Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts

Wednesday, June 04, 2014

PRK Teluk Intan: BN Perlu Berterima Kasih Pada Dyana

Perlu diakui, bahawa segala sesuatu yang berlaku pada kehidupan manusia; merupakan ketentuan oleh Maha Pencipta. 

Pada PRK Teluk Intan, tiada siapa yang terfikir, bahawa DAP akan memilih Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding, bagi kawasan yang dianggap sangat selamat bagi parti itu, apabila melihat penguasaaan parti itu pada PRU 12 dan PRU 13.

Ketentuan Maha Pencipta, telah menggerakkan hati Lim Kit Siang untuk meletakkan Dyana setiausaha politik beliau sebagai calon bagi kawasan selamat itu; walaupun Dyana hanya setahun jagung menyertai parti berideologi sosialis itu.

Kerana ketentuan Maha Pencipta, sebaik sahaja Dyana dipilih sebagai calon, beliau membuat pendirian, bahawa jika beliau menang sebagai wakil rakyat, maka beliau akan menentang undang-undang Hudud di negara ini, sesuai dengan pendirian parti yang diwakilinya. Juga, beliau akan berjuang untuk terus menghapuskan keistimewaan UiTM yang hanya menerima pelajar bumiputera/melayu sesuai dengan kewujudannya berdekad lalu.

Walaupun pendirian tegas itu, namun tidak berjaya menggamit sokongan pengundi; malah penyebab kepada merosotnya jumlah undi daripada kaum cina, penyokong kuat DAP pada dua PRU lalu.

Berasas kepada jumlah undi yang diperolehi Dyana; nampaknya latar belakang dan pendiriannya merupakan pemangkin kepada penolakan kepada beliau; yang menyebabkan kemenangan kepada calon BN.

Juga, pencalonan Dyana, pengundi Teluk Intan terutama kaum cina dan india, belum bersedia bahawa kawasan itu diwakili kaum melayu; fakta ini terlihat bahawa undi yang diperolehi calon BN Datuk Mah Siew Keong daripada kaum cina dan india masing-masing meningkat 15% dan 10% berbanding sokongan kaum itu pada beliau pada PRU-13 lalu.

Walaupun, pencalonan Dyana mampu menarik tambahan 3% undi melayu kepada DAP berbanding undi daripada kaum itu pada PRU-13 lalu, namun ianya tidak mencukupi untuk beliau menang. Tambahan undi melayu itu, hanya semata-mata kerana tindakan PAS yang berkempen secara aggresif di kawasan itu.

Juga, kemenangan Mah, telah menyingkap niat DAP yang berpura-pura dan cuba menggambarkan bahawa DAP sebagai parti berbilang kaum di mana sejak penubuhannya lebih dilihat sebagai parti perkauman yang sangat tebal, walaupun penubuhannya berasaskan pelembagaannya parti itu adalah parti berbilang kaum.

Kekalahan Dyana, merupakan isyarat pengundi cina, kepada DAP agar jangan cuba melencongkan parti itu kepada parti berbilang kaum. 

Uji kaji Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng mempergunakan Dyana Sofya Daud tenyata memberi peluang kepada Mah Siew Keong sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 tahun mewakili kawasan itu. Kemenangan itu, tidak boleh dijadikan pengukur, bahawa kaum cina telah kembali kepada BN, kerana senarionya sungguh berbeza, jika DAP mencalonkan daripada kaum cina atau india.

Kekalahan Dyana, disebabkan berbagai faktor-antaranya protes daripada penyokong cina dan penyokong DAP yang mengenepikan calon-calon yang dianggap kanan dan setia, berbanding Dyana yang relatif baru dan belum teruji kesetiaannya. 

Walaupun Dyana cuba menonjolkan bahawa beliau benar-benar mengenepikan latarbelakang fahaman keluarganya terutama ibunya sendiri, namun, ramai pengundi cina dan india meraguinya; setidak-tidaknya anggapan itulah yang mendorong mereka mengundi Mah, yang dilihat lebih ikhlas dalam perjuangannya. Sebaliknya, jika calon kaum cina daripada DAP yang terbukti perjuangannya dalam parti itu, keputusannya akan berlainan. Pada PRU-14, trend pengundian Teluk Intan, tidak semestinya berterusan. 

