Showing posts with label pkfz. Show all posts
Showing posts with label pkfz. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Apa Istimewanya Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Sehingga Kerajaan Mesti Bayar RM 723 Juta Hari Ini??

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri semalam memberi jaminan bahawa kerajaan akan membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kita mempunyai komitmen dengan pemegang bon, justeru kita akan menunaikan tanggungjawab itu,” katanya di Dewan Rakyat semalam pada sesi penggulungan berhubung kementeriannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beliau menjawab soalam Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang ingin tahu sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat sebarang bayaran kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), memandangkan terdapat pertikaian perundangan di antara kedua-dua mereka.

PKA dijadualkan membayar RM723 juta kepada pemegang bonnya hari ini 30 jun 2010 meskipun ia telah mengheret KDSB ke mahkamah atas dakwaan mengenakan bayaran yang lebih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Lim juga meminta PKA membayar RM328 juta sebagai bayaran cukai tertunggak yang dihutang oleh KDSB.

Berdepan senario seumpama itu, Lim mencadangkan kerajaan sepatutnya mempertimbangkan penubuhan akaun pihak ketiga sehingga semua perbalahan diselesaikan.

Sekiranya PKA memutuskan membayar kedua-dua pihak, mereka terpaksa mengeluarkan lebih RM1 bilion.

Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata PKA sepatutnya tidak membuat sebarang bayaran kepada pemegang bon kerana KDSB sepatutnya mencari dana berkenaan untuk membiayai projek PKFZ melalui pengeluaran bon bernilai RM4.6 bilion.

“Tanggungjawab PKA bukan terhadap pemegang bon KDSB',” hujah Pua.

Pada sidang akhbarnya sebelum itu, Pua berkata kerajaan sepatutnya menangguhkan bayaran kepada KDSB sehingga mahkamah membuat keputusan.

"PKA boleh menangguhkan bayaran kepada pemegang bon KDSB atas alasan KDSB gagal menyiapkan kerjanya. PKA juga boleh menolak bayaran kepada LHDN atas alasan yang sama. Jadi jika PKA berkata 'Saya tidak berhutang kepada KDSB', maka ia tidak perlu membayar cukai kepada LHDN,” jelasnya.

Thursday, November 05, 2009

Nizar News: Lim Kit Siang Bertempik: Isu PKFZ Terselongar

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kini segala-galanya terserah kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh PAC.

Beliau berkata, personaliti yang dikaitkan dalam laporan PAC itu bukan sekadar bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang sahaja tetapi juga pegawai-pegawai kanan kementerian yang lain.

Azmi menambah, laporan yang disediakan oleh PAC itu mendedahkan berlakunya pecah amanah dan salah laku dalam pelaksanaan projek PKFZ itu dan terserahlah kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada. “Kita tidak tahu, apakah benar-benar berlaku korupsi.

Ada setengahnya mungkin kerana kecuaian dan ada pula kerana tidak mengetahui apa yang berlaku. “Tapi apa jua tindakan yang akan diambil nanti, segala-galanya terserahlah kepada pihak polis atau SPRM untuk menyiasat dengan lebih lanjut," ujarnya. Beliau mengingatkan bahawa PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk bertindak,tetapi sebaliknya hanya berkuasa untuk mengemukakan syor kepada kerajaan,” katanya kepada para pemberita di lobi bangunan Parlimen,

Rabu. Azmi juga menjelaskan, akibat daripada apa yang telah berlaku dalam projek PKFZ ini, kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar menerusi penerbitan bon jaminan untuk membiayainya. Malah Azmi turut menyatakan perasaan sedihnya akibat daripada apa yang telah berlaku kerana ia bukanlah kejadian yang pertama kali.

