Thursday, June 04, 2009

Perjelas makna MELANGKAH KE ERA BARU: Lawatan Najib ke China



Nostalgia 35 tahun lalu mungkin berjaya merungkai hubungan antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC). Dengan terungkainya nostalgia itu, maka satu noktah tertemukan, yakni: Melangkah ke Era Baru.

Rakyat Malaysia yang mengikuti lawatan ini melalui siaran TV, tulisan akhbar-akhbar, atau blog-blog, youtube dan perantara media lain, mungkin tertanya-tanya maksud MELANGKAH KE ERA BARU (MKEB).

Tiada ada sesiapa yang tahu makna dan definisi istilah ini, mungkin untuk sementara hanya PM DS Najib dan keluarganya, mungkin rombongan tetrtentu yang terpilih sahaja yang mengetahuinya.

Cukupkah hanya dengan perjanjian kerjasama dalam bidang sains marin dan teknologi yang dimeterai antara Datuk Anifah Aman dan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi dapat dikatakan bahawa hubungan China-Malaysia telah melangkah ke era baru? atau kah Perjanjian pelan bertindak bersama dan strategik melalui 12 bidang, seperti yang terurai di bawah merupakan maksud MKEB?

Ia melibatkan politik, ekonomi, perdagangan dan kewangan, kebudayaan dan pendidikan, sains dan teknologi, kesihatan, pertahanan dan keselamatan, pertanian, sanitari, pelancongan, sumber manusia, tenaga, perhutanan serta kerjasama antarabangsa dan serantau.

Ataukah pemansuhan sebahagian perjanjian mengenai visa yang mana pemegang pasport diplomatik dan rasmi tidak lagi memerlukan visa untuk berkunjung ke kedua-dua negara adalah maksud MKEB?

Ataukah seperti tulisan DS Najib melalui Moving Ahead: Malaysia-China Relations bahawa Masyarakat Cina Malaysia umpama sehelai benang yang amat penting dalam fabrik nasional seperti dalam prakata tulisan tersebut? adalah maksud MKEB?

Dalam menamatkan artikel ini saya teringat tulisan A Kadir Jasin melalui blognya yang bertajuk: Perhal Chin Peng Dan Pendatang Haram, di mana penulis ini mengatakan “Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari Negeri China atas Visa Pelajar. Mereka jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam”

Apakah penidakan tulisan ini merupakan pengertian MKEB? Ataukah ada maksud tersirat yang ada hubungkait dengan masalah dalam negara, dimana pengundi cina menolak kerajaan sebaliknya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara tersirat sebenarnya sokongan kaum cina adalah kepada Lim Kit Siang.

Atau ramuan temuan DS Najib untuk menangkis masalah dalaman negara serta krisis ekonomi yang melanda negara? Kita hanya boleh meneka-neka, tanpa pejelasan lanjut mengenai MKEB hubungan RRC Malaysia, rakyat termasuk penulis akan terus terabah-rabah mencarinya.


No comments:

Blog Archive