Showing posts with label Ds Najib Lawan Tun M. Show all posts
Showing posts with label Ds Najib Lawan Tun M. Show all posts

Friday, May 19, 2017

Tun Dr Mahathir Tiada Jalan Pulang

Melalui penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), merupakan penamat keterkaitan Tun Dr Mahathir dengan Parti UMNO dan Barisan Nasional.

Tempoh perkahwinan yang begitu lama, sehinggakan beranak pinak, malah bercucu, diakhiri dengan pencerian.

Apa yang terkenang hanya nostalgia, akan tetapi ikatan sudah tiada, sudah terputus.

Tun Dr Mahathir kini terpaksa menyelimuti PPBM yang yang dijaja ke sana kemari, dengan memberitahu rakyat, bahawa bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan sihat, malah semakin hari semakin membesar.

Sedangkan, beliau sendiri tahu, bahawa bayi yang digendong, adalah bayi tidak bernyawa. 

Tun Dr Mahathir sedar, bahawa beliau tiada jalan pulang. 

Jalan yang beliau rintis selama 22 tahun, telah terputus, malah jalan itu sudah menjadi jalan larangan kepada beliau. 

Nostalgia masa lalu berkenaan jalan itu, hanya kenangan, hanya boleh dilihat melalui imej satelit, menerusi paparan skrin smartphone beliau. 

Tun Dr Mahathir terpaksa membina jalan baru untuk sampai ke destinasi yang beliau belum pernah beliau kunjungi. 

Beliau tidak pasti, dalam proses membina jalan tersebut, berapa hutan belantara perlu diharungi, berapa bukit bukau yang perlu didaki, kerana peta atau imej destinasi itu belum terdapat dalam imej google.

Memang benar, Tun Dr Mahathir penuh dengan pengalaman, penuh dengan pengetahuan, penuh dengan ilmu, namun bagi menempuh perjalanan ke destinasi baru, profile yang ada pada beliau tidak menjamin keberhasilan atau kejayaan, kerana setiap jalan baru, mempunyai cabaran baru, mempunyai rintangan baru, dan tidak semestinya pengalaman lampau, boleh digunapakai, kerana keadaan berbeza, situasi berbeza, masa berbeza, malah kemampuan fizikalpun berbeza. 

Beliau perlu mengambil iktibar, pengalaman beliau masa lalu, bahawa untuk mencapai apa yang diingini, tidak semudah apa yang difikirkan. 

Pengalaman beliau, memerlukan masa hampir sedekad, untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam negara, itupun, jalan terkangkang luas, kerana telah dirintis pemimpin terdahulu. 

Tun Dr Mahathir, sebenarnya sedar, rintangan yang beliau harungi. 

Beliau sedar bahawa masa tidak menyebelahi beliau. 

Akan tetapi, atas bekalan sakit hati dan dendam yang menggunung, beliau gagahi juga, meskipun belum tahu pengakhirannya.

Beliau membawa sama, para pemimpin yang membawa dendam masing-masing, membawa perasaan masing-masing.

Pokoknya, mereka yang bersama beliau, adalah orang-orang yang sedih, orang-orang kecewa. 

Boleh kah keadaan orang-orang demikian mencapai sasaran atau objektif yang dicita? 

Lazimnya, apabila manusia berada dalam keadaan demikian, jarang sekali dapat berfikir secara rasional, malah, apa yang tersemat difikiran, adalah tindakan menghalalkan cara. 

Rakyat negara ini, menyedari tindak tanduk Mantan Perdana Menteri itu. 

Atas sebab itu, meskipun Tun Dr Mahathir bersama Tan Sri Muhiyiddin, cuba mengelabui rakyat, bahawa parti yang tubuhkan meskipun “tidak bernyawa”, kononnya boleh menggugat DS Najib Razak, kononya boleh menggugat Parti UMNO dan seterusnya kononya boleh menggugat Barisan Nasional, akan tetapi sambutannya cukup dingin. 

Bukti nyata, sehingga setakat ini, tiada pemimpin UMNO yang berkelibar menyertai beliau, kecuali ADUN Jorak, Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, itupun latar belakang ADUN itu bukan ahli politik, akan tetapi ahli akademik.

Dikhabarkan, setakat ini, tidak sampaipun 10,000 keahlian diterima parti itu. 

Sebagai catitan Parti UMNO mempunyai 3.4juta di seluruh negara.

Dalam sistem demokarsi, apa kah parti itu diterima rakyat, bergantung kepada jumlah ahli, kerana ahli adalah juga pengundi sekaligus penyokong.

Dalam pilihan raya, memang benar, kemenangan sesebuah parti bergantung kepada sokongan rakyat, namun sokongan itu, bergantung juga kepada keahlian. 

Kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya, tidak boleh disimulasi melalui aplikasi komputer, kerana, tiada aplikasi dapat mengetahui dengan pasti pilihan rakyat atau pengundi.

Peribahasa mengatakan, meskipun rambut sama hitam, akan tetapi hati lain-lain, apatah lagi aplikasi komputer, yang tidak bernyawa, tidak akan mampu mengetahui dengan pasti pilihan rakyat.

Tun Dr Mahathir dalam perjalanan jauh beliau, ditemani kawan-kawan, yang juga sudah pukul enam, bukan itu sahaja, mereka itu sudah tidak mampu berjalan lurus, kerana kaki dan lutut dimamah penyakit gout. 

Selain penyakit yang menimpah jasmani, para pemimpin bersama beliau memikul masalah moral, sehingga kalau berjalanpun, cukup malu menampakkan rupa paras, kerana malu dilihat orang.

Dato Seri Anwar Ibrahim dengan masalah liwatnya, Tan Sri Muhiyiddin bersama skandal dengan Nika Gee, Lim Guan Eng dengan Bungalo tidak berkolam renang, Mat Sabu dengan Normah di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

Entah apa karma yang didepani Tun Dr Mahathir, sehingga beliau dikirimkan orang-orang seperti Muhiyiddin, seperti Anwar Ibrahim, seperti Lim Guan Eng dan seperti Mat Sabu?

Apa kah karma itu, kerana tindakan beliau terhadap para pemimpin ikhlas yang beliau singkirkan semasa ditampuk kuasa? 

Dalam perjalanan kekuasaan beliau, Dato Musa Hitam menjadi korban, Tengku Razalegh Hamzah menjadi korban, Encik Abdul Ghabar Baba menjadi korban, dan Dato Seri Anwar sendiri menjadi korban. 

Para pemimpin yang menjadikan korban tersebut tiada palitan masalahpun, yang menyebabkan mereka dikorbankan, kecuali Anwar.

Manusia boleh merancang. Manusia boleh bertindak. Akan tetapi Tuhan yang menentukan.

Memang selama 22 tahun, kelihatannya Tun Dr Mahathir berjaya, namun selepas bersara, balasan kepada tindakan beliau, menyerlahkan nafsu dan ketamakan beliau.

Terlihat benar, bahawa Mantan Perdana Menteri itu pakar bermain silap mata. 

Dilain pihak, tindakan beliau sepertimana tercermin melalui tulisan beliau di blog pada 19 Oktober, semacam mahu gejantan senjata dengan DS Najib Razak.

Namun pada 21 Oktober semasa Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, belumpun Perdana Menteri selesai membaca bajet, wakil rakyat pembangkang daripada DAP, PKR, Amanah dan seorang Pas, keluar daripada Dewan Rakyat untuk mengadakan protes di luar Dewan, dengan membawa poster MO1.

Protes mereka itu, sebenarnya tiada kaitan dengan Bajet 2017 yang dibacakan Perdana Menteri, akan tetapi membawa mesej Tun Dr Mahathir dan ANC.

Protes pembangkang di luar Dewan Rakyat itu, dikhabarkan dimotori MP Pagoh dan MP Gombak, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Azmin Ali. 

Atas sebab “walkout” itu dimotori Muhiyiddin dan Azmin, maka memperkuat, bahawa dalang dibelakang “walkout” itu adalah Tun Dr Mahathir. 

Melalui “walkout” wakil rakyat pembangkang tersebut semasa DS Najib Razak sedang membacakan Bajet 2017 Negara, Tun Dr Mahathir mahu menunjukkan kepada Perdana Menteri, bahawa beliau menguasai sepenuhnya wakil rakyat pembangkang kecuali Pas dengan pengecualian MP Pokok Sena Mahfuz Omar.

Sebenarnya, “walkout” para wakil rakyat pembangkang itu, tidakpun mempengaruhi status quo, kerana Barisan Nasional mempunyai wakil rakyat yang cukup untuk menyokong Bajet tersebut.

Pembangkang sebenarnya, tiada andil dalam Bajet, kerana mereka, hanya boleh membahas bajet tersebut, dengan berbagai dakwaan, yang tidakpun mempengaruhi isi kandungan Bajet.

Tindakan pembangkang itu, sebenarnya, menunjukkan, bahawa mereka itu, tidak mewakili rakyat, meskipun dipanggil wakil rakyat. Sebabnya, tindakan mereka itu, bukan menggambarkan sebagai wakil rakyat, tetapi lebih kepada sifat peribadi.

Sebenarnya, apapun tindakan wakil rakyat pembangkang, termasuklah tidak hadir ke setiap persidangan Dewan Rakyat, tidakpun mempengaruhi sebarang perancangan kerajaan, termasuk usul-usul yang dibentangkan, kerana semua itu, boleh diluluskan tanpa penyertaan wakil rakyat pembangkang. 

Hanya, beberapa usul yang tidak dapat diluluskan, antara lain mengubah Perlembagaan, termasuklah usul persempadanan kawasan Parlimen, selain daripada itu, semua usul yang di bawa kerajaan dengan majoriti mudah, dapat diluluskan.

Tun Dr Mahathir faham dan mengerti betul, bahawa masa dan peluang bagi beliau, jika berlaku pilihan raya, sudah tiada lagi.

Sebab itulah, sebelum semua berakhir, sepertimana berakhirnya legasi beliau, kerana memutuskan keterkaitan dengan Parti UMNO dan BN, menerusi penubuhan PPBM, maka beliau mengambil peluang “bising-bising”, supaya kelihatan, bahawa keberadaan beliau masih kenampakkan.

Adalah biasa, bagi mereka, yang tahu akan ke tali gantung, macam-macam tindakan dilakukan, termasuk yang tidak masuk akal, kerana mereka merasakan itulah peluang terakhir bagi mereka. 

