Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts
Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts

Monday, August 04, 2014

PKR Mula Serang Integriti Khalid Ibrahim


NAMPAKNYA Tan Sri Khalid Ibrahim tiada masa depan lagi dalam PKR. Bertahan atau letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor; tidak akan dapat mempertahankan namanya. Kepimpinan PKR seolah-olah sudah sepakat, Khalid adalah seseorang yang pesona non grata dalam parti.

Terkini, kepimpinan PKR akan mengemukakan penjelasan secara tertulis kepada pemimpin Pakatan Rakyat, mengapa Khalid perlu dilucutkan daripada jawatan MB Selangor. Antara isi penjelasan itu, adalah membangkitkan hutang lapuk Khalid daripada Bank Islam berjumlah RM67juta; di mana hutang itu berlaku sebelumpun Khalid menjadi ahli PKR apatah lagi MB.

Difahamkan juga, Khalid akan dihentam berkaitan penjualan tanah milik kerajaan Selangor kepada sebuah syarikat pimbinaan di mana tanah tersebut dibangunkan rumah mampu milik bagi rakyat Selangor.

Keengganan Khalid meletakkan Jawatan sebagai MB untuk membolehkan isteri Anwar Ibarhim mengambil alih jawatan itu, membuatkan semua pemimpin PKR mencari berbagai helah untuk memaksa Khalid termasuk menghentam isu integriti MB Selangor itu.

Melihat tindak tanduk kepimpinan PKR, nampaknya, Khalid tiada pilihan, beliau perlu bertahan sehingga ke garisan penamat; pilihannya yang ada padanya- bubar DUN dan serahkan mandat kepada rakyat Selangor untuk memilih MB atau kerajaan baru Selangor.

Wednesday, July 30, 2014

MB Selangor: Anwar Bakal Kecundang

Nampak gayanya Anwar Ibrahim bakal kecundang untuk melucutkan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melantik isterinya sendiri menjadi Menteri Besar Selangor.  Kerajaan yang dibentuk di Selangor selepas PRU-13 lalu berasaskan pakatan tiga parti PKR dengan 14 kerusi DUN, PAS 15 dan DAP 15.  Memandangkan Presiden dan Mursidul Am Pas berpihak pada Khalid, biasanya pemimpin PAS akan akur dengan keputusan itu. Jika Pas bergabung dengan Umno 12 dan Khalid berjaya membawa 3 ADUN termasuk dirinya; maka tindakan Anwar mencalonkan isterinya akan kecundang.

Tuesday, July 22, 2014

Dalam Bulan Ramadhan- Anwar Singkir Khalid Ibrahim

Akhirnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Penyingkiran Khalid Ibrahim dibulan puasa ini, menjadikan Khalid seorang yang tidak lagi menyambut Hariraya dengan gembira seperti rakyat lain; sebaliknya beliau dan keluarganya menyambut Hariraya dengan sedih. Cara Anwar menyikir Khalid, seolah-olah jawatan-jawatan dalam Pakatan Rakyat adalah milik peribadinya.

Rakyat Selangor khasnya dan negara umumnya kena mengambil iktibar kepada kedudukan Khalid. Anwar tidak segan silu menggunakan kuasanya demi kuasa keluarganya.

Pihak DAP dan PAS, perlu bertindak sesuatu berkaitan dengan kedudukan Khalid. Sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenaan Sultan Selangor, besar kemungkinan Khalid akan terus berkhidmat meskipun bukan pilihan Anwar; namun jika beliau diundi tidak percaya, oleh semua ADUN Pakatan Rakyat, maka Khalid terpaksa akur.

Tuesday, July 15, 2014

Kedudukan Khalid Ibrahim Di Hujung Tanduk

Kumpulan Azmin Ali tidak akan berhenti, sehingga Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Isu yang digunapakai memaksa Khalid meletakan jawatan adalah kegagalan MB itu mempertahankan kedudukan jawatan dalam parti selain kekalahan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khalid juga dikatakan enggan berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat berkaitan keputusan-keputusan beliau sebagai Menteri Besar yang ada hubungkait dengan dasar-dasar yang beliau putuskan dalam pentadbiran negeri.