Masa 4 tahun, perlu dipergunakan oleh BN amnya, dan Datuk Mah Siew Keong khasnya untuk mengekalkan kawasan itu agar terus diwakili BN. Penetarsi kepada pengundi luar yang tidak membuang undi semasa PRK itu perlu dicari pendekatannya, sekurang-kurangnya BN mampu mendapat separuh daripadanya.

Hakekatnya, suka atau tidak, di terima atau tidak, kemenangan BN sebenarnya disebabkan oleh pencalonan Dyana.

Sunday, June 01, 2014

PRK Teluk Intan: Faktor Penyebab Kemenangan BN

Pengundi melayu sedar, bahawa DAP mempergunakan kaum itu untuk menghapuskan hak mereka. Pengundi melayu juga sedar, bahawa PAS diperkudakan oleh DAP untuk melemah dan menghancurkan melayu. Pengundi melayu juga sedar, DAP mempergunakan melayu untuk menghancurkan melayu.

Bagi pengundi cina pula, mereka melihat bahawa BN mempunyai keiklasan, sepertimana dipamerkan gabungan beberapa parti itu sejak merdeka lagi. BN mengamalkan perkongsian kuasa, dan cara itu terus berkuatkuasa hingga kini. BN berjuang untuk semua kaum, dan mengerti bahawa hubungan antara kaum perlu ada tolak ansur, ertinya setiap kaum tidak boleh membolot semuanya, demikian juga tiada kaum yang dipinggirkan.

Kaum india juga, sedar, bahawa BN akan meneruskan cara mengurus negara yang berasaskan perkongsian kuasa.

Pengundi luar yang menjadi kekuatan DAP atau Pakatan Rakyat tidak pulang mengundi, merupakan salah satu penyebab kemenangan BN.

Melihat undi yang diperolehi calon BN pada PRK kali ini, jumlahnya adalah konsisten dengan jumlah undi yang diperolehi pada PRU-12 dan PRU-13; sementara undi calon DAP menurun sekali daripada lebih 27,000 pada PRU-13 lalu kepada hanya 19,919. SPR mengakui sejumlah 8,000 pengundi luar tidak turun mengundi.

BN perlu mengambil iktibar daripada PRK Teluk Intan ini, terutama yang berkaitan dengan pengundi luar. Pengundi luar sebenarnya sejak PRU-12 merupakan pengundi yang menyebelahi pembangkang dan trend ini akan berterusan pada PRU-14. Untuk itu, pada PRU-14, BN perlu mengelak mengatur kepulangan pengundi luar, kecuali mereka yang benar-benar merupakan penyokong.

DAP Kalah- Sebab Pilih Calon Melayu: Guan Eng

Lim Guan Eng membuat kesimpulan; bahawa kegagalan DAP mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan disebabkan meletakan calon melayu.

Pengundi cina penyokong DAP belum bersedia menerima calon bukan cina, antara penyebab kekalahan DAP.

Selain faktor calon, DAP juga mengakui bahawa penyumbang kekalahan disebabkan kurangnya pengundi luar kawasan turun mengundi. 

DAP atau PKR dan PAS sangat tergantung kepada pengundi luar kawasan. Sebenarnya pengundi luar kawasan adalah penyumbang kepada kemenangan parti-parti pembangkang pada PRU-12 dan PRU-13.

BN telah mengambil iktibar itu, atas sebab itu, pada PRK Teluk Intan, tidak mengatur kepulangan pengundi-pengundi luar kawasan. Benar juga, strategi itu berbaloi; dan berjaya merampas kerusi Teluk Intan yang terlepas sejak tahun 2008.

Kalau melihat undi yang diperolehi calon BN, sebenarnya konsisten dengan jumlah penyokong parti itu, dari PRU ke PRU. Penurunan undi calon DAP, yang hanya mampu mendapat 19,919 pada PRK kali ini, menunjukan bahawa pengundi luar berjumlah 8,000 pengundi merupakan penyokong pembangkang.

