Showing posts with label Tan Sri Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Musa Aman. Show all posts

Friday, November 22, 2024

BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI

Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.

Musa adalah Ketua Menteri terlama Sabah, dan diberi gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Jasa sebagai pemimpin tidak terkira, terutama meningkatkan hasil kutipan negeri. Semasa dilantik, kewangan Sabah pada tahap yang amat teruk, malah kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji kaki tangan awam.

Era Musa, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dipulihkan, syarikat yang dijual diambil balik, memperluas kawasan hutan simpan kekal (TPA), dan sasaran pada 2030, TPA meliputi 30 peratus keluasan negeri.

Jika Kerajaan pimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berjaya melepasi angka RM5 bilion kutipan hasil negeri, Musa juga mencatit rekod tersindiri, apabila melepasi kutipan hasil negeri yang berdekad-dekad tidak pernah melepasi angka RM3 bilion, tetapi era beliau melepasi angka RM4bilion.

Mereka yang berkempen, konon untuk sampai ke pengetahuan DYMM Agong, adalah mereka yang tinggal dalam gua, kerana tidak sedar, bagaimana latar belakang Musa dimaklumi Agong. Agong yang ada sekarang, bukan sebarangan Agong, sangat peka akan sebarang maklumat, info, malah maklmumat berbagai pemimpin, kerana hubungan baginda dengan mereka.

Jauh sebelum menjadi Agong, hubungan baginda dengan kerajaan Sabah era Tan Sri Musa, bukan calang-calang, termasuk baginda menerbangkan pesawat ke Kota Kinabalu, semata-mata menjadi tetamu khas Ketua Menteri.

Buang masa berkempen, jika untuk tujuan menolak Musa dilantik sebagai TYT ke-11 Sabah, kerana kempen seumpama itu, tiada kesan, tiada bandingan dengan jasa yang diberikan pada rakyat dan negeri Sabah.

Jasa Musa pada rakyat negeri, tidak keterlaluan setara dengan jasa Tun Mustapha dan Tun Fuad.

Hanya mereka yang keji dan tidak tahu berterima kasih, tidak tahu menghargai jasa, tega/sanggup bertindak kotor dan hina, sanggup perbuatan keji berkempen menolak Musa dilantik sebagai TYT.

Thursday, November 07, 2024

NAMA MUSA MASIH DIGERUNI

WALAUPUN Tan Sri Musa Aman bersara daripada politik sejak PRN-16 Sabah apabila tidak mempertahankan kerusi Dun Sungai Sibuga yang disandang sejak tahun 1994, akan tetapi menjelang PRN17 Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi, nama bekas Ketua Menteri terlama Negeri Sabah tersebut diapungkan semula akan tetapi dengan niat jahat, pukul anak sindir menantu oleh pemimpin dan penyokong Parti Warisan.

Perbuatan mawar chanel (masih warisan) kawalan Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Ajis Jamman membuat infograik ucapan tahniah palsu kepada Tan Sri Musa, atas perlantikan sebagai TYT Sabah, bukan sahaja berniat jahat, akan tetapi menghina mantan Ketua Menteri tersebut, malah memperlekeh sumbangan terhadap negeri dan rakyat, termasuk mengheret para pemimpin dan rakyat yang pernah bersama-sama menyokong kepimpinan beliau.

Kecuali pemimpin dan penyokong Parti Warisan, pemimpin dan rakyat Sabah berterima kasih pada Musa kerana era beliau lah Sabah mengecapi pembangunan moden, era mengutamakan kutipan hasil negeri bukan lagi bersandar pada kayu kayan, akan tetapi daripada hasil-hasil industri menerusi kutipan cukai.

Era kepimpinan Musa lah rizab kewangan negeri dijadikan salah satu sasaran pengembangan perekonomian negeri, untuk keterjaminan penarafan kewangan yang sihat. Rizab kewangan terhasil kerana kutipan hasil lebih tinggi berbanding perbelanjaan.