Bagi rakyat yang waras dan matang, tindakan wakil rakyat pembangkang yang didalangi Tun Dr Mahathir itu, sudah diperkirakan akan berlaku, kerana, bagi Tun Dr Mahathir peluang seumpama itu tidak akan datang lagi di masa depan, kerana kalaupun berulang, maka sudah pasti tanpa pengelibatan beliau. 

Sebagai individu yang berumur 91 tahun, sejauh mana, Tun Dr Mahathir boleh pergi? Beliau tidak akan menongkat langit.

Penulis tidak mendahului kuasa Tuhan, namun manusia pasti kembali ke pangkuan Maha Pencipta. 

Jika mengambilkira jumlah wakil rakyat pembangkang, yang melakukan “walkout” itu tidak sampaipun 80 orang, sedangkan jumlah wakil rakyat BN seramai 132 orang, maka, tiada kewajaran mereka bertindak demikian, kerana mereka itu tiada suara menolak Bajet 2017 yang dibentang oleh DS Najib Razak.

Bajet 2016 juga, wakil rakyat pembangkang tidak menerima bajet tersebut, demikian juga bajet-bajet sebelum itu.

Oleh kerana mereka tahu, apapun tindakan mereka berkaitan Bajet, termasuk terlolong terlalak di Dewan Rakyat semasa membahas bajet itu, tidak akan mempengaruhi kandungan bajet itu. Sampai masanya, melalui bacaan ke-2, Bajet itu akan juga diluluskan.

Apa yang malang, semasa wakil rakyat pembangkang “walkout” dan kemudiannya melakukan protes di luar Dewan sambil membawa poster, MO1, menunjukkan, bahawa Laporan DOJ Amerika berkaitan dengan 1MDB didalangi mereka, khususnya Tun Dr Mahathir.

Melalui protes yang dilakukan wakil rakyat pembangkang itu, termasuklah Wan Azizah Wan Ismail, menunjukkan, bahawa PKR kini, di bawah telunjuk Tun Dr Mahathir, demikian juga DAP apatah lagi Amanah, parti yang bersifat melukut ditepi gantang.

Kalau melihat, tindakan wakil rakyat pembangkang pada Jumaat (21 Oktober 2016), yang didalangi Tun Dr Mahathir, membawa pengertian, bahawa mereka telah berjaya diyakinkan oleh Mantan Perdana Menteri itu, bahawa benar- Mantan Perdana itu tiada jalan pulang lagi. 

Friday, August 12, 2016

Malaysia- Negara Rasuah?

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad mengulang-ulang, bahawa negara ini merupakan negara rasuah?. Apa kah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, atau pihak berkuasa, tiada seorangpun yang mengamalkan pegangan agama? sehingga semunya bersengkokol mengamalkan rasuah? Siapa yang rasuah? siapa yang memberi rasuah? 

Dengan mendakwa negara merupakan negara rasuah, ertinya semua peraturan, tidak boleh berjalan, tanpa melibatkan wang pelicin, atau wang rasuah. Tak kan, seramai 20 juta dewasa rakyat negara ini, tiada 10 peratus atau 5 peratus pun yang membuat laporan berkaitan rasuah, khususnya yang menjadi mangsa, mengapa hanya kumpulan Tun Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja yang mengenal dan mengerti soal-soal rasuah. 

Apa kah bantuan kerajaan berbentuk tunai kepada rakyat memerlukan melalui BR1M itu rasuah? sedangkan pemberian itu, diberikan secara terang-terangan, dan diberikan pada setiap orang yang layak, termasuk penyokong tegar pembangkang. Kalaulah BR1M itu rasuah untuk membeli undi, mengapa BN pada PRU-13 tidak mendapat undi popular? Ertinya dakwaan BR1M itu satu bentuk rasuah untuk mendapatkan imbalan, telah ditolak ketepi.

Tun Dr Mahathir perlu bertanya diri sendiri, apa kah sesebuah parti tidak memerlukan kewangan untuk menguruskan jentera? Adalah sesuatu yang tidak mungkin, sesebuah parti boleh berjalan, tanpa kewangan. Mungkin, kesilapan DS Najib Razak kerana membenarkan namanya digunakan menerima dana untuk parti. Najib mengambil risko besar kerana menggunakan nama beliau, namun satu kejujuran perlu dibayar mahal. Akibat kejujuran, maka beliau menjadi sasaran serangan, namun kerana kejujuran juga segenap lapisan berdiri teguh dibelakang beliau, kecuali mereka yang mahu beliau berundur.

Tun Musa Hitam mengakui melalui bukunya “Frankly Speaking”, dalam parti Umno Najib tidak bakal dikalahkan, kerana majoriti jajaran Umno berpihak kepada beliau. Bayangkan 3.4juta ahli, tolak ya katakan, 50ribu yang menolak Presiden, maka masih berbaki 3.35juta. Mengapa majoriti ahli parti mempertahankan Presidennya? sebabnya Presiden parti jujur melaksanakan tugas. Presiden teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sejak tahun 2009, selepas sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi negara menjadi positif walaupun berdepan dengan fenomena ekonomi global yang tidak menentuk termasuk penurunan harga mentah dunia daripada USD100 setong ke paras USD40. Penurunan itu, menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30bilion setahun daripada hasil minyak. Pun demikian, bajet tahunan negara senantiasa meningkat, kadar pertumbuhan ekonomi berlegar-legar di atas 4 peratus, berbanding tahun 2009 negatif 7.4%.

Kalau negara merupakan negara rasuah, mengapa FDI mengalir masuk? mengapa perdagangan negara meningkat? mengapa berjuta rakyat asing datang melancong? 

Kalau GST dikambingkan hitamkan, sebagai asas peningkatan harga barang, sebenarnya dakwaan itu bersifat relatif, kerana, tanda-tanda negara menuju negara maju, adalah melalui harga barangan dalam negara. Apabila harga barangan yang terasa mahal, namun masih juga ada pembeli, maka menunjukkan, daya beli rakyat meningkat. Apabila daya beli meningkat, ertinya pendapatan juga telah meningkat. Tidak perlu memberi tahu Tun, bahawa harga kopi secangkir di Jepun sama bernilai RM20, sedangkan kopi yg sama di Malaysia hanya RM1.20.

Kalau dilihat, GST bukanlah asas utama kenaikan harga barangan khususnya barangan ruji, atas sebab semua barangan keperluan ruji bebas GST termasuk minyak masak dan gas memasak. 

Sebenarnya, tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir bukannya dialamatkan kepada mereka yang tahu berkenaan dengan ekonomi, akan tetapi tujuan tulisan beliau ditujukan kepada rakyat yang kurang tahu, khususnya di kampung-kampung. Sepatutnya, tulisan-tulisan yang bertujuan mengelirukan tidak seharusnya daripada mantan Perdana Menteri. 

Tulisan terbaru mantan Perdana Menteri itu melalui blog beliau, apa kah ditulis oleh beliau? kerana beliau sedang di rawat di IJN. Melalui tulisan yang memberi sebab musabab mengapa beliau dan 6 orang lain menubuhkan parti, mengandungi kenyataan-kenyataan yang bersifat fitnah dan dusta. Jika bukan beliau yang menulis, ertinya admin blog beliau tersebut mahu memalitkan beliau dengan kenyataan-kenyataan dusta.

Tun Dr Mahathir Di Mata DS Najib

Berikut ucapan Perdana Menteri DS Najib Razak yang dipetik melalui blog beliau pada 12 Ogos 2016. Walaupun beliau tidak menamakan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai pemimpin yang dimaksudkan, namun isu ucapan itu, bulat-bulat mengarah kepada mantan Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut.

Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 sebagai Perdana Menteri ke-4 negara dan bersara pada tahun 2003.

Mungkin telah menjadi ikutan, mantan-mantan Perdana Menteri di negara ini, kecuali Tun Razak Hussien dan Tun Abdullah Badawi, kerana setiap Perdana Menteri Malaysia yang telah bersara, biasanya tidak sehaluan dengan Perdana Menteri yang sedang berkuasa. 

Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, telah meninggal diluar parti Umno, dan kemungkinan besar juga akan berlaku pada Tun Dr Mahathir, kerana beliau telah keluar daripada parti Februari lalu, dan kini membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno.

Kita ikuti ucapan DS Najib Seperti berikut:

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjungan Agama, Bangsa dan Negara- Dipetik daripada Najibrazak.com 12 Ogos 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangannya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup saya.

Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu.

Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.

Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.

Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.

Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday, April 05, 2016

PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya

Sungguh malang dua negeri terbesar di Malaysia, hanya ada 56 kerusi parlimen, jika Pulau Labuan diambilkira, maka menjadi 57, berbanding 165 di Semenanjung.

Pada PRU-13 lalu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan menyumbang 22+27+1= 50 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional atau menang 87.72 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Juga pada PRU-13 itu, Barisan Nasional secara keseluruhan menang 133, ertinya daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, Bn hanya menang 83 kerusi atau 50.30 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Melihat keputusan PRU-13, antara BN dan Pembangkang di Semenanjung, sebenarnya kedudukan seimbang. Bn=83, manakala pembangkang 82. 

Semasa PRU-13 lalu, belum timbulnya isu wang derma kepada DS Najib Razak, belum memumuncaknya isu 1MDB. Belum berlakunya perseteruan dalam Umno. 

PRU-14, Bn akan berdepan dengan pasukan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir. Keadaan ini, walaupun tidak sehebat tahun 1990, di mana Umno masa itu berdepan dengan S-46. Parti S-46 ditubuhkan oleh Team B Umno yang kalah dalam pemilihan parti Tahun 1987.

Melihat kepada trend PRU-13 digabungkan dengan keadaan semasa politik tanah air, khususnya di semenanjung, bakal berlaku perubahan yang amat ketara, kepada pencapaian Barisan Nasional. Jika pada PRU-13, hanya mampu menang 50.30 peratus daripada keseluruhan kerusi, besar kemungkinan pada PRU-14, akan menurun antara 42-45 peratus, ertinya daripada 165 kerusi parlimen, Bn di Semenanjung hanya akan menang 69-74 kerusi dewan rakyat. Ertinya untuk mempertahankan Putrajaya, maka memerlukan 43-38 kerusi daripada Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (112 kerusi daripada 222).