Saturday, May 31, 2014

Kekalahan Dyana: PAS Gagal Tarik Pengundi Melayu

Kekalahan Dyana Sofya Daud, calon yang cuba digunakan DAP untuk menarik pengundi melayu, atas sebab parti itu tahu bahawa undi daripada kaum cina pada dua PRU lalu, bakal tidak akan diperolehi; ternyata benar. Selain undi cina tidak kembali kepada DAP, calonnya juga gagal mendapat sokongan daripada melayu, walaupun Pas bermati-matian membantu; sehingga sanggup mengorbankan rancangan parti itu membentangkan Hudud pada Persidangan Dewan Rakyat jun ini.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong hanya 238 undi apabila beliau mendapat 20,157 berbanding Dyana 19,919 undi; namun kemenangan cukup manis, memandangkan pada PRI-13 lalu, Mah kalah 7,313 undi.

Nampaknya, kemenangan BN pada kawasan campuran seperti Teluk Intan, memberikan indikasi baik kepada BN berdepan PRU-14 akan datang. Jika trend ini berlanjutan sehingga PRU-14; bukan sahaja BN akan terus memerintah, besar kemungkinan akan mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Rakyat sudah mula sedar, bahawa fitnah dan putar belit pihak pembangkang  yang menyebabkan ada pengundi terpengaruh tidak akan bertahan lama.

PRK Teluk Intan: Dyana Kempunan Jadi YB

Kiraan tidak rasmi BN mengatasi DAP dengan majoriti 238; dengan angka itu, Dyana Sofya Daud kempunan menjadi wakil rakyat.

Berjaya BN merampas P76 Teluk Intan, kedudukan di Dewan Rakyat bertukar, BN 134, sementara Pakatan Rakyat 88

PRK Teluk Intan: Milik Dyana Sofya Daud atau Mah

Keputusan tidak rasmi, Dyana mendapat undi 19,830, sementara Datuk Mah Siew Keong 19,805; undi rosak 542.

Berasaskan majoriti undi yang sangat kecil, iaitu 25, pengiraan semula akan dilakukan.

Keputusan kiraan semula BN 20,022 sementara DAP19,872, undi rosak hanya 228; berasaskan kiraan semula BN menang dengan majoriti 150

PRK Teluk Intan: Dyana Kah Atau Mah?

Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.

Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.

Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.

Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.

Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.

Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.

Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

PAS Terpaksa Lupakan HUDUD-Kerana Dyana



Wednesday, May 28, 2014

PRK Teluk Intan: Hadi Lemas Melihat Dyana

Hadi lemas berdepan dyana. Haji Hadi melepaskan jubah sepertimana biasa setiap penampilannya. Umno kena ambil iktibar, bahawa pemimpin PAS cepat lemas apabila berdepan wanita cantik. Keranamu Dyana, Hudud yang bakal dibentangkan di dewan Rakyat PAS tangguhkan.

PRK Teluk Intan: Jika Dyana Menang-Baik Buruknya Terhadap Melayu

Kalau mengecualikan status parti, jika Dyana Sofya Mohd Daud memang, maka komposisi ahli parlimen melayu akan bertambah di Dewan Rakyat.

Disebabkan Dyana mengwakili DAP parti pembangkang kepada BN, maka orang-orang melayu dalam BN tidak mahu Dyana menang.

Pendirian berasaskan parti- penyebab utama melemahkan melayu itu sendiri. Bagi Umno, siapa sahaja melayu yang menentang Umno, adalah penentang melayu. Bagi Umno, melayu tidak boleh menentang Umno, dan sesiapa yang menentang Umno adalah seseorang yang tidak patriotik, pengkhianat. Mereka yang tergolong pengkhinat di kaca mata Umno adalah para pemimpin PAS termasuk penyokongnya, demikian juga pemimpin melayu dalam PKR adalah tergolong dalam kumpulan itu. Kini ditambah oleh melayu yang menyertai DAP, juga dicap sebagai pengkhianat melayu.

Semangat yang disebutkan di atas telah berdekad ditanamkan kepada kaum melayu; namun, apakah faktornya, sesuai dengan peredaran zaman, semangat itu bukan menebal, akan tetapi berangsur-angsur luntur, melemah, malah mengancam kekekuasaan Umno itu sendiri.

