Wednesday, June 30, 2010

Zaharin Dedahkan: Zaid Ibrahim Satu Hotel Dengan RPK Di London

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.

"Saya mempunyai dokumen tempahan hotel mereka. Raja Petra membuat tempahan dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel yang sama dari 1 hingga 3 Oktober,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.

"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.

Perkasa Akhirnya Ada Akhbar Sendiri

Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".

Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar bersaiz tabloid dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Jambatan Bengkok Jadi Isu Lagi

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil sebagai pelindung kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menerima kritikan berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

Sokongan itu timbul ketika Najib berhadapan dengan label "perdana menteri flip-flop" berhubung kegagalannya meneruskan pembinaan jambatan berkenaan, serta tindakannya membatalkan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu.

"Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini.

"(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya.

Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah “Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini.”

"Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.

Dr Mahathir juga mendakwa al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar bersetuju supaya tambak berkenaan digantikan dan perkara itu disokong oleh seluruh rakyat Johor "kecuali seorang."

"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi.

Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could."

"Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi.

Khalid Ibrahim Kini Liabilti Pada PKR: Zulkefli Noordin

Siapa tahu baca politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan faham mesej tersirat beliau kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang digugurkan jawatan Pengerusi PKR Selangor petang Ahad.

Ia tidak lain tidak bukan proses pembersihan Khalid dari parti itu sama seperti yang dilakukan Anwar terhadap bekas Ahli Parlimen PKR Bayan baru,Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Cuma dalam kes Khalid, beliau berdepan dengan Azmin Ali – panglima perang Anwar paling kanan dan paling lama dalam PKR.

Akibatnya, Khalid kena serah jawatan pengerusi PKR Selangor pada Azmin.

Macam mana Khalid tanpa kuasa politik yang jadi platform penting menggerakkan tugasnya sebagai Menteri Besar?

Sebab itulah, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin yang tahu cara politik Anwar menasihati Khalid, supaya sedar bahawa beliau kini sudah jadi liabiliti kepada Ketua Umum itu dan PKR.

“Ini isyarat jelas pada Khalid. dia dah jadi liabiliti. Siapa baca politik Anwar, tahu.. Kami semua dah lalui, kami tahu ini proses pembersihan. Khalid, kalau tak nampak, elok tengok baik-baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Agendadaily ketika mengulas rombakan terbaru dalam kepimpinan PKR membabitkan Khalid., Azmin serta Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Zulkifli yang dipecat dari PKR bukan sahaja bekas rakan karib Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail malah pernah jadi peguam kepada Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Anwar pandai bermain politik kerana beberapa minggu lalu beliau memuji Khalid tinggi melangit kononnya seorang pemimpin berwibawa, boleh dipercayai dan sebagainya.

“Sekarang mesej yang diberi pada Khalid (digugurkan jawatan Pengerusi PKR Selangor), bahawa beliau tak ada sokongan politik…kena pergilah,” katanya.

Beliau tidak nampak kenapa jawatan politik yang penting itu perlu dicabut dari Ahli Parliman Bandar Tun Razak serta ADUN Ijok itu.

“Apa yang saya nampak adalah percaturan politik ..ini semua tak ada manfaat dan tak bawa kebajikan pada rakyat Selangor,” ujarnya.

Dakwa Zulkifli apa yang berlaku di negeri itu lebih kepada politik merebut ‘rampasan perang.’

“Dalam pemikiran mereka, Selangor tak boleh tahan lama. Apa saja yang boleh pulun, mereka pulun. Ini sedang berlaku. Mereka berebut rampasan perang,” katanya.

Mengulas pelantikan Zaid sebagai bos PKR Wilayah Persekutuan pula, beliau melabelkan Penyelaras Pakatan Rakyat itu sebagai ‘pewaris’ yang diterima Fir’aun-Fir’aun disekeliling Anwar.

“Zaid yang diharap akan warisi Anwar. Bukan kerana hebat berpolitik tetapi Zaid sahaja yang diterima Fir’aun-Fir’aun. Mereka kena takhtakan Zaid Ibrahim,” katanya lagi.

Zulkifli percaya ramai pemimpin dan ahli parlimen PKR kecewa dengan apa berlaku dalam parti itu kebelakangan ini apabila tidak lagi berjuang ikut reformasi yang asal.

Ini nasihat Zulkifli kepada rakan-rakannya yang masih dalam PKR, “ Tinggalkan PKR yang akan mati. Mari bersama kami dalam Konsesus Bebas

Bahang Kehilangan Jawatan Politik Memaksa Khalid Ibrahim Bercuti Ke Australia

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima hari mulai hari ini.

Bagi menghiburkan hatinya MB Selangor itu terpaksa berkata bahawa kedudukannya sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

khalid ibrahim berkata, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan," katanya lagi.

Dimata Anwar: Zaid Lebih Istimewa Dalam PKR Dibanding Azmin

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diberi keistimewaan ataupun 'anak emas' di dalam parti itu.

Dakwaan itu timbul berikutan perlantikan Zaid yang tewas pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang lalu dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan pada permukiman parti itu di Shah Alam, Ahad lalu.

"Nurul Izzah adalah pewaris saya,” gurau ketua pembangkang itu, merujuk kepada anak sulungnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Sebaliknya, menurut Anwar, perlantikan Zaid itu hanya sebagai memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam PKR yang belum mempunyai tugas yang khusus.

"Ini isu Parti Keadilan Rakyat. Ada tokoh-tokoh yang belum ada tugas khusus kita bagi tugas.

"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa selain itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Anwar bagaimanapun diasak dengan soalan wartawan yang ingin tahu mengapa ada ahli yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat 'keistimewaan' sama.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Majlis pemukiman PKR hujung minggu lalu melantik Zaid sebagai pengerusi PKR Wilayah, manakala menggantikan Azmin Ali yang mengambil alih tugas Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor.

Apa Istimewanya Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Sehingga Kerajaan Mesti Bayar RM 723 Juta Hari Ini??

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri semalam memberi jaminan bahawa kerajaan akan membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kita mempunyai komitmen dengan pemegang bon, justeru kita akan menunaikan tanggungjawab itu,” katanya di Dewan Rakyat semalam pada sesi penggulungan berhubung kementeriannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beliau menjawab soalam Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang ingin tahu sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat sebarang bayaran kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), memandangkan terdapat pertikaian perundangan di antara kedua-dua mereka.