Melihat kepada keadaan politik di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan pada masa sekarang ini, Sabah diyakni dapat menyumbangkan minima 20 kerusi Parlimen, manakala Sarawak 25, WP Labuan masih dalam gengaman Bn. Berasaskan kepada anggapan itu, maka Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan menyumbang minima 47 kerusi parlimen. Katakan lah, Bn Semenanjung hanya menang 69 kerusi Parlimen, ertinya secara keseluruhan Bn mendapat 116 kerusi parlimen. Kata orang putih, the worst, Bn masih mendapat 116 kerusi Parlimen. Jumlah itu mencukupi menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Melihat trend politik tanah air pada masa kini, khususnya di Semenanjung, terutama di kawasan-kawasan yang ditandingi MCA, Gerakan dan MIC, bakal hanyut pada PRU-14 akan datang. Isu yang menyelebungi Lim Guan Eng berkaitan pembelian rumah di bawah harga pasaran, selain isu tanah Taman Manggis, tidak banyak mempengaruhi pengundi kaum cina dan india. Malah isu itu terlalu ringan dibanding isu yang diputar belit pembangkang, terutama berkaitan GST dan isu yang melanda Perdana Menteri.

Dalam tempoh 2 tahun, sehingga PRU-14, kumpulan Tun Dr Mahathir akan memberi fokus kepada kepimpinan DS Najib Razak, dengan senantiasa menyegarkan isu-isu yang didepani Perdana Menteri itu, sehingga rakyat akan terlepas pandang berkaitan perkembangan ekonomi, pembangunan dan kemajuan dalam negara.

Nampaknya, pada PRU-14, kerajaan Bn akan tergantung kepada pengundi Sabah dan Sarawak. Sebenarnya pimpinan Barisan Nasional yang ada perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir, kerana tindakan mantan Perdana Menteri itu selama 22 tahun, mengabaikan rakyat Sabah dan Sarawak, adalah faktor utama, kumpulan Tun Dr Mahathir sekarang ini, tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat dua negeri terbesar di Malaysia itu.

Media Menghukum DS Najib Razak

Tun Dr Mahathir begitu bangga sekali apabila 53 media antarabangsa turut sama menghukum Dato Seri Najib Razak.

Kemudiannya, mantan Perdana Menteri bertanya, apa kah kaum melayu terutama ahli atau penyokong Umno tidak malu, mempunyai Perdana Menteri yang terkenal kerana imej buruk.

Mereka yang menyedari dan mengetahui imej buruk yang cuba dipalitkan kepada DS Najib Razak, sebenarnya satu rekayasa daripada pihak-pihak tertentu yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir sendiri.

DS Najib menjadi bahan berita bermula apabila The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 julai lalu membuat laporan berkaitan USD681milion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau menjelang PRU-13, kononnya daripada 1MDB. Laporan WSJ tersebut kononnya memetik dokumen daripada pihak berkuasa negara yang tidak dinamakan yang sedang menyiasat 1MDB. 

Pada Mac 2015, DS Najib Razak sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa 1MDB, dan kemudiannnya, PAC Parlimen pada Mei tahun yang sama turut menyatakan akan memeriksa syarikat gergasi milik Kementerian kewangan tersebut.

Salah seorang anggota PAC adalah Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara daripada DAP. Tony, sejak tahun 2014 adalah orang yang kerap mempersoalkan 1MDB disamping MP Pandan Rafizi Ramli.

Kini, kedudukan berkaitan wang USD681milion semakin jelas, malah WSJ telah mengakui, sesuai dengan kenyataan DS Najib Razak sebelum ini, bahawa wang itu merupakan derma daripada penderma budiman daripada Arab Saudi. Dengan pengakuan itu, dengan sendirinya, WSJ mengakui, bahawa media antarabangsa itu ditipu oleh pihak tertentu di Malaysia, untuk mempercayai dokumen yang diberikan sebagai betul.

Dalam kedudukan sebegini, satu pertanyaan kepada Tun Dr Mahathir, siapa sebenarnya yang merasa malu? mereka yang merekaysa dokumen palsu? atau mereka yang percaya bahawa laporan media antarabangsa itu sebenarnya berpunca daripada dokumen tidak benar.

Tun Dr Mahathir cuba menegakkan benang basah, sambil menuduh, bahawa mereka yang menyokong dan mempercayai DS Najib adalah mereka yang dibeli dengan wang ringgit atau dalam istilah mereka pemakan dedak. AYT tidak terfikir demikian, kerana AYT membela DS Najib, hanya bersandarkan kepada keyakinan, bahawa Perdana Menteri di pihak yang benar.

AYT tidak mengenali sesiapapun orang-orang DS Najib, daripada pemandu atau tukang cuci apatah lagi para pegawai Perdana Menteri ke-6 itu. Jadi, oleh kerana AYT menyokong dan mempertahankan DS Najib, apa kah juga AYT sebagai pemakan dedak?.

Daripada mula lagi, sejak WSJ membuat laporan, sebelum itu Sarawak reports membuat tulisan bersiri berkaitan 1MDB, AYT telah yakin, ianya merupakan satu rancangan pihak tertentu untuk memalitkan imej buruk kepada DS Najib Razak. Pihak-pihak tertentu itu, mahu menghukum DS Najib Razak melalui media dan persepsi masyarakat umum. Mereka bertindak sebagai badan penyiasat, pedakwaraya juga sebagai hakim.

Apabila seseorang itu dipihak yang benar, betapa berat dan rancakpun menjatuhkan seseorang itu, maka ada sahaja kelompangan rancangan itu. Sebagai contoh, tindakan memerangkap DS Najib Razak dengan Kertas Pertuduhan yang diciptakan khas bagi memaksa beliu meletakkan jawatan tidak kesampaian, apabila berjaya dipintas, sebelum kertas pertuduhan dikuatkuasakan.

Kini, sesuai dengan perjalanan masa, isu-isu yang diarahkan kepada DS Najib, semakin hari semakin jelas, bahawa sebenarnya, tiada unsur salah guna kuasa, atau tidak unsur penyelewangan daripada beliau. 

Kembali kepada perasaaan malu, sebenarnya Tun Dr Mahathir and gang sendiri yang patut malu, kerana penyumbang kepada cerita-cerita palsu, dan pada masa yang sama 53 media antarabangsa, seharusnya merasa malu, kerana turut tertipu, kerana ikut membuat laporan berkaitan cerita yang direka dan tidak berasas.

Monday, April 04, 2016

Disebalik Menjatuhkan Perdana Menteri

Tidak boleh dinafikan sepenuhnya, kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa sebelum beliau bertindak mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, ada segelintir pemimpin Umno yang terlibat, namun kemudiannya berpaling tadah.

Penulis banyak mendengar bukan sahaja berasaskan “hearsay” akan tetapi keluar sendiri daripada mulut beberapa pemimpin yang berpaling tadah itu, bahawa sesuatu gerakan atau tindakan perlu dilakukan untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Rahsia umum yang telah menjadi argumentasi beberapa pemimpin parti Umno, bahawa DS Najib Razak menjadi liabilti kepada parti kerana impak daripada isteri beliau di mana secara nyata mempunyai cengaman kuat kepada tindak tanduk Perdana Menteri.

Para pemimpin tertentu itu, menyamakan keadaan semasa Pak Lah masih Perdana Menteri, di mana argumentasi masa itu, Perdana Menteri ke-5 itu dibawah cengkaman Khairy Jamaluddin, menenantu beliau yang lebih dikenali sebagai “bebudak tingkat 4”.

Kepantasan media sosial serta media alternatif, dengan berbagai cerita yang membawa imej negatif kepada Perdana Menteri, khususnya yang melibatkan isteri beliau, telah membawa beberapa pemimpin parti Umno yang tiada kedudukan pada masa itu “mendekati” Tun Dr Mahathir agar berbuat sesuatu, kononnya, tindakan itu untuk menyelamatkan parti Umno daripada ditolak rakyat pada PRU-14.

Lumrah manusia, apabila menginginkan sesuatu, dan kemudiannya keinginan itu diperolehi, maka tindakan sebelumnya yang telah dirancang, diabaikan, sebaliknya mengecam tindakan demikian sebagai tindakan jahat dan tidak mengikut sistem demokrasi berparlimen negara. 

Oleh kerana Tun Dr Mahathir sudah terlanjur menjalankan misi beberapa pemimpin tertentu itu, beliau meneruskan misi itu, seperti mana beliau lakukan. Kini, Tun Dr Mahathir sudah bertekad, rancangan awal, yang hanya mahu menurunkan DS Najib, sudah bertukar supaya parti Umno kalah dalam pilihanraya, agar supaya para pemimpin yang berpaling tadah itu jatuh tersungkur bersama-sama DS Najib.

Tun Dr Mahathir, dibantu oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin veteran Umno seperti Tan Sri Sanusi Junid, Tun Daim Zainuddin kemudiannya disokong seluruh armada pembangkang, kecuali Dato Seri Hadi Awang akan berlawan dengan parti Umno dan rakan-rakan parti terbesar itu.

Kenyataan Tun Dr Mahathir dan kawan-kawan daripada Umno, kononnya persengkokolan dengan parti pembangkang, hanya mahu menurunkan DS Najib, bukannya mahu mengalahkan parti Umno atau BN, adalah kenyataan tidak masuk akal, kerana mana ada sifirnya, pelacur membayar pelanggan atau mana sifirnya, membunuh kapten sesebuah kapal, tanpa merampas kapal? atau mana ada keadaan di mana juruterbang sesebuah pesawat dibunuh tanpa menjunamkan pesawat yang dikemudi atau mana ada pembunuh upahan, tidak menerima bayaran.

Bayaran atau upah yang bakal diperolehi pembangkang, khususnya DAP dengan permufakataan dengan Tun Dr Mahathir and The gang, adalah 37 kawasan yang dimenangi UBN pada PRU-13 dengan majoriti di bawah 1000 dan 2000, mungkin sebahagian besar kawasan itu bakal dirampas pembangkang, hanya kerana pengumpulan sokongan antara pengundi melayu, kaum cina dan india. Perkiraan ini tidak boleh diabaikan, kerana perkara ini telah terbukti melalui PRU-12 dan 13. 

Di negara ini, persepsi sebenarnya dapat mempengaruhi keputusan pengundi, khususnya pengundi atas pagar. Para pengundi seumpama ini, tidak kisah sangat pembelaan kerajaan kepada mereka, sebagai contoh, kekalahan beberapa pemimpin utama UBN pada PRU-13, yakni termasuk menteri-menteri kabinet, Timbalan Menteri serta mereka yang mempunyai kedudukan seperti setiausaha-setiausaha politik.

