Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak: Slogan Ubah konon Muai BN- Kita Buktikan malam Sabtu

Sabtu 16 April akan menyaksikan 979,796 pengundi Sarawak menentukan kerajaan negeri itu.Daripada jumlah tersebut, 31.5% adalah pengundi cina yang tersebar di bandar-bandar atau pekan, 29% suku iban, 27.5% melanau/melayu; 8% dayak, 2.7% orang ulu.

Sejak merdeka, Sarawak diperintah oleh parti yang berkerjasama dengan ibu negara, Kuala Lumpur (kini Putrajaya).

Sarawak menyertai Sabah, Singapura, Malaya pada 16 September 1963, untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Pada PRN Sarawak kali ini adalah pilihanraya yang tersengit pernah dihadapi, demikian pengakuan Perdana Menteri DS Najib.

DUN Sarawak terbagi kepada 71 kerusi, sebelum DUN dibubar, BN mempunyai 63 kerusi, 6 DAP, masing-masing satu PKR dan Parti Cinta Sarawak.

Pembangkang yang terdiri daripada Parti yang berpusat di Semenanjung DAP-PKR-PAS mencuba merampas kerajaan daripada parti-parti yang berpusat di Bumi Kenyalang tersebut-yakni PBB-SUPP-PRS dan SPDP.

PBB pimpinan Taib Mahmud adalah parti tunggak, diikuti oleh SUPP.

Pada PRN kali ini, PBB bertanding 35 kerusi terutama dikawasan Melanau/Melayu dan beberapa kerusi di kawasan Iban dan Dayak. SUPP pula bertanding 19 kerusi di kawasan bandar dan separa bandar; sementara PRS dan SPDP seperti biasa bertanding di kawasan tradisi parti itu di kawasan pedalaman.

Dalam usaha BN Sarawak mempertahankan kerajaan, sepertibiasa kempen parti-parti BN menumpuhkan kepada pembangunan dan keharmonian kaum. Malah Taib telah menggariskan melalui manifesto BN- Sarawak akan dijadikan negeri kaya pada tahun 2015.

Sementara itu, pihak pembangkang memfokuskan kempen mereka kepada serangan pribadi Taib, antaranya isu kekayaan, Taib merampas tanah-tanah rakyat dan berbagai dakwaan lagi.

Slogan pembangkang Muai BN atau Ubah kerajaan untuk sementara berpengaruh pada kaum cina dan sebahagian kawasan Iban/dayak-yang terpangaruh dengan isu ketua Menteri-bahawa jika Pakatan memerintah Baru Bian akan dilantik Ketua Menteri.

Hanya kurang 48 jam- segala-galanya ditentukan apakah slogan Pembangkang akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Menurut khabar hingga setakat ini- BN masih mendahului Pakatan bagi 37 kawasan bumiputera, namun BN ketinggalan di 19 kawasan bandar dan separa bandar; sementara kawasan-kawasan lain masih berkedudukan 50:50.

BN Sarawak sepertimana kata Najib hanya mensasarkan untuk membentuk kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

No comments:

Blog Archive