau dan tidak aman; agar supaya kelihatan bahawa kerajaan tidak berdaya mengawal keamanan.

Taktik mengambil alih kerajaan adalah berbagai: Apakah melalui proses demokarsi yakni melalui pemilihan, boleh juga melalui pelumpuhan ekonomi, dan boleh juga melalui kekacauan atau kombinasi ketiga-tiganya.

Pihak pembangkang dalam usaha mengambil alih kerajaan negara ini telah melakukan taktik dan perancangan melalui ke-tiga-tiga cara yang disebut di atas. Kita sama-sama mengetahui; sejak berakhirnya PRU-12, telah beberapa pilihanraya kecil (PRK) diadakan untuk menjamin agar memontem sokongan rakyat terhadap parti mereka berterusan.

Di luar negara mapun dalam negara pimpinan mereka menjahirkan bahawa pembangunan ekonomi tidak kondiusif disebabkan kestabilan politik negara tidak menentu, kerana bila-bila masa sahaja tampuk pemerintahan akan berubah.

Dalam menguatkan taktik dan perancangan bagi pihak pembangkang mengambil alih tampuk kerajaan, pihak mereka secara terus menerus mengwujudkan dan mencipta suasana yang kacau, atau aktiviti yang mengundang pihak kerajaan melalui pasukan polis mengambil tindakan agar supaya memontem taktik dan perancangan mereka terus hidup (alive).

Taktik dan perancangan pihak pembangkang yang dilakukan kini adalah doktrin yang memang sinonim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI memang arif dalam mempergunakan taktik seumpama ini. Selain itu,keupayaan dan kemampuan DSAI dalam mengwujudkan suasana reiotik, yang menyebabkan rakyat tanpa persoalan menerima dan menyokongnya merupakan kelebihan pemimpin ini. Dr Mahathir Mohammad, pernah berkata: kelebihan DSAI, melalui ucapan maupun tulisannya merupakan “edge” beliau dalam usaha melumpuhkan lawan-lawan politiknya.

Kelahiran DAP, anak angkat People Action Party (PAP) Singapura, kewujudan PAS, lebih 40 tahun lalu semata-mata untuk memerintah negara tidak pernah kesampaian. Telah berapa PRU dijalankan,pun demikian DAP dan PAS belum pernah mendapat kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerjaan pusat. Perkara ini, disebabkan rakyat berbilang kaum negara ini, belum boleh menerima LIM Kit Siang ultra kaum cina ataupun pemimpin PAS yang ulrta Islam sebagai pemimpin negara.

Kehadiran DSAI, sebagai pemimpin jalan tengah bagi DAP dan PAS, merupakan temuan perjuangan DAP dan PAS selama ini. Apabila DSAI dipecat dalam kerajaan dan UMNO serta barisan nasional, maka kegembiraan DAP dan PAS pada waktu itu sangat luarbiasa. Ramai kalangan pemimpin PAS pada masa itu telah menawarkan tempat kepada DSAI sebagai pemimpin mereka.

Kaum cina dan india di negara ini tahu benar, bahawa mereka tidak akan pernah memerintah secara sendirian, tanpa sokongan kaum melayu dan bumiputera. Mereka juga tahu,kepimpinan cina dan india belum boleh diterima oleh rakyat di mana majoritinya adalah kaum pribumi. Atas dasar itu, kaum ini berjuang bersama kaum pribumi untuk membentuk perikatan agar supaya senantiasa bersama-sama membentuk kerajaan dan memerintah.

Perikatan antara tiga kaum ini terus membentuk dan memerintah negara hingga kini. Lubang-lubang kesempatan ini, pada masa kini, dimanafaatkan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan, yakni parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan, bahawa melalui ikatan 3 kaum terbesar di negara ini sahaja, maka cita-cita untuk memerintah adalah cerah dan terbuka luas. DAP dan PAS, tahu ini semua dari awal-awal lagi, hanya mereka menunggu masa dan ketika, kapan perancangan ini akan tiba.

Berslogan dan bermoto- barisan alternatif, yang serupa dengan kerajaan memerintah, maka pemanfaatan kehadiran DSAI dengan cita-citanya menjadi perdana menteri dan mendiami Putrajaya, dimana beliau terlibat dalam pembangunannya, terus dinyalakan, terus dibakar, kerana DAP dan PAS tahu, tanpa DSAI, cita-cita mereka untuk menguasai kerajaan persekutuan akan terkubur selama-lamanya.

