Sunday, June 07, 2009

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Datuk Husam Musa menyimpulkan bahawa kekalahannya merebut jawatan No.2 Parti , bukan kerana hubungan rapatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan tetapi beliau tidak menjalankan kempen yang aggresif dan halangan untuknya bercakap secara terbuka.

Secara pribadi memang diakui bahawa Datuk Husam tidak berkempen secara aggresif, akan tetapi para bloger pro Husam, saban hari menulis tetang Husam, dan mengsyorkan bahawa memilih Husam adalah satu kemestian.atas sebab bahawa hanya Husam lah dilihat sebagai figure dalam PAS yang boleh menganggu gugat kekuasaan UMNO, kerana cara kepimpinannya cerminan DSAI.

Sekiranya rakyat jelata boleh ikut memilih dalam muktamar PAS ke-55, adalah pasti Husam akan menang mudah sekalipun berhadapan dengan Presiden parti. Imbas kembali merebut jawatan No. 2 parti PAS adalah serupa apabila DSAI bertanding jawatan No. 2 UMNO menentang Abdul Ghafar Baba dengan pasukannya yang di sebut team Wawasan. Pada waktu itu kekuatan DSAI cukup luarbiasa, jika sekiranyapun pada waktu itu, DSAI memilih jawatan No.1, adalah dipastikan bahawa Tun Dr Mahathir akan kecundang.

Kempener Husam melalui blog-blog pro Exco kerjaan negeri Kelantan itu begitu aggresif sekali seolah-olah menggambarkan bahawa tanpa Husam, maka parti PAS akan tidak bermaya dan akan gagal bersiang dalam kacah permainan politik tanah air.
.
Menonjolkan Husam yang sebagai individu yang boleh mengorak langkah parti PAS ke era baru, sedikit sebanyak mengiris hati para pemimpin kanan parti itu terutama para ulama, yang sudah tentunya merupakan tulang belakang dan nadi parti. Sifat cemburu para pemimpin kanan parti menyumbang kepada tidak diterimanya Husam menduduki kerusi No. 2.

Husam dalam usahanya merebut jawatan dilabelkan sebagai kelompok Erdogan Malaysia, menyamakannya dengan pemimpin asal Turki tersebut. Selain itu persepsi bahawa jika Husam menang jawatan yang menang adalah DSAI, menguatkan lagi penolakan perwakilan kepadanya. Para perwakilan termakan isu, bahawa PAS akan jelas menjadi kuda tunggangan DSAI untuk mencapai cita-cita menakluk Putrajaya.
.
Perjuangan Husam yang berlandaskan PAS-PKR bertembung dengan perjuangan PAS-UMNO dalam muktamar Pas ke-55 ini, telah menampakan bahawa kekeyakinan para pewakilan untuk menjadikan parti PAS sebagai parti berkuasa di peringkat nasional, akan mudah dicapai melalui PAS-UMNO, dibanding PAS-PKR.

Ekoran perebutan jawatan No 2 parti PAS, Husam sekarang telah disifatkan berfahaman PKR parti pimpinan DSAI. Husam sekarang seolah-olah telah berubah. Husam sekarang adalah figur yang tidak mempunyai kasabaran meniti kuasa, sifat sama DSAI.

Persepsi yang dilekatkan kepada Husam oleh para perwakilan muktamar Pas ke-55 tidak mudah terpadam, tidak mudah terhakis, serta tidak mudah terlupakan. Keadaan sama telah melekat kepada DSAI oleh para ahli UMNO dan juga pemimpin UMNO hingga kini. Husam pada masa ini berada di persimpangan jalan, apakah terus berbakti kepada PAS atau memikirkan bertukar arah.

Husam bersama PAS dikelilingi kecurigaan, persepsi ini akan membelengu langkah-langkahnya dalam menemukan rentak asalnya sebelum ini. Masa depannya dalam PAS akan terjejas kerana gejala ini.

Sayang bintang yang bersinar, cahaya yang terang bertukar malap kerana ketidak sabaran, mengambil keputusan kerana terpengaruh sokongan semu, sehinggakan air yang cukup bersih di takungan dibiarkan mengalir tanpa sekatan.

Kita hanya dapat meneropong dari jauh dan mencoba merasakan apa yang dirasa oleh Datuk Husam. Keputusan beliau seterusnya adalah keputusan kritikal untuk memastikan bahawa figur Husam masih relevan dalam parti PAS.

Adalah lumrah hidup apabila saja ada pertandingan yang kalah akan membangkitkan punca-punca kekalahannya ibarat kata pepatah RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.

No comments:

Blog Archive