“Telah banyak kes seumpama ini didedahkan menerusi laporan audit, tetapi malangnya kita masih lagi dapat menyaksikan perkara yang sama terus berulang," ujarnya. Tetapi, tegas Khalid, kerajaan mempunyai iltizam yang tinggi untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi

Wednesday, November 04, 2009

Nizar: Isu PKFZ:Chan Kong Choy Pecah Amanah

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengesyorkan supaya bekas menteri pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy disiasat terhadap dakwaan pecah amanah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

PAC juga mengesyorkan siasatan turut dijalankan terhadap bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang.

Menurut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, lapor Bernama."

Jawatankuasa dimaklumkan oleh Peguam Negara bahawa tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Chan Kong Choy, (bekas) Menteri Pengangkutan dan ketiga-tiga surat akujanji yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar LPK (Lembaga Pelabuhan Kelang) secara tersirat atau bersifat jaminan daripada kerajaan yang meletakkan tanggungan ke atas kerajaan untuk memastikan ada peruntukan yang membolehkan LPK memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian Pembangunan.

"Oleh itu, siasatan rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia/Polis Diraja Malaysia terhadap perkara ini kerana ia dikeluarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Tatacara Kewangan 1957," kata laporan itu.

Selain itu, tindakan Chan dan Phang juga boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 409 yang dibaca bersama Seksyen 409B Kanun Keseksaan.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan hukuman denda jika sabit kesalahan.

Laporan PAC yang diketuai Datuk Seri Azmi Khalid juga berpendapat surat akujanji yang dikeluarkan oleh Phang adalah bertentangan dengan keputusan kerajaan kerana semasa meluluskan projek PKFZ, kerajaan telah memutuskan supaya ia dibiayai sendiri oleh LPK.

Sehubungan itu, Phang dan Kementerian Pengangkutan didapati gagal
memaklumkan kabinet dengan awal mengenai ketidakupayaan LPK untuk membiayai sendiri projek itu walaupun perkara tersebut telah dibangkitkan dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan LPK bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

Selain itu, mereka juga didapati gagal berunding dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi mendapatkan peruntukan bagi membiayai projek itu.

Pengurus besar LPK itu juga didapati telah melakukan "gambaran yang salah" apabila mengeluarkan surat akujanji kepada pemegang amanah PDS iaitu OSK Securities Berhad yang menyatakan bahawa LPK akan meminta kerajaan untuk meremit dana daripada peruntukan bajet ke "akaun rizab khas" atau "kod khas akaun" yang diuruskan oleh LPK memandangkan LPK tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

Nizar: Tekanan Kepada Najib Apabila Laporan PAC Isu PKFZ Ke Parlimen Hari Ini

Pentadbiran Najib akan tertekan apabila laporan PAC mengenai isu PKFZ akan dibincang di Parlimen hari ini.

Difahamkan terdapat beberapa mantan menteri atau pegawai kerajaan dikatakan cuai dalam isu kontravesi PKFZ.

Ahijawatankuasa PAC- Tony Pua (DAP-PJ Utara berkata: lebih 10 orang dalam lembaga pengarah PKFZ dikatakan cuai semasa menjalankan tugas.

Tony selanjutnya berkata: AJK PAC hanya membuat laporan apa yang ditemuikan, terpulang kepada pihak terbabit untuk membuat tindakan selanjutnya.

Dalam laporan PAC itu juga akan dipaparkan nama-nama menteri dan pegwai-pegawai yang terlibat, namun terpulang kepada parlimen untuk membongkarnya.

Laporan PAC ini merupakan maklumat yang ke tiga mengenai projek PKFZ yang menelan kos hampir RM 12 billion.

PKFZ dibawah tanggungjawab kementerian pengangkutan. Menteri-menterinya semuanya dari MCA, yakni Ong Tee Kiat, Chan Kong Choy dan Ling Liong Sik.

Friday, October 02, 2009

PKFZ: Kebocoran Wang Negara Terbesar Abad Ini

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang 1 (Port Klang Free Zone - PKFZ)Zon Bebas Pelabuhan Klang - Port Klang Free Zone (PKFZ) merupakan salah satu projek mega yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.

