Kalau mengecualikan status parti, jika Dyana Sofya Mohd Daud memang, maka komposisi ahli parlimen melayu akan bertambah di Dewan Rakyat.
Disebabkan Dyana mengwakili DAP parti pembangkang kepada BN, maka orang-orang melayu dalam BN tidak mahu Dyana menang.
Pendirian berasaskan parti- penyebab utama melemahkan melayu itu sendiri. Bagi Umno, siapa sahaja melayu yang menentang Umno, adalah penentang melayu. Bagi Umno, melayu tidak boleh menentang Umno, dan sesiapa yang menentang Umno adalah seseorang yang tidak patriotik, pengkhianat. Mereka yang tergolong pengkhinat di kaca mata Umno adalah para pemimpin PAS termasuk penyokongnya, demikian juga pemimpin melayu dalam PKR adalah tergolong dalam kumpulan itu. Kini ditambah oleh melayu yang menyertai DAP, juga dicap sebagai pengkhianat melayu.
Semangat yang disebutkan di atas telah berdekad ditanamkan kepada kaum melayu; namun, apakah faktornya, sesuai dengan peredaran zaman, semangat itu bukan menebal, akan tetapi berangsur-angsur luntur, melemah, malah mengancam kekekuasaan Umno itu sendiri.
Pemimpin Umno kena mencari faktor penyebab kepada keadaan ini. Bagi AYT, apa yang dapat dilihat salah satu penyebab kepada keadaan itu, adalah sifat pemimpin Umno yang mudah lupa asal usul, suka bernostalgia, apabila ada kuasa menjadi sombong, angkuh dan hanya gemar bercakap secara retorik; gemar bercakap secara politik; lupa sama sekali nawaitu pengwujudan parti itu sendiri.
No comments:
Post a Comment