DAP dan PAS berserta pemimpin dan penyokongnya tahu, bahawa DSAI merupakan segala-galanya. Mereka berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar DSAI dipanjangkan usia, sehinggalah cita-cita mereka tercapai. Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, serta Tok Guru Nik Aziz akan merasa kerugian, serta kepimpinan mereka tidak bererti tanpa DSAI.

Kemampuan DSAI memimpin sangat terserlah, contohnya apabila DSAI mencetus idea dan taktik memancing wakil rakyat BN agar melompat parti agar supaya DSAI melalui pakatan membentuk kerajaan pada 16 September, 2008 disambut dengan baik dan dihargai oleh semua pemimpin pakatan dan penyokongnya. Taktik dan perancangan DSAI melalui usaha mengambil kerajaan secara pintu belakang dianggap usaha bermoral dan jitu dalam usaha menyelamat negara serta rakyatnya menurut versi mereka. Namun demikian, apabila cara-cara DSAI ini, berlaku di Negeri Perak, maka tindakan versi DSAI ini dikatakan tidak bermoral dan tidak bertamadun.

Adalah jelas, bahawa taktik dan perancangan DSAI hanya boleh digunapakai oleh pihak Pakatan, bukan oleh sesiapa. DSAI yang dinggap merupakan pemimpin Pakatan benar-benar memanafaatkan pengertian pemimpin “Leadership: power and will to control events, the understanding to chart a course, and the power to get job done, cooperatively using the skills and abilities of other people”.

Thursday, May 14, 2009

Antara Malu dan Segan: melihat manusia mabuk

Setelah membaca tulisan A Kadir Jasin Sepanjang Jalan kenangan mengenai gambaran sejarah kependudukan negara khususnya Ipoh-Perak yang menerangkan bahawa pada waktu dahulu menghisap candu dan meminum todi merupakan budaya yang sebati dengan buruh-buruh China dan India yang dibawah masuk oleh penjajah Inggeris ke Semenanjung Tanah Melayu.

Konotasi candu dan todi membawa erti bahawa jika seseorang menghisap candu dan meminum todi bagaimana biasanyapun seseorang itu, pasti pada suatu ketika pasti mengalami loyah maupun mabuk. Apabila seseorang itu jatuh mabuk, maka penguasaan dirinya tidak terkawal, atas sebab- pergerakan, tindakan serta kelakuan bukan lagi ini berpandu kepada akal fikiran, tetapi berpandukan kepada kuasa candu dan todi.


Sering kita terbaca keputusan-keputusan mahkamah yang mendapati seseorang yang telah melakukan pembunuhan pada keadaan mabuk terlepas dari tiang gantung,kerana pertuduhan berubah kepada pembunuhan tanpa niat.

Di Sabah, banyak kejadian seumpama ini terjadi. Musim meminum terutama pada musim-musim menyambut perayaan seperti pesta keaamatan, krismas dan tahun baru- pemandangan di kedai-kedai yang dibolehkan menjual minuman yang memabukan- ramailah penduduk negara ini menikmati minuman seperti stout, anchor, clasberg, mantako, malahan ada yang meminum whisky maupun brandy.


Akibat meminum minuman yang memabukan ini- telah berkali-kali peristiwa pembunuhan semasa sendiri terjadi. Di Sabah sahaja tahun 2008- berita yang sempat saya baca sahaja ada empat kejadian pembunuhan secara sesama sendiri kerana pengaruh minuman memabukan.


Rupanya sebab musabab kenapa seluruh agama melarang mengkonsumsi benda-benda yang memambukan kerana pengambilan benda-benda ini terlalu memudaratkan manusia. Akibat mabuk bukan sahaja menghilangkan kewarasan kepada seseorang pada masa-masa tertentu, tetapi juga mengambil benda-benda yang memambukan ini boleh membawa kepada bencana ketagihan.


A Kadir Jasin secara tersirat menggambarkan pengalaman dan pengajaran yang beliau dapat semasa sehari suntuk berada di Ipoh- Perak pada 7 Mei 2009, menyaksikan kejadian dan tindakan para penyokong Pakatan yang berada dalam suasana mabuk, bertindak tanpa kewajaran, tanpa pertimbangan akal fikiran dan penuh emosi. Rupanya di mata A Kadir Jasin- orang mabuk mempunyai kelakuan lain dari manusia normal dalam segala aspek sehinggakan bagi yang melihatpun merasa malu dan segan, kerana para pelaku adalah sebahagian dari rakyat negara ini, yang dikategorikan mempunyai sopan santun dan akhlak yang tinggi.