PKA dijadualkan membayar RM723 juta kepada pemegang bonnya hari ini 30 jun 2010 meskipun ia telah mengheret KDSB ke mahkamah atas dakwaan mengenakan bayaran yang lebih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Lim juga meminta PKA membayar RM328 juta sebagai bayaran cukai tertunggak yang dihutang oleh KDSB.

Berdepan senario seumpama itu, Lim mencadangkan kerajaan sepatutnya mempertimbangkan penubuhan akaun pihak ketiga sehingga semua perbalahan diselesaikan.

Sekiranya PKA memutuskan membayar kedua-dua pihak, mereka terpaksa mengeluarkan lebih RM1 bilion.

Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata PKA sepatutnya tidak membuat sebarang bayaran kepada pemegang bon kerana KDSB sepatutnya mencari dana berkenaan untuk membiayai projek PKFZ melalui pengeluaran bon bernilai RM4.6 bilion.

“Tanggungjawab PKA bukan terhadap pemegang bon KDSB',” hujah Pua.

Pada sidang akhbarnya sebelum itu, Pua berkata kerajaan sepatutnya menangguhkan bayaran kepada KDSB sehingga mahkamah membuat keputusan.

"PKA boleh menangguhkan bayaran kepada pemegang bon KDSB atas alasan KDSB gagal menyiapkan kerjanya. PKA juga boleh menolak bayaran kepada LHDN atas alasan yang sama. Jadi jika PKA berkata 'Saya tidak berhutang kepada KDSB', maka ia tidak perlu membayar cukai kepada LHDN,” jelasnya.

Tuesday, June 29, 2010

Jika Benar Trend Pendaftar Pengundi Baru 1 melayu lawan 40 Bukan: Petanda BN kehilangan Kuasa

JIKA benar trend pendaftaran pengundi baru 1 Melayu lawan 40 bukan melayu, petanda BN akan kehilangan kuasa pada PRU-13.

Umno sebagai parti terbesar, tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Umno perlu melangkah dengan cepat untuk mengimbangi trend ini.

Pesanan PM pada April 2009, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagi PM, bahawa ancaman kepada BN dan Umno, jika pemuda melayu tidak menggunakan haknya sebagai pemilih. Sangkaan PM itu, kini benar-benar berlaku.

Sebelum terlambat, adalah diseru semua 191 Bahagian UMNO bergiat aktif menyeru agar para pemuda yang layak khasnya melayu dan bumiputra hendaklah mendaftar segera sebagai pemilih.

Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Trend lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya 2008 juga disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peningkatan pendaftaran pengundi bukan Melayu adalah kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Anggota Parti PKR Telah Tolak Khalid Ibrahim; Khalid Perlu Letak Jawatan

Pergolakan yang sedang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor harus membuka mata rakyat negeri itu bahawa kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diterima oleh anggota partinya sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu yang timbul dalam parti itu.

"Di kalangan pimpinan PKR pun tak ada kesepakatan dalam soal ini hingga nampak mengganggu pentadbiran negeri dan yang menjadi masalahnya rakyat yang rugi.

"Haruslah ia menjadi iktibar kepada rakyat. Yang pasti rakyat di Selangor mahukan pembangunan, pentadbiran yang lancar, negeri yang dikatakan termaju ini akan jadi merosot kemajuannya, hanya kerana tidak ada kemampuan parti ini mentadbir sehingga menjadi beban yang merugikan rakyat," katanya.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai tindakan PKR melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid semalam.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengumumkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga naib presiden PKR dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju MPN Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta merta.

"(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri (Khalid) yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di Shah Alam.

Sebelum ini Mohamed Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Khalid Ibrahim Didesak Letak Jawatan

Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan dengan satu lagi desakan - meletakkan jawatan Menteri Besar.

Desakan terbaru tersebut meletakkan suasana politik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah.

Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.

Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza.

“Kita memang mengalu-alukan pelantikan Azmin, tetapi kita khuatir kerana jawatan Menteri Besar masih dipegang oleh Abdul Khalid yang nyata gagal menyelesaikan banyak isu rakyat di negeri ini serta belum menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum dilantik ke jawatan berkenaan.

Monday, June 28, 2010

Pemuda- PBB-Sarawak Wujud Siber Trooper

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengambil inisiatif menubuhkan unit siber di bawah Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat parti itu bagi menjelaskan isu berkaitan dasar kerajaan, kata Ketua Penerangannya Abdul Aziz Adenan.

Beliau berkata unit itu dikenali Unit Media Baru, akan menangkis dakwaan pembangkang di samping memantau blog dan laman web dengan memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan yang menjejaskan rakyat.

"Kami tidak akan melakukan serangan peribadi tetapi mahu memberikan gambaran lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan untuk menangkis tuduhan pembangkang," katanya kepada Bernama.

Katanya penubuhan unit itu tepat pada masanya, lebih-lebih lagi selepas permukiman Barisan Nasional (BN) di Taman Negara Mulu di Miri minggu lepas, di mana banyak isu dan masalah dikenal pasti dan dibincangkan sebelum pilihan raya negeri akan datang diadakan.

Mengenai gesaan Presiden PBB dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib, beliau berkata unit itu menyelaraskan tugas utama biro dalam menyelenggara pangkalan data anggota dan menganjurkan latihan komputer untuk membantu menyebarkan fakta yang betul mengenai isu yang diputar-belitkan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata timbalan presiden parti Datuk Amar Abang Johari turut menggesa unit siber PBB memantau blog-blog yang antikerajaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sih Hua Tong berkata pergerakan itu akan terus menggalakkan anggotanya berinteraksi melalui siber termasuk melalui blog untuk "memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku".

Dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu baru-baru ini, SUPP telah menanggung akibat daripada langkah pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan agresif untuk memenangi pilihan raya kecil itu untuk DAP, termasuk memanfaatkan siber.

Bagaimanapun, Sih berkata anggota telah diingatkan agar tidak memutar-belitkan maklumat untuk mendapatkan sokongan siber kerana cara terbaik ialah memberikan penjelasan yang betul mengenai dasar dan program kerajaan bagi membolehkan rakyat mengetahui cerita sebenar di pihak mereka.

Sementara semakin ramai pelawat laman web yang kini tidak lagi mempamerkan sikap antikerajaan yang keterlaluan, beliau berkata anggota Pemuda BN yang mahir internet perlu mensasarkan golongan antikerajaan tegar yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi.

Siapa Kata Perlantikan Azmin Tiada Agenda Tersembunyi

Walaupun Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan naib presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Ketua parti itu di Selangor daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun persepsi umum terutama para penyokong Khalid mahupun Azmin, pertukaran itu mencerminkan tanda-tanda awal kejatuhan Khalid Ibrahim dan kebangkitan Azmin Ali.