Usaha menggulingkan Khalid sebenarnya telah dirancang daripada awal, atas sebab itu adanya KAJANG MOVE. Rancangan Kajang Move untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Hari ini dikhabarkan bahawa majoriti ADUN PAS dan DAP telah menyokong Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, dan pergantian itu kemungkinan berlaku selepas Hari Raya. Namun kemuskilan utama yang dihadapi kepada pergantian itu adalah perkenan Sultan Selangor. Di mana Sultan, tiada isu yang boleh diambilkira untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Anwar sendiri memuji Khalid berkaitan kejayaan MB itu mengukuhkan kewangan negeri. Sebenarnya tiada isu yang mendesak menggantikan Khalid, keculai daripada kumpulan Azmin yang mendapat restu daripada Anwar, tujuannya adalah untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya menggunakan kuasa itu untuk mempergunakan kewangan yang ada dalam simpanan kerajaan negeri untuk memperkaya konco-konco mereka.

Friday, July 11, 2014

Khalid Hadir Berbuka Puasa Anjuran Umno Selangor- Ada Apa-Apa Kah?

Mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan bahawa gerakan yang cuba menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar oleh kalangan pemimpin PKR sendiri yang ditunggangi Dato Seri Anwar Ibrahim, iaitu langkah Kajang yang digerakan oleh Rafizi Ramli dan langkah usul tidak percaya melalui ADUN yang diketuai Azmin Ali tidak mampu menggugat kedudukannya untuk sementara waktu; maka untuk menyanggah gerakan itu, maka beliau melakukan langkah sendiri.

Kehadiran MB Selangor itu di majlis berbuka puasa anjuran Umno Selangor adalah julung-julung kalinya sejak tahun 2008. Ada apa-apa kah? berkaitan langkah itu?

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, "downplay" tindakan MB Selangor itu, sambil menyatakan bahawa kehadiran MB itu atas kapasitinya sebagai MB Selangor.

Kemelut Selangor, bukan daripada pihak mana-mana, kemelut Selangor adalah ciptaan Anwar sendiri. Umno atau BN tidak mempuyai kaitan dengan kemelut itu. 

Dalam PRU-13 lalu, BN hanya menang 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor, manakala PKR-14; DAP-15 dan PAS-15. Secara matematik; kalau BN bersama PAS berastu, maka berjumlah 27 kerusi plus Khalid Ibrahim menjadi 28; maka akan keududukan ADUN akan seri; jika satu atau dua ADUN menyebelahi Khalid, maka tumbangkan kerajaaan PKR-DAP-PAS, sebaliknya akan tertubuh kerajaan PAS atau BN Plus. Apa kah kemungkinan itu berlaku?

Khalid Ibrahim Kera Sumbang Dalam Pakatan Rakyat

Apa kah Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi kera sumbang dalam Pakatan Rakyat? Khalid dalam situasi yang serba salah, terutama sejak timbulnya Kajang Move, yang pada awalnya gerakan itu adalah untuk menggantikan MB itu dengan Ketua Umum PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, gerakan itu terbantut, atas sebab Anwar hilang kelayakan bertanding atas sebab dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana perbuatan meliwat.

Atas sebab Anwar gagal bertanding, maka kedudukan Khalid untuk sementara kekal sebagai Menteri Besar negeri terkaya di Malaysia itu- Selangor. Namun usaha untuk menggantikan Khalid bukannya diberhentikan; sebaliknya desakan semakin kuat malah secara terang-terangan, malah para pemimpin PKR sendiri yang dahulunya menyokong Khalid, kini bukan sahaja menjahui beliau, malah mendesaknya meletakan jawatan. 

Kedudukan Khalid semakin terancam, apabila gagal mempertahankan kedudukan dalam parti; keadaan itu dipergunakan oleh mereka yang berniat daripada awal-awal terutama dalam gerakan Kajang untuk mendesak Menteri Besar itu melepaskan jawatan, atas sebab akar umbi parti pun tidak lagi menyokong beliau.

Khalid selepas PRU-13, dianggap sebagai hero Pakatan Rakyat, atas sebab bukan sahaja mampu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, malah mampu menang dengan kuasa 2/3. Namun, sambutan pada beliau itu tidak berkekalan, individu yang senantiasa mengintai kedudukannya- Azmin Ali senantiasa membuat gerakan agar Khalid digantikan. Dalam mengadun strategi menggantikan Khalid, timbullah gerakan Kajang Move. Kajang Move menurut penganalisis politik tanah air merupakan punca semua kemelut dalam Pakatan Rakyat di Selengor terutama melibatkan parti PKR.

