Tuesday, April 05, 2016

Media Menghukum DS Najib Razak

Tun Dr Mahathir begitu bangga sekali apabila 53 media antarabangsa turut sama menghukum Dato Seri Najib Razak.

Kemudiannya, mantan Perdana Menteri bertanya, apa kah kaum melayu terutama ahli atau penyokong Umno tidak malu, mempunyai Perdana Menteri yang terkenal kerana imej buruk.

Mereka yang menyedari dan mengetahui imej buruk yang cuba dipalitkan kepada DS Najib Razak, sebenarnya satu rekayasa daripada pihak-pihak tertentu yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir sendiri.

DS Najib menjadi bahan berita bermula apabila The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 julai lalu membuat laporan berkaitan USD681milion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau menjelang PRU-13, kononnya daripada 1MDB. Laporan WSJ tersebut kononnya memetik dokumen daripada pihak berkuasa negara yang tidak dinamakan yang sedang menyiasat 1MDB. 

Pada Mac 2015, DS Najib Razak sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa 1MDB, dan kemudiannnya, PAC Parlimen pada Mei tahun yang sama turut menyatakan akan memeriksa syarikat gergasi milik Kementerian kewangan tersebut.

Salah seorang anggota PAC adalah Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara daripada DAP. Tony, sejak tahun 2014 adalah orang yang kerap mempersoalkan 1MDB disamping MP Pandan Rafizi Ramli.

Kini, kedudukan berkaitan wang USD681milion semakin jelas, malah WSJ telah mengakui, sesuai dengan kenyataan DS Najib Razak sebelum ini, bahawa wang itu merupakan derma daripada penderma budiman daripada Arab Saudi. Dengan pengakuan itu, dengan sendirinya, WSJ mengakui, bahawa media antarabangsa itu ditipu oleh pihak tertentu di Malaysia, untuk mempercayai dokumen yang diberikan sebagai betul.

Dalam kedudukan sebegini, satu pertanyaan kepada Tun Dr Mahathir, siapa sebenarnya yang merasa malu? mereka yang merekaysa dokumen palsu? atau mereka yang percaya bahawa laporan media antarabangsa itu sebenarnya berpunca daripada dokumen tidak benar.

Tun Dr Mahathir cuba menegakkan benang basah, sambil menuduh, bahawa mereka yang menyokong dan mempercayai DS Najib adalah mereka yang dibeli dengan wang ringgit atau dalam istilah mereka pemakan dedak. AYT tidak terfikir demikian, kerana AYT membela DS Najib, hanya bersandarkan kepada keyakinan, bahawa Perdana Menteri di pihak yang benar.

AYT tidak mengenali sesiapapun orang-orang DS Najib, daripada pemandu atau tukang cuci apatah lagi para pegawai Perdana Menteri ke-6 itu. Jadi, oleh kerana AYT menyokong dan mempertahankan DS Najib, apa kah juga AYT sebagai pemakan dedak?.

Daripada mula lagi, sejak WSJ membuat laporan, sebelum itu Sarawak reports membuat tulisan bersiri berkaitan 1MDB, AYT telah yakin, ianya merupakan satu rancangan pihak tertentu untuk memalitkan imej buruk kepada DS Najib Razak. Pihak-pihak tertentu itu, mahu menghukum DS Najib Razak melalui media dan persepsi masyarakat umum. Mereka bertindak sebagai badan penyiasat, pedakwaraya juga sebagai hakim.

Apabila seseorang itu dipihak yang benar, betapa berat dan rancakpun menjatuhkan seseorang itu, maka ada sahaja kelompangan rancangan itu. Sebagai contoh, tindakan memerangkap DS Najib Razak dengan Kertas Pertuduhan yang diciptakan khas bagi memaksa beliu meletakkan jawatan tidak kesampaian, apabila berjaya dipintas, sebelum kertas pertuduhan dikuatkuasakan.

Kini, sesuai dengan perjalanan masa, isu-isu yang diarahkan kepada DS Najib, semakin hari semakin jelas, bahawa sebenarnya, tiada unsur salah guna kuasa, atau tidak unsur penyelewangan daripada beliau. 