Anwar mendakwa pada mulanya dia tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain.

Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu Azmin turut menghormati pelantikan Zaid sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

"Saya fikir beliau merupakan pemimpin yang layak menerajui Wilayah (Persekutuan)," katanya.

Anwar Memang Hebat: Untuk Kekalkan Kerajaan Selangor Perlu 2 Kapten

Anwar memang hebat. Untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Selangor, maka diperlukan 2 kapten. Namun kehadiran 2 kapten itu kemungkinan besar petanda kerajaan Pakatan Selangor berjaya dirampas oleh BN.

Keluhan telah mula kedengaran. Ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dipetik berkata kesukaran dalam menerima arahan mungkin akan berlaku sekiranya terdapat dua ketua dalam sebuah parti.

"Sebagai contoh, dalam sebuah kapal ada dua nakhoda yang perlu dipatuhi," jelasnya yang juga naib ketua pergerakan itu.

Sehubungan itu, tambahnya, perkara tersebut perlu diambil perhatian kerana amalan itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti di negara ini.

Khairul Anuar berkata, jika kebimbangan itu tidak diambil berat, kemungkinan akan timbul masalah seperti tidak menghormati menteri besar.

Walaupun Khairul menyatakan sokongan tidak langsung kepada Khalid apabila mempertahankan bekas tokoh korporat itu mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, beliau bersangka baik dengan lantikan Azmin sebagai peneraju baru PKR negeri itu.

"Secara ideal kita lihat Azmin uruskan organisasi, (manakala) Tan Sri uruskan kerajaan negeri" katanya.

Perlantikan Azmin Menggantikan Khalid Ibrahim Sebenarnya Kelebihan Kepada Umno

Walaupun Khalid Ibrahim disingkir serta merta sebagai pengerusi pimpinan PKR negeri, namun secara zahirnya Khalid masih berkuasa penuh di negeri itu, kerana dia masih sebagai MB.

Sebagai MB,Khalid masih ada kuasa dan dia masih lagi boleh bagi projek pada orang-orangnya.

Diperkirakan Azmin sukar dilantik sebagai MB bagi menggantikan Khalid, atas sebab Khalid masih mendapat banyak sokongan daripada ADUN DAP di negeri itu berbanding Azmin.

Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Sebenarnya perlantikan Azmin merupakan kelebihan kepada UMNO-BN kerana, kedudukan Azmin yang hanya sebagai pengerusi pimpinan negeri diperkirakan tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap Umno Selangor.

Umno Selangor yang dipengerusikan oleh Presiden Parti yang juga perdana menteri, mempunyai kelebihan, kerana setidak-tidaknya peruntukan daripada kerajaan pusat boleh disalurkan kepada rakyat melalui ADUN-ADUN BN untuk membangun rakyat Selangor. Sedangkan Azmin tidak akan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Selangor, kerana Khalid khuatir ianya digunakan untuk menjatuhkannya.

Azmin adalah musuh Khalid dalam selimut, walaupun ianya dinafikan oleh Azmin sendiri.

Rupanya 15 MP Kudeta Pakatan Itu Minta Wang Kerajaan Selangor

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

Malah katanya, tanggapan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor kononnya ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, perlu diubah.

Menurut beliau, PKR tidak pernah dan tidak sepatutnya menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakkan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres, Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres PKR di Kota Baru, beliau telah melantik seorang pengarah penerangan, ini tandanya progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

Khairy Hanya Penyibuk: Ibrahim Ali

KOTA BHARU 26 Jun – “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

No Islamic State For DAP: Karpal

KUALA LUMPUR, June 28 — Despite the seemingly concrete alliance between DAP and PAS under the umbrella of Pakatan Rakyat (PR) and the rush for ulamas by secular parties Umno and PKR, DAP’s age-old stand against the formation of an Islamic state still remains.

While PR still dreams of capturing Putrajaya and ending Barisan Nasional’s (BN) iron grip on the country, the lingering question is: with the setting up of PR, is DAP now willing to accept PAS’s struggle to build an Islamic state in Malaysia?

For DAP national chairman Karpal Singh, the answer remains no.

“It is impossible for DAP to compromise on that. We cannot compromise for the country to turn into an Islamic state (if PR takes over the government in the future).

“It is a secular state. I believe the late Tunku Abdul Rahman has mentioned that before about Malaysia,” the veteran politician told The Malaysian Insider in an exclusive interview.

Karpal, who turns 70 today, said that in the past there had been no confusion about Malaysia’s status as a secular state.

The veteran lawyer blamed former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamed for changing the reality of the country as a secular state, through political statements made by him in the past which had “confused people” as to the identity of Malaysia.

“The constitution provides for itself. There is nothing in the constitution which says that Malaysia is an Islamic state. Malaysia’s official religion is Islam, but it does not mean it is an Islamic state,” said the DAP strongman.

PAS which is perceived by many to have made inroads among the non-Muslim population, claim that DAP has started to understand and accept PAS’ idea of an Islamic state.

Despite the Islamist’s party’s obvious re-branding in adopting a more liberal and progressive stand, what is clear is that PAS has not given up on the formation of an Islamic state.

Karpal appeared genuinely shocked when told that the Islamist party, during ceramah have been actively telling people that DAP “is slowly accepting the concept of an Islamic state, and respects PAS’ stand on that.”

He insisted that it all fell back on the laws of the land.

“In 1988, back then the Supreme Court had decided that Malaysia was a secular state.

“In 1990, during a ceramah in Sungai Pinang, newspapers had quoted me as saying “Islamic state over my dead body.”

“They (reporters) didn’t report the context of my statement then. I had said that in relation to the constitution. But my stand back then, stays the same now,” added Karpal.

The alliance between DAP and PAS have already been forged prior to PR.

Back in 1999, the two had formed Barisan Alternatif (BA), a short-lived Opposition coalition which ebbed away into disarray after a few years together due to the Islamic state issue.

One of the main reasons for the split was because of the vast ideological difference between the two parties.

“We have had alliances in the past, but it failed. What is different now is that we are united in getting rid of the common enemy, which is Barisan Nasional.

“Right now, this is our most urgent concern, to take over Putrajaya from BN.”

But what happens after PR becomes the federal government?

Karpal admitted that right now he did not see how either PAS or DAP could come to a compromise with this issue.

“There will come a time when we will have to face this fact. How do we compromise? If DAP compromises, it means that it accepts Malaysia as an Islamic state, and if PAS compromises, it settles for a secular state and this would go against their own principles.