Kepimpinan Musa kali pertama rizab kewangan negeri mencecah bilion-bilion ringgit, rentetan bajet suplus era kepimpian beliau, berbanding semasa beliau dilantik ke jawatan ketua menteri pada Mac 2023, rizab kewangan negeri lebih sedikit daripada RM100juta, jauh di bawah keperluan kecemasan yang diperlukan sesebuah kerajaan negeri, atau boleh dikatakan kerajaan negeri diambang “muflis”.

Sumbangan Musa terhadap kemajuan dan pembangunan negeri adalah terbaik era kerajaan pada masa itu, atas sebab itu diberi gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Daripada segi pertumbuhan ekonomi, menjelang PRU-14, tahun 2018, pertumbuhan ekonomi negeri pada 2017 adalah 8.2%, kelanjutan pertumbuhan bertahun-tahun pada kadar tersebut.

Jika berpandukan pada jasa dan sumbangan Musa, jawatan TYT bukan lah ukuran, akan tetapi dalam konteks negeri Sabah, kedudukan tersebut yang tertinggi, maka, sangat wajar, jika jawatan TYT dikurniakan kepada beliau sebagai bentuk penghargaan atau manifestasi ucapan terima kasih pada sumbangan beliau pada negeri dan rakyat Sabah.

Seingat penulis, walaupun tiada maksud mengulas sumbangan mereka yang pernah dilantik sebagai TYT, status Musa, adalah setara dengan Allahyarham Tun Mustapha dan Tun Fuad, ertinya, mana-mana pihak yang ada niat mempersoal status mantan Ketua Menteri itu, adalah cerminan rendahnya martabat mereka, kerana tiada naluri, tiada kemampun menilai apa erti kebaikan. Lazimnya, kategori itu, hanya ada pada binatang, kerana binatang tidak dilengkapi akal dan fikiran.

Jika kerajaan Sabah hari ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dapat meningkatkan kutipan hasil negeri melepasi RM5 bilion, dalam tempoh 4 tahun memerintah, era Musa juga berlaku lonjakan yang sama, apabila mencapai kutipan hasil secara berperingakat melepasi angka RM3bilion dan RM4 bilion, berbanding berdekad-sekad sebelum itu, kutipan hasil negeri berlagar pada angka RM2bilion.

Percaya lah apapun tindak tanduk pemimpin dan penyokong Warisan cuba memalitkan imej tidak baik pada Musa, bisa ular tidak akan hilang walaupun menyusur akar. Sumbangan Musa akan terus dikenang rakyat yang tahu menilai mana intan mana batu.

Monday, April 18, 2022

MENGHUTANKAN SABAH-KESAN PANDANGAN JAUH MUSA

Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003. Selepas dilantik, beliau sangat terkesan, apabila mendapati, hanya lebih kurang 800 ribu hektar kawasan hutan Sabah dalam kategori hutan kekal.

Merosotnya keluasan hutan negeri, kerana aktiviti pembalakan yang berterusan selama 60 tahun, sejak era pra kemerdekaan.

Jika tindakan drastik tidak diambil untuk menghalang pembalakan, maka generasi akan datang, hanya mengetahui khazanah alam semulajadi negeri menerusi gambar-gambar di muzium atau buku-buku geografi.

Untuk tujuan menghutankan kembali Sabah, maka pada hujung tahun 2007, Kerajaan Negeri memutuskan, menjadikan Ulu Segama, Malua dan Kulampang sebagai kawasan hutan kekal (tidak boleh dibalak atau Totally Protected Areas (TPA)).

Selain itu, disasarkan menjelang tahun 2025, 30% hutan negeri dikategorikan sebagai TPA, tujuannya bagi melindungi kawasan biologi terutama memastikan hidupan liar dapat dijauhkan daripada ancaman pemburu haram. Sasaran keluasan ini adalah sebahagian daripada 53% land mass negeri atau 3.9 juta hektar yang dikategorikan sebagai hutan simpan.