Kembali kepada perasaaan malu, sebenarnya Tun Dr Mahathir and gang sendiri yang patut malu, kerana penyumbang kepada cerita-cerita palsu, dan pada masa yang sama 53 media antarabangsa, seharusnya merasa malu, kerana turut tertipu, kerana ikut membuat laporan berkaitan cerita yang direka dan tidak berasas.

14 comments:

QalamQabut said...

Mohd Najib hanya perlu menggunakan TV1 utk beri sejelas2 penerangan. 1,000 media asing akan melaporkannya.

Kalau Mohd Najib tak bersalah, tak rasa bersalah, rasa dianiaya dan difitnah, tentu dah dia akan bela dirinya secara bersungguh2, perbetulkan keadaan dan mempertahankan maruah diri, parti, bangsa dan tanahairnya. Tunjukkan segala bukti yg dia ada utk menangkis fitnah2 itu. Orang hanya boleh menuduh tetapi BUKTI dan KEBENARAN ada pada Mohd Najib. Tetapi dia lebih suka mengalih isu dari memberi penerangan yg tulus dan telus. Dia lebih suka menyerang orang padahal penangkisnya yg sebenarnya boleh mematahkan serangan orang (jika benar dia dipihak yg benar).

Sebagai seorang pemimpin yg beragama Islam dia tentu juga tak akan biarkan rakyat jelata bergaduh dan bermusuh sesama sendiri berpokok-pangkal dari dirinya, dia tak akan biarkan rakyat jelata tersesat dgn fitnah dan tohmah yg dilemparkan kepadanya. Sebagai PM dia punya segala kemudahan utk lakukan semua itu. Tapi dia tak buat. Dia lebih suka mengawal sokongan yg sedia ada (UMNO) dari menambah sokongan baru. 'Rakyat didahulukan' hanyalah kempen kosong utk kejar populariti. Mohd Najib tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yg terjadi kepada rakyat dalam situasi ini. Dia hanya tahu rakyat bodoh dan diperbodohkan. Dan rakyat MESTI dengar katanya, MESTI percaya dia tidak bersalah. Jika dia kata "MACC sudah siasat dan tiada apa2 kesalahan. Selesai!", maka MESTIlah selesai, tutup buku dan tak perlu ada pertanyaan lagi. Itu perintah Perdana Menteri Malaysia.

Mohd Najib, muncullah di hadapan TV1, cerita, ulas dan tunjukkan bukti bahawa kamu tidak bersalah. Beri penerangan dgn jujur dan ikhlas, tulus dan telus. Aku percaya sebahagian besar rakyat akan ada bersama kamu jika penerangan kamu itu boleh masuk akal. Dan aku percaya dalam masa 24 jam, penerangan kamu itu akan tersebar lebih dari 52 media di dunia ini. Keterangan dan bukti yg kamu kemukakan itu akan patahkan segala fitnah, akan hancur segala agenda tersembunyi, akan hilangkan sokongan dan kepercayaan kepada musuh2 kamu.

Mereka hanya menuduh, menyerkap jarang, tetapi Mohd Najib saja yg tau sama ada semua tuduhan itu fitnah atau benar. Mohd Najib ada segala bukti dan keterangan utk menyatakan itu semua fitnah semata2?

Anonymous said...

Mengapa Najib MESTI menjawab dakwaan palsu dan fitnah? Tak perlu kelam-kabut spt apa yg disarankan oleh QalamQabut. Tak perlu, membuang masa dan tenaga saja.

Mahathir dan pembangkang bukan nak dengar apa-apa jawapan pun, mrk HANYA MAHU Najib mengaku dia seleweng duit 1MDB dan RM2.6b telah masuk akaun peribadi. Itulah 'kebenaran' yg Mahathir yg telah mengangkat diri sbg Penyelamat Malaysia (maknanya juga PH adalah Perosak Malaysia pada kacamata Mahathir, pembangkang bodoh bukan tau apa pun ...), nak dengar.