“What is keeping Pakatan together is PKR. Without PKR, it would have been the same situation as before,” said Karpal.

The Bukit Gelugor MP made reassuring noises that the matter has always been discussed by the DAP.

But what seems clear is that DAP and PAS will only address the issue if they actually win majority votes in the nest general elections.

Party insiders within DAP are optimistic that there is still hope for PAS to change its stand on the Islamic state issue.

“PAS’ liberal, progressive young leaders are the key to achieving a proper understanding of a compromise.

“Should they rise in ranks within the party, then we have a good chance to talk to the party leadership, to make them understand,” said a DAP MP who spoke on condition of anonymity.

According to the DAP insider, while the Ulama still maintained control of the party leadership, the talks could not yet take place.

“Once PR takes over the government, PAS will see the rationale and necessity of a compromise. But we have to be patient. We cannot be seen to push these progressive leaders to the top, we will cross the bridge when it comes,” he  said.

Umno last week took in 40 ulama who are seen as progressive and influential among pious urban Malays while PKR has also recruited preachers to get the rural Malay vote.

The trend suggests religiosity will play a major role in the next elections as most Malaysians shed race as their difference when voting due to acceptance of a two-coalition state.

Perlantikan Azmin Jambatan Ketepi Khalid

Pelantikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri ini menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguatkan dakwaan wujudnya bibit-bibit rasa tidak senang pimpinan dan ahli akar umbi parti terhadap Menteri Besar Selangor berkenaan.

Ia didakwa sebahagian rancangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi ‘memantapkan’ parti itu di negeri ini dan keputusan Anwar dikatakan sesuatu yang ‘mesti disokong’ dan mesti diikut.

Walaupun Abdul Khalid mendakwa itu atas permintaannya tetapi bagi pemerhati politik dan beberapa pihak, ia menunjukkan Menteri Besar tersebut cuba diketepikan setelah tidak lagi mendapat kepercayaan Anwar untuk mentadbir PKR di negeri ini yang semakin goyang.

Beberapa isu yang tercetus di negeri ini telah memperlihatkan kelemahan Abdul Khalid sebagai pemimpin parti dan negeri.

Ini termasuk ketidakpercayaan ahli akar umbi PKR terhadap kepimpinan Abdul Khalid di Kuala Selangor, penyelewengan penjualan pasir dan pengambilan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang gagal ditangani baik sehingga menyumbang kepada kekalahan PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Abdul Khalid, berkuat kuasa serta-merta.

Kemuncak kemelut kepimpinan Abdul Khalid adalah kewujudan komplot mengguling kepimpinan beliau oleh 15 Ahli Parlimen yang dikatakan turut melibatkan Azmin.

Justeru, pengumuman pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan negeri yang turut menyaksikan penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menggantikan Azmin di Wilayah Persekutuan, memperkuatkan kenyataan bahawa Abdul Khalid cuba dijatuhkan walaupun beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Anwar juga cuba menutup rancangannya mengetepikan Abdul Khalid dengan memberitahu akan merombak kepimpinan PKR di dua lagi negeri tetapi tidak mengumumkan nama negeri dan bila ia akan dilakukan.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR  yang tidak mahu namanya disebut yang mempunyai ‘masalah’ dan kerap meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Abdul Khalid, mengakui pelantikan Azmin di Selangor sebahagian rancangan Anwar.

Beliau mendakwa, pelantikan itu merupakan keputusan yang mesti disokong sebulat suara pemimpin PKR negeri termasuk dirinya.

Pemimpin itu berkata, beliau yakin pengalaman Azmin dalam politik termasuk semasa menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar dapat membawa perubahan kepada PKR Selangor.

“Anwar memang ada rancangan untuk kebaikan PKR dan negeri serta persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu pemimpin yang memberi tumpuan penuh kepada parti di Selangor,” katanya.

Walaupun begitu, pemimpin itu perlantikan Azmin dirasakan tidak akan banyak membawa perubahan atas sebab berbelah baginya sokongan akar umbi.

Isu 15 MP Pakatan yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Khalid menang telah menjadi rahsia umum, atas sebab sifat Khalid yang hanya mengutamakan beberapa pemimpin terutama Teresa Kok dan Elizabeth Wong.

Perlu Diakui Bahawa Kepimpinan UMNO Peringkat Akar Umbi Lesu

Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Hakikat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi secara umumnya di seluruh negara.Pendedahan Umno Kota Raja, perlu diambil iktibar.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor.

"Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan.

"Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya.

Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.

Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi.

"Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

Sunday, June 27, 2010

Khalid Ibrahim Patut Letak Jawatan

Sepatutnya Khalid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran pelucutan jawatannya sebagai Pegerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

Jawatan Khalid telah diambil seteru politiknya Naib Presiden PKR Azmin berkuatkuasa serta merta.

Secara moralnya Khalid kehilangan tapak politik.

Dengan pelucutan jawatan Khalid itu, diperkirakan dalam masa terdekat Khalid akan kehilangan jawatan MB.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Selangor Kecoh: Khalid Berentap Dengan Azmin

Apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini ringkas sahaja. Tidak sampai 200 patah perkataan pun, tetapi ianya membawa mesej yang amat dalam dan bermakna kepada rakyat Selangor.

Sejak dari mereka menubuhkan kerajaan di Selangor pada 8 Mac 2008 hingga ke hari ini situasi politik di Selangor tidak pernah aman ataupun sentiasa bergolak. Dari sebuah negeri yang kaya dan maju ianya boleh menjadi sebuah negeri yang mundur dan bankrap.

Sekarang rakyat Selangor boleh menilai balik yang mana intan dan yang mana kaca. Oleh yang demikian berubahlah wahai rakyat Selangor sebelum Selangor mundur dan bankrap.

Sepertimana yang kita tahu konflik antara Azmin Dayus dan Khalid Gagap heboh diperkatakan dua tiga hari ini. Semuanya kerana kegilaan Azmin Dayus untuk menjadi MB.

Semasa kemenangan PKR pada tahun 2008 Azmin tidak berapa minat untuk menjadi MB kerana dia percaya dan yakin Anwar akan menjadi PM pada 16 september 2008 dan sudah tentu Azmin akan ada jawatan yang lebih baik dari jawatan MB. Kini peristiwa 16 September sudah menghampiri dua tahun Azmin masih lagi tiada apa-apa jawatan. Harapan tinggal harapan, Azmin tertonggeng Anwar sondol.