Tuesday, May 12, 2009

Implikasi Kemenangan Mohammad Nizar lawan Dr Zamry Abd Kadir

Sungguh keputusan yang adil. Keadilan yang telus. Kebebasan badan kehakiman terserlah di negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kehakiman, merupakan ungkapan dan telaah media massa bukan pro aliran perdana. Para bloger pro pakatan menyambut keputusan Justice Abdul Aziz Abd Rahim yang memihak kepada Mohammad Nizar Jamaludin sebagai keputusan yang sangat tepat dan jitu.

Para pemimpin Pakatan semua menyambut keputusan Justice Abdul Aziz Abd Rahim sebagai keputusan yang memihak kepada sistem demokarasi dan kehendak rakyat negara ini.


Telah menjadi kebiasaan- apabila sesuatu keputusan memihak kepada kita- sambutan kita terhadap keputusan itu sangat luarbiasa. Kalau boleh kita ingin mengungkapkan apa sahaja kata-kata yang boleh mengaggungkan keputusan itu. Kata-kata yang tersusun, kata-kata sopan dan santun terus dilaungkan, walaupun kita jarang menggunakan kata-kata itu.

Kita juga sering mendengar kata-kata cemohan, latahan, tudingan serta tuduhan apabila sesuatu keputusan itu tidak memihak kita. Sambutan sanjungan jauh ikan dari panggang, kerana pada kita kuman diseberang laut ternampak gajah di depan mata terlepas pandang.


Keputusan mahkamah tinggi yang diproceeding oleh Justice Abdul Aziz Abd Rahim, bagi Datuk Mohammad Nizar Jamaludin menunjukan bahawa keputusan Sultan Perak melantik Dr Zamry Abdul Kadir dari awal-awal lagi telah melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak, kerana itulah beliau menggunakan mahkamah untuk membuat keputusan agar supaya titah sultan tidak selalunya betul dan benar. Titah sultan boleh dicanggah. Titah sultan boleh diketepikan.

Mohammad Nizar menggambarkan keputusan ini merupakan keputusan bersejarah, walaupun keputusan seumpama ini pernah di buat suatu masa dahulu dalam kes Datuk Stephen Kalong Ningkan.

Mohammad Nizar perlu tahu,bahawa delibarsi undang-undang yang membawa kepada keputusan Justice Abdul Aziz Abd Rahim, adalah masalah teknikal, kerana keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak, kebetulan tidak berada dalam situasi dan kondisi yang diinginkan oleh undang-undang. Di samping itu- sultan Perak sebagai insan biasa terperangkap dengan keinginan Datuk Najib yang masa itu merupakan pengerusi UMNO Negeri yang agak tergesa-gesa kerana rasa terkejut yang amat sangat- bahawa kerajaan BN telah dapat menubuhkan kerajaan. Akibat nasehat Datuk Najib kepada sultan Perak yang tergesa-gesa itu mengakibatkan beliau alfa bahawa penurunan atau pemecatan menteri besar hanya boleh dilaksanakan melalui undi tidak percaya semasa persidangan dewan undangan.


Undang-undang yang telah termaktub dan tertulis tidak mengenal apa itu kesilapan, bagi undang-undang- apa sahaja yang tertulis dan termaktub wajib diikuti, kerana jika tidak maka kehadiran hakim sebagai pentafsir undang-undang serta membuat keputusan berasaskan undang-undang tidak perlu ada. Kehadiran hakim sebagai pentafsir dan menguatkuasakan undang-undang adalah perlu, bagi maksud penghormatan dan keluhuran undang-undang.


Menurut hemat saya- Justice Abdul Aziz Abd Rahim mengetahui dan arif tentang kesilapan teknikal ini yang berlaku dalam proses perlantikan Dr Zamry oleh Tuanku Sultan Perak, tetapi sebagai hakim yang diamanahkan membuat keputusan, maka beliau tiada pilihan selain membuat keputusan berasaskan undang-undang yang sedia ada.