Jika pada PRU-13, dikatakan sebagai IBU kepada semua pilihanraya umum di negara ini, PRU-14 pula merupakan PRU penggantian pemerintahan. 

Tiada siapa pemimpinpun, boleh membendung keputusan rakyat, jika memangnya rakyat mahu mengubah kerajaan. Melihat kepada keadaan sekarang, khususnya kaum melayu yang telah terbahagi kepada empat kumpulan, adalah pertanda, bahawa kaum itu, walaupun majoriti dalam negara, akan tetapi minoriti dalam segi politik. Perlu diakui, bahawa kaum yang berkuasa dalam segi politik masa ini, adalah kaum cina.

Pada PRU-14 akan datang, kerusi-kerusi kaum cina dan india yang ada dalam UBN akan dirampas oleh pembangkang, khususnya oleh parti DAP. Parti DAP, dengan 37 kerusi Parlimen yang ada sekarang, sekurang-kurangnya akan menang 48 kerusi pada PRU-14 akan datang. Jika PKR boleh menang 40 kerusi parlimen dan Parti Pas dan Amanah 21, maka menjadikan jumlah kerusi pembangkang sebanyak 109, kurang tiga kerusi bagi majoriti mudah. Jika keadaan itu berlaku, tidak dapat disangkal, bahawa akan berlaku lompat parti, khususnya MP Bn yang tiada kedudukan atau jika tawaran jawatan yang lebih baik bagi mereka yang berjawatan.

Dalam politik semua boleh berlaku. para pemimpin UBN mempunyai berbagai strategi, demikian juga pembangkang. Apa kah, keadaan semasa Tun Abdul Razak akan berlaku? di mana parti-parti akan bergabung untuk memerintah Malaysia? kerana melalui cara itu, maka UBN akan terselamat bagi memerintah negara, atau memangnya gabungan 13 parti itu akan ikut jejak parti LDP Jepun, Parti Kongres India dan Parti Golkar Indonesia? hanya rakyat yang boleh menentukannya pada PRU-14. PRU-14 akan diadakan pada Tahun 2018, 2 tahun daripada sekarang.

Dalam dua tahun ini, mereka yang mahu menjatuhkan UBN, akan terus menyerang Perdana Menteri, kerana mereka tahu, ikan busuk bermula daripada kepala. Mereka akan terus menggunapakai, kemelut 1MDB, wang derma, serta lifestyle Perdana Menteri khususnya isteri beliau Datin Rosmah mansor. Mereka-mereka ini, akan terus memutar belit berkaitan isu-isu itu, ditokok tambah, diperbaharui, agar senantiasa segar di mata rakyat. Mereka benar-benar mengikut cara zaman Hitler, dengan senantiasa menyegarkan cerita tidak betul agar supaya rakyat menerimanya sebagai cerita betul.

Tindakan kerajaan menutup berbagai portal, tidak menghalang mereka ini membuka portal-portal baru, akaun-akaun facebook baru, untuk memviralkan dakwaan-dakwaan mereka. Nampaknya, politik negara ini akan terus diwarni isu dan persepsi. 
Walaupun apapun keadaan masa kini, PRU-14 masih berbaki 2 Tahun, mungkin para pemimpin UBN akan menemukan jalan atau cara JITU menaturalisasikan keadaan.

Thursday, March 31, 2016

Kerjasama Dengan Pembangkang- Untuk Selamatkan UMNO??

Hanya pemimpin yang mengamalkan menghalalkan cara bertindak seperti mana dilakukan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Hanya mereka yang tiada prinsip perjuangan akan ikut sama dengan beliau. 

Tun Dr Mahathir membuktikan, bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang menghalalkan sebarang cara, untuk memenuhi matalamat peribadi.

Pada Tun Dr Mahathir, terlihat dan ternampak serta terbukti, bagaimana ketamakan seseorang itu. 22 Tahun sebagai Perdana Menteri, tidak termasuk sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri, namun masih tidak mencukupi.

Sebenarnya majoriti rakyat negara ini, sudah terkeliru berkaitan tindakan mantan Perdana Menteri itu. Penulis sendiri, semasa beliau mengecam Pak Lah, dengan menggunakan isu bebudak Tingkat 4, serta dakwaan takut pada Singapura, kerana pembatalan Jambatan Bengkok, terpecaya dengan beliau. Al-maklum, 22 tahun sebagai Perdana Menteri, sudah tentu keyakinan dan kepercayaan tidak mudah terhakis. Namun, selepas Pak Lah meletakkan jawatan dan digantikan oleh DS Najib Razak, dan beliau sendiri menyokong kepimpinan Najib, akan tetapi Barisan Nasional tidak dapat mengembalikan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, malah keputusan lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada Tahun 2008.

Memang pada PRU-13, parti Umno menambah 9 kerusi berbanding PRU-12, namun secara keseluruhan Bn kehilangan 7 kerusi. Kalaulah dikatakan bahawa parti Umno menambah kerusi kerana sokongan mantan Perdana Menteri itu, ianya kurang tepat, kerana beliau sebenarnya telah ditolak oleh ahli parti. Bukti penolakan itu, apabila beliau bertanding G7 di bahagian Kubang Pasu, di mana beliau merupakan Ketua Bahagian lebih 22 tahun, akan tetapi kalah.

Tindakan Tun Dr Mahathir sebenarnya memenuhi simpulan bahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Cengakaman beliau selama 22 tahun terhadap parti dan negara sehingga beliau mendapat panggilan negarawan, terhapus dengan sekelip mata, apabila pada 4 dan 28 Mac bergabung dengan musuh politik beliau berdekad-dekad semata-mata mahu menumbangkan DS Najib Razak.

Sebenarnya, DS Najib Razak, hanya menjadi kambing hitam, kepada keadaan. DS Najib menjadi sasaran amarah Tun Dr Mahathir, hanya ada satu sebab. Anaknya Dato Seri Mukhirz tidak diberi laluan dalam kepimpinan Umno.

Mukhriz, hidung tak mancung tetapi pipi tersorong-sorong, cuba merebut Jawatan Ketua Pemuda Umno, namun tewas. Pun demikian, diberi peluang dilantik sebagai Timbalan Menteri, berbanding orang yang menang. DS Najib memang maklum, bahawa Mukhriz tidak mendapat sokongan parti, namun memaksa juga melantik Mukriz ke jawatan Menteri Besar Kedah selepas PRU-13. Mukhriz yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itu, cuba pula merebut jawatan Naib Presiden parti, satu tindakan yang belum pernah berlaku pada seseorang yang kalah merebut jawatan ketua Pemuda.

Bukti nyata, bahawa parti tidak menerima dan tidak menyokong Mukhriz, apabila beliau tersingkir daripada MB Kedah, kerana tidak mendapat sokongan ADUN daripada Parti Umno. Sebenarnya, anggapan setengah pihak termasuk Mukhriz sendiri, kononnya beliau tersingkir daripada MB Kedah kerana mengeritik 1MDB, hanyalah persepsi, perkara pokok sebenarnya, beliau tidak mendapat sokongan ahli-ahli parti. Sokongan yang diberikan kepada beliau selama beliau pada kedudukan MB dan MP Jeluni, hanyalah sokongan terpaksa, kerana mengikut arahan pucuk pimpinan parti.

Kini, Mukhriz bergabung dengan bapanya, bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal, Tun Daim Zainuddin, Tan sri Sanusi Junid dan beberapa orang lagi. Jumlah mereka, boleh dikira dengan jari. Jika berasaskan demokrasi, jumlah mereka itu, tiada pengaruh apa-apapun.

Tun Dr Mahathir dan The Geng, kononnya bergabung dengan para pemimpin pembangkang termasuk Ngo pembangkang kerana mahu menyelamatkan Parti Umno. What a bullshit!!!

Tuesday, March 29, 2016

Tun Dr Mahathir- Hanya Mahu Singkir DS Najib

Bagi Tun Dr Mahathir, DS Najib Razak, wajib disingkirkan. Pengganti, akan ditentukan kemudian. By convention, parti yang mempunyai kerusi terbanyak pemimpinnya bakal dipilih sebagai Perdana Menteri. Kalau melihat, parti yang paling banyak kerusi, pertama adalah Umno, dengan 86, selepas ditolak dua kerusi bagi Parlimen Pagoh dan Semporna, tempat kedua DAP, ketiga PKR, keempat PAS dan kelima PBB.

Melihat kepada sokongan parti Umno terhadap DS Najib, maka boleh dikatakan, kerusi Umno sebanyak 86 akan intake bersama DS Najib. Dengan demikian, Tun Dr Mahathir tidak boleh mengharapkan, ada MP Umno akan berpaling tadah. Oleh kerana Pembangkang, memerlukan 22 MP sebagai tambahan kepada 90 yang mereka ada, untuk mendapat majoriti mudah 112 MP, maka jumlah itu, pasti bukannya daripada parti Umno. Juga, kalau melihat sokongan parti-parti komponen Bn kepada DS Najib, maka tiada kemungkinan, 22 MP yang diperlukan pembangkang boleh terealisasi.

Kalaulah digunapakai, bahawa dalam politik tiada yang tidak mungkin, dalam erti kata, pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir mendapat tambahan 22 kerusi parlimen, dan apa yang pasti bukannya daripada parti Umno, maka bagi penentuan Perdana Menteri, maka dilihat pada parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Oleh kerana Parti DAP yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kumpulan pembangkang, maka pemimpin parti itu, bakal dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika demikian, maka Malaysia akan berperdana mentrikan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng. Senario ini, hanya tinggal senario atau andaian. Dalam keadaan sekarang, ianya tidak bakal berlaku, kecuali, berlakunya huru hara seperti arab springs. Kalau itulah yang berlaku, Mahathir perlu juga menyimpan hasratnya mengulingkan DS Najib, kerana sebagai Perdana Menteri, DS Najib masih mempunyai kuasa untuk meneruskan pemerintahan darurat, kecuali pihak tentera mengambil alih dan pihak tentera melantik seseorang pemimpin politik sebagai Perdana Menteri tentara sendiri yang memerintah.