Pemimpin Umno kena mencari faktor penyebab kepada keadaan ini. Bagi AYT, apa yang dapat dilihat salah satu penyebab kepada keadaan itu, adalah sifat pemimpin Umno yang mudah lupa asal usul, suka bernostalgia, apabila ada kuasa menjadi sombong, angkuh dan hanya gemar bercakap secara retorik; gemar bercakap secara politik; lupa sama sekali nawaitu pengwujudan parti itu sendiri.

PRK Teluk Intan: Cina Undi BN-Tidak Tahu Malu: Anwar

Anwar benar-benar mempergunakan strategi yang digunapakai readbean army- di mana sebelum ini ada kenyataan bahawa kaum cina itu pendatang. Kenyataan itu seolah-olah daripada penyokong Umno; sebenarnya; itulah strategi sikologi songsang yang dirancang oleh RBA, untuk membangkit emosi kaum cina.

Sebentar tadi, semasa berkempen di Teluk Intan, Anwar mencabar pengundi cina yang masih mengundi BN adalah kumpulan cina yang tidak tahu malu. 

Anwar adalah seseorang yang tahu bagaimana membangitkan emosi, dengan merancang sesuatu seperti kenyataan sebelum ini, bahawa kaum cina itu pendatang. Kenyataan seperti itu, sebenarnya hasil fikiran Anwar, tujuannya hanya untuk membangkitkan emosi kaum cina. Kini Anwar menggunapakai kenyataan itu, untuk mengapi-apikan lagi keadaan, sambil berkata, kaum cina yang masih menggundi BN adalah kumpulan yang tidak tahu malu.

Jika benarlah Bn itu anti cina, mengapa mencalonkan cina bagi PRK Teluk Intan? Para pemimpin Umno, siang malam bertungkus lumus berkempen untuk memastikan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menang.

Sebenarnya, mereka-mereka yang berteriak-teriak anti kaum cina yang mengatas namakan sebagai penyokong Umno atau BN, sebenarnya mereka itu, adalah gunting dalam lipatan, mereka itu sebenarnya adalah penyokong DAP-PKR-PAS yang bergerak secara tersusun untuk menjayakan sikologi songsang.

Bn yang ditunjangi Umno tetap mempertahankan perkongsian kuasa antara kaum dalam negara ini; atas sebab itu setiap pilihanraya, status quo kawasan-kawasan pilihanraya terus diperlihara; tidak seperti parti-parti dalam Pakatan Rakyat, misalnya DUN Kajang- kawasan itu adalah kawasan cina, namun dengan mudah diambil dan diletakan calon melayu; kawasan Parlimen Pandan- adalah kawasan cina, namun diwakili oleh melayu. Parlimen Bandar Tun Razak diwakili melayu. Kepada kaum cina, seharusnya mereka terfikir tindakan-tindakan ini; pemimpin Pakatan Rakyat secara halus mahu menyingkirkan kepimpinan cina; dan contoh yang paling dekat adalah calon bagi PRK Teluk Intan; kawasan yang senantiasa diwakili kaum cina, kini diletakan calon melayu.

Tuesday, May 27, 2014

PRK Teluk Intan: Hadi Awang Akui Dyana Lebih Berani Berbanding Dirinya

Dyana Sofya Mohd Daud, dianggap berani setidak-tidaknya itulah pengakuan Hadi Awang. Calon DAP itu dikatakan berani atas sebab bersedia bertanding atas tikit DAP; itulah ukuran keberanian Dyana di kaca mata Presiden PAS itu.

Bagi Hadi, orang melayu yang bersedia bertanding atau menyokong DAP adalah pemberani. 

Dyana sebelum menjadi calon DAP, telah menunjukkan keberaniannya dengan memilih pendirian, bahawa hak-hak melayu di negara ini perlu dihapuskan, ertinya hak-hak melayu sepertimana diperakukan dalam perlembagaan negara perlu diganti dengan hak-hak sama rata untuk seluruh rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin.

