Friday, May 24, 2013

Reman Tian Chua dan kawan-kawan: Majestrit tolak permohonan polis

Polis kini berdepan dengan "undang-undang" untuk membenteras gejala hasutan dan fitnah yang dimainkan pembangkang, atas sebab tidak mendapat kerjasama daripada mahkamah.

Hari ini, pihak polis gagal mendapatkan perintah tahanan reman terhadap Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar. Dengan penolakan itu mereka kemungkinan akan dibebaskan, kecuali pihak polis berjaya membuat permohonan reman yang baru.

Tian Chua, Thamrin Tun Ghafar dan Harris Ibrahim ditahan di beberapa lokasi yang berbeza semalam. Sementara Tian Chua ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT, kerana menuju ke suatu destinasi yang tidak dijelaskan.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

5 comments:

sesejuk mata memandang said...

yang pasti siapakah majesterit itu.. kalau bukan orang pkr tentunya dapat arahan dari seseorang (kemungkinan itu ada kerana salah seorang yang ditahan adlah YB yang kebal)

Maklarcalo said...

Bagaimana undang undang dapat ditegakan oleh pihak polis jika hanya reman untuk soal siat pum ditolak oleh majestrit. Hampir pasti golongan Anuarinas telah meresap masuk kedalam sistem kehakiman. Hakim Negara please wake up. Golongan ini akan melakukan apa saja untuk menidak kan keadilan. Hanya tindakan mereka saja yang adil. Keamanan mahu dikorbankan demi memenuhi cita cita sempit seorang gila. Keputusan majistret menunjukan keadilan tidak dapat ditegakkan. Justice delayed is justice denial to the majority of Malaysian who love peace.

buragas said...

mahkamah KANGGRO kata mak lampir aka zuraida!

Unknown said...

foolback yah,,kita saling tukeran ilmu

Murtedza M. said...

Sayang... Malaysia mundur mungkin sedekad angkara pengaruh ahli-ahli politik yang begitu taksub dgn kuasa dan tuntutan demokrasi. Yang kalah dan yang menang kedua-duanya membazirkan masa, tenaga dan wang melayan kerenah politik. Banyak masa (termasuk quality time yg boleh diguna utk institusi kekeluargaan, wacana ilmu dan pembangunan minda serta creativity) akan terus dibazirkan utk memastikan kemenangan pd PR14 lima tahun lagi. Apa yg ditulis, dipapar dan dibaca semuanya mengenai politik. Muak.. Demi masa depan negara, elok sekiranya pemimpin-pemimpin politik yg bertelagah mencari venue atau pendekatan lain utk menyelesai masalah. Cubalah jangan bazirkan masa rakyat. Satu org di dataran 4 jam, 25,000 org? Sudah lebih 4,000 hari atau 10 tahun masa rakyat dibazirkan hanya pada satu petang. Teruk sangatkah kita di Malaysia sehingga semua org perlu begitu taksub sekali dgn kerenah politik?

Blog Archive