Oleh kerana Mahahir, mahu juga DS Najib digulingkan atau ditumbangkan, maka pembangkang perlu menang dalam pilihanraya. PRU akan datang hanya pada Tahun 2018. Pada PRU itu, tentunya parti Umno mahu mempertahankan 88 kerusi yang dimenangi pada Tahun 2013. Katakan lah kalah di Pagoh dan kehilangan 7 kerusi di Kedah, parti Umno masih mempunyai 80 kerusi. Katakanlah MCA, MIC dan Gerakan kehilangan semua kerusi, namun, di Sarawak dan Sabah, pembangkang tidak akan dapat mengulangi pencapaian Tahun 2013. Sabah dan Sarawak akan tetap menyumbang minima 49 kerusi parlimen kepada BN. Kalau 80+49= 129 kerusi, ertinya Bn masih memerintah dengan majoriti mudah. Melihat senario ini, harapan Mahathir menumbangkan DS Najib hanya tinggal harapan.

Apa yang tidak diperkirakan oleh Tun Dr Mahathir, bahawa beliau tidak akan dapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak, kerana rakyat di buah negeri itu, telah merasakan betapa pahitnya di bawah pemerintahan beliau selama 22 tahun. Bagi pemimpin parti Umno di Semenanjung, maka tumpukan segala usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13. Yakinlah bahawa Sabah dan Sarawak, akan terus menyelematkan kerajaan Bn di peringkat Persekutuan.

Sunday, March 27, 2016

Kongres Rakyat- Sebenarnya Kongres Pembangkang

Apa yang berlaku di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad, yang dihadiri Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir dan isteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tanpa Lim Kit Siang, Azmin Ali, Rafizi Ramli (PKR), Mahfuz Omar (Pas) dan Zaid Ibrahim dan lain-lain, bukan merupakan kongres rakyat seperti mana didakwa, akan tetapi kongres pembangkang.

Disebabkan perjumpaan itu, merupakan perjumpaan pembangkang, secara automtik, bukan mewakili seluruh rakyat, akan tetapi mewakili rakyat yang membangkang kerajaan Barisan Nasional.

Apa sahaja yang diucapkan melalui perjumpaan itu, merupakan ucapan yang membelasah kerajaan, bukannya atas kepentingan seluruh rakyat.

Sudah menjadi adat pembangkang, tiada apapun kerajaan buat merupakan perkara elok, melainkan semuanya salah.

Dalam perjumpaan itu, isu berkaitan 1MDB, wang derma RM2.6bilion dan wang sumbangan sosial SRC International, merupakan perkara-perkara yang menjadi tumpuan.

Jika, mereka-mereka yang berkumpul itu, terdiri mereka-mereka yang rasional, sudah tentu telah menerima jawapan atau penjelasan berkaitan tiga isu itu. Oleh kerana, mereka-mereka yang hadir itu, tidak boleh lagi menerima jawapan atau penjelasan yang berasaskan fakta dan kebenaran, maka sampai kiamatpun, hati mereka tertutup.

Rakyat negara ini, perlu menerima hakekat, bahawa dalam negara ini, rakyat sudah terbahagi dua, iaitu mereka yang boleh menerima kebenaran dan yang tidak.

Desebalik Deklarasi Mahathir

Betempat pada sebuah ruang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 4 Mac 2016, julung kalinya berlaku, Tun Dr Mahathir Mohammad, Lim Kit Siang hadir bersama-sama, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Cara menyelamatkan negara menurut mereka, hanya satu cara- Dato Seri Najib Razak mesti dipaksa meletakan jawatan. Untuk mencapai tujuan itu, maka ditandatanagi Deklarsi yang kemudiannya dipanggil Deklarasi Mahathir.

Mereka yang menyokong dan menandatangi Deklarasi itu, selain Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang, Mantan Perdana yang dipecat dan digantung jawatan parti- Tan Sri muhiyiddin Yassin, Mantan Menteri Besar Kedah yang kehilangan jawatan, kerana ditolak ADUN Kedah- Dato Seri Mukhriz Mahathir, selain daripada PKR, PAS, Ngo Pro pembangkang, serta beberapa pemimpin veteran Umno seperti Tan Sri Sanusi Junid. Juga dikatakan Dato Seri Shafie Apdal, Tun Daim Zainuddin menyokong deklrasi itu, walaupun tidak hadir pada perjumpaan itu.

Kumpulan yang menyokong deklarasi Mahathir itu, kononnya tidak berkait dengan fahaman politik, akan tetapi atas kesadaran sebagai rakyat, kerana menurut mereka, negara dalam kedudukan yang sangat teruk di bawah pemerintahan DS Najib Razak.

Sehingga tulisan ini dipost, kumpulan yang mengelar diri mereka konon untuk menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman DS Najib, tidak mengemukakanpun, sebarang faktor yang menyebabkan negara hancur, rakyat menderita, akibat tindakan DS Najib Razak.

Jika ditilik daripada segi pelaksanaan GST bermula 1 April 2015, kononnya membebankan rakyat, tidak boleh diterima bulat-bulat, tanpa melihatnya dengan terperinci. Kalau GST membebankan rakyat daripada segi apa? Semua makanan asas, bebas GST. Petrol dan diesel bebas GST. Gas masak bebas GST. Beras bebas GST. Gula, tepung, minyak masak, bebas GST. Pengakutan awam bebas GST. Kalau diteliti secara sedar, sebenarnya, pelaksanaan GST, tidakpun membebankan rakyat secara umumnya. 

Argumentasi, kononnya GST membebankan rakyat, hampir sama dengan dakwaan kenaikan harga barang, kononnya kerana kenaikan harga minyak. Namun, selepas harga minyak turun, tiada tanda-tandapun harga barang yang dinaikan diturunkan semula. Ertinya, kenaikkan harga barang, tiada hubungan korelasi dengan kenaikkan harga minyak. Sebabnya, harga minyak bukan lah faktor utama pada penentuan harga barangan. Mereka yang mendakwa, bahawa harga minyak penentu harga barangan, sebenarnya, satu tindakan yang bukan berasas kepada keadaan sebenar.

Dakwaan kononnya isu 1MDB mempengaruhi perekonomian negara, sebenarnya hanya persepsi, kerana tiada indikator ekonomi yang mengarah kepada syarikat itu sebagai penyebab langsung kepada perekonomian negara, apa tah lagi berkesan secara langsung kepada rakyat. 1MDB, hanya merupakan sebuah syarikat. Dan sebagai syarikat baru, sudah tentu berdepan dengan masalah awalan perniagaan. Kini, selepas rasionalisasi syarikat itu, maka kedudukan kewangannya sudah kukuh, dan dapat bergerak ke depan, sebagai sebuah syarikat mencari keutungan. Umum mengetahui, bahawa rasionalisasi syarikat itu, tidak melibatkan kewangan negara.

Bagi isu, wang derma RM2.6bilion (USD681milion) yang disumbangkan kepada DS Najib Razak tidak melibatkan wang rakyat atau negara. Ertinya, tiada sesiapapun yang dirugikan, termasuk Tun Dr Mahathir. 

Berkaitan wang RM42juta CSR SRC International. Kerana wang itu merupakan sumbangan tanggungjawab sosial syarikat itu, maka, apapun caranya, wang itu akan juga dibelanjakan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan itu, tidakpun merugikan sesiapa, kerana tindakan serupa itu, merupakan tindakan syarikat-syarikat besar, bagi memulangkan sedikit keuntungan mereka kepada rakyat yang memerlukan.

DS Najib Razak, kononnya menyebabkan perekonomian negara tidak berkembang. Namun, apa yang pasti berasaskan data, ianya menunjukkan sebaliknya. Melihat kepada grafik di sebelah kanan, serta grafik peratusan hutang negara (grafik pada permulaan tulisan ini) menggambarkan, bahawa dakwaan berbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir, tidak berpijak di bumi nyata.

Pendek kata, tindakan menurunkan, DS Najib Razak, bukan bersandarkan kepada perekonomian negara atau pemerintahan negara, sebaliknya, hanya memenuhi keinginan peribadi, atas prinsip suka-suka, kerana telah menjadi amalan Mantan Perdana Menteri, untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 

Tun Dr Mahathir mahu mengulangi, kejayaannya memaksa Perdana Menteri Pertama dan Kelima meletakan jawatan, selain menimbulkan tekanan kepada Perdana Menteri ketiga, sehingga terpaksa melepaskan jawatan.

Sebenarnya, Deklarasi Mahathir, hanya memenuhi agenda peribadi mantan Perdana Menteri itu, bukanya untuk kepentingan rakyat.

Saturday, March 26, 2016

SIAPA YANG BERPUTIH MATA?

Tun Dr Mahathir Mohammad, tidak mempertaruhkan apa-apa apabila menyerang Dato Seri Najib Razak. Apa yang ingin dibuktikan oleh beliau, apa kah tindakannya menumbangkan Perdana Menteri Pertama dan Kelima boleh berulang? 

Sehingga tulisan ini, dibuat, tindakan Mantan Perdana Menteri itu menurunkan Najib daripada jawatan perdana Menteri, tidak goyah, malah terlihat di atas kertas, sokongan kepada Perdana Menteri ke-6 itu semakin kuat.

Sokongan terbaru yang diterima DS Najib, adalah melalui Deklarasi Kelantan, yang mana para pemimpin Bn Kelantan termasuk Tengku Razalegh Hamzah menandatangi sokongan terhadap Perdana Menteri.

Ekoran sokongan KULI itu, Tun Dr Mahathair secara sinis mengulas, bahawa sebenarnya MP Gua Musang itu, pencadang kepada undi tidak percaya kepada DS Najib Razak di Parlimen. Namun, beliau berpaling tadah. Mahathir menyifatkan kegagalan undi tidak percaya kepada Najib di dua peluang, pertama semasa menggantung Lim Kit Siang dan kedua, undian terhadap Bajet2016, KULI dibelakang kegagalan itu.

Tun Dr Mahathir memulakan serangannya terhadap DS Najib dengan menggunakan hutang 1MDB yang berjumlah RM42bilion. Dalam siri tulisan beliau melalui blog, mantan Perdana Menteri itu mendakwa, bahawa wang sebanyak itu telah lenyap. Namun, sesuai dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh syarikat itu, Tun Dr Mahathir, senantiasa mengubah-ubah tuduhan dan dakwaan. Atau dalam erti kata lain, setiap masa mengubah pintu gol, agar supaya, isu 1MDB kelihatan tidak berjawab.

