Showing posts with label PRU Sarawak. Show all posts
Showing posts with label PRU Sarawak. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Pas salahkan Baru Bian punca parti itu kalah teruk di Sarawak

Salah satu analisis awal Pas, atas sebab apa parti itu kalah mutlak di Sarawak, walaupun parti itu telah bertapak di bumi kenyalang lebih 10 tahun lalu adalah pengumuman awal-bahawa Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri jika Pakatan menang.

Salain menyalahkan Baru, Pas juga menyalahkan kehadiran para pemimpin di Semenanjung, di mana para pemimpin tersebut tersalah anggap dengan keramahan penduduk Sarawak. Dengan ramahnya penduduk Sarawak, disalah anggap sebagai menyokong.

Saturday, April 16, 2011

Keputusan muktamad PRN ke 10 Sarawak

N1 Opar SUPP SUPP
N2 Tasik Biru SPDP SPDP
N3 Tanjong Datu PBB PBB
N4 Pantai Damai PBB PBB
N5 Demak Laut PBB PBB
N6 Tupong PBB PBB
N7 Samariang PBB PBB
N8 Satok PBB PBB
N9 Padungan PKR DAP
N10 Pending DAP DAP
N11 Batu Lintang DAP PKR
N12 Kota Sentosa DAP DAP
N13 Batu Kawah SUPP DAP
N14 Asajaya PBB PBB
N15 Muara Tuang PBB PBB
N16 Bengoh SUPP SUPP
N17 Tarat PBB PBB
N18 Tebedu PBB PBB
N19 Kedup PBB PBB
N20 Sadong Jaya PBB PBB
N21 Simunjan PBB PBB
N23 Lingga PBB PBB
N22 Sebuyau PBB PBB
N24 Beting Maro PBB PBB
N25 Balai Ringin PRS PRS
N26 Bukit Begunan PRS PRS
N27 Simanggang SUPP SUPP
N28 Engkilili SNAP SUPP
N29 Batang Ai PRS PRS
N30 Saribas PBB PBB
N31 Layar PBB PBB
N32 Bukit Saban PBB PBB
N33 Kalaka PBB PBB
N34 Krian SPDP PKR
N35 Belawai PBB PBB
N36 Semop PBB PBB
N37 Daro PBB PBB
N38 Jemoreng PBB PBB
N39 Repok SUPP DAP
N40 Meradong DAP DAP
N41 Pakan SPDP SPDP
N42 Meluan SPDP SPDP
N43 Ngemah SNAP PRS
N44 Machan PBB PBB
N45 Bukit Assek DAP DAP
N46 Dudong SUPP DAP
N47 Bawang Assan SUPP SUPP
N48 Pelawan SUPP DAP
N49 Nangka PBB PBB
N50 Dalat PBB PBB
N51 Balingian PBB PBB
N52 Ramin PRS PRS
N53 Kakus PRS PRS
N54 Pelagus PRS IND
N55 Katibas PBB PBB
N56 Baleh PRS PRS
N57 Belaga PRS PRS
N58 Jepak PBB PBB
N59 Kidurong DAP DAP
N60 Kemena PBB PBB
N61 Bekenu SPDP SPDP
N62 Lambir PBB PBB
N63 Piasau SUPP DAP
N64 Pujut SUPP DAP
N65 Senadin SUPP SUPP
N66 Marudi SPDP SPDP
N67 Telang Usan PBB PBB
N68 Bukit Kota (Limbang) PBB PBB
N69 Batu Danau SPDP SPDP
N70 Ba'kelalan SPDP PKR
N71 Bukit Sari (Lawas) PBB PBB

PBB bertanding 35 menang 35, PRS 9 menang 8, SPDP 8 menang 6, SUPP 19 menang 6

Keputusan Muktamad: BN 55; DAP 12, PKR 3, Bebas = 1, Pas=0, PCM=0

Walaupun dihentam habis-habisan PBB menang Mutlak

Puan Sri Ragad Kurdi Taib memeluk suaminya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Barisan Nasional memperoleh kemenangan dua pertiga pada pilihan raya negeri ke-10 sambil diperhatikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainiee Abdul Rahman di kuching, malam Sabtu.

Rupanya jam Omega memukul maut PKR

Daripada 49 Kerusi yang ditandingi PKR dalam PRN Sarawak yang ke 10, hanya 2 kerusi tambahan kepada kemenangan satu kerusinya pada PRN Sarawak tahun 2006. Rupanya jam omega dan dakwaan RPK tentang kredibiliti Anwar mempunyai impak kepada calon-calon PKR.