Setelah gagal di sana maka Azmin kembali mengacau di Selangor. Cerita ini sebenarnya bukan cerita baru, ianya telah lama kedengaran cuma tidak sekuat sekarang. Azmin semakin naik syok bila ada beberapa ahli parlimen dari luar Selangor yang sanggup menjadi tukang pukul canang kegagalan Khalid Ibrahim.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang-orang yang menyokong Azmin di sini ialah orang-orang yang kecewa kerana gagal mendapat perniagaan atau projek di Selangor. Sekarang mereka ingin menjadi hero untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan mengangkat Azmin sebagai MB dengan harapan mereka akan mendapat durian runtuh sekiranya Khalid jatuh dan Azmin naik.

Belum pernah dalam sejarah politik negara ahli-ahli parlimen negeri lain sibuk mencampuri urusan politik sesebuah negeri. Inilah yang dikatakan PKR serba boleh,sama rata sama rasa depan belakang sama sahaja.

Sepanjang 50 tahun BN memerintah negara ini pernahkah anda semua lihat ahli parlimen dari Trengganu meminta MB Johor letak jawatan atau sepanjang 20 tahun Nik Aziz menjadi MB pernahkah anda dengar ahli parlimen PAS dari Kedah meminta Nik Aziz meletak jawatan ? (contoh)

Bila saya menulis begini bukan bermaksud saya menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Gagap saya tak sokong, Azmin Dayus pun saya tak sokong. Bagi saya tak kira siapa, asalkan dia PKR maka kita mesti tentang habis-habisan. Haram bagi kita menyokong PKR kerana mereka mengangkat kaum nabi luth sebagai pemimpin. Sedangkan Nabi pun tak mengaku umat, kita pula nak angkat mereka sebagai pemimpin. Sorry....

Berbalik kepada apa yang berlaku di Selangor, Azmin tidak akan berjaya menjadi MB kerana Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu adun-adun DAP. Azmin kena ingat DAP adalah rakan kongsi kedua terbesar di Selangor,mereka ada 13 kerusi. Tanpa sokongan mereka Azmin tidak akan dapat menjadi MB.

Bagi DAP Khalid Ibrahim adalah rakan mereka yang baik dan sanggup sehidup semati dengan mereka. Khalid berjaya memenuhi apa sahaja kemahuan mereka dan bagi mereka juga jarang anak melayu dapat bersifat begitu. Bodohlah mereka jika sanggup melepaskan Khalid dan memberi laluan kepada Azmin.

Lagi satu Azmin bukan anak Selangor jati, saya difahamkan dia dilahirkan di Singapura dan membesar di KL. Ada juga cakap-cakap mengatakan sekiranya Khalid tetap jatuh maka DAP akan minta Yaakop SaFari dinaikkan sebagai MB,itu pun jika mendapat perkenan Tuanku. Tetapi kalau nak diikutkan Yaakob pun tak boleh juga. Ini kerana Yaakop juga bukan anak Selangor, dia anak Johor.

Daripada adun-adun PKR melayu yang ada di Selangor sekarang hanya Khalid Ibrahim sahaja yang betul-betul anak Selangor dan tercatat dalam IC nya kod 10. Yang lain semua orang luar. Hancur rakyat Selangor, wakil rakyat semua orang luar Selangor. Ini satu lagi fakta baru yang menarik dan harus disebarkan kepada rakyat Selangor.

Pilihan terbaik yang ada sekarang untuk diangkat sebagai MB sekiranya Khalid berjaya digulingkan ialah tidak lain tidak bukan Datuk Dr Hassan ibnu Ali. Anak Selangor jati, berpengalaman sebagai pentadbir, disenangi oleh rakyat ,kakitangan kerajaan dan juga Istana. Soal PAS hanya memiliki 8 kerusi di Selangor bukan isu besar. Di Perak PAS hanya ada 6 kerusi sahaja tetapi Nizar Lambai boleh juga diangkat sebagai MB.

Bukan bermaksud saya menyokong Hassan Ali, tetapi saya menyatakan itu pilihan terbaik yang ada untuk sementara waktu untuk menyelamatkan Selangor dari terus hancur. Apa lagi pilihan yang ada, nak suruh Khalid bubar dun ? Ha ha ha....kalau dun Selangor dibubarkan pada hari ini saya tidak tahu apa untung nasib BN di Selangor.

Saya tidak tahu samada jentera p/raya mereka berada dalam keadaan bersedia atau tidak. Silap-silap dun bubar baru nak bentuk jentera. Tahun lepas lagi saya pernah mencatitkan di sini agar jentera p/raya sentiasa bersedia kerana segala kemungkinan boleh terjadi dalam politik Selangor. Jentera p/raya hendaklah sentiasa bersedia sepertimana anggota bomba bersedia di balai bomba menanti panggilan kecemasan.

Akhir kata baik si Gagap atau si Dayus, kedua-duanya tidak layak menjadi MB Selangor. Jika Azmin terlalu teringin sangat nak jadi MB tolong jelaskan kepada rakyat dakwaan Nallakarupan bahawa beliau dan Anwar bergilir isteri dan tolong buktikan kepada rakyat dengan telus status Afifa, anak siapakah itu ? Anak Azmin atau adik Nurul Izzah ? Tulisan Asal Disini

Akan Ada Kah MB Selangor Yang Baru?

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugasnya sebagai menteri besar negeri itu.

Pendedahan Kegagalan Kerajaan Pakatan Selangor

Pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor "lebih banyak bercakap daripada membuat kerja" demi publisiti, dakwa Umno Kota Raja.

"Mereka kata mereka lebih hebat daripada segala-galanya. Tapi kita tahu, mereka tidak buat, hanya cakap tak serupa bikin," kata Kamaruzzaman Johari sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Ucapan itu dinyatakan di hadapan 292 perwakilan dari 79 cawangan di Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang.

Dalam persidangan itu, Kamaruzzaman mendakwa ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei daripada PKR setelah dua tahun menjadi wakil rakyat, selain "kata-kata sedap dan janji manis" tiada projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut.

Kamaruzzaman mendakwa walaupun terdapat peruntukan untuk membina masjid di kawasan itu, sampai sekarang ia tidak menjadi kenyataan.

Katanya, ia berbeza dengan Umno bahagian itu yang mengambil inisiatif bertemu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar sehingga berjaya menyelesaikan masalah sewa rumah setinggan di Kampung Seri Nadi dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

Parlimen Kota Raja mempunyai dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas. Kesemua DUN dan parlimennya dikuasai oleh Pakatan.

Kamaruzzaman turut menempelak ahli parlimen kawasan itu Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwanya "tidak menjenguk" rakyat di kawasannya.