Oleh kerana isu 1MDB, dilihat tidak akan berjaya menumbangkan DS Najib Razak, maka dakwaan diubah kepada wang derma daripada Arab Saudi yang berjumlah RM2.6bilion (USD681milion). Pun demikian, isu wang derma tidak berjaya menumbangkan DS Najib, atas sebab Peguam Negara- Tan Sri Mohammad Apandi Ali mendapati tiada salah laku. 

Melihat kepada tindakan memalitkan DS Najib terhadap isu 1MDB, wang derma dan CSR SRC International yang berjumlah RM42juta tidak berjaya, maka Tun Dr Mahathir keluar daripada parti Umno pada 27 Februari 2016. Pada 4 Mac, beliau bekerjasama dengan musuh-musuh politiknya selama 22 tahun membuat deklarasi yang bertajuk “Selamatkan Malaysia”. Deklarasi itu, selain disokong pemimpin parti pembangkang, juga oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dan digantung jawatan daripada parti- Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Untuk menambah tekanan, kepada DS Najib, Tun Dr Mahathir dan dua individu yang lain menyaman Perdana Menteri pada 23 Mac meminta ganti rugi RM2.6bilion, dan RM42juta sebagai ganti rugi teladan.

Melihat kepada tindakan-tindakan Tun Dr Mahathir itu, ramai para pemimpin Umno khususnya yang berjawatan menteri, membidas tindakan beliau itu, malah tindakan saman terhadap Perdana Menteri, dikatakan perbuatan sia-sia, kerana menurut mereka, mantan Perdana Menteri itu tiada locus standi.

Benar, Tun Dr Mahathir tiada locus standi menyaman DS Najib Razak, benar Tun Dr Mahathir tidak mendapat sokongan pemimpin Umno, kecuali daripada Muhiyiddin, shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, serta pemimpin veteran seperti Tan Sri Sanusi Junid. Namun, ramai yang percaya mantan Perdana Menteri itu mendapat sokongan akar umbi. Sokongan itu, menurut mereka akan dibuktikan melalui pilihanraya Umum Tahun 2018.

Sebenarnya, melalui PRU-12 dan PRU-13, telah terbukti, bahawa trend pengundian rakyat telah cenderung menolak Barisan Nasional. Pada PRU-13, 51 peratus pengundi telah menolak Barisan nasional, walaupun berjaya mendapat 133 kerusi Dewan Rakyat. Daripada 133 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional itu, 37 kerusi merupakan kawasan yang dimenangi dengan jumlah undi di bawah 1000 hingga ke 2000. Ertinya, jika trend pengundian Tahun 2013 tetap, dan berlaku swing 5 peratus kepada pembangkang, maka 37 kerusi Parlimen itu akan dimenangi pembangkang.

Dalam sebarang pilihanraya, tiada seorang pemimpinpun boleh mengawal pengundi, malah pada PRU-1999, di mana DS Najib Razak hampir kalah di kawasan tradisinya, Parlimen Pekan, sedangkan pada masa itu, kosong persepsi negatif dan kosong dakwaan/isu terhadap beliau.

Di Sabah pada PRN Tahun 1985, Parti Berjaya yang terlalu kuat di atas kertas berdepan dengan pilihanraya negeri, di mana tiada yang menyangka langsung, parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) hanya menang 6 kerusi daripada 48 yang ditandingi, sedangkan semasa DUN Sabah dibubarkan, Parti Berjaya mempunyai 46 kerusi Dun.

Memang, dalam keadaan sekarang, semua pemimpin Bn tiada yang tidak menyokong Perdana Menteri. Mereka yang bersuara menentang, adalah di peringkat bawahan, seperti ketua-ketua cawangan di Kawasan Tan Sri Isa Samad, di Bahagian Pagoh dan Jerlun, manakala di Semporna Sabah, hanya beberapa orang yang dekat dengan Shafie Apdal.

Kata orang, jangan disangka air tenang tiada buaya. Jangan juga menyangka, kayu bergoyang kerana ada angin. Pendirian pengundi, tiada yang boleh meramal.

Berasaskan kepada keadaan sekarang, dan kemungkinan akan terus berlanjut sehingga PRU-14, siapa yang akan berputih mata? Apa kah masa itu, Umno/Bn akan ikut jejak parti LDP Jepun dan Kongress India serta Parti Golkar indonesia yang pernah kalah dalam pilihanraya!!!.Kerana untung nasib Umno/Bn akan terletak di tangan rakyat.

Bagi Tun Dr Mahathir, sudah tentu beliau tidak lagi berputih mata, kerana beliau bukan lagi ahli Umno, malah kekalahan Umno/Bn adalah sesuatu yang diharapkan, agar supaya DS Najib Razak tumbang. Jika itu, berlaku, maka, bukan mudah bagi Umno/Bn untuk menang semula. Pengalaman Parti Golkar indonesia, sejak tumbang Tahun 1998, sehingga kini tidak lagi pulih.

Di saat-saat para penyokong dan pemimpin Umno/Bn bergembira kerana kegagalan beberapa tindakan Tun Dr Mahathir menurunkan DS Najib Razak, ada yang meramalkan bahawa sebenarnya sedang menanti satu sesi gelap di hadapan bagi Umno/Bn selepas PRU-14. Benar kah demikian? Hanya para pemimpin Umno/Bn boleh menjawaabnya.

Wednesday, March 23, 2016

Saman Terhadap Najib- Menyalah Guna Proses Mahkamah

Tiga individu- Tun Dr Mahathir bin Mohammad, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin tiada locus standi menyaman Dato Seri Najib Razak sebagai individu ataupun kedudukan sebagai Perdana Menteri ataupun Presiden Parti Umno.

Sebagai individu Dato Seri Najib Razak, tidak boleh disaman oleh tiga individu itu, atas sebab DS Najib tidak pernah mengikat sebarang perjanjian, apa kah berbentuk perniagaan atau kerjasama, di mana DS Najib Razak ingkar janji, atau melanggar sebarang perjanjian dalam sebarang bentuk. dengan tiga individu itu.

Untuk jawatan Perdana Menteri, tiga individu itu tiada locus standi menyaman DS Najib Razak, kerana mereka itu bukan sebahagian daripada pentadibiran negara, di mana tindakan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, mengakibatkan tiga individu itu mengalamai kerugian atau kehilangan hak sebagai individu.

Untuk jawatan Persiden Parti Umno, tiga individu itu tiada hak menyaman DS Najib Razak sebagai Presiden, atas sebab tiga individu itu bukan ahli parti.

Tindakan tiga individu itu, hanya menyalah guna proses mahkamah. 

Tindakan Tun Dr Mahathir menyaman DS Najib Razak, tindakan seseorang yang amat kecewa, kerana kegagalan menurunkan DS Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri melalui berbagai tindakan yang telah gagal.

Tuesday, March 22, 2016

Biarkan Tun Dr Mahathir Terjun Dengan Labuh-Labuhnya

Cuba tanya diri sendiri, apa yang boleh diperbuat Tun Dr Mahathir pada negara dan rakyat pada masa ini? selain memalitkan imej buruk kepada negara dan rakyatnya.

Cuba tanya diri sendiri sejujur-jujurnya, apa yang mahu diselamatkan oleh Mantan Perdana Menteri itu? Apa kah melalui desakan beliau menurunkan DS Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri, maka harga minyak mentah negara naik? atau nilai ringgit melonjak?. Sedangkan berasaskan rekod pertukaran ringgit terhadap dollar Amerika, sebaik sahaja beliau keluar Umno pada 4 Mac, nilai ringgit terhadap dollar Amerika meningkat daripada RM4.16 sedollar kepada RM4.06 sedollar.

Apa yang diselamatkan oleh Tun Dr Mahathir dengan bekerjasama dengan DAP? Sedangkan DAP sejak sekian lama, merupakan parti yang senantiasa memperjuangkan malaysian Malaysia, yakni menggunapakai kesamarataan antara penduduk asal dan bukan. Rakyat khususnya melayu/bumiputera telah melihat, bahawa sebelum mantan Perdana Menteri itu meninggalkan dunia ini, beliau mahu memaksa kontrak sosial yang wujud sejak merdeka dimansuhkan.

Memang diakui, kerana sifat "keras kepala" Mantan Perdana Menteri terhadap para pemimpin Barat, menyebabkan beliau terkenal. Oleh kerana beliau merupakan Perdana Menteri, maka membawa negara yang diwakili.

Memang diakui, selama 22 tahun, banyak infrastrukutur yang dibina, termasuk projek-projek mega. Tetapi perlu diingat, apa kah projek-projek mega itu memberi faedah kepada penyokong dan ahli Umno? atau penyokong Barisan Nasional? khususnya para penyokong tegar yang berada di pedesaan? Sebagai misalan, para peniaga di KLCC, Lapangan Terbangan Antara Bangsa Kuala Lumpur? atau pembinaan LRT/MRT, atau pembinaan lebuhraya Utara Selatan, apa kah ahli atau penyokong Umno atau BN mendapat faedah? selain kroni? tepuk dada tanya selera.

Kalaulah dianalisa dengan seksama, cara pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, bukan membela penduduk pedesaan atau kampung atau para penyokong tegar, sebaliknya, hanya menjadikan yang kaya terus kaya. Bayangkan di Sabah dan Sarawak, masih banyak perkampungan yang melibatkan ratusan ribu rakyat belum menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih. Keadaan ini, langsung tidak diambilkira oleh mantan Perdana Menteri itu. Beliau terus membiarkan ketimpangan itu sehinggalah beliau besara. Kini, beliau muncul, kononnya mahu selamatkan negara, selamatkan daripada siapa??

Monday, March 14, 2016

Deklarasi Rakyat: Betul Kah Untuk Rakyat?

Rakyat yang ada masa ini, kena benar-benar membuka minda, khususnya berhubungan dengan deklarasi rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac.

Rakyat kena ingat dan imbas kembali, sejak Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri Tahun 2003, tidak sesekali beliau mengakui sebarang kelemahan atau kesilapan, pemerintahan beliau, selain hanya satu kenyataan/pengakuan, bahwa beliau gagal mencari seseorang Perdana Menteri, untuk Malaysia. Pengakuan itu, membawa maksud, seorang Perdana Menteri klon beliau.