Kawasan-kawasan yang dimenangi PKR adalah di N11 Batu Lintang-kerusi asal DAP , N34 Krian mengalahkan calon SPDP DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE  dan N70 Ba'kelalan melalui Baru Bian-yang konon akan dilantik sebagai Ketua Menteri jika Pakatan menang.

Keputusan PRN Sarawak: BN:55-DAP:12-PKR:3-Bebas 1

Tahniah BN, Tahaniah PM dan Tahniah Pehin Seri Taib dan tahniah seluruh jentera BN. Kepada Datuk Ahmad Maslan dan Datuk VK Liew terima kasih untuk maklumat dan updates.

Belumpun Taib Mahmud angkat Sumpah-- Khairy minta letak jawatan cepat-cepat

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.

Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.

Taib kekalkan Balingian-George Chan tumbang di Piasau- BN menang 2/3

Seperti yang diramal Presdien SUPP Tumbang di DUN Piasau, sementara Taib kekalkan kerusi Balingian.

Keputusan tidak rasmi BN telah menang di 52 DUN, 4 kerusi lebih bagi majoriti 2/3.

Isu yang difokuskan kepada Taib Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak, tidak menghalang parti itu menyapu bersih kerusi-kerusi yang ditandinginya. PBB bertanding 35 Kerusi, SUPP 19, PRS 9 dan SPDP 8.

Pada PRN Sarawak ternyata slogan Pakatan UBAH tidak mendapat sambutan pengundi Bumiputera.

Bagi kerusi Ba'Kelalan adalah keadaan terpencil, kerana Baru Bian calon PKR merupakan calon Ketua Menteri, jika Pakatan menang.

Ramalan Zentrum sebelum ini, bahawa Pakatan menang dan BN hanya mendapat 21, adalah ramalan sampah.

Anwar tinggalkan Sarawak-PR No Hope-Laporan Zentrum Sampah!!

Anwar telah tinggalkan Sarawak, menunjukkan bahawa PR tiada harapan. PR bukan sahaja tidak menang, malah dijangka tidak mampupun mengurangkan kuasa 2/3.

PR beberapa jam yang lalu mencangkan perang saraf kononnya PR sudah menang, memaksa TPM membuat kenyataan agar rakyat yang belum turun mengundi supaya turun mengundi. Ada satu jam lagi bagi penduduk Sarawak untuk mengundi.

SMES para pemimpin BN pada masa ini, BN mendahului di 58 DUN, sementara di Ba'Kelalan, proses pengiraan undi sedang berjalan. Dua Peti belum dikira-calon PKR Baru Bian mendahului 200 undi.

2 Jam lagi proses pengundian ditutup: laporan simpang siur bertubi-tubi

Twitter MP Kuala Selangor  P Kamalanathan:Sarawak Latest; Exit Polls show that BN is leading in 58 seats, Opposition in 8 & 5 more seats - very close. BN almost certain of 2/3 Maj.22 minutes ago

SMS Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri VK Liew dan Ahmad Maslan-BN setakat ini mendahului di 50 DUN

PRN Sarawak: BN dalam bahaya?

KUCHING, 16 April —Walaupun Barisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi saingan menyengat yang tidak pernah disaksikan, kata penganalisis.

Pengundian bermula pagi tadi dan akan berahir 5 petang ini.

Menurut penganalisis, kuasa Pakatan Rakyat di Sarawak kini nampak lebih yakin di Sarawak yang mana gabungan tiga parti itu bertanding pada pilihan raya di bawah tiket Pakatan Rakyat.

Mereka berkata demikian ekoran kempen Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pengundi yang menentang kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mana ia telah menimbulkan sama ada persoalan kenapa BN masih mampu mengekalkan kuasa di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat mengakui matlamat untuk menang besar agak mustahil, namun kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan satu keputusan matlamat itu boleh dicapai.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat dilihat akan memenangi 34 kerusi DUN dengan DAP menang 13 dari 15 kerusi, diikuti PKR dengan 19 dari 49 kerusi dan PAS menang dua dari lima kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan kemenangan dua pertiga BN dan 36 kerusi untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak.

Kemenangan Pakatan Rakyat itu dijangka diperoleh sebahagian besar dari kawasan bandar dan kawasan separa bandar, terutamanya yang terletak di bandar-bandar utama dan pinggir bandar.

