Wednesday, March 23, 2016

Saman Terhadap Najib- Menyalah Guna Proses Mahkamah

Tiga individu- Tun Dr Mahathir bin Mohammad, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin tiada locus standi menyaman Dato Seri Najib Razak sebagai individu ataupun kedudukan sebagai Perdana Menteri ataupun Presiden Parti Umno.

Sebagai individu Dato Seri Najib Razak, tidak boleh disaman oleh tiga individu itu, atas sebab DS Najib tidak pernah mengikat sebarang perjanjian, apa kah berbentuk perniagaan atau kerjasama, di mana DS Najib Razak ingkar janji, atau melanggar sebarang perjanjian dalam sebarang bentuk. dengan tiga individu itu.

Untuk jawatan Perdana Menteri, tiga individu itu tiada locus standi menyaman DS Najib Razak, kerana mereka itu bukan sebahagian daripada pentadibiran negara, di mana tindakan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, mengakibatkan tiga individu itu mengalamai kerugian atau kehilangan hak sebagai individu.

Untuk jawatan Persiden Parti Umno, tiga individu itu tiada hak menyaman DS Najib Razak sebagai Presiden, atas sebab tiga individu itu bukan ahli parti.

Tindakan tiga individu itu, hanya menyalah guna proses mahkamah. 

Tindakan Tun Dr Mahathir menyaman DS Najib Razak, tindakan seseorang yang amat kecewa, kerana kegagalan menurunkan DS Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri melalui berbagai tindakan yang telah gagal.

17 comments:

Anonymous said...

Semuga Allah selamatkan Najib dari orang2 yg gila kuasa, ameen.

Anonymous said...

Semoga Dato Sri Najib diadili di Mahkamah.

Anonymous said...

Tun Dr. Mahahtir, Datuk Seri Khairuddin, dan Puan Anina ada locus standi untuk menyaman Najib atas kapasiti rakyat, kerana perbuatan Najib itu telah mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat, Tun Dr. Mahathir, Pn. Anina, dan Datuk Seri Khairuddin adalah rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, kepada blogger Apa Yang Tersirat, jika nak tulis tu, kajilah dengan mendalam.

Najib didakwa menyalahgunakan kedudukannya dan jawatannya untuk mencampuri urusan siasatan telah memberikan kesan yang buruk kepada negara, maruah negara tercemar, kesannya ekonomi negara terjejas dan menyebabkan ramai rakyat terkesan apabila banyak syarikat tutup operasi dan rakyat hilang pekerjaan.

Sila berfikir dengan waraslah, tak ada pun penyalahgunaan proses mahkamah, kerana apa yang berlaku melibatkan kepentingan rakyat.

Kepada hakim yang akan mengadili kes ini, perlu difahami bahawa anda mengadili kes melibatkan kelangsungan negara serta kebajikan rakyat, jika anda perlu membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan negara dan rakyat, jangan jadi macam Apandi yang menyalahgunakan kedudukan dan jawatan hingga mengetepikan kepentingan negara dan rakyat kerana nak melindungi Najib kerana Najib dah beri habuan jawatan kepadanya walaupun sangat jelas bahawa dalam kes SRC International itu perlu dibicarakan di mahkamah, tetapi Apandi telah sesuka hatinya buang kes itu kerana dia ada kepentingan peribadi dalam perkara ini.

Jika hakim nak tolak kes ini, penjelasan yang munasabah perlu diberikan dan berlandaskan kepentingan negara dan rakyat, jangan beri alasan bodoh tak tentu hala seperti Apandi yang akhirnya menyerlahkan bahawa Apandi memang menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bila buang kes melibatkan isu wang RM 42 juta dalam SRC International itu.

Orang yang waras tak boleh terima alasan Apandi yang tolak kes itu dengan gunakan alasan Najib tak tahu pun wang itu adalah dari SRC International sedangkan Najib sendiri tidak membuktikan dengan bukt-bukti sahih yang dia tak tahu wang RM 42 juta dalam akaun peribadinya itu adalah dari SRC International, malahan Najib sendiri tidak dapat jelaskan macam mana SRC International boleh ada butiran akaun peribadinya itu.

Malahan sampai sekarang Najib tak pulangkan lagi wang itu, dan SRC International tidak pula ambil tindakan undang-undang terhadap pegawai atau kakitangan mereka yang masukkan wang RM 42 juta itu ke dalam akaun Najib, pasal apa? Ini pun sampai sekarang tidak dijelaskan.