Datuk Seri Najib sebagai ketua negara, sebaik sahaja keputusan memihak kepada Pakatan, terus mengeluarkan kenyataan bahawa barisan nasional akan membuat rayuan terhadap keputusan itu dan akan memfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan hari ini (selasa 12/5/2009). Terserah kepada mahkamah yang lebih tinggi untuk menafsir kesilapan teknikal dalam proses perlantikan Dr Zamry Abdul Kadir. Sama-sama kita tunggu keputusan itu: pihak manapun yang diistiharkan sebagai pemenang pada masa itu, haruslah disambut secara “gentleman” baik dari pihak Pakatan maupun Barisan Nasional.

Sembah Muhammad Nizar Jamluddin kepada Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN untuk mengembalikan kuasa membentuk kerajaan negeri Perak, perlu difikirkan dengan mendalam, kerana jangan lagi berlaku kesilapan kedua kali- yakni kuasa majoriti tidak berperanan dalam sistem demokarsi kita.


Di negara ini, perbuatan bertukar parti bukan merupakan kesalahan. Pertukaran parti bagi sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat adalah bebas dilakukan, walaupun suatu ketika dahulu undang-undang apa yang disebut undang-undang anti lompat pernah dikuatkuasakan di Negeri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS), akan tetapi undang-undang itu telah dimansuhkan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara.


Menjunjung luhur undang-undang sebagaimana yang diinginkan oleh semua pihak patutlah dihormati dan disanjung tinggi sepertimana undang-undang yang tidak melarang wakil rakyat untuk berpindah parti. Wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyatnya adalah bertanggungjawab terhadap rakyat yang diwakilinya dan membela dan mensejahterakan mereka adalah suatu keutamaan. Berpaksi kepada asas ini,maka wakil rakyat seharusnya bebas memilih manakah parti atau organisasi yang mereka patut ikuti- jika menurut hemat wakil rakyat itu- pilihannya boleh membantunya melangsaikan semua janji maupun keperluan rakyat yang diwakilinya.


Persekongkolan wakil-wakil rakyat untuk membentuk majoriti adalah wajar dilakukan dalam usaha membentuk kerajaan. Sesiapa yang sahaja yang mempunyai majoriti hendaklah diberi laluan dan menerima hakikat bahawa kelompok majoritilah yang patut memerintah dan patut membuat keputusan-keputusan yang difikirkan sesuai untuk rakyat. Kaedah pembentukan persekongkolan wakil-wakil rakyat ini merupakan cetusan dan ilham pemimpin defacto Pakatan- Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya membentuk kerajaan bukan melalui pilihanraya. Apabila cetusan dan ilham DSAI ini digunapakai oleh 3 orang wakil rakyat- kelompok Anwar pula yang mencemooh dan memberi berbagai alasan, bahawa cara-cara ini adalah cara-cara bukan demokarsi.


Rupanya ilham DSAI ini hanya boleh digunapakai oleh kelompok DSAI, manakala jika ada pihak yang menggunapakai ilham ini dianggap jumud dan tidak adil. Rupanya ilham DSAI ini, cuma boleh digunapakai menurut acuan DSAI, sesiapa yang menggunakannya dianggap memplagiat dan mencetak rompak.

Untuk mempergunapakaikan sesesutu ilham atau idea atau temuan- seharusnya ilham itu boleh dikongsi bersama rakyat lain agar supaya ilham itu dapat diguna pakai secara meluas dan berdayaguna kepada masyarkat keseluruhannya- bukan terhad kepada kelompok-kelompok tertentu agar supaya ilham itu dianggap canggih dan maju.

Sunday, May 10, 2009

Nikmat Kuasa: Punca kekecohan DUN Perak


Pertujukan berebut kuasa yang ditunjukan oleh ADUN Pakatan dan BN semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei lepas telah jelas kepada rakyat bahawa kuasa adalah pilihan mutlak wakil rakyat yang dipilih rakyat negeri Perak.

Masing-masing pihak berusaha dengan sedaya upaya agar kuasa yang didapat melalui rakyat dipergunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa.

Dalam usaha mempertahan kuasa, semua cara dihalalkan, prinsip bukan lagi taruhan, undang-undang bukan lagi panduan, adat resam diketepikan, sistem demokrasi ditelanjangkan.