Penganalisis dilihat sepakat mengatakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar, menunjukkan suasana politik di Sarawak mula mengalami perubahan besar sejak minggu lalu.

Pengundi pula berkata mereka bukan sahaja tahu mengenai keadaan politik yang berlaku namun bersedia sepenuhnya membantah pentadbiran Sarawak sedia ada.

Sebanyak 1,749 pusat mengundi dibuka hari ini dan 979,796 pengundi berdepan dengan pilihan sukar sama ada mahu “mengundi untuk perubahan” atau undi untuk “tranformasi”, dua mesej kempen olah Pakatan Rakyat dan BN sepanjang 10 hari berkempen.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Dr Faisal Syam Haziz yang memerhati perjalanan kempen berkata sejak 10 hari lalu pengundi merentasi semua etnik komuniti melahirkan rasa kecewa kepada Taib atau lebih dikenali sebagai “Pek Moh”.

“Mesejnya jelas. Rakyat menuntut perubahan dan saya nampak ia walaupun di kawasan komuniti Dayak.

“Ramai dari mereka kecewa dengan BN... anda boleh rasa sentimen ini. Janji dibuat untuk sediakan air dan jalan, beri pekerjaan tapi ia hanya dibuat pada pilihan raya,” katanya.

Faisal berkata prestasi kempen yang dibawa Pakatan Rakyat menyebabkan berlaku undi protes - yang kecewa dengan BN tetapi tidak semestinya menyokong polisi Pakatan Rakyat.

Tetapi pensyarah itu berkata keadaan ini tidak akan menyerupai tsunami politik 2008 kerana Sarawak berbeza sama sekali dengan Semenanjung.


“Isunya berbeza di sini, biar saya katakan - saya rasa Pakatan Rakyat akan menang lebih kerusi dan boleh menafikan kemenangan dua pertiga tapi ia pertandingan yang sengit dan tiada siapa tahu parti mana akan menang,” katanya.

Faisal juga menekankan faktor utama adalah manipulasi dan sogokan, yang dijangkakan akan berlaku hari ini.

Bagaimanapun ia telah terjadi apabila ada aduan mengatakan ejen-ejen BN mula memberikan pengundi antara RM100 sehingga RM2,000.

Kampung dan kawasan pendalaman pula mendakwa menerima RM6,000.

“Dan lihat, Pakatan Rakyat bukan hanya berdepan BN yang telah gunakan jentera pilihan raya yang besar, ia juga berdepan seluruh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Anda boleh perhatikan bagaimana ia sentiasa digunakan di kawasan luar bandar; Kemas, Jabatan Pelajaran, polis, semua jabatan dan menteri membantu kempen pilihan raya itu,” katanya.

Faisal menyifatkan ia sebagai “politik panadol” kerana ia akan sekat Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi.

“Ini yang buatkan rakyat selesa, projek mi segera dan pemberian diberikan supaya mengundi BN tapi lepas pilihan raya mereka menderita semula,” katanya.

Beliau mendakwa jika Pakatan Rakyat dan BN bertanding atas satu gelanggang yang sama rata, Pakatan Rakyat boleh menafikan kemenangan dua pertiga BN dan mempunyai peluang besar untuk memenangi pilihan raya negeri itu.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia Profesor Jayum Anak Jawan kurang yakin peluang Pakatan Rakyat, tetapi bersetuju akan berlaku satu perubahan yang besar berbanding 2006.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP hanya menang enam kerusi dan PKR satu kerusi. Jayum mengakui Pakatan Rakyat berdepan dengan kempen yang kuat dan telah berjaya menembusi kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Saya melihat ramai yang begitu teruja pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri.

“Tapi kawasan Bidayuh dan Melayu/Melanau agak sukar... lagipun kawasan ini BN meletakkan muka baru,” katanya.

Tapi Jayum menjangkakan Pakatan Rakyat masih tidak akan memenangi pilihan raya negeri itu dan keputusan pada malam ini tidak mengejutkan.

Beliau menjelaskan kebanyakan komuniti seperti Melayu/Melanau, Iban dan Bidayuh setia kepada kerajaan negeri sedia ada.

“Mereka mungkin tidak gembira dan mengadu tanah mereka dicuri tapi pada pada masa sama mereka akan kekal mengundi BN. Jangan tanya saya kenapa, saya tidak boleh jawab,” katanya.