Bila terbukti duit tersebut bukan dari 1MDB, tukar pulak cerita, mana ada org yg nak derma sbyk tu pada Najib. Mestilah ada, sbb org tak berani nak derma pada Mahathir dulu, nanti habis dia dan kroni-kroni sapu sampai boleh beli 'syurga' sorang satu. Tengok duit UMNO sampai skrg org masih pertikaikan dimana Mahathir simpan atau mmg tak mau pulangkan balik pd UMNO?

Bila dah tau sapa yg derma, ditimbulkan pulak duit tu Najib suami isteri enjoy shopping sakan berjuta-juta ... lantak dialah, org bagi bukan dia curi pun.

Najib relaks aje, tak sibuk pun nak jawab itu ini. Masa yg tlg membongkar segala kemaksiatan.

Jadi Mahathir dah takde modal nak pekena Najib, nampaknya wawasan 2020 nak pelingkup harta negara dah terhalang. Barulah Mahathir tau yg Najib bukanlah sebodoh yg dia fikirkan, tapi seorang yg bijak mengatur strategi dlm mengalahkan serangan lawan.

Tak lama lagi MUNGKIN kita akan dapat tau pihak mana yg akan kena CHECKMATE (maknanya dah tak boleh nak mengelak, terbukti sbg org yg memulakan konspirasi utk menjatuhkan PM Najib) ... Tungguuuuu ...

QalamQabut said...

Aku tak kisah siapa yg kena check-mate. Aku hanya nak cari kebenaran. Kalau Mahathir terbukti memfitnah Mohd Najib, sahih aku akan kutuk dia dan puji Mohd Najib.

Kamu kata: Masa yg tlg membongkar segala kemaksiatan.
Aku pun tak kisah, biar terbongkar satu demi satu kebenaran. Aku pun tak mau komen panjang hal laporan2 WSJ dan ABC, aku pun tak percaya bulat2. Tapi Nazir Razak dah mengaku terima wang dari abangnya, dan lakukan segala arahan. Begitu juga dgn perbelanjaan di Jakel, nampak baguslah inisiatif itu tetapi banyak lagi persoalan yg timbul dibelakangnya.

Semakin hari semakin tebal keraguan yg menyelubungi Mohd Najib.

Semamangnya aku tak mahu kemelut ini berpanjangan, terutama bila kita semakin hampir dgn PRU14 nanti. Sebab itu aku mahu ianya diselesaikan secepat mungkin supaya Melayu boleh bersatu semula, atau sekurang2 boleh bertolak ansur, atau tidak serang menyerang antara satu sama lain.

Dan seperti aku kata tadi, MOHD NAJIB ADA SEMUA MAKLUMAT DAN BUTIRAN ATAS SEGALA TUDUHAN DAN TOHMAHAN KE ATASNYA. Dia tak terasa ke maruah diri dia dan maruah negara kita makin tercemar? Dan dia lebih suka berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.

Saudara jangan jumudkan diri dgn berkata "Bila terbukti duit tersebut bukan dari 1MDB, tukar pulak cerita'. Orang lain hanya membongkar dan menuduh. Mohd Najib YANG TAHU CERITA YANG SEBENAR mengenai derma Tok Arab tu, tapi mengapa berbagai versi pula yg keluar, sekejap dana politik, sekejap derma peribadi, dan bermacam cerita latar yg disertakan bersama; utk lawan DAP, utk lawan ISIS, suka hati kamu le Jib nak buat apa pun... Tapi penutupnya derma ikhlas tok arab tu dipulangkan. Kenapa saudara tak pertikai cerita yg berbelit2 dari MOHD NAJIB dan para menterinya ini.

Isu 2.6b ini bukan cerita dongeng yg boleh ditukar jalan ceritanya ikut suka hati tukang karut. Ceritanya pun dah bermula dan tamat pada tahun 2013. Kenapa hingga sekarang tak boleh ada satu cerita yg boleh rakyat terima dgn rasa lega, rasa syukur, sebab sudah tamat satu isu yg jadi pertelagahan sesama rakyat Malaysia.