Kini, Khalid dalam situasi serba salah, terutama usaha mendesaknya meletakan jawatan termasuk penyebaran berita-berita palsu.

Khalid kelihatan seperti kera sumbang dalam kumpulan Pakatan Rakyat; atas sebab untuk julung kali, MB Selangor itu hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Barisan Nasional yang dihadiri Perdana Menteri. Kehadiran Khalid itu, akan menambah lagi desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat untuk beliau meletakan jawatan.

Apa kah Khalid dapat bertahan dengan cengkaman para penyokong Azmin yang secara terang-terangan mahu beliau meletakakan jawatan; sama-sama kita tunggu.

Thursday, June 06, 2013

Perlantikan Saifuddin: Khalid Ibrahim perlekeh suara Azmin Ali

Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memberikan penjelasan berhubung pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar kepada mana-mana pihak, seperti mana yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa melantik mana-mana individu yang layak untuk membantu menjayakan program kebajikan dan pembangunan luar bandar seperti mana yang termaktub manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada PRU13, 5 Mei lalu.

"Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari cari individu yang punyai keupayaan untuk laksnakan manifesto yang telah kita bentangkan dalam PRU13 lalu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor, di Pejabat Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang mendesak kerajaan negeri supaya memberikan penjelasan tentang pelantikan jawatan itu yang dikatakan setara dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar.

Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang berkata, pelantikan itu juga merupakan satu pembaziran wang rakyat susulan jawatan sama telah dijalankan sebelum ini oleh Faekah Husin.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada minggu depan bagi membincangkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu.

Tuesday, May 14, 2013

Khalid Ibrahim Angkat Sumpah MB Selangor untuk Penggal kedua

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini.

Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.

Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi.

Monday, January 23, 2012

Khalid Ibrahim ambil alih portfolio agama islam Selangor untuk tujuan politik

Pemimpin DAP dan PKR cukup gusar sebelum ini, apabila portfolio agama disandang oleh Dr Hassan Ali.

Semasa jawatan exco itu masih disandang oleh bekas Pesurujaya Pas yang dipecat itu, berbagai tindakannya sangat mencemaskan para pemimpin daripada sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat itu.

Tindakan melarang jualan arak di kawasan majoriti penduduk islam, serbuan ke atas gereja dan berbagai tindakan Hassan untuk meneggakkan kesucian agama islam, cukup meruncingkan Khalid ibrahim.

Apabila Hassan Ali dipecat daripada PAS dan menghilangkan kelayakkannya sebagai exco kerajaan negeri, maka peluang itu dimanafaatkan oleh para pemimpin DAP dan PKR dan meminta Khalid mengambil alih jawatan itu daripada Pas.

Orang pertama yang menyambut baik pengambil alihan jawatan portfolio agama daripada Pas adalah Khalid Samad daripada Pas, musuh ketat Hassan Ali dan pemimpin yang meresetui liberasasi agama.

Khalid Samad walaupun mewakili Pas, namun bukan berlatar belakangkan agama. Pemimpin ini dianggap oleh Hassan Ali sebagai PARASIT DALAM PAS nombor wahid.

Tindakan Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan agama, baik untuk tujuan politik Pakatan Rakyat, tetapi malang untung agama islam.

Khalid Ibrahim bukan berlantar belakangkan agama, tetapi beria-ia mengurus soal agama.

Tindakan Khalid ini, merupakan satu pembaharuan dalam Pakatan, bahawa mereka yang bukan pakar agama islam, akan mengurus soal-soal agama islam. Tuhan sudah menjanjikan, apabila suatu ketika, orang yang tidak mahir agama, akan menerajui soal-soal agama, itu namanya kiamat akan menjelang tiba, kiamat bagi agama islam.

Usaha Khalid ini, sangat sehaluan dengn tindakan Anwar Ibrahim, apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di negara ini, undang-undang yang ada kaitan dengan homoseksual akan dilupuskan, untuk tujuan pengiktirafan kepada kaum itu.

Hanya rakyat Selangor yang beragama islam akan menentukan tindakan Khalid Ibrahim itu betul atau tidak pada PRU-13 akan datang.

Thursday, October 27, 2011

Disebalik keceman Khalid Ibrahim terhadap Ketua Audit Negara

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik.

Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Namun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya.

Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya.

Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009.

Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.