Jayum berkata lebih banyak diperlukan untuk “menggoncang” komuniti Dayak keluar dari politik sedia ada kerana mereka kelihatan tidak akan “bertukar kapal.”

“Atas dasar itu saya tidak yakin mereka akan tinggalkan kerajaan yang ada,” katanya.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara Profesor Shaharudin Badaruddin bersetuju dengan pandangan itu dan berkata, ia adalah bertandingan yang paling sengit yang pernah disaksikan.

Beliau menjelaskan pada pilihan raya 2001 dan 2006, pengundi tidak keluar mengundi dan kebanyakan mereka lebih selesa menjalankan kerja seharian daripada menyertai mana-mana ceramah politik.

Shaharudin berkata beliau terkejut dengan perubahan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai “arus kuat” di negeri itu.

“Ia agak luar biasa untuk lihat perubahan ini, saya melihat pemandu lori kaum Cina mengibar bendera PAS.

“Saya cuba mengambil bendera PKR sekali tetapi dimarahi seorang wanita Bidayuh, memberi amaran jangan merosakkan bendera itu.

“Dan, ia berlaku di kawasan luar bandar. Ini juga akan berlaku protes bagi pengundi Melayu... jadi dengan mudah mereka akan dapat lebih 19 kerusi atau nafikan kemenangan dua pertiga BN,” katanya.

Sejauh mana ketepatan ramalan Zentrum

Menjelang saat-saat akhir waktu kempen, Pakatan Rakyat (Pakatan) besar kemungkinan dapat menafikan dua pertiga BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila maklumat dari dalam BN sendiri merasakan begitu.

Menurut sumber itu, BN hanya yakin mendapat 41 kerusi sahaja (kawasan putih) manakala Pakatan pula mendapat 19 kerusi (hitam) manakala 11 kerusi lagi kelabu dan sedang diperjuangkan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun, kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies pula memberikan kemenangan kepada Pakatan dalam PRN kali ini apabila kajian mereka menunjukkan sokongan kepada PR sudah 40 peratus berbanding BN 39 peratus, Snap 17 peratus dan Bebas empat peratus.

Laporan Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction Period 3 yang dikeluarkan hari ini mendapati Pakatan akan menang 28 kerusi, BN 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala Bebas tiga kerusi.

Menurut laporan itu, PAS akan menang di tiga kerusi iaitu Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dua lagi kerusi PAS iaitu Sebuyau dan Sadong Jaya didahului sedikit oleh calon BN.

Laporan itu juga mendapati, calon Bebas, Datuk Salleh Jafarudin mendahului Tan Sri Taib Mahmud di Balingian dengan majoriti yang kecil.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian juga mendahului calon BN di Ba'kelalan.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya yakin Pakatan bersama parti pembangkang yang lain akan berjaya menyekat kuasa dua pertiga BN dalam DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Namun begitu, kebimbangan diberikan oleh pengkaji politik James Chin apabila beliau menjangkakan BN akan melemparkan bom karpet (carpet bombing.

Bom karpet adalah istilah yang diberikan kepada serangan besar-besaran terhadap pengundi dengan memberikan wang dan barangan untuk membeli undi.

Pensyarah Universiti Monash ini menjangkakan, Pakatan akan mendapat antara 12 ke 27 kerusi.

PRN Sarawak: Akan berlaku tsunami politik? atau sejauh mana survival Taib dan BN?

Selepas tsunami politik Mac 2008, arena politik negara menyaksikan satu lagi detik penting yang akan menjadi ukuran populariti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Jika tiga tahun lalu, sekitar 11 juta orang pengundi menyertai gelanggang memberi mandat pada pilihan raya umum ke-12, yang turut menyaksikan pilihan raya Dewan Undangan Negeri semua negeri kecuali Sarawak, hari ini hampir sejuta pengundi menjadi harapan kepada kedua-dua perikatan itu dan juga calon-calon Bebas — dalam pilihan raya negeri Sarawak yang paling sengit.

Pun begitu, pilihan raya hari ini untuk melihat survival Taib dan BN.

Kepimpinann Taib genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa — membawa kepada keluarga dan rakan-rakannya mengumpulkan kekayaaan.

Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini — hari penentuan — sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.

Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006.

Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.

Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.

Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.

Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”

Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan.

Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya.

Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa.

Kenyataan ini yang dikeluarkan pada malam Ahad lalu membuktikan isu Taib mendominasi pilihan raya negeri ini, yang buat pertama kali sengit dalam sejarah negeri Sarawak itu yang mempunyai penduduk tidak sampai tiga juga orang.