Dyana tidak mahu tahu, apakah melayu masih ketinggalan, atas sebab itu para pemimpin PAS termasuk Hadi menjadikan dia sebagai ikon dan idola keberanian. Hadi mengakui, bahawa Dyana akan berani bertindak, bersuara apa sahaja yang berkaitan dengan penghapusan hak-hak melayu, berani meneggakan perjuangan DAP yang anti islam, berani meneggakkan perjuangan DAP yang bersifat sosialis, berani meneggakan perjuangan DAP berasaskan konsep Malaysian Malaysia. Sebaliknya menurut Hadi, calon BN Datuk Mah Siew Keong akan akur dengan pendirian BN dan akur dengan isi perlembagaan yang berhubungkait dengan kedudukan melayu dan bumiputera. 

Menurut Hadi, Siew Keong tidak akan berani bersuara memberi kenyataan agar supaya kedudukan UiTM dikaji semula, namun Dyana sudahpun membuat pendirian, bahawa dia akan terus memperjuangkan agar kedudukan UiTM dikaji semula melalui DAP, apatah lagi kalau dia boleh menjadi wakil rakyat.

Atas keberanian Dyana ini, maka kaum cina dijangka akan terus memberi undi kepada calon DAP itu, kerana inilah sebenarnya nawaitu kaum cina di negara ini, selepas menguasai sektor ekonomi, maka sudah tiba masanya pula menguasai sektor politik; dan ironi, orang seperti Hadi Awang bersedia menjadi katalis untuk mencapai perancangan kaum cina ini.

Monday, May 26, 2014

PRK Teluk Intan: Kalau DAP Menang Lagi- Apa Ertinya?

Kalau DAP menang lagi, itu bermakna, Parti-parti komponen BN tidak mampu lagi menarik sokongan kaum cina. 

Parlimen Teluk Intan, dianggap sebagai kawasan campuran, atas sebab pengundi cina berjumlah 42 Peratus, melayu 38 peratus dan india 19 peratus. 

Dua pilihanraya umum lalu (2008 dan 2013) kawasan itu dimenangi DAP, atas sebab pengundi cina sebulat suara mengundi parti pembangkang itu. 

Jika pada PRK kali ini, di mana hari membuang undi pada 31 Mei, trend pengundian seperti pada PRU-13 mei lalu; ertinya, sahlah kaum cina belum lagi bersedia kembali kepada Bn yang pernah kaum itu sokong sehingga PRU 2004.

Sebenarnya PRK Teluk Intan, tidak membawa apa-apa perubahan pada status quo antara BN dan pakatan antara DAP-PKR-PAS, sebab, kerusi Teluk Intan adalah kerusi DAP. Jika sekalipun DAP mempertahankan kerusi itu, tidak akan mempengaruhi kerajaan Persekutuan, demikian juga jika BN menang, tidak akan menyebabkan BN mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Melihat keadaan ini, jika DAP menang bererti, kaum cina tetap mahu kaum itu menjadi suara pembangkang di dewan rakyat; jika BN menang, ertinya kaum cina mahu melibatkan diri dalam pembangunan negara melalui kerajaan yang diterajui BN.

PRK Teluk Intan: Dyana Sesuai PA Kit Siang Tidak Sesuai Wakil Rakyat

Pengundi Teluk Intan perlu sedar, bahawa pengalaman Dyana Sofya Mohd Daud hanya berkhidmat dengan seorang pemimpin DAP.

Perkhidmatannya belum menyeluruh; belum ada pengalaman berkhidmat dengan rakyat. Tiadapun jawatan dalam parti yang memerlukan hubungan timbal balas; pengalamannya hanya one way, iaitu melalui arahan, atas sebab, kapasatinya sebagai Pembantu Peribadi Lim Kit Siang bagi Parlimen Gelang Patah, Johor. Peranannya sebagai PA, hanya mendengar maklumat orang ramai untuk disampaikan kepada Kit Siang, kemudian menyampaikan keputusan Kit Siang kepada orang-orang berkenaan. Dyana hanya sebagai post, ertinya perkhidmatannya tidak boleh menggambarkan keputusan secara individu, melainkan atas pengaruh orang lain.

Atas sebab itu, semasa kempen di Teluk Intan, apabila wartawan bertanya sesuatu yang memerlukan jawaban, Dyana tidak dapat menjawab, atas sebab jawapannya semua melalui remote control daripada Bossnya Kit Siang.