“Kerajaan (negeri) faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain,” Khalid dipetik berkata dalam satu kenyataan.

Tuduhan Khalid bahawa Ambrin “janggal” dengan dasar-dasar kerajaan pimpinan beliau, bukan sahaja tidak professional, malah tidak mencerminkan kebertanggungjawaban seorang pemimpin negeri.

Ungkapan janggal itu membawa maksud sama ada Ambrin tidak arif dalam memperinci penyata kewangan KDEB atau pun beliau tidak memahami pengurusan kewangan syarikat itu.

Lebih buruk jika Khalid cuba memberi gambaran kononya Ambrin tidak menggunakan standard operation prosedur (SOP) dalam menjalankan tugas beliau.

KDEB adalah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Khalid selaku Menteri Besar.

Dengan modal berbayar lebih RM260 juta dan jumlah pelaburan beratus juta ringgit dalam pelbagai sektor, KDEB menjadi pengukur dasar-dasar pengurusan dan ketelusan yang dicanang oleh Menteri Besar dan barisan exconya.

Selepas mencatat keuntungan 2007-2008, prestasi KDEB berubah suram apabila ia menanggung kerugian RM122 juta tahun 2009.

Anak-anak syarikatnya KDEB menanggung kerugian antara RM1.08 juta sehingga RM139.23 juta, menurut akaun syarikat itu. Jumlah perbelanjaan jauh melebihi pendapatan.

Perbelanjaan yang paling besar ditanggung KDEB adalah pembiayaan skim air percuma sebanyak RM131.47 juta pada tahun 2009.

Selain itu, perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor yang tinggi pada tahun 2009 yang berjumlah RM4.11 juta turut menjadi faktor KDEB mengalami kerugian.

Syarikat pelaburan itu yang dipengerusikan oleh Khalid juga menanggung pelbagai belanja am dan pentadbiran yang tinggi seperti gaji dan upah, perbelanjaan peruntukan susut nilai, yuran guaman, duti setem, bonus, manfaat percutian dan pelbagai belanja yang berjumlah RM10.12 juta.

Khalid nampaknya begitu sensitif apabila kerugian syarikat emas KDEB dikaitkan dengan program air percuma, justeru beliau mengkritik Amrin secara licik namun tajam.

Namun hakikat ialah Khalid tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Amrin mengenai program air percuma. Contohnya:

Mengapakah KDEB menanggung hutang pinjaman RM200 juta daripada kerajaan negeri bagi membiayai program air percuma itu. Program itu seharusnya dibiayai terus oleh Perbendaharaan Negeri setelah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor.

“Pinjaman KDEB daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membayar kos Program Air Percuma adalah tidak wajar kerana KDEB perlu berhutang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan berkenaan,” kata Amrin dalam laporannya.

Kenyataan Khalid bahawa tidak timbul soal KDEB rugi akibat program air percuma kerana, menurut beliau, skim itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri adalah mengelirukan.

Jika itu alasan Khalid, beliau harus menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun untuk KDEB membayar Syabas.

Jika benar kerajaan negeri memulangkan hasilnya kepada rakyat, kenapa KDEB perlu berhutang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu?

Jelas ada sesuatu yang janggal di sini. Namun yang patut membuat penjelasan ialah Khalid dan bukannya Ambrin.

Satu lagi persoalan, jika program air percuma bukan antara punca kerugian KDEB, Khalid selaku pengerusi syarikat harus memperinci faktor yang menyumbang kepada keadaan itu.

Beliau perlu menjelaskan kenapa KDEB menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat termasuk untuk bayaran bonus dan manfaat percutian sedangkan prestasi syarikat begitu muram pada tahun 2009.

Malangnya, Khalid tidak berbuat demikian dalam kenyataan medianya, Selasa lalu.

Sebaliknya beliau hanya sekadar berpaut kepada slogan lama bahawa pengurusan kerajaan negeri “telus dan mengikut prosedur yang diperuntukkan.”

Janggal – prestasi sebuah syarikat seperti KDEB boleh merudum begitu cepat, sekali pun menerima sentuhan Khalid dan pengalaman luasnya di sektor korporat.

Ya, Janggal sekali. Tulisan asal:Jasbant Singh

Monday, October 10, 2011

Desakan Khalid Ibrahim berundur semakin kencang

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

Portal berita AntaraPos.com melaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaiamanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.com melaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.

