DATARAN yang boleh menampung 80,000 orang; boleh meningkat, jika manusia dipek macam sadin.
Hari ini adalah jelajah ke-9 Blackout 505 anjuran Anwar Ibrahim bagi menyatakan protesnya terhadap keputusan PRU-13 yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat.
Anwar tidak berpuas hati kerana gagal menjadi Perdana Menteri, apabila parti-parti dalam Pakatan DAP-PKR-PAS hanya mampu menang 89 kerusi parlimen berbanding Barisan Nasional 133 daripada 222 kerusi yang diertandingkan.
Dalam keputusan PRU-13, parti DAP adalah yang mencapai keputusan terbaik di kalangan mereka, apabila menambah 10 kerusi berbanding keputusan PRU-12. DAP mendapat 38 kerusi Parlimen. PKR pula merundum daripada 31 kepada 30 dan Pas daripada 23 kepada 21.
Semasa PRU-13, PR menang besar di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun kehilangan Kedah serta gagal mengulagi keputusan PRU-12 di Perak.
Walaupun Para pemimpin PR yang lain bersukaria di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, di mana Menteri Besar atau Ketua Menteri telahpun mengangkat sumpah, malah barsian exco merekapun sudah mula bertugas, kecuali di Selangor; akan tetapi Anwar dan macai-macainya masih sibuk dengan lamunan, sehingga mendorong mereka turun ke jalan, untuk membangkitkan emosi penyokongnya.
Sejak 8 Mei, selepas 16 hari, saban hari Anwar turun ke jalan dan meniup emosi penyokongnya, namun hingga setakat ini, mereka hanya khayal dengan perlikau diri sendiri.
Benar mereka mampu menghimpun puluhan ribu penyokongnya, namun jumlah itu, tidak menggambarkan sambutan rakyat negara ini, di mana lebih 28 juta lagi adalah penyokong senyap yang cintakan keamanan dan menerima keputusan PRU-13 lalu.
Anwar, tidak akan berjaya dengan misinya menumbang kerajaan yang dipilih rakyat, kerana 63 peratus rakyat negara ini, tahu Anwar dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
No comments:
Post a Comment