Kejadian di DUN Perak ini ada yang mengatakan adalah usaha pihak Pakatan untuk menarik perhatian rakyat, bahawa kerakusan kuasa bukan daripada Pakatan tetapi daripada pihak BN. Tindakan mengusung Sivakumar dari kerusi speaker oleh pihak keselamatan Dewan seolah-olah atas arahan BN. Kejadian ini dirakam dan disebar luaskan kepada rakyat dan Dunia bahawa BN dalam usaha mendapatkan kuasa sanggup berbuat apa saja termasuk secara paksaan.

Pemutarbelitan dan taktik mengeliru merupakan umpan mujarab parti Pakatan dalam usaha menghalalkan cara agar supaya rakyat dan Dunia menyaksikan bahawa yang benar dalam kekecohan ini adalah Pakatan dan yang salah adalah BN. Melalui skrip yang telah direka oleh Pakatan, maka aksi dalam drama perebutan di DUN Perak seolah-olah kekuasan mereka telah dirampas secara paksa dan tidak adil. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik simpati dan sokongan rakyat maupun dunia.

Peristiwa perebutan kuasa di DUN Perak ini, sepatutnya tidak berlaku, jika seandainya tidak terjadi pembelotan dan tidak amanah tiga ADUN Pakatan yang meninggalkan parti yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat. Walaupun kaedah pembelotan ini pada awal-awalnya adalah salah satu taktik dan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemimimpin defacto Pakatan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September, 2008.

Akibat ketidak puas hatian wakil-wakil rakyat Pakatan yang hanya sempat menikamti kekuasaan dan kenyamanan selama setahun, maka dalam usaha mempertahankan kenyamanan tersebut, mereka dengan segala cara berusaha untuk kembali dan merasakan semula kenikmatan kekuasaan itu.

Manusia salah satu mahkluk ciptaan Tuhan apabila pernah merasakan kenikmatan, pasti dan pasti ingin terus menikamti kenikmatan itu. Kerbaupun, babi hutanpun, gajahpun, monyetpun, ayam kampungpun, akan kembali mencari dimana kenikmatan itu diperolehi. Mahkluk ciptaan Tuhan ini akan kembali ke tempat dimana kenikmatan diperolehi walau apapun halangan yang melintang. JIka ada pagar, pagar dirubuhkan. Maskipun mahkluk ciptaan Tuhan ini tidak berakal fikiran, tetapi naluri dan kecenderungan mengejar kenikamtan tetap ada, apa tak lagi manusia yang telah dicipta oleh Tuhan sesempurna-sempuranya.

Tarikan dan laungan kenikmatan ini telah mendorong wakil rakyat Pakatan dan BN menjadikan DUN Perak sebagai gelanggang mempertontonkan cara-cara berebut kuasa demi mengejar kenikmatan.

Dr Zamri Abdul Kadir tidak dapat dipersalahkan dalam keadaan ini,kerana beliau mempunyai penyokong yang cukup berasas undang-undang tubuh Negeri Perak yang membolehkan beliau menubuhkan kerajaan dan seterusnya “convence” persidangan DUN Perak. Dalam demokarasi, telah dipersetujui secara sejagad, bahawa sesiapapun yang mempunyai kelibihan undi, walaupun hanya satu adalah pemenang.

Kelebihan undi atau majoriti yang ada pada BN sebenarnya diketahui benar oleh Pakatan yang diketuai oleh Nijar Jamludin, mantan MB- Perak, tetapi beliau berpura-pura tidak faham, sehinggakan beliau ke hulu ke hilir, mahkamah sini, mahkamah sana untuk meminta undang-undang menyebelahinya. Di samping penggunaan undang-undang, Nijar juga merpergunakan taktik mendesak, taktik mencabar, taktik nafsu dengan mengajak penyokongnya melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip demokarsi untuk menggambarkan bahawa beliau berada dipihak yang benar, kerana prinsipnya berpaksi kepada berani kerana benar.

Bloger-bloger dan media masa pro Pakatan menjahirkan bahawa kejadian di DUN Perak telah melahirkan impak yang sangat positif kepada Pakatan dalam usaha menarik sokongan rakyat. Kejadian di DUN Perak menggambarkan strategi dan perancangan Pakatan untuk meneruskan memontem semangat penyokong Pakatan dan juga usaha menarik rakyat yang belum memihak telah terserlah. Malahan bloger-bloger dan media masa ini meramalkan bahawa pertukaran kerajaan persekutuan pada PRU-13 pasti akan terjadi.