Pada tahun 2017, keluasan hutan kekal Sabah telah menjadi 1.87 juta hektar, berbanding tahun 2003 yang kurang sejuta hektar. Pada tahun ini juga, seluas 700,000 hektar hutan negeri mendapat pensijilan antarabangsa, iaitu pensijilan menerusi Forest Stewardship Council (FSC) yang digabungkan dengan program Eropah Bagi Kelulusan Pensijilan Hutan (PEFC). Dengan keluasan ini ia menjadikan Sabah memiliki kawasan hutan terbesar mendapat pengiktirafan pensijilan antarabangsa di Asia Tenggara.

Kejayaan menghutankan Sabah kembali, sudah tentunya didasari dengan keputusan Kerajaan Negeri semasa era Musa, yang mana dasar itu dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Negeri.

Menghutankan Sabah kembali, tidak akan berjaya, jika tiadanya komitmen daripada kerajaan terutama Ketua Menteri, kerana aktiviti membalak sekian lama, tidak juga dapat dibendung oleh Jabatan Hutan, termasuk pengarahnya. Jika ada pihak yang menganggap, bahawa kejayaan menghutankan kembali Sabah, hanya kerana usaha Jabatan hutan, ianya tidak tepat, kerana dasar perhutanan ditentukan oleh kerajaan, samada menerusi keputusan kabinet mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rakyat Sabah terutama generasi akan datang, perlu berterima kasih pada kerajaan era Musa, kerana berjaya meletakan dasar perhutanan dan pemuliharan hutan negeri yang mapan, untuk diwarisi.

Sunday, August 09, 2020

MALAPETAKA BAGI UMNO SABAH-JIKA KETEPIKAN MUSA

JANGAN anggap, jika UMNO Sabah ketepikan Tan Sri Musa Aman, maka akan kuat lah parti itu. 

Musa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno sejak tahun 2002, dan hanya melepaskan jawatan itu selepas PRU-14 (Tahun 2018). 

Dalam tempoh 16 tahun sebagai Pengerusi Perhubungan Umno, malah Musa pernah menang bertanding Ahli Majlis Tertinggi, dengan mendapat undian ke-2 terbesar daripada perwakilan. Dengan keadaan tersebut, sudah tentu Musa mempunyai ikatan dengan para ahli Umno dan juga rakyat Sabah. Jangan kerana kehilangan kuasa pada Mei, 2018, ekoran berpaling tadahnya 6 ADUN BN kerana tumbangnya Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno, maka Umno Sabah cuba mengenepikan Musa. 

Musa merupakan tokoh politik yang masih ramai penyokong. Buktinya selepas sahaja beliau membersihkan nama beliau menerusi mahkamah pada 9 Jun,2020, kurang 2 bulan, beliau mendapat sokongan 32 ADUN Sabah untuk menubuhkan kerajaan negeri, walaupun untuk sementara waktu ianya belum terealisasi, ekoran pembuburan DUN Sabah oleh TYT Sabah. Tindakan pembubaran tersebut dicabar dimahkamah, dan pada 17 Ogos, mahkamah menentukan apa kah tindakan pembubaran DUN oleh kerajaan minoriti sah dalam Perlembagaan Negeri Sabah. 

Di kalangan pemimpin UMNO Sabah yang diberi peluang memimpin UMNO Sabah, cuba melupakan jasa Musa, sedangkan di peringkat akar umbi, sokongan terhadap beliau kekal kuat. 

Jangan lah kerana mendapat peluang, maka mudah lupa kepada seorang tokoh. Ambil lah iktibar, bagai mana Umno kehilangan kuasa, kerana hanya mengenepikan Tun Dr Mahathir. 