Walau apa pun Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang berani dan kental, sebab walaupun dah berusia 91 tahun, tak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan, tak ada apa-apa jawatan dalam parti, tak ada kuasa untuk memaksa agensi kerajaan supaya ikut cakapnya, tetapi beliau berani, sedangkan Najib hingga sekarang takut untuk berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir, inilah beza penakut seperti Najib jika dibandingkan dengan seorang yang berani seperti Tun Dr. Mahathir yang berjiwa pahlawan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Insya Allah.
Kebenaran akan terpancar di Mahkamah.
Jangan takut Dato Sri Najib.
Kebenaran dipihak yang benar.
Siapakah yang benar dalam perjuangan untuk Negara Malaysia sama ada Tun Mahathir ataupun Dato Sri Najib ??????

Anonymous said...

madey non compos mentis
makin hari makin nyanyok!

Anonymous said...

Semoga Allah SWT melindungi DS Najib dari orang2 jahat ini. Dilindungi dari Mahkamah dijadikan alat perkakas mereka yang gila ini.

Nampaknya usaha Mahadey untuk jatuhkan Najib sudah tidak ada alasan munasabah lagi.

Lama kelamaan dia akan keseorangan.

Anonymous said...

Mahadey tak pernah berani lapor satu punlaporan Polis mengenai kunun Najib melakukan jenayah arau rasuah?

tapi dia hanya main isu dan fitnah di media2. Dan sekarang pula main isu saman. Apalah nak jadi dengan si tua nyayok ini. Makin jauh dia dr jalan kebenaran!

Anonymous said...

Mudahan-mudahan Najib diadili dan dihukum dengan setimpal.
Penjarakan Najib atas salah laku sebagai penjawat awam.

Syakeer said...

Mudah mudahan dengan kes saman ini akan membuka jalan untuk membongkar penyelewengan Mahadey 22 tahun dan kezalimannya terhadap rakyat terutama kes pembunuhan Memali yang sehingga kini menjadi 'rahsia' besar hidup Mahadey.

Semoga Allah SWT melindungi DS Najib dari sebarang ancaman dan salah guna mahkamah dan dijauhi dari sebarang tuduhan yang beliau tidak lakukan.

Selamatkan malaysia dari MAHAZALIM gabungan Pakatan Rosak Rakyat! Ameen!

Anonymous said...

political speech ... you know it well, no locus standi ... its just gimmic, chess game... what next is more important .. useless moron 3 goon they are !!

Anonymous said...

Bukan hak anda nak kata ada locus standi ke tak.. biar mahkamah yang putuskan ada lokus ke tak de.. yang aku nak tanya blogger ni ada otak ke tak ada.. cer cek sikit

ilmuminati said...

Beruntunglah mereka yang berlapang dada dlm melihat hal ini. Kerana kebenaran juga seakan bole dinilai melalui cara penulisan dari penyokong kedua pihak..

Anonymous said...

Semoga Najib diadili mahkamah kunun...perghhh ayat...
padahal time dapat BRIM sengih memanjang mcm kerang buruk!!!

Diny Yusof said...

.....najib tidak ada perjanjian.....

Blogger ni mungkin terlupa perkara paling BESAR sebelum seorang itu bolih pegang jawatan Perdana Menteri .
Najib perlu angkat sumpah dan memberi akujanji di hadapan YDP agong .

Anonymous said...

Semoga Allah selamatkan Malaysia dari penyamun2 dan keteresan harta rakyat.

Anonymous said...

X angkat sumpah mana boleh jadi PM, Diny. 2 kali Najib angkat sumpah, pada 2009 dan 2013.

Anonymous said...

kau biar betul....seawal kes ni mula panas Najib arahan siasatan di jalankan secara bebas..... halangan yg Tun sebut tu hanya lebih Kepada hearsay Dan juga tohmahan.sedang daam masa yg SAA 1mdb semakin menemui Jln penyelesaian..... begitu juga dengan ekonomi negara Dan nilai matawang negara.... ternyata ekonomi mencapai matamat Dan lesapkan terbaik Dan nilai RM meningkat sejajar dengan pemulihan harga MINYAK dunia sedikit Dan ketentuan ekonomi negara berbanding ekonomi global....... so PM gaal ker?

Blog Archive