Bagaimanapun seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan Najib itu, Taib berkata, beliau bersedia melepaskan kedudukannya dalam “beberapa tahun.”

Menurut pemimpin-pemimpin veteran seperti Lim Kit SIang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang pernah berada dalam kerajaan sebelum dipecat pada September 1998, ini bukan kali pertama cakap-cakap mengenai peralihan kuasa muncul.

Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa Taib pernah membuat janji-janji sedemikian tetapi tidak pernah menunaikan.

Najib dengan jelas melihat Taib sebagai liabliti dalam pilihan raya. Malah beberapa pemimpin Umno kanan yang ditemui awal tahun lalu juga pernah melahirkan pandangan sedemikian, ketika wujud desas-desus pilihan raya negeri akan diadakan pertengahan tahun lalu.

Jika tidak, berbanding sebelum ini, ini kali pertama seorang perdana menteri dan timbalannya menghabiskan sebahagian besar masa mereka membantu jentera BN termasuk tidak mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu.

Perkara ini juga diperakui oleh media-media yang prokerajaan pusat dan BN.

Laporan Bernama Online malam tadi menyebut, mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang hari ini (semalam), Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

“Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Menteri Kewangan.

Kata laporan itu, Najib telah muncul sebagai tunggak kempen BN selepas pembangkang melancarkan “serangan” bertalu-talu terhadap tempoh lama Taib Mahmud memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

Bertolak daripada dakwaan dan label Taib sebagai “liabiliti” kepada BN kali ini, laporan-laporan media memetik pemimpin parti komponen BN sendiri melemparkan kenyataan bahawa jika BN Sarawak gagal memperlihatkan kembali prestasi lalu khususnya membabitkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Umno, MCA dan Gerakan akan mengembangkan sayap masing-masing ke bumi Kenyalang ini.

Meskipun ada yang menganggap bahawa pilihan raya ini hanya pungutan suara ke atas kepimpinan Taib, tetapi ada juga yang melihat mandat hari ini juga akan menjadi ujian kepada kredibiliti dan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Najib. Tahun ini genap dua tahun Najib menjadi perdana menteri dengan gagasannya itu.

Populariti beliau dikatakan masih tinggi, dalam lingkungan 69 peratus sebagaimana diumumkan oleh kajian Merdeka Center akhir tahun lalu. Najib sendiri cuba mengadakan pertemuan dengan masyarakat Kristian di Sarawak bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Sebagaimana dikatakan oleh presiden Aliran, P. Ramakrishnan, kerajaan persekutuan sendiri berkempen di Sarawak.

Jika Taib gagal di Sarawak hari ini, ia juga dilihat sebagai petanda kepada gagasan 1 Malaysia Najib.

Sebagaimana pernah dikatakan awal bulan ini kepada Reuters oleh Najib, keputusan malam ini akan menjadi penentu dan kayu ukuran kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 - yang pertama di bawah kepimpinan Najib.

Friday, April 15, 2011

2 jam lagi kempen PRN Sarawak ditutup-BN diramal kekal dengan majoriti 2/3

Selepas 9 hari tempoh berkempen, nampaknya slogan Pakatan UBAH tidak menjadi. PBB yang bertanding 35 kerusi diramal akan menang keseluruhannya. Namun ada kemungkinan PRS dan SPDP akan kehilangan masing-masing dua kerusi; ini bermakna daripada 17 kerusi yang ditandingi PRS akan menyumbang 7 dan 6. Dengan jumlah tersebut bermakna BN mendapat 48, jumlah mencukupi memerintah dengan majoriti 2/3. Apapun keputusan bagi kerusi yang ditandingi SUPP, tidak akan mempengaruhi kuasa 2/3 BN di Dun Sarawak.

Jika SUPP kecundang di 12 DUN yang ditandingi, bererti parti itu akan menyumbang 7 kepada BN Sarawak. Sebelum DUN dibubar SUPP mempunyai 11 kerusi di DUN Sarawak.

PRN Sarawak: Esok penentuan

ESOK tanggal 16 April 2011, rakyat di seluruh Sarawak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi menentukan masa depan Bumi Kenyalang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tentunya, setiap undi amat penting dalam membentuk pentadbiran baru di negeri itu bagi menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan program pembangunan diteruskan demi kepentingan rakyat.

