Wednesday, January 27, 2010

Khalid Ibrahim Bagi-Bagi Tanah: Kepada Siapa Ya??

Pada 24 Januari lalu Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa geran tanah akan dibahagi-bahagikan kepada 6,000 kelurga di DUN Ijok yang diwakilinya.

Khalid yang mengetuai Cabang PKR Kuala Selangor telah kehilangan tapak politiknya apabila cabang tersebut terbubar ekoran 11 AJK cabang bersama-sama ketua wanita dan pemuda meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Khalid.

Ekoran hilangnya tempat bertaut untuk meneruskan hubungan dengan rakyat DUN Ijok, maka Khalid merasuah penduduk di situ dengan pemberian geran tanah.Dengan pemberian ini Khalid berharap pengundi DUN Ijok akan mengundi beliau semula jika diadakan pilihanraya.

Khalid sedikit masa lagi ada kemungkinan terpaksa mengosongkan kerusi DUN Ijok dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak jika Bank Islam mengistiharkannya muflis kerana hutang Khalid daripada Bank tersebut yang berjumlah 66.7 juta ringgit hingga kini belum berbayar.

Khalid juga diberitakan sedang disiasat SPRM yang ada hubungkait dengan lembu korban bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dimana Khalid menyumbang lembu untuk dikorban sempena hariraya korban lalu. Diberitakan juga bahawa pembelian lembu korban tersebut bukan daripada duit Khalid sendiri namun dibayar oleh anak syarikat PKNS.

Keputusan Khalid meluluskan geran-geran tanah kepada 6,000 keluarga mengikut jejak mantan MB Perak DS Ir Nizar yang telah meluluskan pemberian geran tanah dengan tempoh waktu 999 tahun.

Apa yang meragukan adalah siapa kah penerima geran-geran tanah ini? penduduk kaum melayu kah? atau penduduk kaum lain? Jika di Perak semasa kerajaan Pakatan yang berusia kurang setahun itu; pemberian geran tanah difokuskan kepada rakyat bukan melayu, ada persamaan kah dengan DUN Ijok?

Kemungkinan ada; kerana kerajaan Pakatan tidak akan memberikan keutamaan kepada penduduk melayu, kerana melayu dikatakan masih menyokong kerajaan Umno-Bn. Terserlah dalam kerajaan Pakatan, melayu dipinggirkan sebaliknya kaum-kaum lain diberikan keutamaan.

Ini hanya soal tanah, sedangkan soal akidahpun diperjudikan oleh kerajaan Pakatan, di mana sebahagian besar pemimpin gabungan itu menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian.

Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu digam daripada bercakap kepada suratkhabar. Alasannya MP ini terlalu lancang membela agama islam.

Khalid Ibrahim adalah sekutu kuat Anwar, kerana itu MB Selangor ini hanya berdiam diri apabila penganut agama kristian mahu menggunakan kalimah Allah kerana perjuangan bosnya adalah mengiktiraf agama kristian menggunakan kalimah Allah.

Ingat lagi kah semasa Khalid masih bertugas di Guthrie? Menteri kewangan masa itu adalah Anwar Ibrahim. Anwar menulis surat kepada CEO masa itu Tan Sri Mohd Desa Pachi agar Guthrie memberikan 13.5% saham yang sepatut untuk rakyat lain. Disebabkan surat tersebut maka Khalid ditawarkan membeli saham-saham tersebut. Namun akhirnya terpaksa ditarik balik kerana Khalid tidak dapat menebusnya kerana masalah kewangan. Akibat penarikan balik itu maka Khalid marah.

Khalid memang suka berdendam. Disebabkan cabang PKR Kuala Selangor rebah/lumpuh/terbubar, maka dia terpaksa merasuah dengan geran tanah pula.

Wahai rakyat Ijok jangan lah terpengaruh dengan cara-cara ini. Perjuangan PKR dan Pakatan hanya untuk sementara yakni agar Anwar Ibrahim dapat memenuhi kemaruk jawatan PMnya.

No comments:

Blog Archive