"Kalau dahulu dia rajin menjenguk (rakyat) di tokong, kuil... Tapi bila rakyat mengadu tentang projek pembangunan, dia kata, yang ada peruntukan (hanya kerajaan) BN di peringkat persekutuan.

"Tapi sekarang Siti Mariah tak nampak batang hidung untuk menjenguk kampung-kampung, malu rasanya," katanya.

Dalam ucapan dasarnya juga, Kamaruzzaman mendakwa kerajaan di bawah Pakatan "tidak menunjukkan kesan kejayaan dalam pentadbiran" seperti yang dilakukan oleh BN dahulu.

"Kerajaan negeri gagal membuat perubahan pentadbiran dan perancangan pembangunan.

"Sebaliknya mengungkit keputusan dan mencari kesalahan BN untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dalam pilihan raya dahulu," katanya.

Sombongnya PAS

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Suara Keadilan Penabur Fitnah: Permit Mungkin Dibatal

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah.

Katanya, KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.

"Hak bersuara mesti diimbangi. KDN mesti ambil tindakan. Kita dah bincangkan dengan Peguam Negara. Mereka kena tengok syarat-syarat KDN dan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan orang ramai. Saya difahamkan kementerian dah panggil akhbar itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Kulim hari ini.

Akhbar itu pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk ''Felda Bankrap'' dan empat lagi artikel berhubung isu itu dalam keluaran sama.

Berikutan laporan itu, semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu.

Pada 29 Disember tahun lalu, akhbar yang sama menyiarkan berita bertajuk ''Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat'' yang mendakwa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ditahan pihak Imigresen di Amerika Syarikat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Zambry kemudian memfailkan saman fitnah RM100 juta kepada akhbar itu dan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhbar itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada Zambry.

Saturday, June 26, 2010

Saya Sokong Khalid: Azmin

Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini.

Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

Khalid jalankan tugas dengan baik

"Tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dari segi ini, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik.

"Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi.

Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi.

Katanya, taklimat hari ini juga menyentuh mengenai latihan yang akan diberikan kepada petugas-petugas dalam pemilihan yang ditetapkan berlangsung selama lapan hari itu.

"Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi

Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar.

"Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus.

"Tidak ada petisyen, tidak ada memorandum seperti yang dilaporkan. Kalau ada saya akan tahu," katanya kepada media ketika ditemui di permukiman parti itu.

Ketika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”

Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.

Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

5 Bahagian PKR Selangor Dan 15 MP Pakatan Tolak Khalid Ibrahim

Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadapi pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu.

Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid.

Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir.

Mesyuarat tergempar ini diadakan oleh ketua bahagian PKR Selangor berikutan desas desus bahawa 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Khamis lalu, Azmin yang juga naib presiden PKR mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Kerajaan BN Tidak Akan Keluarkan Lesen Judi Sukan: Najib

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990.

Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini".

"Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.

Friday, June 25, 2010

Tunduk Kah Khalid Ibrahim Pada Desakan 15 MP Pakatan?

Isu mengenai dakwaan kudeta terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh sekumpulan ahli parlimen PKR, dijangka menjadi topik panas dalam permukiman parti itu di Shah Alam hujung minggu ini.

Bagaimanapun, naib presiden PKR, R Sivarasa berkata, ia hanya akan dibincangkan dalam kaitannya dengan strategi parti untuk berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.

"Seseorang mungkin membangkitkannya dan kita harus menyelesaikannya, tetapi ia perlu dalam rangka bagaimana kita akan memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Ketua penerangan PKR Latheefa Koya (kanan) pula berkata, salah satu daripada dua perkara dalam agenda permukiman tersebut ialah mengenai pentadbiran Selangor, dengan fokus khas untuk mencari jalan bagi parti menyalurkan lebih banyak input dalam dasar-dasar kerajaan negeri.

Katanya, kemungkinan hasil daripada permukiman tersebut - di mana lima kertas kerja akan dibentangkan - ialah penubuhan jawatankuasa yang akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada exco kerajaan negeri dalam membuat keputusan mengenai dasar-dasar kerajaan negeri.

Ini serupa dengan amalan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS di Kelantan dan Kedah, di mana ahli exco negeri dipengaruhi oleh halatuju parti tersebut.

"PAS telah mentadbir Kelantan selama 20 tahun, sistem mereka sangat berkesan, dan kita harus belajar daripadanya," kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Sumber-sumber lain parti itu pula membayangkan bahawa pihak parti akan mendesak senarai baru ahli exco negeri, bagi membuka ruang kepada ahli PKR memainkan peranan dalam kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan yang dijangka dibuat di permukaan tersebut ialah mengenai sumber untuk membantu wakil rakyatnya di Selangor.

"Seseorang wakil rakyat hanya boleh membei khidmat di kawasan pilihan rayanya sekiranya ada sistem sokongan yang berkesan, dan ini adalah tangungjawab kerajaan negeri, dan harus dilihat sebagai satu agenda nasional," kata Yusmadi.

Beliau menambah, langkah memisahkan negeri dan parti adalah pendekatan yang cacat kerana kedua-duanya harus saling berkaitan dan harus kuat dalam menguruskan masyarakat.

Selain itu, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, parti itu juga memacu ke arah memainkan peranan lebih aktif dalam halatuju kerajaan negeri melalui penglibatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sejak dua tahun terakhir, ADUN, ahli parlimen PKR dan ahli parti menunggu untuk memberikan sumbangan tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana pihak negeri tidak mahu menggunakan (khidmat) kami.

"(Tapi) pengarah GLC tidak dibayar, dan diberikan elaun berdasarkan prestasi, jadi saya dapati sukar untuk melihat bagaimana seseorang itu boleh dianggap korup di sini," katanya.

Sementara itu, perkembangan terbaru tersebut mungkin memaksa Khalid menerima desakan pengkritiknya.

Ini menimbulkan persoalan mengenai model perkongsian kuasa dalam kerajaan Selangor - satu kerjasama antara PKR dan DAP - yang mempunyai hampir sama banyak wakil rakyat dalam kerajaan negeri.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali menafikan beliau menjadi ketua kudeta kumpulan 15 ahli parlimen tersebut, para pemerhati melihatnya sebagai tanda semakin buruknya hubungan beliau dengan Khalid, yang turut menjejaskan imej parti.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin terasa bahang daripada dakwaan berlakunya pergeseran dalaman parti, dengan para pemerhati menganggapnya sebagai satu kecacatan dalam kepimpinannya.

Bagaimanapun, bertentangan dengan pendapat umum, Yusmadi menegaskan bahawa parti itu "tidak berpecah", tetapi hanya berdepan dengan "isu pengurusan".