Setiap parti mempunyai tempoh sehingga tengah malam ini untuk berkempen tetapi rakyat pastinya sudah membuat penilaian terbaik sebagai wakil mereka untuk menyuarakan segala masalah dan kesulitan yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Berdasarkan pengamatan di dunia siber dan maklumat daripada juru kempen BN, rata-rata penduduk di negeri itu masih mahu Barisan Nasional (BN) mengekalkan tampuk pemerintahan di negeri itu.

Pada awal kempen, memang sambutan terhadap cermah Pakatan terutama pemimpin yang diimport daripada Semenanjung seperti Anwar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, memang mendapat sambutan. Ekoran perkembangan tersebut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, datang berkampung di Sarawak sejak malam Sabtu lalu.

Dalam kempennya-DS Najib memberitahu rakyat Sarawak bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua termasuk rakyat di Sarawak.

Kempen yang diketuai Najib berganding bahu dengan para pemimpin tempatan, yang diketuai oleh Taib.

Walaupun selama kempen Taib menjadi sasaran utama pembangkang, namun umpan Pakkatan itu tidak mendatangkan banyak kesan kepada kawasan bumiputera.

Sayang kali ini, kaum cina telah terpedaya oleh DAP, dan kemungkinan calon-calon DAP akan menang sekurang-kurangnya 12 kerusi, semmuanya di kawasan yang ditandingi SUPP.

Ada yang mengatakan bahawa DUN Piasau di Miri akan ditawan oleh DAP, jika demikian, mmaka berakhirlah legasi Tan Sri George Chan, Presiden SUPP. Jika Georga Chan kalah, maka akan terulang lah kekalahan Tan Sri Wong Song Kai, Presiden SUPP sebelum Tan George.

Apa-apapun, esok rakyat Sarawak akan menentukan masa depan mereka sendiri.

PRN Sarawak: SUPP berakhir seperti Gerakan di Pulau Pinang

Kurang daripada 24 jam lagi 979,000 pengundi Sarawak yang terbagi kepada 31.5% kaum cina, 29% iban, 27.5% melanau/melayu, 8% dayak dan selebihnya bidayuh dan orang ulu akan menunaikan kewajiban mereka dalam PRN Sarawak yang ke-10.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN. Sebelum DUN di bubar BN Sarawak mempunyai 63 kerusi DUN, manakala DAP 6, PKR dan PCS masing-masing satu.

Pada PRN kali ini merupakan pertembungan yang paling sengit antara BN dan Pembangkang, kerana 71 kerusi dipertandingkan.

Pada keadaan semasa telah dilaporkan jika pengundian dijalankan pada hari ini, BN akan menang 43 kerusi, 19 Pakatan dan 9 Bebas.

Pihak pembangkang memerlukan 24 kerusi untuk mengenepikan kuasa 2/3 BN.

Diramalkan kerusi BN yang kalah disumbangkan oleh parti SUPP pimpinan George Chan. SUPP bertanding disemua kawasan hitam bagi BN- lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikai, dan masing-masing satu di Lubok Antu dan Bintulu.

SUPP akan kalah di Padungan,Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (Kuching); Repok, Meradong (Sarikei); Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (Bintulu), Piasau dan Pujut (Miri)-Kerusi Piasau -calon SUPP adalah Tan Sri George Chan Presiden parti itu.

Sementara itu PKR akan menang bagi dua kawasan majoriti cina-Batu lintabg (Kuching) dan Senadin (Miri).

Kawasan Kelabu bagi BN- Ba'kelalan (majoriti orang ulu)- Linga dan Saribas (Majoriti melayu).. masih sukar diramal.

Apa-apapun esok, apabila pengundian ditutup dan keputusan diumumkan, parti SUPP akan menjadi parti gerakan di Pulau Pinang semasa PRU-12 lalu.

Ramalan keputusan PRN Sarawak esok, BN masih membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3, namun pertambahan kerusi Pakatan daripada 8 kepada 19 merupakan LAMPU AMARAN kepada BN untuk PRU-13 akan datang atas sebab parti Tunggak BN Sarawak PBB pun pada kali ini akan kehilangan DUN Tarat-DUN Nangka dan DUN Bukit Kota.

Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak: Mereka yang hadir perjumpaan Pakatan hanya nak tengok Muka peliwat

Masa berkempen hanya 24 jam lagi. Terlihat bahawa semakin dekat hari pengundian, Pakatan lost Steam. Orang ramai yang hadir pada perjumpaan Pakatan pada awal kempen semata-mata untuk melihat secara dekat muka peliwat.