Rakyat kena mengimbas kembali, bagaimana reaksi mantan Perdana Menteri itu, apabila pencapaian Barisan Nasional pada PRU-2004, di mana Bn bukan sahaja mengekalkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi hampir menyapu semua kawasan. Pada PRU itu, Lim Kit Siang, Karpal Singh turut kecundang, malah PKR hanya menang satu kerusi Parlimen Permatang Pauh, menangpun, terpaksa dikira-kira beberapa kali, kerana pebezaan yang amat tipis, antara calon Bn dan Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Di Kelantan, Bn hampir melakukan upset, apabila hanya kalah dua kerusi berbanding PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kenyataan mantan Perdana Menteri itu, berhubungan dengan kemenangan besar Bn, adalah bahawa kemenangan besar Bn itu, mempunyai implikasi buruk terhadap sistem demokrasi, kerana check and balance terhadap kerajaan yang memerintah, tersangat minima, sehingga kerajaan yang dibentuk akan bertindak sesuka hati atau memaharajalela, hanya kerana merasa terlalu kuat. Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu, bertali arus menyarankan kepada rakyat, bagaimana perlunya pembangkang yang kuat, agar supaya kerajaan yang memerintah tidak bertindak sesuka hati.

Pencapaian Dato Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional pada PRU-2004, menyebabkan Tun Dr Mahathir merasa cemburu dan tidak senang hati. Berbagai isu ditimbulkan, sehinggalah isu Jambatan Bengkok dan bebudak tingkat 4 dijadikan maskot mengecam Dato Abdullah (kini Tun). Dengan berbagai cara kecaman dan hentaman, maka menyebabkan Bn pada PRU-2008, kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, dan beberapa negeri ditawan pembangkang termasuk negeri Dato Abdullah (Pak Lah) dan negeri Tun Dr Mahathir sendiri-Kedah.

Ekoran kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, (Bn memperoleh 140 kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat) pada PRU Mac 2008, maka Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno dua bulan kemudian, dengan memberi alasan malu dan tidak sudi berperdana menterikan Pak Lah. Pak Lah perlu letak jawatan untuk mempertanggungjawabkan pencapaian buruk Bn. Malah, sehari selepas keputusan PRU-2008, anak Tun Dr Mahathir- Mukhriz yang bertanding di parlimen Jerlun, menulis surat kepada Pak Lah, supaya bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Bn pada PRU itu.

Rakyat, kena menganalisa, bagaimana pendirian sebenar Tun Dr Mahathir. Apabila Bn menang besar, menurut beliau, tidak baik. Apabila Bn kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, maka menyalahkan Perdana Menteri. Kemudiannya, apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan dan digantikan dengan pemimpin yang disokongnya, kemudian memperolehi keputusan lebih buruk daripada PM yang digantikan, beliau tidak ikut bertanggungjawab, sebaliknya mengecamnya, dan seterusnya meminta meletakkan jawatan.

Kini, rakyat perlu membuka mata, bagaimana kah status Tun Dr Mahathir, di mana sanggup bekerjasama dengan musuh yang “ditibainya” berdekad, namun kini sanggup duduk semeja, melalui deklarasi rakyat. 

Terfikirkan rakyat, siapa sebenarnya beliau? Melihat tindak tanduk beliau, demi mencapai agenda peribadi, maka tidak penting apa itu jati diri, yang mustahak menempu tindakan menghalalkan cara, apapun riskonya. Mahathir, memilih lebih baik kampong tergadai, daripada hilang kepentingan peribadi. Lebih baik membakar kelambu kerana seekor nyamuk, agar supaya semua terkena denggi, lebih baik putih mata berbanding tulang yang putih.

Deklarasi Rakyat, sebenarnya bukan untuk rakyat, akan tetapi, untuk memenuhi biologis mantan Perdana Menteri itu, bahawa tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas lebih baik daripada beliau.

Sunday, March 13, 2016

Tiada Kelojikan Deklerasi Rakyat Selamatkan Umno

Tiada kelojikan langsung, apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata, bahawa Deklerasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir pada 4 Mac, untuk menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa selepas PRU-14.

Deklerasi yang ditandatangai sama oleh pemimpin Parti pembangkang dan Ngo pro pembangkang yang bermatalamat untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, kononnya hanya cara itu, Malaysia dapat diselamatkan.

Sejak bila, pemimpin dan parti pembangkang menjadi penyokong parti Umno? Sejak bila, Parti Umno disokong pemimpin pembangkang, parti pembangkang serta penyokong pembangkang untuk Parti Umno menang pilihanraya? Sejak bila mereka-mereka itu menyokong Perdana Menteri daripada Umno untuk meneruskan jawatan?

Hanya mereka yang gila percaya, bahawa Deklerasi Rakyat seperti yang ditandatangai pada 4 Mac itu, untuk menjadikan Parti Umno kuat, dan mengelak parti itu kalah pada PRU-14.

Takkan, 188 Ketua Bahagian Umno dan 131 MP Umno/Bn telah tidak waras, dan telah dibeli DS Najib Razak untuk menyokong Perdana Menteri!!!

Muhyiddin salah seorang pemimpin Umno yang menurunkan tandatangan pada Deklerasi itu, terus berkata, hanya melalui peletakan jawatan DS Najib Razak sesuai dengan tujuan Deklerasi itu, maka Malaysia terselamat, dan pada masa yang sama parti Umno juga terselamat, kerana bakal tidak ditolak rakyat. 

Tidak ternampak langsung lojik kenyataan Muhiyiddin itu. Tiada jaminan, apabila DS Najib Razak meletakkan jawatan, maka parti Umno menjadi kuat. Demikian juga tiada jaminan, apabila DS Najib Razak meneruskan jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-14, maka parti Umno ditolak. Dalam keadaan ini ‘always there is two sides of coin”. Bagi yang menyokong Deklerasi itu, maka kononnnya Malaysia selamat, dan parti Umno tidak kalah. Manakala yang menolak deklerasi itu, maka ianya memperkuat parti Umno dan BN, kerana pemimpin dan penyokong Umno dan BN melihat, bahawa mereka yang menyokong Deklerasi itu, bertindak menghalalkan cara. 

Di Malaysia, tidak pernah berlaku, Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan, disebabkan desakan mereka yang membangkang kerajaan. Rekod pertukaran Perdana Menteri di negara ini, hanya berlaku, jika Parti Umno yang berkehendakkan demikian, seperti mana berlaku pada Dato Seri Abdullah Badawi. Jika Parti Umno terus menyokong Presidennya, maka selagi itu, Presiden akan tetap menjadi Perdana Menteri.

Parti Umno melihat, bahawa DS Najib Razak sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, bukan sebagai liabilti kepada parti atau kerajaan, malah kepada negara. Rekod dari segi apapun, apa kah itu pelaburan asing, pertumbuhan ekonomi, atau bajet kerajaan, DS Najib telah mengatasi semua Perdana Menteri sebelum beliau. Parti Umno dan Bn melihat, walaupun harga minyak mentah dunia menurun, tidak memberi impak kepada pendapatan dan perbelanjaan negara, kerana pendekatan ekonomi yang dilakukan dapat membendung impak itu.

Mereka yang mahu DS Najib turun, hanya kerana isu 1MDB. Kini isu itu telah selesai, tanpa melibatkan kewangan negara. Demikian juga isu RM2.6bilion dan RM42milion, sudah selesai dan tidak merugikan negara apatah lagi rakyat biasa termasuk mereka yang menandatangi Deklerasi 4 Mac. Jadi, apa sebenarnya yang MAHU diselamatkan???? Jangan hanya pandai beretorik, seperti tin kosong.

Friday, March 11, 2016

Mengapa Layan Orang Pencen??

Para pemimpin Umno terbawa-bawa permainan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Sejak mantan Perdana Menteri itu keluar daripada Umno, disusuli dengan Deklarasi Rakyat, para pemimpin Umno, terikut gerak lengok beliau.

Mengapa perlu ikut permainan yang dicipta Tun Dr Mahathir? Semakin banyak membangkitkan keburukan atau kelemahan mantan Perdana Menteri itu, semakin terburai masalah Umno. 

Pembangkang mengeksplotasinya dengan mendakwa, bahawa sistem yang digunapakai selama ini di Malaysia, yang dipraktek Umno dan parti-parti dalam Barisan Nasional, tidak sesuai lagi, atas sebab itu, rakyat perlu menolaknya.

Semakin rancak memburukkan Mantan Perdana Menteri itu, semakin berimpak positif kepada pembangkang. 

Cukuplah, Tun Dr Mahathir sudah memilih haluan beliau sendiri, dengan menelan kahak sendiri, melalui kerjasama dengan musuh poltiknya sejak azali.

Rakyat negara ini, sudah mencatitkan dalam diary mereka, bahawa Tun Dr Mahathir, sudah membuka pekong di dada, bahawa sejak sekian lama, beliau menjadi pemimpin bukanlah untuk rakyat akan tetapi untuk diri sendiri.

Rakyat telah mencatit dalam rekod mereka, bahawa Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang mengamalkan Menghalalkan Cara. Semua itu, hanya agenda politik pribadi.

Seharusnya rakyat negara ini, berpuas hati, kerana sebelum pun mantan Perdana Menteri itu meninggalkan dunia ini, beliau telah mendedahkan identiti beliau yang sebenar-benarnya.

Atas sebab itu, rekod Tun Dr Mahathir, sebelum ini sebagai negarawan, perlu dipadam daripada rekod.

Tuesday, March 08, 2016

Umno Bukan Milik Najib

Parti Umno menang kah kalah, terletak pada ahlinya. Jatuh bangun parti terletak pada ahli 3.4juta. Pemimpin sebahagian daripada ahli. Pemimpin silih berganti. Institusi parti perlu diteruskan.

Parti bukan milik pribadi. Tidak benar dakwaan Tun Dr Mahathir, parti milik DS Najib, sebab itu mantan Perdana Menteri keluar parti. Yang pasti benar, Tun kecewa kerana gagal turunkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. 

Kata bidalan cina, tiada dua harimau dalam satu bukit. Jika berlaku, maka yang terjadi seperti mana kita sama-sama saksikan. DS Najib mempertahankan diri, sementara Tun Dr Mahathir terus mengasak. Kerana pertahanan DS Najib kukuh, maka beliau tidak tumbang. Tun kehilangan tenaga, kehabisan nafas, kerana di mamah usia, maka terpaksa akur, dan keluar parti.

