14 Julai adalah tarikh pengundian N41 Manek Urai, Kelantan. Penamaan calon bagi DUN tersebut ditetapkan pada 6 Julai 2009. Pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai.
PRK ini terpaksa diadakan kerana kematian penyandangnya Ismail Yaacob (60) kerana akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu.
DUN Manek Urai terletak di kawasan parlimen Kuala Krai termasuklah 3 DUN lain yakni DUN Guchil, DUN Dabong dan DUN Mengkebang.
Pada PRU-12 lepas kesemua kawasan tersebut termasuk parlimennya dikuasai PAS. DUN Manek Urai dimenangi Ismail Yaacob mengalahkan penyandangnya Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi meningkat 1299 dibanding kekalahannya pada calon yang sama pada tahun 2004 (hanya 53 undi).
PRK Manek Urai menurut Pengerusi SPR akan menelan belanja 400 ribu ringgit dan akan melibatkan 350 orang jentera pilihanraya.
Jumlah pengundi N41 Manek Urai adalah 12, 292 dan komposisinya pula adalah 99% pengundi melayu dan selebihnya adalah pengundi cina dan india.
Sehubungan dengan PRK itu UBN telahpun mengumumkan akan meletakan calon dan sudah tentunya PAS yang akan mempertahankan kerusi itu dan seterusnya akan mengumumkan calonnya pada 26/6/2009.
Bagi PAS menang kalah dalam PRK ini tidak mempunyai impak kepada kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz,kerana DUN Kelantan dikuasai oleh PAS walaupun terselit 6 DUN UBN.
Demikan juga jika kemenangan berpihak kepada UBN, impak kepada kerajaan negeri pun tidak signifikan, kerana UBN tidak cukup korum dalam DUN Kelantan.
Persoalannya sekarang apa rasional dan untung UBN bertanding di DUN Manek Urai? Apakah melalui pertandingan itu hanya semata-mata untuk menghidupkan demokarsi berparlimen negara? ataukah salah satu taktik menaikan semangat, ataukah sekadar servis jentera pilihanraya UBN yang mungkin agak berkarat kerana absent bertanding di DUN Penanti?.
Tok Pa selaku penggerak jentera UBN telah awal-awal lagi mencangkan bahawa jangan under estimate UBN di Manek Urai. UBN akan memperoleh sekurang-kurangnya 6,000 undi, dengan jumlah itu, maka UBN akan di istiharkan menang!.
Khairy Jamaludin, ketua pemuda UMNO akan mengetuai GEMPUR pemuda masuk Manek Urai, seperti mana caranya menggempur Kelantan sebelum PRU-12,mungkin kali ini slogan popularnya "18 dok??" tidak akan diulang??.
Walau apapun alasan UBN bertanding di Manek Urai tidak membawa kesan terhadap senerio politik tanah air,kerana telah terbukti bahawa sebelum PRU-12 DUN Kelantan cuma memiliki majoriti satu DUN, pun demikian UBN tidak dapat berbuat banyak, malah hampir kehilangan seluruh DUN di Kelantan pada PRU-12.
Adalah dirasakan bahawa penyeretaan UBN di Manek Urai adalah semata-mata untuk meramaikan sistem demokrasi tidak lain daripada itu.
No comments:
Post a Comment