Ketua Pemuda DAP terpaksa melabelkan parti SUPP sebagai parti orang utan, kerana pada pengakhir kempen ini, sokongan kepada SUPP mendadak naik.

DAP yakin menang 15 kerusi yang ditandanginya yang semuanya majoriti kaum cina. Namun akibat, kenyataan DAP memanggil parti SUPP adalah parti orang utan, menyebabkan kaum cina Sarawak marah.

Surat-surat khabar berbahasa cina telah menyiarkan kenyataan DAP tersebut di muka depan.

Di Kapit, Anwar naik marah apabila Tuai Rumah Panjang Melekan-Bugap bertanyakan soal sodomi, Video Sex dan jam omega. Anwar yang telah berucap selama 20 minit di rumah panjang tersebut, tergesa-gesa meninggalkan perjumpaan tersebut dengan marah sekali.

Pada Ahad Anwar juga naik angin apabila ada wartawan bertanyakan soal jam omega.

Sementara itu, TPM Muhyiddin Yasin berkata, keadaan calon-calon BN semakin hari bertambah baik. Kawasan yang tadinya kelabu kini bertukar cerah, sementara yang hitam menjadi kelabu. Beliau mengharapkan, sebelum kempen ditutup tengah malam esok, kawasan kelabu akan menajdi cerah.

Dikhabarkan- Kini BN selesa di 37 kawasan, sementara 15 lagi dalam keadaan kelabu, dan 19 dalam keadaan hitam.

Taib perlu ingat sejarah: Tun M

Jika Taib Mahmud mengambil iktibar keputusan PRU 1999, di mana Terengganu masa itu berjaya dirampas oleh Pas; keadaan BN Sarawak ketika menghadapi pengundian pada Sabtu 16 April, tidak lah sangat mencabar.

BN Sarawak dijangka akan kehilangan banyak kerusi ekoran undi protes yang ditujukan kepada Taib.

Antara kalangan pengundi, kaum cina lah yang melakukan protes utama,, dan dijangka semua kerusi majoriti cina akan berpihak pembangkang.

Tun Mahathir berkata, pada tahun 1999, Wan Mokhtar yang pada masa itu diminta berundur,namun enggan dan akibatnya Terengganu jatuh ke tangan Pas. Terengganu kembali semua ke pangkuan BN pada PRU-2004.

PRN Sarawak: Slogan Ubah konon Muai BN- Kita Buktikan malam Sabtu

Sabtu 16 April akan menyaksikan 979,796 pengundi Sarawak menentukan kerajaan negeri itu.Daripada jumlah tersebut, 31.5% adalah pengundi cina yang tersebar di bandar-bandar atau pekan, 29% suku iban, 27.5% melanau/melayu; 8% dayak, 2.7% orang ulu.

Sejak merdeka, Sarawak diperintah oleh parti yang berkerjasama dengan ibu negara, Kuala Lumpur (kini Putrajaya).

Sarawak menyertai Sabah, Singapura, Malaya pada 16 September 1963, untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Pada PRN Sarawak kali ini adalah pilihanraya yang tersengit pernah dihadapi, demikian pengakuan Perdana Menteri DS Najib.

DUN Sarawak terbagi kepada 71 kerusi, sebelum DUN dibubar, BN mempunyai 63 kerusi, 6 DAP, masing-masing satu PKR dan Parti Cinta Sarawak.

Pembangkang yang terdiri daripada Parti yang berpusat di Semenanjung DAP-PKR-PAS mencuba merampas kerajaan daripada parti-parti yang berpusat di Bumi Kenyalang tersebut-yakni PBB-SUPP-PRS dan SPDP.

PBB pimpinan Taib Mahmud adalah parti tunggak, diikuti oleh SUPP.

Pada PRN kali ini, PBB bertanding 35 kerusi terutama dikawasan Melanau/Melayu dan beberapa kerusi di kawasan Iban dan Dayak. SUPP pula bertanding 19 kerusi di kawasan bandar dan separa bandar; sementara PRS dan SPDP seperti biasa bertanding di kawasan tradisi parti itu di kawasan pedalaman.

Dalam usaha BN Sarawak mempertahankan kerajaan, sepertibiasa kempen parti-parti BN menumpuhkan kepada pembangunan dan keharmonian kaum. Malah Taib telah menggariskan melalui manifesto BN- Sarawak akan dijadikan negeri kaya pada tahun 2015.