Akur kalah tidak semestinya mengalah. Itulah Tun Dr Mahathir. Bagi Tun, biar kampung tergadai, biar putih mata, jangan putih tulang. Tun bersengkokol dengan musuh, menambah kekuatan. Yang penting DS Najib Razak kalah. Yang penting Umno kalah. Yang penting Bn kalah. 

Kepada ahli parti, anda-anda perlu memahami kelibat Tun. Tun tidak rugi satu senpun, jika Umno kalah. Tun tidak kehilangan apapun jika BN kalah. Malah jika itu berlaku, maka Tun “redeem” namanya daripada pembangkang. Tun dipuja pembangkang hingga ke akhir hayat.

Sunday, March 06, 2016

Hanya Jatuhkan Najib Bukan Umno- Dakwaan Karut

Mukhriz Mahathir fikir penyokong dan pemimpin yang setia kepada parti terlalu cetek akal, sehingga tidak dapat membezakan antara menjatuhkan DS Najib Razak dan bukan mengalahkan Umno.

Mukhriz mungkin tidak update, bahawa sebahagian besar ahli parti menyokong DS Najib Razak sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Benarlah Bahagian Pagoh, Jerlun dan Semporna tidak menyokong DS Najib, itupun kalau dijalankan kiraan, mungkin Ketua Bahagian akan menang satu undi, ertinya tidak semua ahli bahagian itu menentang DS Najib Razak.

Penyokong Umno kini, sudah jelas dan terang siapa Mukhriz, siapa Muhiyiddin dan siapa Shafie Apdal. AYT tidak lagi memberikan komen berkaitan Tun Dr Mahathir, kerana mantan Perdana Menteri sudah menjadi musuh Umno.

Benar dalam politik boleh berlaku apa sahaja. Namun prinsip dan pegangan seseorang pemimpin politik yang merupakan manusia perlu dilihat daripada prinsipnya sendiri. Manusia diikat pada janjinya, kerbau diikat pada hidungnya. Manusia dipegang pada tindak tanduknya, kerbau dipegang pada talinya.

Sejak azali, Lim Kit Siang dibidas. Sejak azali dianggap sebagai musuh. Namun kerana tujuan peribadi, semuanya sirna. Ilmu menghalalkan cara jadi kiblat. Perjuangan dan prinsip dilongkangkan.

Pemimpin yang tiada pendirian, termasuk melongkangkan prinsip dan perjuangannya sendiri sebenarnya lebih busuk daripada longkang.

Rakyat umumnya, dan ahli Umno khususnya perlu menilai, siapa kah Mukhriz, siapa kah Muhiyiddin dan siapa kah Shafie. Mereka yang bersengkokol dengan Lim Kit Siang sedangkan masih dalam Umno, merupakan pengkhianat yang tiada tolok banding jahatnya. 

Kalaulah mereka itu, di zaman awal kebangkitan islam, hukuman kepada mereka itu adalah pancung kepala, kerana bukan sahaja lari daripada medan perang akan tetapi menjadi pengkhianat dan tali barut

Saturday, March 05, 2016

Sah: Tun Dr Mahathir Pengamal Michevellian

Menghalalkan cara (Michevellian) , merupakan peninggalan Tun Dr Mahathir pada negara. Sampai bila-bila mantan Perdana Menteri itu akan tercatit dalam sejarah Malaysia, seorang pemimpin yang benar-benar menggunakan cara Michevellian.

Michevellian dan tidak sesekali mengaku kalah, asalkan musuhnya kalah, sanggup mengorbankan apa sahaja demi mencapai kemahuannya.

Terdorong kerana kejayaannya mengamalkan Michevellan menumbangkan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, mengalahkan Dato Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan Tun Abdullah Badawi, walaupun mengorbankan parti, bukan persoalan kepada Tun Dr Mahathir.

Kerana mahu mengalahkan Tun Abdullah, maka sanggup menghadiahkan Pulau Pinang kepada DAP, sanggup menghadihkan Selangor kepada PKR. Kini Mahathir sanggup menghadiah negara kepada Lim Kit Siang hanya kerana mahu mengalahkan DS Najib dan Umno.

Ahli Umno kena ingat, Tun Dr Mahathir tidak rugi apa-apa apabila berjaya menubangkan Umno dan kerajaan Bn. Mengorbankan Umno dan Bn dan menyerahkan kuasa kepada Lim Kit Siang dan sekutunya, adalah jalan terakhir mantan Perdana Menteri menukar anggapan pembangkang terhadap dirinya. Dengan menghadiahkan Malaysia kepada pembangkang, Tun Dr Mahathir akan dipuja hingga ke akhir hayat.

Terpulang kepada ahli Umno menilai tindakan Dr Mahatahir yang mengetuai kempen Anti Najib. Buat Tun Dr Mahathir, beliau dan keluarganya tidak rugi satu senpun, malah nama beliau dan keluarganya akan mendapat tempat di hati pembangkang.

Keluarga Tun Dr Mahathir sudah mempunyai kekayaan sehingga 7 keturunan. Mengorbankan Umno dan BN merupakan option terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Kepada ahli Umno dan Bn, bermuhasabah diri lah. Jangan kerana mendengar guruh di langit air di tempayan di curahkan. Tun Dr Mahathir mempunyai matalamat untuk dirinya dan keluarganya, jauh dilubuk hatinya berjuang untuk negara.

Masa Tun Dr Mahathir sudah berlalu. Apa sahaja yang diperkatakan kini, anggap sahaja sebagai cerita novel yang penuh dengan khayalan.

Hanya Kerana Najib- Lawan Jadi Kawan

Tun Dr Mahathir benar-benar membuktikan, bahawa dalam politik tiada kawan selamanya, juga tiada lawan selamanya.

Tun Dr Mahathir juga mempamirkan, bahawa kesetiaan tidak seharusnya ada, jika berkaitan kepentingan diri.

Hanya kerana DS Najib Tun Dr Mahathir dan konco-konco termasuk TSMuhiyiddin Yassin, TSSanusi Junid, DSShafie Afdal, Tun Daim Zainuddin bersengkokol dengan lawan politik sejak azali Lim Kit Siang.

Najib tiada rekod menjatuhkan seseorang, baik dalam parti mahupun kerajaan. Kini berlawan dengan mereka yang penuh sejarah kawan yang kerap menikam belakang. Jangan cerita soal Tun Dr Mahathir, semua rakyat tahu kelibat mantan Perdana Menteri itu. Beliau bermusuh dengan Tunku Abdul Rahman, bermusuh dengan Tun Hussien Onn, bermusuh dengan Tun Abdullah Badawi dan kini dengan DS Najib. 

Tiga Timbalan Perdana menjadi habuan Tun Dr Mahathir. Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan DS Anwar Ibrahim.

TS Muhiyiddin pula, punya sejarah tersendiri, bagaimana beliau menjatuhkan Tan Sri Othman Saat. Othman adalah orang yang bertanggungjawab membawa beliau dalam kanca politik. 

Mereka yang bersengkokol dengan Lim Kit Siang, hanya kerana mahu memaksa DS Najib Razak meletakan jawatan mempunyai latar belakang buruk yang tidak perlu menjadi tauladan, sebaliknya sempadan.

Kumpulan Tun Dr Mahathir yang berkumpul semalam menunjukan kepada rakyat, bahawa mereka menentang sistem demokrasi dalam negara ini. Mereka menentang keputusan rakyat negara ini. Mereka menentang keputusan pengundi di 132 kawasan Parlimen.

Barisan Nasional pimpinan DS Najib mempunyai 134 kawasan Parlimen, selepas 2 ahli parlimen menyertai kubu Tun Dr Mahathir, iaitu Muhiyiddin, Pagoh dan Shafie Apdal, Semporna.

Di Dewan rakyat, DS Najib masih mempunyai sokongan. Dalam parti DS Najib mempunyai sokongan. 

Kumpulan Mahathir tahu, dalam sistem demokrasi, mereka tiada kuasa menjatuhkan DS Najib. Tindakan mereka melalui Kempen Anti-Najib (ANC), mahu mempengaruhi rakyat agar memberontak, sepertimana Arab Springs tetapi bukan cara turun ke jalan, akan tetapi perang saraf.

Tindakan mereka sudah tentu mendapat liputan surat-surat khabar pembangkang, portal-portal berita anti Malaysia, media asing anti Malaysia seperti WSJ, NYT dan semacamnya.

Kumpulan Tun Dr Mahathir, mahu mencipta imej buruk kepada Malaysia khususnya kepada DS Najib. Mereka mahu, setiap surat khabar asing memampang gambar Najib dengan catitan buruk.

Tindakan mereka sebenarnya, tiada sandaran kuat. Jika dahulu mereka mempergunakan 1MDB. Kini kemelut syarikat gergasi itu sudah tamat. Mereka mempergunakan isu wang derma RM2.6bilion, juga isu itu sudah tamat.

Semalam semasa mengumumkan kempen Anti Najib, tiada perkara pokok yang mendasari tindakan mereka. Jurucakap kumpulan itu, tidak lain adalah Tun Dr Mahathir, tidak sanggup lagi menyebut isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

Kalau bukan sebab latar belakang mereka itu pernah menjadi pemimpin negara, maka tindakan mereka itu boleh diibarat sebagai anjing menyalak bukit.

Melihat kepada tindakan kumpulan Mahathir itu, seharusnya para pemimpin Umno yang sentiasa bersama parti dan Presidennya, perlu berterima kasih, kerana tindakan Tun Dr Mahathir itu, sebenarnya melonjakkan sokongan kepada DS Najib Razak. Sokongan itu, bukan daripada pihak luar, kerana mereka itu memang tidak senang sesebuah negara aman damai, akan tetapi sokongan rakyat di 134 kawasan Parlimen. Malah akibat tindakan Tun Dr Mahathir itu, besar peluang, bahawa DS Najib Razak bersama Umno dan BN boleh menambah jumlah kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

Tun Dr Mahathir lupa, bahawa setiap yang patah akan tumbuh kembali. Itulah lumrah kehidupan. Pagoh dan Semporna akan dimenangi calon Umno. Bye-bye Muhiyiddin, bye-bye Shafie dan bye-bye Mukhriz. Anda tidak lagi bergelar YB selepas PRU-14.

Kepada parti, kini musuh sudah di depan. Tunggu apa lagi. Bertindak daripada sekarang. Biarkan pengkhianat terjun dengan labuh-labuhnya.

Blog Archive