"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.

Contohnya program seperti Skim Mikrokredit yang dibeban dengan birokasi keterlaluan untuk mendapatkan kelulusan, manakala tahap pelaksanaan projek pembersihan Sungai Klang yang dalam program memacu ekonomi Selangor bernilai RM60 bilion masih jauh daripada memuaskan walaupun ia diumum hampir tiga tahun lalu.

Sebaliknya, Khalid memberi tumpuan kepada “projek-projek remeh yang jelas tidak mendatangkan sebarang kesan jangka panjang untuk kebaikan penduduk Selangor tetapi hanya sekadar untuk meraih populariti," tambah sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Memorandum itu disampaikan kepada Anwar pada Kongres Pilihanraya PKR. Difahamkan bahawa apabila menyedari perkara itu, Khalid bergegas meninggalkan kongres berkenaan sebagai tanda protes.

Susulan memorandum itu, ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Khalid, baik sumbangannya kepada parti atau pun selaku Menteri Besar.

Mereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.

Kata sumber itu lagi yang dipetik AntaraPos.com, sebagai respon kepada rungutan dan memorandum itu, Anwar selaku ketua umum PKR meminta Wan Azizah selaku presiden untuk melaksanakan ketetapan yang diambil oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat bagi menyingkir Khalid.

Penyingkiran itu memerlukan PKR mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan usul berkenaan selain mengemukakan calon MB baru.

Bagaimanapun usul itu dikatakan "mati begitu saja" di tangan Wan Azizah yang bertegas mahu mengekalkan Khalid walaupun membelakangi mandat Majlis tertinggi PKR dan suaminya sendiri.

Sumber-sumber juga memberitahu keputusan Wan Azizah untuk menempelak kehendak wakil-wakil rakyat parti, didalangi oleh Faekah Husin, setiausaha politik Khalid yang sebelum ini menjadi pegawai khas presiden PKR itu.

Walaupun berpejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah masih bertindak penasihat utama Wan Azizah, malah banyak menghabiskan waktu untuk urusan Presiden PKR.

"PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu.

"Wakil rakyat dan akar umbi yang mengetahui masalah ini kini menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Anwar - sama ada bertegas untuk memaksa Khalid berundur atau tunduk kepada kemahuan isterinya yng jelas dipengaruhi oleh orang kanan Khalid.

Wednesday, July 28, 2010

Rancangan mengguling kerajaan Khalid Ibrahim semakin rancak

Sudah diduga bahawa perlantikan Azmin Ali sebagai pengerusi PKR Selangor merupakan rancangan Anwar Ibrahim menggantikan jawatan MB daripada Khalid Ibrahim kepada Azmin.

Anwar memang bijak mengatur strategi politik, agar supaya penggantian MB Selangor bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PKR, namun berpunca daripada kalangan ADUN PKR Selangor.

Dalam perkembangan lain, walaupun pemimpin PKR diarahkan 'menutup mulut' berhubung kandungan perbincangan dalam pemukiman parti itu di Port Dickson minggu lalu, maklumat daripada sumber dalaman memberi gambaran bahawa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Rungutan ke atas Khalid kian kedengaran. Namun keadaan ini, yang dirintis oleh perasaan tidak puas hati oleh salah seorang ahli parlimen yang diketahui tidak sehaluan denganya, dilihat semakin bertambah buruk.

Dalam latar ini, satu lagi drama berlangsung dalam pertemuan itu apabila seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid sebelum ini melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu.

"Saya sayang MB, tapi saya lebih sayang Selangor," kata wakil rakyat itu, seperti didakwa, dalam ucapannya yang mengkritik pentadbiran Selangor.

Beliau juga didakwa telah mempersoalkan mengapa barisan exco Selangor masih belum dirombak, sedangkan negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti Kedan dan Pulau Pinang telah melakukan perubahan besar dalam pentadbirannya.

Segelintir anggota PKR menyifatkan tindakan wakil rakyat berkenaan ibarat ungkapan oleh Brutus yang bangun menentang Caesar dalam karya agung William Shakespeare, "Bukanlah saya kurang menyayangi Caesar, tapi saya lebih sayangkan Rom."

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi di sebalik kelantangan wakil rakyat berkenaan.
Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali -- berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.

Khabar yang lain pula menjangkakan, tindakan itu pula berikutan tekanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat itu.