Jangan kerana spin doktor daripada parti lawan, maka dikira ianya betul, sedangkan, tindakan mengenepikan Musa boleh membawa malapetaka kepada UMNO Sabah.

Friday, June 21, 2019

RUMAH TERBUKA HARI RAYA-ERATKAN SILATURAHIM

Datuk Hajiji bersama Tetamu-TS Musa dan TS Pairin
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.

Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka. 

Namun, ada pihak-pihak tertentu, melihat rumah terbuka mempunyai tujuan politik, kerana biasanya rumah terbuka yang ramai penghujung adalah pemimpin politik, kecuali ketua-ketua kerajaan seperti seperti Yang DiPertuan Agong, Sultan atau TYT.

Matlamat rumah terbuka, adalah untuk mengeratkan silaturahim bukan sahaja kepada keluarga yang mengadakan majlis tersebut, akan tetapi perantara itu sebagai tempat bertemu antara para penghujung, untuk bersalam-salaman.

Rumah terbuka Hari Raya Datuk Hajiji Haji Noor, pada Khamis 20 Jun, 2019 di rumah kediaman beliau di Kg Serusop Tuaran, disalah ertikan oleh segelintir penyokong Parti Warisan Sabah, khususnya di media sosial termasuk penulis blog borneochanel.blogspot.com atas nama Molley New York, mempersoalkan kehadiran Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman.

Mungkin, penulis blog tersebut kurang mengerti atau faham konsep rumah terbuka yang diamalkan di negara ini, sehinggakan sanggup menuding jari kehadiran tetamu yang berkunjung.

Rumah terbuka sesebuah perayaan, pada hakikatnya merentasi dunia politik, kerana sambutan seumpama itu berlatar belakangkan keagamaan. Dalam agama islam, setiap mereka yang seagama adalah bersaudara, manakala yang bukan, ianya berkaitan hubungan antara sesama insan. 

Rumah terbuka Hajiji dan keluarga, dihadiri oleh ramai pemimpin parti yang berlainan fahaman politik dengan beliau, antaranya Tan Sri Pairin Kitingan-Penasihat parti PBS, Setiausaha Agung PBS-Datuk Jahid Jahim bersama isteri, malah beliau menyumbang lagu-lagu 60-an pada majlis tersebut, Ketua Penerangan parti itu- Datuk Joniston Bangkuai yang juga Adun Kiulu, Datuk Yong Teck Lee Presiden SAPP, Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untol- Parti Cinta Sabah, pemimpin MCA dan MIC Sabah.

Daripada sekian ramai pemimpin parti politik yang tidak seideologi dengan Hajiji, perhatian para penyokong parti Warisan Sabah hanya tertumpu kepada Tan Sri Musa, sedangkan kehadiran Musa hanya berpaksi kepada konsep silaturahim sesama seagama, apa tah lagi, beliau pernah sepasukan atau sehaluan dengan tuan rumah lebih dua dekad, semasa pemerintahan Barisan Nasional Sabah.

Rumah terbuka hari raya, sebenarnya pengunjung, bukan berasaskan fahaman politik, akan tetapi berasaskan kepada silaturahim antara rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, kawan atau lawan, kerana keutamaan adalah kehendak agama dan hubungan sesama manusia atau rakyat.

Rumah terbuka Hari Raya Datuk Hajiji yang dikunjungi tidak kurang 10,000 orang daripada semua bangsa dan agama, malang sekali, tiada seorangpun pemimpin Parti Warisan Sabah, sedangkan, pemimpin yang separti dengan Datuk Hajiji, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Ketua Penaja PPBM Tawau, turut hadir pada Sambuatan Hari Raya Parlimen Tawau dan Kalabakan, sedangkan rumah terbuka Hajiji, adalah MAJLIS RUMAH TERBUKA DATUK HAJIJI HJ NOOR, Ketua pimpinan Bersatu Negeri Sabah merangkap Wakil Rakyat Dun N.10 Sulaman.

Seperti kata Hajiji, Jemputan ke majlis terbuka tersebut adalah bagi rakyat N.10 Sulaman, namun namanya juga rumah terbuka, maka sesiapa juga yang berkelapangan di alu alukan untuk datang.

Melihatkan ketidak hadiran pemimpin parti Warisan Sabah, menunjukkan bahawa mereka mempolitikkan perayaan keagamaan, mungkin atas sebab itu para penyokong parti itu sanggup mempersoalkan kehadiran Tan Sri Musa, yang masih seorang ADUN Umno, parti yang membangkang parti Bersatu dan Parti Warisan.

Kerana fahaman politik sempit, maka para pemimpin dan penyokong parti Warisan tidak dapat membezakan antara majlis politik dan majlis keagaman, sehinggakan terbit sangkaan jahat pada fikiran mereka.

Rakyat negara ini amnya dan Sabah khasnya, sebenarnya sudah cukup matang memisahkan antara majlis politik dan keagamaan. Sepatutnya, para pemimpin dan penyokong Warisan kena mencerna keadaan itu, dan jangan cuba memesongkan perasaan rakyat, sehinggakan cuba memutuskan hubungan silaturahim antara para pemimpin atau antara sesama insan, hanya kerana fahaman politik.

Jika para pemimpin dan penyokong Warisan hanya bersilaturahim antara sesama, jangan lah membawa orang lain, kerana perilaku itu, bukan tuntutan agama atau bukan tuntutan hubungan antara sesama insan.

Datuk Hajiji sebagai tuan rumah, bukan sahaja berterima kasih kepada setiap tetamu, termasuk Tan Sri Musa Aman, malah tetamu juga sangat teruja terhadap layanan yang diberikan.

Malah Musa, merasakan layanan tuan rumah yang menunjukkan silaturahim yang amat tinggi, mengambil masa 2 jam sebelum beredar.

Tuesday, June 11, 2019

KEPIMPINAN MUSA DIRINDUI

TAN SRI Musa Aman terpaksa memilih membersihkan nama dahulu sehinggakan untuk sementara menangguhkan aktiviti politik.

Mantan Ketua Menteri terlama Sabah itu, hampir setahun tidak muncul dikhalayak ramai kecuali pada 2 Jun, 2019 di rumah kediaman beliau di Sandakan menerusi acara Berbuka Puasa & Silaturahim dengan penyokong beliau.

Selepas PRU-14, Musa pada awalnya berdepan dengan kemelut Ketua Menteri Sabah, apabila beliau disingkirkan daripada jawatan menerusi rampasan kuasa secara aman.

Musa, ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kehilangan jawatan bukan cara demokrasi, malah dihadapkan ke mahkamah dengan berbagai tuduhan.

Adalah lumrah, apabila seseorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dan dianggap boleh mengancam kepimpinan kerajaan off the day, maka akan dituduh dengan berbagai tuduhan semata-mata untuk memalit imej buruk kepada pemimpin tersebut. 

Walaupun hampir setahun tidak muncul didepan umum, namun kepimpinan Musa sangat dirindui, setidak-tidaknya oleh penyokong dan pengundi beliau di Dun Sungai Sibuga yang beliau wakili sejak 6 penggal.

Pada 2 Jun, setiba beliau di Lapangan Terbang Sandakan, beliau disambut ribuan penyokong beliau, walaupun kepulangan beliau tidak diuar-uarkan, melainkan hanya menerusi pesanan ringkas antara para penyokong beliau. Demikian juga, majlis berbuka Puasa & silaturahim beliau pada petang itu dihadiri ribuan penyokong beliau daripada segenap lapisan tua dan muda.

Suasana perjumpaan itu, sangat terbayang dikalangan yang hadir, betapa mereka merindui kepimpinan mantan Ketua Menteri tersebut.

Sebenarnya kebangkitan seseorang pemimpin yang disukai rakyat hanya masa dan ketika sahaja menentukannya. Rakyat negara ini tidak pernah terbayangkan, bahawa Tun Dr Mahathir akan menerajui negara semula, selepas 15 tahun besara. Demikian juga Tan Sri Musa, kebangkitan beliau bergantung kepada masa dan ketika.
Rakyat kena yakin, apapun tindakan manusia untuk membendung kebangkitan seseorang pemimpin yang sangat berjasa kepada rakyat dan negeri, doa rakyat majoriti akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Kepimpinan Musa akan dikenang sepanjang zaman oleh rakyat Sabah, kerana menerusi kepimpinan beliau selama 15 tahun, rakyat dan negeri telah dimartabatkan.

Sunday, June 02, 2019

RIBUAN SAMBUT MUSA

TS Musa Disambut Penyokong Beliau-LT Sandakan
RIBUAN rakyat menyambut kedatangan Tan Sri Musa Aman di Lapangan Terbang Sandakan pagi ini.

Selepas PRU-14, pada 9 Mei,2018, ini lah kali pertama mantan Ketua Menteri itu mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.

Musa yang dipilih untuk penggal ke-6 bagi DUN Sungai Sibuga pada PRU-14, sebenarnya telah dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei,2018, namun kerana pengkhiantan 6 ADUN, 4 daripada Umno dan 2 daripada UPKO selepas itu, menyebabkan beliau "tersingkir" daripada jawatan itu, walaupun penyingkiran beliau tidak mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.

Tidak pulangnya Musa ke Sandakan amnya dan DUN Sungai Sibuga khasnya selepas PRU-14, bukan kerana penyingkiran beliau daripada jawatan Ketua Menteri, akan tetapi disebabkan masalah kesihatan yang memaksa beliau mendapat rawatan di luar negara.

Selain masalah kesihatan, beliau juga terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk berbincang dengan para peguam beliau berkaitan isu-isu mahkamah yang beliau hadapi.

Berkat bulan Ramadhan, bulan mulia bagi umat islam, Musa diberikan keafiatan, maka beliau berpeluang kembali ke Sandakan, untuk berjumpa dan beramah mesra dengan para penyokong dan penduduk tempatan.

Malam ini, di rumah kediaman beliau diadakan Majlis Silaturahim dan berbuka puasa.

ZIARAH RAMADHAN TAN SRI MUSA

SELEPAS setahun PRU-14, hari ini, merupakan kali pertama Tan Sri Musa menjejak kaki ke Sandakan.

Tidak seperti 24 tahun lalu, setiap minggu, ADUN Sungai Sibuga itu menghabiskan masa hujung minggu beliau di kawasan Sandakan amnya dan khususnya DUN Sibuga, yang beliau wakili sejak tahun 1994.

Malah sebelum beliau menceburi diri dalam arena politik, Sandakan merupakan kawasan permainan beliau semasa beliau aktif dalam dunia perniagaan.

Musa tidak sengaja mengubah kebiasaan selama 24 tahun tersebut, disebabkan dua faktor, iaitu kesihatan dan kekangan masa. Namun, berkat bulan Ramadhan, hari ini, mantan Ketua Menteri terlama Sabah itu, diberikan kekuatan dengan keadaan kesihatan membolehkan beliau kembali ke Sandakan.

Musa dijadualkan akan mendarat di Lapangan Terbang Sandakan pada kira-kira pukul 7.30 pagi menerusi pesawat MAS daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kedatangan mantan Ketua Menteri itu, akan mengubati rindu para penyokong tegar beliau. 

Penulis difahamkan, para penyokong beliau sebahagian akan menyambut beliau di lapangan terbang, dan sebahagian lagi menunggu di rumah kediaman beliau.

Petang ini, sambil menunggu masa berbuka puasa serta solat tarawih, Musa akan beramah mesra dengan penyokong serta penduduk setempat dalam satu majlis sambutan ziarah ramadhan beliau.

Monday, May 27, 2019

ZIARAH RAMADHAN MUSA-RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH TAMAN LOKAWI

TS Musa dan Sdr Saman Ongki
RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH Taman Lokawi yang diasaskan oleh Saudara Saman Ongki, 7 tahun lalu, kini menampung 34 anak-anak yatim.

Menurut Saman, RAY itu telah mendapat perhatian khas daripada Tan Sri Musa Aman sejak rumah itu mula didirikan, malah perhatian ADUN Sungai Sibuga itu beterusan walaupun bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

Semalam, Musa sempat berziarah di rumah tersebut, selepas menunaikan solat tarawih di sebuah Masjid di Kapayan.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu berada di rumah anak-anak yatim tersebut selama sejam. Kedatangan beliau disambut sendiri oleh pengasas rumah tersebut. 

Pada ziarah itu, ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar turut sama.

Sempena ziarah itu, Musa turut memberikan kata-kata semangat kepada penghuni rumah tersebut, dan seterus mengucapkan tahniah kepada pengasas rumah tersebut, kerana menyahut salah satu seruhan Allah dalam Al-Quran agar uruan ke-2 dalam asnaf, iaitu anak yatim disantuni.

Musa berharap, agar ramai lagi akan mencontohi dan seterusnya membina rumah-rumah seumpama itu, kerana ianya merupakan tuntutan atau perintah Allah SWT kepada mereka yang bernasib baik.

Musa kini, lebih menumpukan masa terluang beliau berziarah ke rumah-rumah yatim, tahfiz dan madrasah, malah diperhebat lagi semasa bulan mulia ini.

Pada masa-masa lalu, ziarah ke tempat-tempat seumpama ini sempana bulan Ramadhan, sangat terhad, kerana jadual dipadati oleh jemputan-jemputan berbuka puasa di seluruh pelosok negeri, daripada parti-parti politik dan para pemimpin.

Saturday, May 25, 2019

MUSA RINDU DUN SIBUGA

Tan Sri Musa bersama Isteri selepas Mengundi Pada 9 Mei,2018.
Tan Sri Musa Aman bakal berkhidmat semula di kawasan Dun beliau- Dun Sibuga. 

Sudah setahun selepas PRU-14, ADUN Sibuga itu tidak berpeluang berkhidmat di kawasan yang beliau wakili sejak tahun 1994. Bukan lah kehendak beliau untuk tidak berkhidmat dengan kawasan yang beliau wakili selama 6 penggal, akan tetapi kekangan masa dan kesihatan menghalang beliau berbuat demikian.

Kini, selepas kesihatan beliau kembali kepada sedia kala, maka dalam waktu terdekat, sebelum sambutan hari raya 1440 Hijrah, beliau akan berkunjung ke Dun Sungai Sibuga.

Penulis difahamkan, penyokong akar umbi beliau di kawasan tersebut tidak sabar-sabar menunggu kunjungan beliau, malah mereka telah menyusun atur untuk menyambut kedatangan pemimpin yang mereka sayangi tersebut.

Kunjungan kali ini, bukan seperti yang lalu-lalu, dipenuhi dengan ucapan-ucapan, akan tetapi kunjungan kali ini, hanya bersifat ziarah, tanpa protokol, bersifat ramah mesra dengan para penyokong beliau selain penduduk setempat.

Musa masa kini, khususnya sempena dengan bulan yang mulia ini, lebih cenderung ziarah kepada rumah-rumah yatim, pusat-pusat tahfiz serta madrasah, sambil menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Monday, May 20, 2019

ZIARAH RAMADHAN TAN SRI MUSA-KALI INI MASJID AL FALAH-KAPAYAN

Tan Sri Musa Bersama Pelajar Tahfiz Darus Sohabah, Beaufort.
PENDUDUK sekitar Hospital QEH1 dan Kg Kapungit, Kapayan, tidak asing dengan Masjid Al Falah yang terletak di puncak Bukit Kg tersebut.

Berada di kawasan masjid ini, pemandangan Bandar Kota Kinabalu nampak jelas, khususnya di waktu malam.

Penulis diberitahu oleh Setiausaha Jawatankuasa Masjid tersebut-Drs Hamid Rahmat, malam ini sempena Ramadhan ke- 15, ADUN Sibuga yang juga Mantan Ketua Menteri Sabah-Tan Sri Musa Aman akan bersolat Isyak dan Tarawih bersama-sama jemaah masjid tersebut.

Musa dijangka tiba pada pukul 7.15 petang. Sementera menunggu isyak, Musa dijangka beramah mesra dengan jemaah masjid.

Sebenarnya, penulis hanya bermula semalam mendapat maklumat berkaitan aktiviti ziarah Ramadhan Mantan Ketua Menteri tersebut.

Pada Ahad, Musa sebelum menunaikan solat magrib, isyak dan sunat tarawih di Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Membakut. beliau telah berziarah ke Madrasah Tahfiz Darus Sohabah, Kg Bingkul, Beaufort.

Penulis difahamkan sempena Ramadhan ke-1440 Hijrah ini, aktiviti Musa tertumpuh pada rumah-rumah yatim, madrasah dan masjid-masjid, berbeza dengan keadaan lebih 15 tahun lalu, yang dipenuhi dengan ziarah di pelosok negeri yang berkaitan dengan jemputan parti-parti politik dan para pemimpin.

Tuesday, March 05, 2019

Tan Sri Musa Haji Aman reserves his rights to challenge the charges

During today’s court proceeding the Prosecution had introduced 16 additional charges against Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (Tan Sri Musa Aman). The additional charges are under Section 4(1) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities 2001(AMLATFA). The offences purportedly took place in Hong Kong between 2006 to 2008. In essence, these additional charges are related to some of the earlier offences that had been proffered against Tan Sri Musa Aman. These are not new offences.

The prosecution further tendered a certificate under Section 82(2) of AMLATFA (Section 82(2) Certificate) which was certified by a Malaysian Diplomatic Officer in Hong Kong. The said Diplomatic Officer claims in the said Section 82(2) Certificate that offences had been committed in Hong Kong and is of the opinion, that the offences should be tried in Malaysia.

During the court proceeding, the Defence raised concerns about the propriety and accuracy of the said Section 82(2) Certificate, and consequently the charges against Tan Sri Musa. The Defence notified the Sessions Court Judge, Puan Rozina bt Ayob, of the existence of documents which have the effect of exonerating Tan Sri Musa Aman, and at the same time casting doubt on the accuracy of the Section 82(2) Certificate and also the charges. It was pointed out to the Sessions Court Judge that 

i) The Independent Commission Against Corruption, Hong Kong (ICAC) had issued a letter dated 22 December 2011 to Tan Sri Musa Aman stating that the ICAC had investigated the matter and agreed that on the basis of facts within their possession, that no further investigated action will be pursued;

ii) In a written reply to a parliamentary question, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Dato’ Seri Nazri Aziz), the Minister in the Prime Minister’s Department had informed the Parliament, that the Attorney General’s Chambers had studied and considered the evidence presented by the Malaysian Anti-Corruption Agency and had decided that the elements of corruption could not be proven. In addition, Dato’ Seri Nazri Aziz further in his written reply confirmed that the same matter had been investigated by ICAC and it was decided that no further action to be taken.

It is apparent that 2 independent investigative commissions had completed their own investigation separately and came to the same conclusion that no further action should be taken against Tan Sri Musa Aman. As a result of that, one should not be faulted for arguing that the charges against Tan Sri Musa Aman were mala fide.

As such, the Defence informed the Court that they reserve the right to challenge and raise objection to the Section 82(2) Certificate as well as the charges.

Blog Archive