Namum, projek ini telah tukar menjadi skandal yang paling hebat (jauh lebih hebat walaupun dibandingkan dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance yang berlaku pada 80-an) dalam masa 7 tahun selepas dilaksanakan.

Hal ini demikian kerana penyalahgunaan kuasa yang berlaku terutamanya dalam urusan penjualan tanah.

Kerugian yang berlaku dalam Skandal Bumiputra Malaysia Finance dikatakan menjangkaui 2.6 Billion. Daripada 2.6 Billion itu, pinjaman 2.4 Billion itu hanya diluluskan kepada satu individu sahaja. Skandal ini telah menyebabkan krisis ekonomi dalam sektor perbankan kepada negara kita sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini.

Sekiranya kerajaan tidak bercampur tangan dalam pentadbiran Port Klang Free Zone (PKFZ) ini, kerugiannya dijangka akan melampung ke 12 Billion, manakala kerugian yang terlibat dalam Skandal Bumiputra Malaysia Finance dikatakan sebanyak 2.6 Billion, sekiranya Skandal Bumiputra Malaysia Finance digelar sebagai "mother of scandal" pada masa itu, maka tidak munasabah Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ini boleh digelar sebagai "grandmother of scandal" dimana kerugiannya jauh lebih hebat berbanding dengan Skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Walaupun skandal ini telah dibongkarkan 7 tahun yang lepas, namum dikatakan terdapat pihak yang cuba sedaya upaya untuk menyembuyikan skandal.

Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mengkuti perkembangan kes ini sejak awal lagi telah mengatakan laporan dari PWC (PricewaterhouseCoopers) tidak menyeluruh.

Laporan itu hanya mencerminkan sebahagian daripada perkara/kebenaran yang sedang berlaku.Adakah apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang itu berasas? iaitu terdapat pihak yang cuba menyembuyikan kebenaran yang berlaku dalam skandal ini?

Sekiranya kita melihat kepada 2 faktor yang berikut, kenyataan Lim ini mungkin berasas iaitu dokumen yang dikemukakan oleh pasukan siasatan lantikan Kementerian itu masih tidak didedahkan kepada umum dan langkah kerajaan menubuhkan satu lagi pasukan khas yang menyiasatkan skandal ini.

PKFZ merupakan salah satu projek mega yang dijalankan di Malaysia dan diwartakan dalam Rancangan Malaysia Ke 7 dengan kelulusan kabinet.

Tetapi kenapa rancangan ini tidak dikawal secara rapi? Mungkinkah wujud satu kuasa yang cuba menyembuyikan skandal daripada diketahui rakyat jelata?PKFZ telah mendapat idea dari projek Jebel Ali Free Zone yang terletak di Dubai atas sokongan Perdana Menteri masa itu.

Projek ini telah diluluskan oleh kabinet pada bulan march 1993, Tujuan projek ini adalah untuk menjadikan Port Klang sebagai pusat urusan kargo yang utama di malaysia dan juga di kawasan serantau.

Namun selepas 7 tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak 2003, ia telah bertukar menjadi satu lagi projek "gajah putih" (projek yang tidak dapat direalisasikan) di Malaysia malah telah mencemari prestij kerajaan Barisan Nasional.

Menurut kenyataan audit yang dikemukakan oleh PWC (PricewaterhouseCoopers), kerugian yang membabitkan Port Klang Free Zone (PKFZ) buat masa sekaranga ialah 1.957 billion. Sekiranya bayaran ini tidak dapat dijelaskan, kosnya akan meningkat menjadi 12.453 billion pada tahun 2051.

