Sunday, August 09, 2020

MALAPETAKA BAGI UMNO SABAH-JIKA KETEPIKAN MUSA

JANGAN anggap, jika UMNO Sabah ketepikan Tan Sri Musa Aman, maka akan kuat lah parti itu. 

Musa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno sejak tahun 2002, dan hanya melepaskan jawatan itu selepas PRU-14 (Tahun 2018). 

Dalam tempoh 16 tahun sebagai Pengerusi Perhubungan Umno, malah Musa pernah menang bertanding Ahli Majlis Tertinggi, dengan mendapat undian ke-2 terbesar daripada perwakilan. Dengan keadaan tersebut, sudah tentu Musa mempunyai ikatan dengan para ahli Umno dan juga rakyat Sabah. Jangan kerana kehilangan kuasa pada Mei, 2018, ekoran berpaling tadahnya 6 ADUN BN kerana tumbangnya Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno, maka Umno Sabah cuba mengenepikan Musa. 

Musa merupakan tokoh politik yang masih ramai penyokong. Buktinya selepas sahaja beliau membersihkan nama beliau menerusi mahkamah pada 9 Jun,2020, kurang 2 bulan, beliau mendapat sokongan 32 ADUN Sabah untuk menubuhkan kerajaan negeri, walaupun untuk sementara waktu ianya belum terealisasi, ekoran pembuburan DUN Sabah oleh TYT Sabah. Tindakan pembubaran tersebut dicabar dimahkamah, dan pada 17 Ogos, mahkamah menentukan apa kah tindakan pembubaran DUN oleh kerajaan minoriti sah dalam Perlembagaan Negeri Sabah. 

Di kalangan pemimpin UMNO Sabah yang diberi peluang memimpin UMNO Sabah, cuba melupakan jasa Musa, sedangkan di peringkat akar umbi, sokongan terhadap beliau kekal kuat. 

Jangan lah kerana mendapat peluang, maka mudah lupa kepada seorang tokoh. Ambil lah iktibar, bagai mana Umno kehilangan kuasa, kerana hanya mengenepikan Tun Dr Mahathir. 

Jangan kerana spin doktor daripada parti lawan, maka dikira ianya betul, sedangkan, tindakan mengenepikan Musa boleh membawa malapetaka kepada UMNO Sabah.

No comments:

Blog Archive