Menurutnya, adalah tidak masuk akal untuk mengharapkan sebuah organisasi baru (seperti PKR) tidak mempunyai masalah seperti itu.

'Mesej saya kepada masyarakat ialah supaya bersama kami dan terus menyokong kami kerana masalah ini boleh diatasi," katanya.

Khalid Ibrahim Akan Tumbang!

Desas-desus 15 ali parlimen PKR cuba menggulingkan menteri bear Selangor disangkal sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini.

TV Selangor melaporkan, Khalid selepas majlis penyampaian geran tanah di Kuala Selangor hari ini, berkata perkara tersebut tidak dalam pengetahuannya.

"Saya tidak tahu," ujarnya.

Ditanya sekiranya wakil rakyat terbabit terus mendesak dengan menghantar memorandum, Khalid berkata beliau bersikap terbuka dan akan menerimanya.

"Saya akan terima dan baca," katanya selepas menyerahkan geran hak milik tanah kepada 44 penduduk Kampung Sungai Yu.

Semalam, naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Ahli parlimen Gombak itu dikatakan meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap pelantikan Faekah Husin sebagai setiausaha politik Khalid yang baru kerana pelantikan itu dibuat tanpa meminta nasihat daripada para pemimpin PKR yang lain.

Faekah pernah bertugas sebagai setiausaha politik kepada presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Azmin juga pada masa lalu pernah secara terbuka menyerang kepimpinan Khalid yang disifatkannya sebagai tidak cekap dan angkuh.

Rayuan Hukuman Penjara Bung Moktar Didengar 1 Julai Ini

Rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin terhadap hukuman sebulan penjara ke atasnya akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 1 Julai ini.

Ketua Pendaftar Zainor Rashid Hassin menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes untuk pihak-pihak memasukkan dokumen yang berkaitan sebelum pendengaran kes rayuan bermula.

Peguam syarie Amli Embong yang mewakili Bung Moktar berkata, pihaknya akan memasukkan kronologi kes dan ringkasan hujahan pada tarikh tersebut.

“Pihak kami telah memfailkan rekod rayuan dan sesalinan telah diserahkan kepada responden dalam kes ini, iaitu Pedakwa Syarie,” tambahnya.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor, Zusyarafain Md Yusof mengesahkan perkara tersebut.

Dalam kes ini, Bung Moktar memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada 19 Mei lalu.

Selain hukuman penjara, beliau juga diperintahkan untuk menjelaskan denda sebanyak RM1,000 yang telah pun dibayar.

Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, iaitu dengan mengahwini pelakon, Zizie Izette A. Samad, 32, pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah nombor 12, Jalan TC2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak.

Pada prosiding hari ini, Bung Moktar, 51, yang hadir bersama dua sahabatnya sempat meluangkan masa bersama petugas media dan berbual tentang Piala Dunia yang sedang berlangsung.

Disoal pasukan pilihannya, Bung Moktar menjawab:”Sudah tentu Argentina kerana ada Messi (Lionel). Saya suka pemain yang lincah.”

5 Pelajar Senior RMC Ditahan Ekoran Kematian Pelajar Tingkatan 4

Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat maktab itu awal pagi semalam, dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, lima pelajar senior itu diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam.

Pelajar yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri. Dia dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi semalam.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Dalam laporan itu, allahyaham pengsan dan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan diberi pertolongan cemas CPR.

Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, pihak tentra membuat laporan polis.

Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Apa Muslihat Azmin?

Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan telah menerima faks peletakan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Faks tersebut diterima tengahari semalam, demikian menurut kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor hari ini.

'Kerajaan negeri menghormati keputusan YB Azmin Ali namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh membuat sebarang komen sehingga ahli lembaga pengarah PKNS menimbangkan peletakan jawatan itu," tambahnya.

Mesyuarat exco meluluskan pelantikan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS pada Februari 2009

Pelantikan itu untuk tempoh dua tahun, berkuatkuasa 10 Februari 2009 dan sepatutnya tamat pada Februari 2011.

Selain beliau, turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah PKNS ialah exco kerajaan negeri Teresa Kok dan Iskandar Abd Samad.

Azmin merupakan naib presiden PKR dan ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Pas Kecoh Apabila Haji Hadi Dikaitkan dengan Wahabi dan Pengganas

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bukan sahaja menafikan, malah menentang keras cubaan mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan pengganas seperti yang diperkatakan pada waktu ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan  berkata, DPPP juga mencabar pihak-pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada rakyat secara terbuka.

"Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengganas tapi juga menentang keras niat dan tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai pengganas," tegasnya.

DPPP semalam, ujarnya mengadakan mesyuarat khas berhubung dakwaan terbaru itu yang dilihat wujud perancangan jahat pihak tertentu bukan sahaja untuk menjatuhkan reputasi Presiden PAS, malah melumpuhkan gerakan Islam di negara ini.

Menurut Nasruddin, jika pihak yang membuat tuduhan gagal mengemukakan bukti, mereka digesa menarik balik dakwaan tersebut dan perlu memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Abdul Hadi serta PAS amnya.

"Jika mereka gagal, mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan terbaru berhubung satu majlis taklimat khusus dan tertutup oleh pihak tertentu mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Wahabi dan termasuk dalam senarai pengganas.

Antara yang turut disenaraikan ialah mantan Mufti dan Menteri Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Datuk Seri Shadidan Kasim serta Mufti Perlis, Dr Juanda.

Thursday, June 24, 2010

Buli Yang Keterlaluan Mengakibatkan Seorang Pelajar RMC Meninggal

Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberikata, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

Taib Mahmud Membayangkan PRU-Sarawak Diadakan Tahun Depan

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Khamis berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri yang mesti diadakan menjelang Julai tahun depan tetapi tidak membayangkan bila ia akan diadakan.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata para pemimpin empat parti komponen BN Sarawak telah diarahkan supaya mempersiapkan diri semasa permukiman tahunan BN negeri selama dua hari yang diadakan di Taman Negara Mulu di Miri, yang berakhir semalam.

"Ia (pilihan raya negeri) boleh diadakan tidak lama lagi atau kemudiannya, ia tidak penting sangat tapi kami sedang menyiapkan diri bagi menghadapinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Napolean Hill Convention 2010 di sini.

Permukiman merupakan forum bagi wakil rakyat BN negeri dan setiausaha-setiausaha politik untuk mengenal pasti isu dan masalah-masalah yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya.