PricewaterhouseCoopers juga menyatakan beberapa faktor berlakunya skandal FKFZ antaranya ialah kecuaian dalam urusan pembelian tanah, pengurusan yang tidak cekap, konflik kepentingan yang berlaku dan sebagainya.Parti pembangkang sejak awal lagi telah mengutuk projek ini kerana ia bakal menjadi skandal yang paling besar yang pernah wujud di Malaysia.

Skandal PKFZ sebenarnya bukan lagi isu baru, malah ia telah dikemukakan oleh pemimpin DAP Bahagian NGO, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Selangor sekarang) pada tahun 2003.

Ronnie Liu pernah membuat 4 kali laporan polis dan badan pencegah rasuah (BPR, kini bertukar menjadi SPRM) pada masa itu supaya pihak berkenaan boleh memulakan penyiasatan terhadap urusan penjualan tanah dan kos pembangunan kerana ia mungkin melibatkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Pada 29 August 2007, Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kapar iaitu Ang Hiok Gai, juga pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.Namum mereka tidak menampakan tindakan susulan polis.

Jumlah yang terlalu besar dalam skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ini memaksa pihak pentadbiran mengisukan "Obligasi" untuk membangunkan kawasan tersebut sekiranya kerajaan tidak bercampur tangan untuk menyelamatkan Port Klang Free Zone (PKFZ), namum langkah ini mungkin membawa Port Klang Free Zone (PKFZ) ke arah pengisytihran muflis menjelang tahun 2012.

Menurut maklumat, Port Klang Free Zone (PKFZ) mempunyai skim simpanan 50 juta tetapi ia telah disia-siakan atas kesilapan pentadbiran, kesilapan ini telah menjadikan mereka terpaksa menanggung hutang.Skandal ini merupakan satu lagi contoh bagaimana pihak tertentu mengelapan wang melalui pelaksanaan projek mega.Sehingga kini, mereka masih cuba pelbagai cara untuk menutup skandal ini daripada pengetahuan orang ramai, walaupun isu ini berjaya dibongkarkan dan menerima tekanan hebat daripada pihak pembangkang dan juga NGO.

Kuasa politik dan mahkamah menjadi pilihan kepada mereka untuk menutup isu ini supaya menghalalkan perbuatan mereka.

Namum rakyat kini sudah tidak takut kepada kuasa ini selepas melalui tsunami politik (kesedaran politik) pada 8 march 2008, malah pilihan raya kini dijadikan jalan untuk menghukum pihak pentadbiran.

Sekiranya kerajaan masih mahu mendapat semula sokongan rakyat, pendedahan yang menyeluruh dalam skandal Port Klang Fre Zone (PKFZ) mungkin merupakan satu langkah daripadanya.

Friday, September 18, 2009

PKFZ: Suruhanjaya Diraja Perlu bagi merungkai salah guna kuasa

Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu. "Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata Mahfuz.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Mahfuz juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan. Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi.

KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ. KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi.

Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil. Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003 Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Sunday, September 13, 2009

Petugas Khas Tak Cukup: Suruhanjaya Diraja PERLU siasat PKFZ

Kabinet hanya menubuhkan pasukan petugas bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

Semnetara itu PAS, menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut. "PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

"Di akhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya," Pas menyifatkan pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri.

Apa yang lebih membimbangkan menurut parti Pas, hasil siasatan ke atas skandal tersebut sebelum ini mengaitkan tokoh-tokoh politik dari Barisan Nasional (BN).

Antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.

Menurut parti Pas mereka tidak menolak akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh pasukan tersebut nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

"Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu suruhanjaya di raja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan wakil NGO yang berkaitan.

"Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini,". Rakyat, , pasti ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam projek tersebut dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Selain itu tuduhan kepada Ong Tee kiat yang dikatakan menerima 10 juta daripada Datuk Tiong yang ada kaitan secara langsung dengan pembinaan projek berbilion ringgit ini.

Sisatan terhadap Ong Tee Kiat masih berjalan, dan rakaman percakapannya telahpun dirakam oleh pihak sprm.

Blog Archive