Rakyat atau pengundi Teluk Intan, perlu tahu bahawa mengundi Dyana, dan mungkin menyebabkan dia terpilih sebagai wakil rakyat, adalah merupkan pilihan yang merugikan pengundi sendiri. Dyana tidak sesuai sebagai wakil rakyat; sebaliknya hanya sesuai sebagai Pembantu Pribadi Kit Siang.

Rakyat akan merasakan, bahwa mengundi Dyana, merupakan undi sia-sia; atas sebab perjuangan Dyana sebenarnya hanya merupakan perjuangan lakonan. Tujuan DAP mencalokan dia sebagai calon adalah semata-mata untuk mendapat tambahan undi daripada kaum melayu, bagi menutup pengundi cina yang berpindah menyokong Bn.

Sunday, May 25, 2014

PRK Teluk Intan: Siapa Undi Dyana-Bodoh- Dyana Tu Bukan Cantik Sangat

Dua kenyataan di atas adalah kenyataan dua pemimpin Umno. Siapa yang mengundi Dyana-adalah bodoh, datangnya daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Rahman Dahlan; sementara kenyataan kedua datangnya daripada Menteri Dalam Negeri- Dato Zahid Zamidi.

Mungkin strategi BN berdepan dengan PRK Teluk Intan adalah menjadikan unsur pribadi calon DAP menjadi sasaran.

Sejak Dyana diumumkan sebagai calon, isu utama pihak BN termasuk siber trooper Bn bertali arus menyerang calon DAP itu; manakala DAP sebagai parti kurang diberi penumpuhan. Mungkin strategis BN melihat, bahawa menyerang calon yang kebetulan seorang melayu, merupakan advantage kepada Bn untuk merampas kerusi itu daripada tangan DAP.

Mungkin betul mungkin tidak, pendekatan BN itu; kerana tiada siapa dapat mengetahui pola pengundian 60 ribu pengundi Teluk Intan. Melihat kepada pecahan pengundi- 42 peratus adalah cina, 38 peratus melayu dan 19 peratus india. Apakah memberi tumpuhan kepada Dyana membuatkan kaum cina menolaknya? ataukah kaum melayu menolaknya? demikian juga kaum india menolaknya? 

Memang suasana kempen berlainan dengan keadaan biasa. Namun, kena juga berfikir rasionalnya. Mungkin Bn mengambil pendekatan menjadikan Dyana sebagai punching bag, disebabkan isu pembangunan, isu membela rakyat, biasanya tidak lut pada pengundi bagi kawasan yang ditawan pembangkang; sebagai misalannya PRK Kajang dan PRK Sungai Limau.

Seperti AYT utarakan di pertengahan posting ini, mungkin strategi itu boleh berjaya mungkin juga tidak. Ada 6 hari lagi, menyusun kempen, mungkin ada pendekatan baru? Yang penting pendekatan itu boleh memenangkan calon Bn.

PRK Teluk Intan: Pemimpin Sabah Turut Berkempen

Pemimpin Sabah- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said dan pemimpin lain turut berkempen di PRK Teluk Intan, untuk membantu calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mencabar calon DAP Dyana Sofya Daud.

Musa dan Salleh memberi penerangan kepada pengundi di Seri Setia, Teluk Intan, bahawa betapa bertuahnya pengundi jika menyokong calon Bn, atas sebab calon Bn itu mampu membela rakyat yang diwakilinya, manakala, calon DAP hanya mampu mempopular dan menaikkan imej pribadinya, mempergunakan nama rakyat.

Hanya Kerana Dyana Tak Sokong Hudud-Pas Tangguh Bentang Pelaksanaan Hudud Di Kelantan

Kerana Dyana- Hadi Terpkasa Tangguh Pembentangan Undang2 Hudud Di Dewan Rakyat
Hebat sungguh Dyana Sofya Mohd Daud. Atas sebab calon DAP itu bertegas tidak akan menyokong Undang-undang Hudud yang bakal dibentangkan PAS di Dewan Rakyat pada Jun, maka PAS terpaksa menangguhkan pembentangan itu.