"Saya mengenali Khalid sejak tahun 2006, tapi ia menjadi tugas saya untuk menimbulkan isu mengenai Selangor, seperti yang berlaku di Hulu Selangor," kata wakil rakyat itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara tersebut denan alasan ia merupakan isu dalaman yang ditimbulkan dalam perbincangan tersebut.

“Saya mesti ikut disiplin parti. Ada perkara yang kita boleh cakap di dalam (mesyuarat), ada yang kita tidak boleh cakap di luar (kepada media),"

Tuesday, June 29, 2010

Anggota Parti PKR Telah Tolak Khalid Ibrahim; Khalid Perlu Letak Jawatan

Pergolakan yang sedang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor harus membuka mata rakyat negeri itu bahawa kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diterima oleh anggota partinya sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu yang timbul dalam parti itu.

"Di kalangan pimpinan PKR pun tak ada kesepakatan dalam soal ini hingga nampak mengganggu pentadbiran negeri dan yang menjadi masalahnya rakyat yang rugi.

"Haruslah ia menjadi iktibar kepada rakyat. Yang pasti rakyat di Selangor mahukan pembangunan, pentadbiran yang lancar, negeri yang dikatakan termaju ini akan jadi merosot kemajuannya, hanya kerana tidak ada kemampuan parti ini mentadbir sehingga menjadi beban yang merugikan rakyat," katanya.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai tindakan PKR melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid semalam.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengumumkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga naib presiden PKR dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju MPN Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta merta.

"(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri (Khalid) yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di Shah Alam.

Sebelum ini Mohamed Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Monday, June 28, 2010

Rupanya 15 MP Kudeta Pakatan Itu Minta Wang Kerajaan Selangor

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

Malah katanya, tanggapan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor kononnya ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, perlu diubah.

Menurut beliau, PKR tidak pernah dan tidak sepatutnya menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakkan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres, Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres PKR di Kota Baru, beliau telah melantik seorang pengarah penerangan, ini tandanya progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

Sunday, June 27, 2010

Khalid Ibrahim Patut Letak Jawatan

Sepatutnya Khalid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran pelucutan jawatannya sebagai Pegerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

Jawatan Khalid telah diambil seteru politiknya Naib Presiden PKR Azmin berkuatkuasa serta merta.

Secara moralnya Khalid kehilangan tapak politik.

Dengan pelucutan jawatan Khalid itu, diperkirakan dalam masa terdekat Khalid akan kehilangan jawatan MB.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Friday, June 25, 2010

Khalid Ibrahim Akan Tumbang!

Desas-desus 15 ali parlimen PKR cuba menggulingkan menteri bear Selangor disangkal sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini.

TV Selangor melaporkan, Khalid selepas majlis penyampaian geran tanah di Kuala Selangor hari ini, berkata perkara tersebut tidak dalam pengetahuannya.

"Saya tidak tahu," ujarnya.

Ditanya sekiranya wakil rakyat terbabit terus mendesak dengan menghantar memorandum, Khalid berkata beliau bersikap terbuka dan akan menerimanya.

"Saya akan terima dan baca," katanya selepas menyerahkan geran hak milik tanah kepada 44 penduduk Kampung Sungai Yu.

Semalam, naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Ahli parlimen Gombak itu dikatakan meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap pelantikan Faekah Husin sebagai setiausaha politik Khalid yang baru kerana pelantikan itu dibuat tanpa meminta nasihat daripada para pemimpin PKR yang lain.

Faekah pernah bertugas sebagai setiausaha politik kepada presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Azmin juga pada masa lalu pernah secara terbuka menyerang kepimpinan Khalid yang disifatkannya sebagai tidak cekap dan angkuh.

Wednesday, January 27, 2010

Khalid Ibrahim Bagi-Bagi Tanah: Kepada Siapa Ya??

Pada 24 Januari lalu Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa geran tanah akan dibahagi-bahagikan kepada 6,000 kelurga di DUN Ijok yang diwakilinya.

Khalid yang mengetuai Cabang PKR Kuala Selangor telah kehilangan tapak politiknya apabila cabang tersebut terbubar ekoran 11 AJK cabang bersama-sama ketua wanita dan pemuda meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Khalid.

Ekoran hilangnya tempat bertaut untuk meneruskan hubungan dengan rakyat DUN Ijok, maka Khalid merasuah penduduk di situ dengan pemberian geran tanah.Dengan pemberian ini Khalid berharap pengundi DUN Ijok akan mengundi beliau semula jika diadakan pilihanraya.