Sementara itu, pihak pembangkang memfokuskan kempen mereka kepada serangan pribadi Taib, antaranya isu kekayaan, Taib merampas tanah-tanah rakyat dan berbagai dakwaan lagi.

Slogan pembangkang Muai BN atau Ubah kerajaan untuk sementara berpengaruh pada kaum cina dan sebahagian kawasan Iban/dayak-yang terpangaruh dengan isu ketua Menteri-bahawa jika Pakatan memerintah Baru Bian akan dilantik Ketua Menteri.

Hanya kurang 48 jam- segala-galanya ditentukan apakah slogan Pembangkang akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Menurut khabar hingga setakat ini- BN masih mendahului Pakatan bagi 37 kawasan bumiputera, namun BN ketinggalan di 19 kawasan bandar dan separa bandar; sementara kawasan-kawasan lain masih berkedudukan 50:50.

BN Sarawak sepertimana kata Najib hanya mensasarkan untuk membentuk kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

Wednesday, April 13, 2011

Benarkah Taib liabilti BN Sarawak?

Pihak pembangkang telah memfokuskan serangan terhadap Taib selama PRN Sarawak. Selain melalui ceramah, bantuan internet dan suara Sarawak yang dikendalikan oleh ipar Brown-mantan Perdana Menteri British, banyak mendedahkan mengenai pribadai dan kepimpinan Taib.

Dua hari lalu, Pembangkang mencabar Taib agar meletakkan jawatan serta merta, ekoran kenyataan Najib, bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya selepas PRN Sarawak, jika rakyat memberi mandat semula kepada BN untuk memerintah.

Bahang pilihanraya kali ini sungguh menyengat para pemimpin BN pusat, dengan melihat sambutan yang diberikan kepada ceramah-ceramah Pakatan, terutama di kawasan bandar. Dengan melihat situasi itu, DS Najib tiada pilihan terpaksa berkampung di bumi kenyalang sejak Sabtu dan berakhir pada Jumaat, sehari sebelum hari penentuan.

Ada yang melihat bahawa jika banyak kerusi BN terlepas kepada Pakatan, penyebabnya adalah faktor Taib; ada juga yang mengatakan bahawa faktornya adalah-Apabila Najib memberi bola tanggung kepada Pembangkang dalam soal pengunduran Taib.

Menurut pengamatan AYT, juru kempen BN terbawa-bawa kepada isu yang di bawa oleh pembangkang, sehingga terkeluar kepada strategi pilihanraya yang telah dirancang sebelum pembubaran DUN Sarawak.

Bagi AYT, jikapun BN Sarawak banyak kehilangan kerusi selain faktor Taib, tetapi juga gerakan kempen Pakatan kali ini lebih tersusun dan mengena.

Lim Kit Siang-Anwar pastikan anaknya ambil alih- TETAPI Taib tidak mahu anaknya ambil alih

Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau telahpun mengenal pasti calon pengganti dirinya sebagai ketua menteri Sarawak.

"Saya sudah kenalpasti dan telah membimbingnya sejak 20 tahun lalu" kata Taib merujuk kepada siapa yang menggantikannya. Taib juga berkata-sebab kenapa beliau tidak jadi berundur pada tahun 2006, kerana masalah SUPP yang banyak kehilangan kerusi pada PRN ketika itu.

"Akibat daripada kekalahan SUPP itu, maka saya perlu meneruskan kepimpinan untuk membimbing pemimpin baru". sambung Pehin Seri Taib.

Taib juga berkata menjelang pembuangan undi pada Sabtu ini, BN negeri yakin kawasan bumiputera masih bersama-sama BN, dan atas keadaan itu-BN negeri masih dapat mempertahankan kuasa 2/3 DUN.

PRN Sarawak kali ini cukup sengit, kerana pihak pembangkang bergitu agresif dengan agenda fitnah dan penyalahgunaan agama, sehingga ada rakyat yang termakan isu tersebut; terutama para pengundi di kawasan bandar.

Taib juga berkata bahawa beliau tidak mahu anaknnya mengambil alih kedudukannya dalam parti; berlainan dengan Lim Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh.

Para pemimpin Pembangkang tersebut bagaikan meludah ke langit namun terpercik ke muka sendiri; itulah sifat pembangkang yang suka berdolak dalih.

Blog Archive