Dyana calon DAP memang melayu, tetapi melayu moden. Kalaulah Dyana daripada parti Umno, sudah tentu beratus ayat al-qur'an  serta hadis sudah bertaburan daripada mulut lebai-lebai Pas, atau pencacai mereka; berkhutbah sana sini; mengutuk, mencercah dengan berbagai dalil seolah-olah mereka itu sudah menjadi Tuhan, mampu menghukum manusia ciptaan Tuhan.

Disebabkan Dyana adalah calon parti teman karib PAS, maka undang-undang hudud yang mereka war-warkan akan dibentangkan di dewan rakyat, bagaikan debu, ditiup terbang begitu sahaja. Di sini, umat islam perlu mengambil iktibar, bahawa PAS bercakap soal Hudud, bukannya kerana agama, akan tetapi politik.

Adalah pelik, bagaimana Hadi Awang terpukau dengan kehadiran Dyana? Kalaulah Hadi itu adalah berjuang atas nama agama, sudah tentu, tidak akan terpukau? Apakah kerana kecantikan Dyana, Hadi dan ulamak Pas, tidak mampu berfikir lagi, sebaliknya air liur senantiasa mengalir!!!

Saturday, May 24, 2014

PRK Teluk Intan: Benarkah Melayu Sokong Dyana?

Melihat gelagat pemimpin PAS, parti PAS, pemimpin melayu PKR; nampaknya 1/3 melayu sokong Dyana. Dyana adalah calon DAP bagi PRK Teluk Intan. Sebelum menjadi calon, dia adalah setiausaha politik kepada LIM KIT SIANG, pemimpin utama DAP, dan kini wakil rakyat Gelang Patah, Johor selepas PRU-13.

Nama Dyana melangit pada Kit Siang, atas sebab tindakan pertamanya selepas diterima dalam DAP Desember 2011, dia membuat kenyataan, bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) perlu mengubah sistem yang ada pada universiti itu, daripada melayu/bumiputera sentrik, kepada universiti berbilang kaum.

Alasan Dyana, semua rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, termasuklah memasuki UiTM. Tindakan Dyana itu, menarik krtitikan berbagai pihak daripada melayu penyokong Bn dan Umno, namun mendapat tepukan gemuruh daripada parti lawan. 

Kini, dalam PRK Teluk Intan, Dyana dengan jelas dan lantang menentang HUDUD perjuangan PAS, namun PAS menelan suara itu, atas sebab DAP kawan baik PAS, setidak-tidaknya itulah jawapan yang diberikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu ( Mohammad Sabu).

Parlimen Teluk Intan sebenarnya kawasan campuran, atas sebab pengundi cina 42%, melayu 38% dan india 19%. Melihat kepada data ini, jika peratusan antara kaum berimbang dalam trend pengundian, keadaan akan berada pada 50-50. Namun, bagi kes kawasan ini, sejak PRK 2008, pengundi cina 90 peratus berpihak kepada DAP, manakala melayu 80 peratus kepada BN, manakala india 60 kepada DAP dan 40 kepada BN, atas sebab itu, kawasan itu dimenangi DAP. 

Jika pada PRK ini, yang berlabuh pada 31 mei, berlaku perubahan trend pengundian terutama pada pengundi cina, ada kemungkinan berlaku bahawa kawasan ini akan kembali kepada BN. Namun melihat cara berkempen di PRK Teluk Intan, perhatian jurukempen, terutama BN tertumpu sangat kepada pengundi melayu, sedangkan mereka tahu, bahawa pengundi melayu sahaja tidak akan mampu memenangkan BN. 

Kempener BN termasuk pemimpin BN mengambil isu Dyana, untuk berkempen, sedangkan mereka tahu, bahawa kemenangan Dyana nanti bukan disumbangkan oleh pengundi melayu melainkan pengundi cina.