Khalid sedikit masa lagi ada kemungkinan terpaksa mengosongkan kerusi DUN Ijok dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak jika Bank Islam mengistiharkannya muflis kerana hutang Khalid daripada Bank tersebut yang berjumlah 66.7 juta ringgit hingga kini belum berbayar.

Khalid juga diberitakan sedang disiasat SPRM yang ada hubungkait dengan lembu korban bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dimana Khalid menyumbang lembu untuk dikorban sempena hariraya korban lalu. Diberitakan juga bahawa pembelian lembu korban tersebut bukan daripada duit Khalid sendiri namun dibayar oleh anak syarikat PKNS.

Keputusan Khalid meluluskan geran-geran tanah kepada 6,000 keluarga mengikut jejak mantan MB Perak DS Ir Nizar yang telah meluluskan pemberian geran tanah dengan tempoh waktu 999 tahun.

Apa yang meragukan adalah siapa kah penerima geran-geran tanah ini? penduduk kaum melayu kah? atau penduduk kaum lain? Jika di Perak semasa kerajaan Pakatan yang berusia kurang setahun itu; pemberian geran tanah difokuskan kepada rakyat bukan melayu, ada persamaan kah dengan DUN Ijok?

Kemungkinan ada; kerana kerajaan Pakatan tidak akan memberikan keutamaan kepada penduduk melayu, kerana melayu dikatakan masih menyokong kerajaan Umno-Bn. Terserlah dalam kerajaan Pakatan, melayu dipinggirkan sebaliknya kaum-kaum lain diberikan keutamaan.

Ini hanya soal tanah, sedangkan soal akidahpun diperjudikan oleh kerajaan Pakatan, di mana sebahagian besar pemimpin gabungan itu menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian.

Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu digam daripada bercakap kepada suratkhabar. Alasannya MP ini terlalu lancang membela agama islam.

Khalid Ibrahim adalah sekutu kuat Anwar, kerana itu MB Selangor ini hanya berdiam diri apabila penganut agama kristian mahu menggunakan kalimah Allah kerana perjuangan bosnya adalah mengiktiraf agama kristian menggunakan kalimah Allah.

Ingat lagi kah semasa Khalid masih bertugas di Guthrie? Menteri kewangan masa itu adalah Anwar Ibrahim. Anwar menulis surat kepada CEO masa itu Tan Sri Mohd Desa Pachi agar Guthrie memberikan 13.5% saham yang sepatut untuk rakyat lain. Disebabkan surat tersebut maka Khalid ditawarkan membeli saham-saham tersebut. Namun akhirnya terpaksa ditarik balik kerana Khalid tidak dapat menebusnya kerana masalah kewangan. Akibat penarikan balik itu maka Khalid marah.

Khalid memang suka berdendam. Disebabkan cabang PKR Kuala Selangor rebah/lumpuh/terbubar, maka dia terpaksa merasuah dengan geran tanah pula.

Wahai rakyat Ijok jangan lah terpengaruh dengan cara-cara ini. Perjuangan PKR dan Pakatan hanya untuk sementara yakni agar Anwar Ibrahim dapat memenuhi kemaruk jawatan PMnya.

Saturday, January 23, 2010

Siapa Khalid Ibrahim MB Selangor itu

Istana Khalid Ibrahim tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang berharga berjuta ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini ADUN Ijok dan MP Bandar Tun Razak. Khalid dilantik MB Selangor selepas sahaja PRU-12 selesai.

2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor dan Ketua Cabang Kuala Selangor di mana pada hari rabu lalu telah lumpuh ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 daripada parti itu. Khalid juga bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid di Guthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam kerajaan Pakatan.

14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

Muhyiddin Yakin Ramai Ahli PKR Keluar Parti


Tan Sri Muyiddin yakin ramai ahli PKR akan ikut jejak kumpulan 11 plus 2 AJK PKR Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor Khalid Ibrahim.

Hari rabu lalu Cabang PKR untuk Kuala Selangor telah lumpuh dan rebah ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 daripada cabang itu kerana pengurusan khalid dikatakan sangat bercelaru sehingga kumpulan itu hilang kepercayaan.