Jangan kata 'Mahathir n de geng tentu tak akan percaya nye...'. Lantak le dekat Mahathir, tapi rakyat mau tau. Dan rakyat tak akan sokong Mahathir kalau tau dia yang belitkan cerita 2.6b ini dan yg lain2 lagi.

Kenapa takut mencerita kebenaran? Kenapa susah mencerita kebenaran? Kenapa bertangguh mencerita kebenaran? Jika tiga soalan ini tidak dapat diselesaikan dgn jujur dan luhur, akan timbul berbagai teori dan konspirasi lagi.

Jangan salahkan orang lain jika Mohd Najib sendiri yg ingin melihat rakyat dan negara kita ini terus menerus berada dalam suasana yg tidak menentu.

Satu Malaysia Dah Bengong!

Anonymous said...

Kelam kabut jgnlh hang nk heret org lain pulak dlm masalah hang.Apa yg satu Msia bengong tu coba hang habaq mai chek confiuslh.

Anonymous said...

Fitnah ini direka begitu kompleks dan complecated kerana melibatkan orang2 berpangkat dan orang2 kenamaan serta pihak2 di luar negara. Ini skendal fitnah yg tiang goalnya sentiasa berubah2. Setelah fitnah asal dijawab, fitnah lain pula ditimbulkan ..... begitulah seterusnya tanpa henti. Justeru untuk menjawab secara fakta memerlukan penyiasatan rapi oleh mereka2 yg berintegriti. Justeru masa dan ketikanya akan timbul di mana kebenaran akan terserlah. Bangkai gajah manakan boleh ditutup dengan nyiru. Setakat ini x de 42 bilion disappeared into thin air dan 2.6 bilion ad
alah derma bukannya duit 1MDB dan bukan duit rakyat, seperti tuduhan mantan perdana menteri. Yg pastinya proton yg diurus oleh Tun bertahun2 lamanya rugi berbilion2 yg sudah pasti wang rakyat.

QalamQabut said...

Anon 5 April 2016 at 12:14, hang buat lawak yg terbest kali ni. Buleh tanya aku balik 'Apa yg satu Msia bengong tu'

Tu tandanya hang dah bengong la chek oiii... Kompius dgn bengong lu sama la chek oiii... Hujong minggu ni cuba hang balik kampong, tanya mak ayah apa cerita Mat Najib ni. Dengaq apa depa nak kata. Tengok siapa yg bengong, siapa yg bangang.

Don wori, aku tak heret orang lain dlm masalah aku ni. Hang ada sini pun pasai hang saja nak sua tengkok. Di kedai kopi pun aku tak bersyarah, cuma dengaq, nak tau apa orang kampong kata, apa orang pekan kata. Pasai tu aku lebih suka Perdana Menteri yg kita pilih secara demokrasi ni ambik perhatian sikit hal maruah diri dan negara dia, dan ambik tindakan. Itu saja.

Tak cukup setakat nak suruh semua ahli UMNO angkat sumpah taat setia dekat dia. Tak cukup dgn kempen 'ILovePM' dan 'RespectMyPM'. Kena tunjuk kewibawaan dia sebagai PM yg sayangkan rakyat, sayangkan negara.

Biaq tersembam takpa tapi hidung jangan bagi kena tanah.

Anonymous said...

QalamQabut, kampung hang kat ceruk mana ha? Pasti takde pengangkutan awam, susah nak pergi, kena jalan kaki dan lalui jambatan gantung ke, dan sudah tentu takde internet kan? Jadi komunikasi adalah melalui mulut kemulut saja ye?

Kpg aku takle seteruk kpg hang. Org-orgnya semua up-to-date dgn cerita politik. Aku balik kampung singgah kedai kopi org kpg pulak yg tanya aku cerita ni betul ke tak betul. Malah dorang pun sokong Najib krn tau Mahathir (walaupun dorang tak caci) fitnah Najib dgn kes RM2.6b. Bila aku tanya mcm mana tau, dorang jawab kat internet ...

Jadi yg hang cakap rakyat bengong ni org kpg hang ke?

QalamQabut said...

