Friday, June 19, 2009

10 MP PAS Menentang Presiden Parti

Matalamat penubuhan parti politik selain untuk berpolitik juga sebagai saluran membela rakyat, bangsa, negara dan agama. Selain itu maksud tersirat penubuhan parti adalah memenuhi kepentingan peribadi.

10 MP Pas dalam dewan rakyat memilih untuk mempertahankan kepentingan peribadi apabila mereka menentang Presiden dan Timbalan Presiden parti mereka.

Idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Tok Guru Hadi Awang dan disokong oleh Ustaz Nasa merupakan cetusan idea murni memperkukuh ummah dan membela bangsa, agama dan negara tidak mendapat tempat di hati Tok Guru Nik Aziz yang juga menteri besar kelantan, kerana idea ini akan melucutkan kuasa-kuasa individu dalam parti itu.

Karpal Singh mengambil kesempatan ini dan menyeru agar TGHA dan Ustaz Nasa keluar PAS selari dengan keinginan TGNA, kerana selagi dua individu ini berada dalam PAS; mengekalkan PAS sebagai kuda tunggangan DAP tidak akan terserlah.

DAP adalah pihak yang sangat diuntungkan dalam perpecahan PAS ini, kerana bagi parti itu, selagi majoriti kaum ulama masih berada dalam PAS usaha mereka mengkotak-katik parti itu mengalami laluan sukar .

Mungkin ramai pembaca atau rakyat biasa menganggap bahawa perpecahan dalam PAS ini menguntungkan UMNO, akan tetapi kenyataannya tidak demikian. UMNO tidak sesekali merasa diuntungkan dalam krisis ini, sebaliknya musuh-musuh islam yang diuntungkan. Sebagai contoh muktamad, sebaik sahaja perpecahan ini tersiar Karpal Singh adalah orang pertama yang menyambut baik krisis ini, dan berlaga sebagai ahli PAS yang mempunyai kuasa mutlak dalam parti itu.

Penyiaran sidang akhbar oleh 10 MP Pas yang menolak kerajaan perpaduan melalui surat khabar The Star seolah-olah membawa message "Looks the muslim party is cracking!). Kaum melayu dan umat islam perlu melihat pesanan ini sebagai iktibar, bahawa kaum melayu dan islam adalah mudah diperkotak-katikkan dan terlalu sukar bagi mereka bermuafakat. Pesanan ini membawa erti bahawa kaum melayu sebagai teras dan pemimpin dalam negara ini serta islam sebagai agama yang boleh menyatupadukan rakyat tidak dapat dihandalkan dan diharapkan.

Perlu diingat setiap pemimpin parti mempunyai sokongan yang kuat, jika tidak ada sokongan kuat, sudah tentulah pemimpin itu tidak akan sampai ke mana-mana dalam hiraki parti. TGHA dan Ustaz Nasa adalah individu yang mendapat sokongan kuat ahli parti, jika tidak, jawatan No 1 dan No 2 tidak akan berpehak kepada mereka.

Merasa dan memikul tanggungjawab serta amanah daripada ahli-ahli PAS, maka TGHA dan Ustaz Nasa terpanggil untuk menyatupadukan ummah, kerana bagi mereka kaum melayu dan beragama islam yang menyokong parti selain PAS adalah juga merupakan amanah kepada mereka, mereka mesti mencari jalan dan cara agar penyatuan kaum dan agama menjadi satu, agar supaya agenda memertambatkan bangsa dan agama berjalan dengan baik dan sempurna.

TGHA dan Ustaz Nasa boleh saja memilih seperti tindakan TGNA dan 10 MP PAS tersebut, akan tetapi jalan tersebut difikirkan hanya perjuangan sempit dan tidak memberi manafaat sebenar kepada perpaduan Ummah secara jangka panjang. Pendekatan TGNA dan 10 MP Pas itu adalah pendekatan jangka pendek sesuai dengan agenda DSAI dan DAP agar dalam waktu sesingkat-singkatnya dapat menakluk Putrajaya, kerana masa tidak memehak kepada DSAI kerana faktor usia.

Walau bagaimanapun, kejadian yang kita saksikan sekarang seolah-olah krisis telah melanda PAS belum muktamad lagi. Kenyataan TGNA yang akan mengadakan mesyuarat pemimpin tertinggi parti dalam waktu terdekat akan memperhalus, akan merungkai permasalahan yang timbul akbiat cetusan kerajaan perpaduan.

Sama-sama kita tunggu keputusan muzakarah tersebut, semoga salahfaham dapat terungkai dan diselesaikan once for all. Untuk Karpal Singh, janganlah meneguk di air keruh, kerana bidalan berkata carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, beduk lalu kiambang bertaut, bidalan inilah yang belaku dalam parti PAS sekarang.

No comments:

Blog Archive