Ketika ditanya jika beliau mempunyai nombor kegemaran, yang mungkin menggambarkan tempoh masa pembubaran dewan undangan negeri bagi memberi jalan kepada pilihan raya, Taib berkata pendekatan sedemikian tidak penting kerana keutamaan BN ialah mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan hanya memenangi pilihan raya.

"Apa yang penting bagi kami (BN negeri) ia untuk memastikan politik berkaitan dengan persoalan memperbaiki kehidupan rakyat dan bukan setakat memenangi perdebatan atau cuba untuk mendapat kuasa," katanya, sambil menambah sesetengah pihak telah mendapat kuasa sedemikian tetapi tidak tahu menggunakannya untuk kepentingan rakyat.

Pada pilihan raya negeri 2006, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi 34 daripada 71 kerusi dewan negeri, diikuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lapan.

Dalam perkembangan sama, Taib berkata persaoalan sama ada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) boleh diterima semula di dalam kerajaan, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pembatalan pendaftarannya, perlu dibincangkan dengan rakan BN negeri yang lain.

"Adalah lebih baik tidak memikirkan mengenai apa yang telah berlaku pada masa lepas kerana kini ia telah selesai (sejak SNAP keluar BN) dan parti-parti lain telah membuktikan prestasi mereka dalam pilihan raya nampaknya berdaya maju," katanya ketika merujuk kepada SPDP, salah satu cabang SNAP dan PRS, yang diwujudkan selepas Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dibatalkan pendaftarannya berikutan krisis kepimpinannya.

"Kamu tidak boleh menyingkirkan mereka dan menggantikannya dengan orang lain," katanya.

Guling Khalid: Akhirnya Azmin Mengalah Untuk Sementara

Naib presiden PKR Azmin Ali terpaksa meletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam selepas gagal menggulingkan Khalid Ibrahim.

Surat perletakkan jawatan Azmin diserahkan tengah hari semalam.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Wednesday, June 23, 2010

Beli Wakil Rakyat Ternyata Anwar Bohong

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaludin serah kepada rakyat untuk menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal menyahut cabarannya supaya membuktikan dalam tempoh 48 jam mengenai dakwaannya bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan PKR.

Katanya Ketua Pembangkang itu jelas telah membohongi rakyat bila bercakap di Dewan Rakyat dengan menuduh UMNO dan Barisan Nasional terbabit dalam kes lompat parti itu.

"Pemuda UMNO akan berbincang dengan peguam untuk langkah selanjutnya tetapi kita mahu rakyat membuat penilaian terhadap Anwar yang gagal muncul menjawab cabaran saya itu," katanya di sidang media di lobi Parlimen, petang Selasa.

Ditanya samada satu tindakan laporan polis akan dibuat kerana kegagalan Anwar menyahut cabaran itu, Khairy berkata, "tidak ada apa tindakan tetapi Anwar kena bertanggungjawab terhadap tuduhannya itu, kata ada bukti tetapi tak nak tunjuk bukti."

"Kita belum memikirkan laporan polis terhadap Anwar kerana menyimpan bukti jenayah kerana kalau ianya rasuah merupakan jenayah," jelasnya.

Menurutnya, sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal tunjuk bukti maka tidak perlulah dibuat laporan polis, dengan sendirinya rakyat tahu Anwar bohong."

Anwar Ibrahim semasa menjawab soalan wartawan di sidang media di lobi Parlimen Khamis lalu berdolak-dalik berhubung dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti beberapa wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibayar RM2 juta.

Katanya beliau tetap akan mendedahkannya kepada umum apabila tiba masanya.

Kalau Saya Masih Berkuasa Lesen Sukan Saya Luluskan: Tun Mahathir

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Kenyataan Bersama Dr Asri dan Mufti Perlis: Serangan Pengganas Dalam Negara Hanya Mainan Politik

Dakwaan Pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik terbukti mempunyai asas yang kukuh, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka mengulas laporan Malaysiakini malam tadi yang menyebut, dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Meskipun Hanya 5 Orang- Konsensus BEBAS Parlimen Berbisa Juga

Mereka hanya lima orang.Namun Konsensus Bebas yang dibentuk oleh lima orang bekas Ahli Parlimen PKR pada 7 Jun lalu terus bikin pembangkang gelisah tidak senang duduk di Dewan Rakyat.

Kalau bergasak dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional itu sudah menjadi lumrah tetapi lain ceritanya kena berdepan dengan bekas rakan taulan yang tahu segala macam tentang ‘lubang’ mereka.

Kisah kononnya antara mereka kena beli RM2 juta seperti dilontar Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi bahan bualan jenaka kerana rupa buktinya belum muncul.

Apa lagi dengan insiden Ketua Pembangkang itu minta wartawan RTM yang desaknya dalam sidang akhbar Khamis di lobi Parlimen lalu tunjuk bukti supaya ‘ shut up’.

Baik Datuk Seri Zahrain Hashim( Bayan Baru),Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu) ,Wee Choo Keong(Wangsa Maju) ,Mohsin Fadzil Shamsuri (Bagan Serai) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) terus nampak relaks berdepan dengan cubaan Anwar untuk conteng arang di muka mereka.

Dalam perbahasan mengenai Rancangan Malaysia ke 10 selain bercakap mengenai butir-butir rancangan berkenaan Zahrain dan Wee turut lepas balik bom terhadap Anwar dan pembangkang.

Kita sudah dengar isu video seks ADUN Bukit Lanjan,Elizabeth Wong yang didakwa Zahrain dan jenuh dinafi Anwar.

Kini ramai yang tertunggu untuk mendengar apa pula reaksi Penasihat PKR itu mengenai dakwan beliau lulus lesen judi di Sabah masa jadi Menteri Kewangan dulu seperti dibangkit oleh Wee.

Tidak kurang menarik langkah Ahli Parlimen Wangsa Maju itu mempersoalkan sikap double standard Anwar dan PAS mengenai arak dan judi.

Tan yang tampil sebagai pembahas konsensus itu untuk RMK10 Selasa nampaknya lebih jinak dan menumpukan hujahnya pada hal pembangunan.

Zulkifli pula yang tidak sempat berucap meneruskan perangnya dengan pembangkang menerusi laman blognya.

Dalam tulisannya dibawah tajuk ‘ARAK HALAL?’ ,Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu menghuraikan lebih lanjut apa yang dibangkitkan oleh rakannya Wee dalam perbahasannya.

Berikut ialah tulisan penuh Zulkifli:

Salam 2 all.
Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?
Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"- ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya.

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin 08 Rejab 1431 21 Jun 2010

Blog Archive