Anon 5 April 2016 at 12:32 kata '2.6 bilion adalah derma bukannya duit 1MDB dan bukan duit rakyat, seperti tuduhan mantan perdana menteri.

Kalau Mohd Najib cerita hal ni awal2 masa mula meletop dulu kan lebih baik. Tapi dia nafi mula2 tu... Lepas tu baru mengaku... Lepas tu keluarlah cerita bermacam ragam. Kalau Mohd Najib jujur, tak bersalah, tak takut ceritakan kebenaran, pasal apa banyak versi?

Anon 5 April 2016 at 12:32 kata 'Fitnah ini direka begitu kompleks dan complecated kerana melibatkan orang2 berpangkat dan orang2 kenamaan serta pihak2 di luar negara'
Mohd Najib tak perlu pening kepala kalau dia tak bersalah. Semua tuduhan ke atas dia sekarang ni berpusat kepada akaun bank dia di Malaysia. Dia PM Malaysia. Tak bolehkah dia dapatkan statement dari AmBank (misalnya) katakan nombor akaun sekian2 bukan nama dia, atau betul nama dia tapi ada RM10 saja, atau sahkan yg dia ada terima duit sekian banyak, belanja sekian banyak. Mintak BNM letakkan cop mohor.

Mahathir nak fitnah dia joli sakan di Italy pun lantaklah, kalau tak betul. Tapi dalam akaun2 dia, tak ada satu butiran pun ttg belanja di Italy. Sahih dan confirm Mahathir buat fitnah. Cakap dia takkan laku di Malaysia dan di dunia. Tapi kalau Mohd Najib sebenarnya joli sakan di Sepanyol bagaimana? Dia boleh setakat nafi, kata Mahathir fitnah, tapi tak berani nak tunjuk bukti. Nanti terselak pulak cerita Sepanyol.

Kalau Mohd Najib betul tak bersalah, berhadapanlah dgn rakyat, bagitau perkara yg sebenar. Kalau rasa maklumat tak sampai, cuba lagi, dan lagi. Dia ada kemudahan media utk sebarkan penerangan dia. Insyaallah sedikit demi sedikit rakyat dapat terima jika dia jujur dan ikhlas, tulus dan telus dgn penerangannya. Tak ada siapa yg boleh halang kebenaran jika dibentangkan kepada umum. Tapi kalau terus menerus simpan segala kebenaran itu di dalam kocek baju sendiri, tak ada siapa yg tahu. Tak cukup sekadar kamu mengata 'masa dan ketikanya akan timbul di mana kebenaran akan terserlah'. Kerana apa yg akan dikorek oleh media2 barat ni bukan nak bela Mohd Najib.

Mohd Najib kena bela dirinya sendiri, kena bela maruah rakyat dan negara kita...

QalamQabut said...

Cerita Anon 5 April 2016 at 12:51 'Aku balik kampung singgah kedai kopi org kpg pulak yg tanya aku cerita ni betul ke tak betul'

Maknanya depa pun ragu apa yg TV3 cerita. Itu kot situasi sebenarnya. Nak tau apa pandangan orang muda. Pasai 'depa dah bengong'. Mana satu nak percaya, TV3 atau INTERNET atau Orang Muda Yg Baru Balik Kampung ni...

MeyyyMangggg... Satu Malaysia Dah Bengong!!!!
Ada member dah upgrade Satu Malaysia Dah Bahaya, tapi aku masih maintain Satu Malaysia Dah Bengong.

By the way kampung aku 1 km dari pusat bandar. Aku kategorikan sebagai 'hutan simpan tengah kota', sebab JKKKP sibuk dgn tugas politik. Aku tak salahkan sesiapa. Pembangkang yg berpolitik 24 jam sehari sejak zaman tok nadoq lagi. Aku suka rumah kampung walaupun ada rumah taman. So tak payah nak imagine Cherok TokKun atau Ulu Benut. Everyone in my family is internet savvy, termasuk cucu ke8 aku yg berumur 3 tahun (tapi tentulah tak peduli hal2 politik ni).

