Hari ini perwakilan PAS mengundi memilih pimpinan parti itu bagi penggal 2009/11. Tumpuhan sudah tentunya kepada jawatan no 2 parti tersebut. Tiga calon yang mengetengahkan diri untuk dipilih, semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Datuk Husam, Ustaz Nasa dan Mat Sabu adalah tiga individu PAS yang mempunyai kaliber dan insan terpilih yang mempunyai kelayakan untuk menjadi no. 2 parti.
.
Bagi kita yang bukan perwakilan, berat mata kita memandang, berat lagi tangan mereka memilih. Adalah dirasakan, bahawa setiap perwakilan yang menghadiri muktamar ke-55 parti ini, mempunyai tugas berat yang perlu dipikul dan perlu diselesaikan demi memilih kepimpinan parti itu untuk menghadapi parti UMNO, yang sama-sama merebut sokongan kaum melayu.
Telah banyak analisa, telah banyak tulisan, telah banyak handaian bahawa pemilihan PAS kali ini disusupi oleh pengaruh-pengaruh luar, seolah-olah faktor luaran tersebut mencorakan kepimpian PAS. Semua handaian dan analisa-analisa tersebut hanya merupakan pandangan luaran, kerana PAS masa kini, bukan lagi PAS dahulu yang dikatakan parti tertutup dan tidak terbuka. PAS kini, adalah parti yang menciptakan dirinya sebagai parti nasional dan parti tunggak dalam negara terutama untuk kaum melayu umumnya dan rakyat beragama islam khasnya.
Tohmahan, bahawa parti ini sanggup mengorbankan perjuangannya dan sanggup berkerjasama dengan DAP semata-mata untuk merebut kuasa dalam negara, adalah tuduhan jumud, kerana parti ini telah maklum, bahawa negara ini sejak merdeka adalah negara berbilang kaum dan agama.
Suatu ketika dahulu, Lim Kit Siang, pernah berkata, bahawa berkerjasama dengan parti PAS akan terjadi jika Lim Kit Siang telah meninggal, dengan kata-katanya yang cukup popular "step on my dead body". Ungkapan ini terkeluar, kerana Lim Kit Siang tidak coba memahami agama akhir zaman ini. Tetapi, akibat dayausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka kita nampak dan saksikan sekarang, bahawa anggapan selama ini, kerjasama PAS-DAP tidak mungkin terjadi, terjadi sebaliknya, malah parti kerajaan pimpinan UMNO/BN mencemburui ikatan dan setiakawan mereka.
Nothing is immpossible dalam ilmu politik, kerjasama dan ikatan PAS-DAP yang selama ini dibendung dengan berbagai cara telahpun terjadi. Hasil daripada ikatan ini, PAS yang dianggap ultra islam melangkah dan mentransformasikan dan memotretkan parti itu bukan hanya untuk orang islam tetapi juga untuk semua. Demikian juga DAP tidak lagi berjuang semata-mata untuk kaum cina, akan tetapi menjaga dan mengambil tahu kaum melayu, seperti mana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Yang penting melalui muktamar parti ini, parti dapat membentuk gandingan kempimpinan yang benar-benar mewakili aspirasi rakyat majemuk negara ini, bertolak ansur dan memimpin negara melalui menang-menang, di mana tidak ada satu kaum pun yang tertinggal dalam arus pembangunan.
UMNO yang menganggap mewakili kaum melayu dan kebetulan kaum ini adalah beragama islam , dan sekarang telah memasukan bumiputra Sabah yang bukan beragama islam sebagai ahlinya, sementara PAS yang menganggap dirinya parti Islam, dan kebetulan rakyat yang beragma islam adalah kaum melayu, mempunyai kelebihan masing-masing.
UMNO telah dicoba oleh kaum melayu memerintah negara ini sejak merdeka,akan tetapi sifat hilang pedoman segelintir pemimpinnya, maka kaum melayu terutama golongan pasca merdeka menjauhi parti ini, sementara itu PAS telah melahirkan bibit-bibit pelapis yang berjiwa kental bertarung jiwa dan raga demi parti menghiasi daftar-daftar undi telah menjadi kekuatan parti ini.
UMNO telah terlambat membina kader-kader pejuang, UMNO telah terlambat mempergunakan media alternatif, UMNO telah terlambat menakluk hati dan perasaan rakyat pasca merdeka, UMNO selama pemerintahannya hanya mencipta kekangan demi kekangan agar generasi ini tidak terbuka, menghambat ekpresi diri mereka, tanpa usaha-usaha menawan minda dan orentasi pemikiran mereka.
UMNO selama pemerintahannya memotretkan dirinya adalah parti elite, parti bangsawan, parti orang kaya, parti berketurunan, berlainan dengan parti PAS yang memotretkan dirinya sebagai parti rakyat jelata dan parti rakyat kebanyakan.
Seandainya muktamar parti PAS ke-55 ini memilih gandingan ULAMA-PROFESIONAL, maka gandingan ini akan menjadi mimpi buruk bagi UMNO, kerana peluang perubahan ummah, bukan halatuju gandingan ini, manakala jika keputusan pemilihan ini masih berpihak kepada ulama-ulama, maka lampu dihujung terowong masih ternampak bagi kerjasama PAS-UMNO.
.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa gandingan Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang- Datuk Husam Musa, merupakan gandingan terbaik yang pernah dilahirkan oleh parti PAS pada abad ini, tetapi pendekatan yang di lalui Husam yang menganggap kerjasama dengan UMNO, merupakan tindakan yang tidak mungkin akan terjadi, maka jika Datuk Husam menang, usaha perpaduan ummah akan tertutup rapat.
Namun demikian, analisa ini hanya merupakan telahaan, terpulang kepada perwakilan PAS, siapakah yang mereka pilih bagi mencorakan masa depan parti itu dalam suasana politik tanah air pada masa ini.
No comments:
Post a Comment