Sejak Khalid Ibrahim menjadi MB ekoran keputusan PRU-12 pentadbiran Khalid dipenuhi berbagai kontravesi dan salah guna kuasa.

Masih ingat kah 300 ekor lembu yang dikorbankan untuk parlimen Bandar Tun Razak di mana Khalid adalah ahli parlimennya yang dibayar oleh PKNS.

Tuntuntan penyelenggaran kereta pribadi Khalid yang dibayar oleh kerajaan Selangor.

Rasuah yang dilakukan oleh para exconya sehingga mengakibat salah seorang setiausaha politik terkorban dikatakan "bunuh"diri. Inkues mencari punca kematian setiausaha politik itu hingga kini masih berjalan di mahkamah inkues.

Isu arak,isu selcat dan kongsi gelap semuanya dikaitkan dengan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Tidak ketinggalan isu Elizabeth Wong yang terlibat skandal sex.

Semuanya ini menggambarkan bagaimana lemahnya khalid dalam mengurus kerajaan Pakatan yang diketuainya.

Namun yang menggemparkan adalah hutang Khalid yang berjumlah 66.7 juta daripada Bank Islam sehingga kini belum berbayar. Jika rayuan Khalid untuk menangguhkan tuntutan Bank ini gagal maka kemungkinan besar Khalid akan diistiharkan muflis.

Kes terbaru Khalid adalah rebahnya cabang parti yang diketuai oleh MB Selangor ini. Secara moral, Khalid perlu letak jawatan, kerana sebagai seorang ahli politik, nyawa seseorang ahli politik itu ada pada parti yang dipimpinnya.

Rakyat yang tertipu oleh Khalid dan Pakatan mula dari sekarang patut mengambil iktibar bahawa kepimpinan PKR adalah kucar kacir yang tidak mempunyai hala tuju.

Janji-janji Pakatan umumnya dan PKR khususnya adalah janji-janji palsu yang tidak mungkin mereka tunaikan.

Friday, January 22, 2010

Azmin Ali Perlu Ganti Khalid Ibrahim


Azmin Ali Timbalan Presdien PKR in waiting perlu menggantikan Khalid Ibrahim jika kerajaan Pakatan Selangor mahu meneruskan pemerintahan negeri itu hingga ke PRU-13.

Selagi Khalid Ibrahim memegang jawatan MB selagi itu kecelaruan kerajaan Selangor akan terus bergolak. AYT rasakan Sultan Selangor juga akan memperkenan Azmin atas sebab kelancaran pentadbiran kerajaan Selangor.

Khalid Ibrahim dilihat sangat lemah sejak menjawat sebagai MB. Isu Elizabeth Wong yang terlibat skandal sex misalnya walaupun meletakan jawatan sebagai exco dan menghilang ke luar negeri namun Khalid terus membujuknya agar terus menjawat sebagai exco.

Semalam AYT menyiarkan rebahnya Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai oleh Khalid ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 atas sebab kelemahan Khalid mentadbir urus cabang PKR tersebut.

Khalid dalam kenyataannya yang disokong oleh ketua Cabang Kelana Jaya mengatakan bahwa Cabang PKR Kuala Selangor tidak bubar, melainkan orang-orang Umno keluar dan masuk semula Umno.

Pernyataan Khalid ini sungguh pelik dan jumud kerana bagaimana ahli Umno menjadi AJK PKR?

Bermula daripada PRK Bagan Pinang Khalid sudah kepanasan ekoran pegolakan parti Pakatan kerana berpunca daripada pendekatan yang berbeza melalui PRK itu. Akibat daripada pergolakan dalaman tersebut, maka calon Pakatan yang diwakili PAS kecundang dengan teruk sekali.

Khalid juga bermasalah sendiri kerana hutang sebanyak 66.7 juta daripada Bank Islam hingga kini belum berbayar dan menunggu Bank tersebut mengistiharkan Khalid seperti RPK seorang muflis.

Jika Anwar mahu PKR dan Pakatan tidak semakin bercelaru dan kelam kabut diambang perbicaraan liwatnya pada 2/2/2010 ini, elok lah meminta Khalid meletakkan jawatan dan digantikan oleh Azmin Ali.

Azmin selain sebagai naib presiden dia juga merupakan Timbalan Presiden menunggu, kerana dikatakan Syed Hussien tidak mahu lagi mempertahan jawatan no.2 kepada isteri Anwar; Wan Azizah.

Blog Archive