Kambing hitam sakit lagi. Bangunan runtuh kerana pembinaan tidak ikut speksifikasi. Bahan binaan dikurangkan, bahan binaan ditukar, kekuatan bahan 10 tan ditukar kepada 3 tan. Tebal semen 6 inci ditukar kepada 3 inci, campuran semen, pasir tidak ikut ratio para insinyur, ratio bahan ikut speksifikasi kontraktor.
Kontraktor mesti buat begitu, jika tidak kontraktor akan rugi besar. Overdraft bank berjalan, bayaran lambat diterima, kos meningkat bukan kerana harga bahan meningkat, akan tetapi untuk tujuan keraian, angpow dan tajaan bermacam-macam.
Apabila bangunan runtuh, maka kambing hitam terus sakit, juruperunding penyasat dilantik, hanya mencari sebab-musabab, permainan kucing-kucingan bermula. Bagi juruperunding, yang penting adalah bayaran, mengatakan apa yang berlaku. Kerja juruperunding memang mudah, kerana sebenarnya, penyebab memang mereka tahu sebelum kerja-kerja mencari penyebab.
Para ahli politik hanya boleh merasa geram, hanya boleh bersuara, hanya boleh memberi kata jaminan, bahawa kajian perlu dicari terhadap penyebab bangunan runtuh, agar tidak berulang lagi.
Selagi ada kambing yang boleh dijadikan kambing hitam, berbuihpun, mulut para ahli politik, kejadian bangunan runtuh pasti dan pasti terus terjadi.
No comments:
Post a Comment