Apa pun kita kena usaha cari kebenaran, bukan tunggu kebenaran, kerana fitnah akan datang bertapok2 hingga kita tenggelam jika tak ditangkis secepat mungkin. Kita kena usaha, Mohd Najib juga kena usaha. Dia Perdana Menteri yg nak harumkan atau busukkan nama negara kita. Dia yg nak kita sanjung, biar jasanya lebih dari Tun Mahathir. Biar ada peningkatan.

Sekian buat masa ini. Aku nak tidur.

Anonymous said...



Mohd Najib telah usaha, telah terangkan segala2nya, Tetapi hanya TV1, TV3 dan Utusan sahaja yang menyirkan. Kasihan sama korang kerana telah di tipu oleh individu yang berkepentingan.

QalamQabut said...

Hairan ya. Macam mana aku boleh miss. Atau mungkin jugak ada penyakit tak mau percaya. Saudara ada link di mana2 tempat yg aku boleh rujuk balik?

Terima kasih.

Anonymous said...

Kelam kabut, kau bacalah blog2 lain macam RPK ke, Mykmu ke dan lain2 lagilah. Kalau kau ikuti kes 1MDB dan derma dari mula dulu akhir 2014, dah macam2 jawapan diberi. Tapi pemfitnah profesional sentiasa ubah soalan, ubah angka, ubah maca2 ubah. Sehinggalah tertangkapnya Justo yg mengaku jual maklumat yg diubah suai pada puak2 pemfitnah. Kat situ pun dah tahu yg Mahathir x bercakap benar sebaliknya mereka2 fitnah. Aku rasa kau ni pencacai dedak pura2 blur sana sini. Kalau begitu kau ni pun x guna punya orang.

QalamQabut said...

Terima kasih. Aku akan cari, dan aku akan lebih berhati2, lebih meneliti. Memang susah jugak nak cari kebenaran ni, terutama bila tuduhan dan fitnah yg bertapok2.

Tapi kamu pun kena terima hakikat jugak, kadang2 maklumat berubah mengikut perkembangan semasa, maklumat baru yg ditokok. Tak boleh nak pegang tuduhan '2.6b tu datang dari 1MDB' hingga akhir hayat. Itu hanya tuduhan. Bila Mohd Najib mengaku dia ada terima 2.6b itu, itu yg patut kita pegang. Mohd Najib lebih mengetahui dari penuduh.

Begitu juga bila Nazir Razak mengaku dia terima 7juta USD dari Mohd Najib utk diedarkan kepada pemimpin UMNO di PRU13 dulu. Kita kena terima kenyataan itu, atau kita boleh tuduh Nazir bohong. Tetapi dalam apahal sekali pun, dalam dua contoh yg aku bagi di atas, Mohd Najib kena bagi penjelasan supaya rakyat boleh terima tiada sebarang salahlaku Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebagai Presiden UMNO. Mohd Najib kena tulus dan telus kerana jawatan yg dipegangnya cukup besar. Begitu juga tuduhan yg dilemparkan kepadanya. Bukan saja integriti dan kredibilitinya dipertikai, malah maruah dirinya juga diperlekeh. Dan maruah negara kita juga turut terpalit.

Insyaallah, aku akan cari penjelasan2 mengenai tuduhan2 ke atas Mohd Najib ni di blog yg saudara syotkan itu, dan di blog2 lain juga. Semoga ada pencerahan buat aku dalam usaha mencari kebenaran mengenai isu Mohd Najib ni...

Terima kasih

Anonymous said...

Tun kata rm42 bilion disappeared into thin air - hakikatnya wang tersebut merupakan pinjaman untuk membeli aset seperti ipp, tanah dsb. Kini aset tersebut dijual balik, dapatlah balik wang dan dibayarkan pada pinjaman.

Tun kata Najib curi wang 1MDB/wang rakyat rm2.6 bilion dan masuk dlm akaun peribadi - hakikatnya wang tersebut derma dari negara Arab beri pada Najib.

Jadi nampak tak Tun ini sebenarnya pembohong dan pemfitnah besar wahai kelam kabut?

Blog Archive