Salahkah PAS berkerjasama dengan UMNO? UMNO telah berubah, kalaupun belum seluruhnya , paling tidak UMNO sudah bertaubat, bertaubat nasuha. TPM Muhiyidin memberi pengakuan mengundi UMNO boleh juga masuk syurga, kerana UMNO juga berjuang berasaskan lunas-lunas islam.
Kata TPM itu lagi, manusia masuk syurga atau neraka kerana perbuatan manusia itu sendiri, bukan kerana mengundi parti. Kenyataan TPM ini ada benarnya, kerana selama ini PAS mengatakan, mengundi PAS maka kita masuk syurga.
.
Tidak salah mengundi mana-mana parti, umpamanya pada PRK atau PRU lepas, ramai ahli-ahli dan penyokong PAS mengundi calon-calon DAP maupun PKR, ini bukan bermakna mereka akan masuk neraka, kerana berbalik kepada kenyataan TPM itu, kita masuk syurga kerana perbuatan kita sendiri, dosa yang kita buat sendiri.
.
Seandainya benar siapa yang mengundi UMNO tidak akan masuk syurga, maka keputusan PRU-12, ramai kalangan ahli PAS akan masuk neraka, kerana mereka mengundi DAP dan PKR. Persoalannya sekarang, kita berbalik kepada kenyataan TPM itu, mengundi parti pilihan kita tidak akan mengakibatkan kita masuk syurga ataupun neraka.
.
Nah! telah nyata bahawa mengundi sesebuah parti itu bukan soal masuk syurga atau neraka, bukan juga mempersoalkan akidah, akan tetapi mengundi sesebuah parti itu hanya merupakan permainan demokarsi, permainan dimana kita dapat menentukan pemimpin, tidak lebih dari itu.
Soal akidah, iman adalah urusan kita dengan Maha Pencipta, ketakwaan kita kepadaNya sahaja yang menjamin kita masuk syurga-amin.
.
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan (unity government @UG) antara PAS-UMNO, tidak melibatkan akidah, akan tetapi melibatkan perpaduan penduduk teras, yakni kaum melayu dan bumiputra. Melalui perpaduan ini, maka pada gilirannya nanti, apabila kita benar-benar bersatu dan padu, maka mudah bagi kita berbicara soal-soal akidah, soal-soal keimanan, soal-soal ketakwaan, soal-soal ketuhanan, dan seterusnya soal-soal menuju syurgawi.
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan (unity government @UG) antara PAS-UMNO, tidak melibatkan akidah, akan tetapi melibatkan perpaduan penduduk teras, yakni kaum melayu dan bumiputra. Melalui perpaduan ini, maka pada gilirannya nanti, apabila kita benar-benar bersatu dan padu, maka mudah bagi kita berbicara soal-soal akidah, soal-soal keimanan, soal-soal ketakwaan, soal-soal ketuhanan, dan seterusnya soal-soal menuju syurgawi.
Tidak molek bagi kita mengambil alih kuasa Tuhan, kerana hanya Tuhan sahaja yang dapat memutuskan apakah seseorang itu masuk syurga atau neraka. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah ALLAH selain menyempurnakan keiaman kita sendiri juga menjaga perpaduan ummah, menjaga kesejahteraan ummah, saling berkenalan antara satu sama lain, apatah lagi sesama islam itu seluruhnya bersaudara.
Lupakan yang keroh ambil yang jernih. Bagi TGNA, lupakan peristiwa 40 tahun lalu, melangkah lah ke depan, demi generasi akan datang. Jangan lagi menaruh curiga kepada UMNO, UMNO telah berubah, UMNO telah bertaubat atas kesilapan-kesilapan yang lalu yang dilakukan oleh petualang-petualang UMNO, jangan salah kami yang tertinggal ini, kerana perjuangan kami adalah juga ingin masuk syurga.
Mari kita bermunajatkan kepadaNya semoga petualang-petualang dalam UMNO yang menjadikan kebencian ahli-ahli PAS dan penyokongnya kepada UMNO sehingga terkelurnya amanat HADI, telah terhakis kerana UMNO telah bermuhasabah diri akibat PRU-12.
DS Najib berserta timbalannya secara terang-terang mengakui bahawa PAS mempunyai keikhlasan menerima perpaduan dengan UMNO, kerana kedua-dua pemimpin UMNO itu telah yakin, bahawa perjuangan UMNO menghampiri perjuangan PAS, yakni untuk kesejahteraan penduduk teras baik dunia maupun akhirat.
Diharapkan kepada TGNA, maafkanlah Ustaz Nasa, kerana Timbalan Persiden PAS itu menyokong cetusan rasa Persiden parti, kerana mereka berdua dapat merasai bahawa UMNO memang benar-benar telah berubah, UMNO memang ikhlas terhadap PAS, tiada maksud lain, selain memperkukuh kekuatan kaum teras semoga selamat di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment