Friday, June 21, 2019

RUMAH TERBUKA HARI RAYA-ERATKAN SILATURAHIM

Datuk Hajiji bersama Tetamu-TS Musa dan TS Pairin
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.

Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka. 

Namun, ada pihak-pihak tertentu, melihat rumah terbuka mempunyai tujuan politik, kerana biasanya rumah terbuka yang ramai penghujung adalah pemimpin politik, kecuali ketua-ketua kerajaan seperti seperti Yang DiPertuan Agong, Sultan atau TYT.

Matlamat rumah terbuka, adalah untuk mengeratkan silaturahim bukan sahaja kepada keluarga yang mengadakan majlis tersebut, akan tetapi perantara itu sebagai tempat bertemu antara para penghujung, untuk bersalam-salaman.

Rumah terbuka Hari Raya Datuk Hajiji Haji Noor, pada Khamis 20 Jun, 2019 di rumah kediaman beliau di Kg Serusop Tuaran, disalah ertikan oleh segelintir penyokong Parti Warisan Sabah, khususnya di media sosial termasuk penulis blog borneochanel.blogspot.com atas nama Molley New York, mempersoalkan kehadiran Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman.

Mungkin, penulis blog tersebut kurang mengerti atau faham konsep rumah terbuka yang diamalkan di negara ini, sehinggakan sanggup menuding jari kehadiran tetamu yang berkunjung.

Rumah terbuka sesebuah perayaan, pada hakikatnya merentasi dunia politik, kerana sambutan seumpama itu berlatar belakangkan keagamaan. Dalam agama islam, setiap mereka yang seagama adalah bersaudara, manakala yang bukan, ianya berkaitan hubungan antara sesama insan. 

Rumah terbuka Hajiji dan keluarga, dihadiri oleh ramai pemimpin parti yang berlainan fahaman politik dengan beliau, antaranya Tan Sri Pairin Kitingan-Penasihat parti PBS, Setiausaha Agung PBS-Datuk Jahid Jahim bersama isteri, malah beliau menyumbang lagu-lagu 60-an pada majlis tersebut, Ketua Penerangan parti itu- Datuk Joniston Bangkuai yang juga Adun Kiulu, Datuk Yong Teck Lee Presiden SAPP, Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untol- Parti Cinta Sabah, pemimpin MCA dan MIC Sabah.

Daripada sekian ramai pemimpin parti politik yang tidak seideologi dengan Hajiji, perhatian para penyokong parti Warisan Sabah hanya tertumpu kepada Tan Sri Musa, sedangkan kehadiran Musa hanya berpaksi kepada konsep silaturahim sesama seagama, apa tah lagi, beliau pernah sepasukan atau sehaluan dengan tuan rumah lebih dua dekad, semasa pemerintahan Barisan Nasional Sabah.

Rumah terbuka hari raya, sebenarnya pengunjung, bukan berasaskan fahaman politik, akan tetapi berasaskan kepada silaturahim antara rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, kawan atau lawan, kerana keutamaan adalah kehendak agama dan hubungan sesama manusia atau rakyat.

Rumah terbuka Hari Raya Datuk Hajiji yang dikunjungi tidak kurang 10,000 orang daripada semua bangsa dan agama, malang sekali, tiada seorangpun pemimpin Parti Warisan Sabah, sedangkan, pemimpin yang separti dengan Datuk Hajiji, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Ketua Penaja PPBM Tawau, turut hadir pada Sambuatan Hari Raya Parlimen Tawau dan Kalabakan, sedangkan rumah terbuka Hajiji, adalah MAJLIS RUMAH TERBUKA DATUK HAJIJI HJ NOOR, Ketua pimpinan Bersatu Negeri Sabah merangkap Wakil Rakyat Dun N.10 Sulaman.

Seperti kata Hajiji, Jemputan ke majlis terbuka tersebut adalah bagi rakyat N.10 Sulaman, namun namanya juga rumah terbuka, maka sesiapa juga yang berkelapangan di alu alukan untuk datang.

Melihatkan ketidak hadiran pemimpin parti Warisan Sabah, menunjukkan bahawa mereka mempolitikkan perayaan keagamaan, mungkin atas sebab itu para penyokong parti itu sanggup mempersoalkan kehadiran Tan Sri Musa, yang masih seorang ADUN Umno, parti yang membangkang parti Bersatu dan Parti Warisan.

Kerana fahaman politik sempit, maka para pemimpin dan penyokong parti Warisan tidak dapat membezakan antara majlis politik dan majlis keagaman, sehinggakan terbit sangkaan jahat pada fikiran mereka.

Rakyat negara ini amnya dan Sabah khasnya, sebenarnya sudah cukup matang memisahkan antara majlis politik dan keagamaan. Sepatutnya, para pemimpin dan penyokong Warisan kena mencerna keadaan itu, dan jangan cuba memesongkan perasaan rakyat, sehinggakan cuba memutuskan hubungan silaturahim antara para pemimpin atau antara sesama insan, hanya kerana fahaman politik.

Jika para pemimpin dan penyokong Warisan hanya bersilaturahim antara sesama, jangan lah membawa orang lain, kerana perilaku itu, bukan tuntutan agama atau bukan tuntutan hubungan antara sesama insan.

Datuk Hajiji sebagai tuan rumah, bukan sahaja berterima kasih kepada setiap tetamu, termasuk Tan Sri Musa Aman, malah tetamu juga sangat teruja terhadap layanan yang diberikan.

Malah Musa, merasakan layanan tuan rumah yang menunjukkan silaturahim yang amat tinggi, mengambil masa 2 jam sebelum beredar.

No comments:

Blog Archive