Akan tetapi- rakyat yang telah mengikuti perkembangan di Perak tidak akan mudah termakan dengan peristiwa apa yang terjadi di DUN Perak, kecuali mereka-mereka yang dari awal-awal lagi merupakan bahagian daripada konspirasi ini. Rakyat telah tahu, bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, bukan kerana rampasan kuasa, bukan kerana BN hendak berkuasa, tetapi berpaksi kepada prinsip demokarsi berperlembagaan negara, bahawa mana-mana parti yang kehilangan majoriti hendaklah memberi laluan kepada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setelah keputusan PRU-13 diumumkan, BN yang sebelumnya adalah pemegang tampuk kerajaan telah memberi laluan kepada Pakatan untuk membentuk kerajaan, kerana BN telah kehilangan majoriti dalam DUN. BN secara aman dan lancar menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Rakyat Perak telah tahu bagaimana Datuk Tajol Rosli- mantan MB Perak dalam kenyataannya menjelang pembentukan kerajaan oleh Pakatan- bahawa peralihan kuasa di Perak dilakukan secara lancar dan aman.

Melalui kenyataan Datuk Tajol tersebut, maka tidak ada tanda-tanda bahawa BN mabuk kuasa, kerana pada masa itu, kedudukan DUN Perak adalah serupa, yakni BN=28 dan Pakatan=31, Cuma pada masa ini komposisi hanya berubah pada pihak Pakatan, kerana kehilangan 3 majoriti akibat pertukaran status 3 wakil rakyat yang mengistiharkan diri mereka adalah wakil bebas dan menyokong BN.

6 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

Barisan Nasional dalam usaha mencari taktik dan strategi untuk menangkis serangan pihak Pakatan terpaksa mengubah pucuk pimpinan. Dicanangkanlah konsep “ Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan konsep turun padang. Melalui konsep ini memang terbayang sasaran utama adalah rakyat jelata atau rakyat keseluruhan. Agar supaya konsep ini benar-benar mengena, maka perlu masa, perlu tenaga, perlu kewangan,perlu sistem pendekatan dan perlu penggunaan ilmu psikologi dan sosiologi yang meluas.

BN terlepas pandang, bahawa rakyat kini sebenarnya telah muak dan geram dengan sistem harian yang berlaku. Sistem dimana rakyat berurusan dan berhubungan saban hari. Misalnya dalam urusan permohonan lesen perniagaan, urusan mendaftar dan memohon lesen daripada jabatan-jabatan tertentu, urusan pendidikan dan pelajaran, urusan tender, urusan permohanan tanah, urusan mendapat bantuan kewangan, urusan mendapatkan rumah, urusan bekalan air, isu ahlong, isu gengster, isu rogol, isu pengedaran dadah, isu ragut, isu mat rempit, isu tol, isu tempat letak kereta dan isu-isu yang berhubung kait dengan kehidupan harian rakyat.

Pemimpanan negara termasuk timbalannya semasa memberi ulasan mengenai kejadian di DUN Perak, hanya menekankan mengenai ketidak patuhan dan tiada penghormatan pihak Pakatan terhadap Institusi Raja, kerana terpaksa menunggu 5 jam sebelum dapat memberi titah pembukaan sidang dewan. Digambarkan juga, bahawa peristiwa DUN Perak pada 7 Mei seolah-olah mengamalkan hukum rimba, yakni siapa kuat dialah yang menang. Komen seumpama ini, telah selalu kita dengar dari dahulu, apabila sahaja pihak pembangkang membuat helah, maka terus dicanangkan dan disimpulkan bahawa mereka telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang ini, undang undang itu, peraturan-peraturan ini,peraturan-peraturan itu. Jauh sekali memberi komen- mengenai punca kenapa kejadian itu berlaku.

Menangani isu DUN Perak agar supaya tidak berulang, maka penekanan mencari punca-punca kenapa rakyat dari awal-awal lagi tidak memberi mandat kepada BN untuk memerintah perlu dicari dan diatasi. Tugas BN sekarang adalah untuk memajukan 31 kawasan DUN semaksima mungkin sebelum PRU-13 agar supaya kenikmatan ditampuk kuasa tidak direbut oleh pihak Pakatan, yang sudah tentunya berhempas pulas untuk merebut kenikmatan kuasa yang pernah dinikamti walaupun hanya sebentar.

Blog Archive