Monday, June 08, 2009

OH UMNO OH PAS Agendakanlah Mencegah Keruntuhan Nilai-nilai Kemanusiaan

Lupakan sengeta politik, lupakan mengejar jawatan, lupakan sebutan VVIP, lupakan gelaran Tan Sri, Dato, Datuk, lihatlah apa yang terjadi dengan masyarakat kita, gejala sosial perosak telah bermaharajalela. Cobalah tuan/puan yang berhormat, yang terhormat, pejuang-pejuang parti, pejuang-pejuang rakyat baca RENCANA ini.

Keruntuhan nilai-nilai kemanusian selalu saja dikaitkan dengan proses pembangunan dan pemodenan., sedangkan tujuan murni pembangunan dan pemodenan itu adalah untuk meningkatkan taraf hidup manusia. Jika keruntuhan nilai-nilai kemanusian itu merupakan AKIBAT yang perlu ditanggung kerana pembangunan dan pemodenan, maka menjadi kewajipan kita untuk menangani aspek negatif-negatifnya.

Di negara kita misalnya, impak pembangunan dan pemodenan ini mengakibatkan kita menyaksikan adopsi salah guna dadah, tidak hormat ibu bapa, warga tua, pergaulan bebas, jenayah di kalangan kanak-kanak dan gejala sosial lain. Selain itu, masalah-masalah integrasi kaum, perpaduan dan pembinaan bangsa menambah lagi gejala-gejala ini.Akhir-akhir ini kes Ah Long yang melakukan penyiksaan diluar batas kemanusian telah terbongkar, kes-kes gangster ada yang terbongkar oleh pihak polis, dan ada yang terbunuh mati di tembak.Kes-kes gangster kerana mengawal kawasan perdagangan obat terlarang seperti syabu, aramin-5 dan semacamnya tidak lagi terkawal, walaupun beratus tangkapan, berjuta bahan ini telah terbongkar dan ditangkap pihak polis. Namun, kegiatan penyalah gunaan obat-obat terlarang tidak pernah berkurang.Peyebab kerosakan sosial ini seolah-olah mejadi “lifestyle” kalangan muda remaja kita. Tiada hari berlalu tanpa laporan media berkenaan gejala sosial dan jenayah juvenil termasuk pelajar sekolah.

Ada jenayah yang sesetengahnya bersifat zalim dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Ini menimbulkan persoalan, apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita? Di manakah silap kita?Sikap kita yang menganggap kes-kes itu hanya bersifat sementara dan mengharapkan kepincangan sementara ini akan berlalu dan kemudian kehidupan akan kembali normal tidak pernah terjadi. Malah, realitinya jenayah masih berlaku dan berterusan. Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan, kecuali mencari punca berlakunya jenayah tersebut. Seterusnya kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.Telah banyak kejadian kes jenayah seperti rogol, liwat dan pembunuhan. Lebih menyedihkan apabila pelajar sekolah yang tidak berdaya mempertahankan diri turut menjadi mangsa.

Perlakuan ganas itu tidak mencerminkan budaya masyarakat kita dan kerana itu kita perlu berusaha membendungnya.Telah tiba masanya bagi kerajaan dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum patut kembali kepada adat resam dan hubungan kekeluargaan untuk membentras jenayah. Membudayakan instiusi ADAT RESAM DAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN , selain AGAMA adalah cara yang difikirkan jitu dalam menangani isu keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan.Parti-parti poiltik,Ngo-ngo dan persatuan keagaman dan semacamnya perlu mulai sekarang mempertimbangkan saranan ini, agar supaya kadar keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan di negara kita tidak menjadi parah.

Memperkenalkan peraturan-peraturan atau undang-undang pencegahan, tidak akan membawa hasil yang diharapkan, tanpa asas yang kuat mengenai Adat Resam, Hubungan Kekeluargaan dan Agama. Selain itu, pemahaman tentang jati diri bagai setiap individu penguatkuasa undang-undang hendaklah digembeling agar bidalan Harap pagar, pagar makan padi tidak terjadi.

Adalah mustahil menghapuskan kegiatan haram yang merupakan puncak segala puncak kerosakan sosial selagi ada kambing-kambing hitam dalam jentera penguatkuasa kita, kerana keberadaan mereka ini,menajadi batu penghalang terhadap apa juga usaha kerajaan membendung gejala kerosakan sosial. Mencelik mata dan meneropong keberadaan kambing-kambing hitam ini,akan mudah terkurangkan, jika adat resam, hubungan kekeluargaan dan agama dititik beratkan.Parti UMNO dan PAS adalah parti besar di negara kita, jumlah ahlinya juga berjuta, jumlah penyokongnya juga berjuta, sekiranya parti-parti terbesar ini mengagendakan cara-cara pencegahan kerosakan sosial, adalah tidak mustahil faktor-faktor yang berakibat keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan di negara ini akan berkurang dengan drastiknya.

No comments:

Blog Archive