Kalau calon BN tidak mampu mendapat undi cina sebanyak 8,000 lupakan hasrat memenangi PRK ini, walaupun melayu 90 peratus mengundi calon BN Dato Mah Siew Keong-Presiden Gerakan. Berasaskan kepada perkiraan ini, jika Dyana menang pada PRK itu, bukan atas sebab sokongan melayu, akan tetapi sokongan cina. Atas sebab itu, dia tidak boleh menganggap bahawa kemenangannya merupakan petanda bahawa melayu menyokongnya, dan sekaligus membuat kesimpulan bahawa melayu menyokong keinginannya menghapuskan status UiTM apatah lagi pendiriannya terhadap Hudud.

Bagi BN, untuk menang pada PRK Teluk Intan, perlu attack kaum cina, jika gagal, maka kempen BN tidak akan berbaloi.

Bagi AYT, pada PRK Teluk Intan, hanya proses mengsahkan, bahawa cina terus menolak Bn; atas sebab itu, kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa kawasan parlimen majoriti melayu perlu menunjukkan pada bila-bila masa, perlu dimenangi calon Umno, bukan calon PAS atau PKR, kerana hanya cara itu sahaja boleh menyelamatkan status melayu, termasuk status UiTM.

Najib Terpkasa Beri Nasihat: Jaga Nama Baik Parti Kita

Saya petik daripada wall FB Perdana Menteri yang dipos hari ini. Saya kurang mahir print screen, hanya tahu copy n paste.
I strictly condemn the derogatory remarks made by a DAP member, totally unbecoming on its part. We may differ in our political opinion but being abusive is uncalled for. This type of action incites disharmony as after all, we are all Malaysians.

At the same time, I call upon all UMNO members not to overreact, by doing things against the law or deemed to be irresponsible. Any reactions should be within the bounds of law and we must strive to continue the good image of our party. Jaga nama baik parti kita.

Kenyataan ADUN Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang mengatakan Umno Celaka, mendapat komen daripada PM sepertimana tulisan diFB beliau. 

Sebagai kita tahu, ekoran kenyataan ADUN DAP itu semasa sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu, menyebabkan sekumpulan pemuda Umno menyerbu masuk persidangan itu; meminta ADUN DAP itu menarik balik kenyataan itu dan seterusnya meminta maaf. Namun, ADUN DAP itu enggan, sebaliknya mengulanginya kenyataannya di luar dewan, bahawa dia tidak akan menarik balik apatah lagi meminta maaf.

Berikutan keengganan Rayer, maka pemuda umno bertindak berdemo di depan pejabat Umno di Kuala Lumpur dan Kuantan, dan sempat merosakan papan tanda pejabat DAP itu. Ekoran tidakan itu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata, bahawa pemuda Umno akan membayar balik kerosakan itu.

Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri itu, kini, nampaknya ada sebahagian pemuda Umno kehilangan kesabaran, sehingga bertindak tidak sesuai dengan cara Umno. Umno boleh jadi mendesak, tapi tidak sampai kepada pengorosakan atau tindakan yang boleh membawa kemudaratan atau kebinasaan. Cara itu sebenarnya budaya PAS, namun mengapa Umno boleh bertindak demikian? sehingga PM terpaksa memberi nasihat "JAGA NAMA BAIK PARTI KITA".

Mengapa UMNO Tiba-Tiba Ketakutan!!!

Mengapa UMNO tiba-tiba ketakutan!!!! sehingga ada yang mengambil jalan keganasan. Tindakan seperti ini, sebenarnya adalah budaya PAS, sebab parti yang mengaku parti islam itu senantiasa tidak mampu bersaing melalui peti undi, atas sebab itu untuk megatasi kekurangan itu dan mengubati rasa frustrasi mereka memilih secara kekerasaan. Sebelum tahun 2008, kita biasa berdepan dengan pasukan gengster PAS baik dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil; namun selepas itu, budaya ini diambil pula oleh umno, walaupun tidak meluas, namun tindakan mereka itu telah mencerminkan, bahawa Umno merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" merasakan bahawa parti itu tidak lagi digeruni, atas sebab mereka yang berani berdepan dengan Umno sebenarnya merasakan dibentengi oleh rakyat.

Kini DAP sudah berani berkata bahawa tindakan "hooligans" dan "gangsters" segelintir pemuda Umno atas sebab umno telah kehilangan sokongan rakyat; Umno bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat. Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang Umno; sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu.

Blog Archive