Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.
Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.
Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.
Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.
Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.
Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.
Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.
Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.
Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.
Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.
Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.
Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.
Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
1 comment:
Pengundi kaum Cina di Teluk Intan haruslah berfikir dgn rasional dan bijak. Apa gunanya mengundi DAP? Sudah 2 penggal DAP jadi ADUN Teluk INtan. Apa yg telah DAP buat utk memajukan Teluk Intan? Bolehkah DAP memerintah Perak dgn menang di Teluk Intan?
Jika kaum Cina mengundi Mah, sudah tentulah Teluk Intan akan bertambah maju. Ini akan menguntungkan kaum peniaga Cina yg sememangnya mengharapkan keuntungan dlm perniagaan yg akan bertambah utk maju. Tak ada untung langsung jika dgn DAP. Kaum Cina kena berfikir utk kepentingan diri sendiri bukannya utk kepentingan dinasti Lim yg tamak haloba dan memberikan janji2 kosong dan harapan2 kosong kpd kaum Cina.
Kaum Melayu pula janganlah jadi bodoh utk mengundi DAP yg terang2 berhasrat utk menghapuskan kepentingan kaum Melayu di Malaysia ini. Jika anda menyokong DAP utk memerintah akhirnya kaum Melayu akan sama nasib dgn kaum Melayu di Singapura. Bukalah mata dan insaflah dari sekarang. Kalau tidak, anak cucu kita akan kencing di atas kubur kita yg bodoh nanti.
Kaum India takkan tak serik2 dgn peristiwa Kg Buah Pala? Ramai ahli2 DAP dari kaum India telah dinafikan hak mereka utk mengundi di Pemilihan DAP. Bukalah mata dan berhati2 dan fikir banyak kali sebelum mengundi DAP laknat.
Selamat mengundi pengundi2 Teluk Intan. Anda akan dapat apa yg anda sendiri pilih!!!!!
Post a Comment