Showing posts with label PRK DUN Tenang Johor. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Tenang Johor. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Kemenagan BN disabotej

SMSes diedarkan pihak tertentu, kononnya pembuangan undi PRK Tenang ditangguhkan, kerana hujan. SPR menafikan SMSES itu.

Ada-ada saja untuk menghalang kemenagan Azhar.

Tenang: Kata-kata akhir DIN @ Nor..... Asmuni

PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi hari ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub.

Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang malam tadi, selepas tujuh hari berkempen sehabis, beliau meminta jenteranya dan semua ahli menerima kehendak pengundi.

“Hanya pengundi Tenang menentukan segala-galanya,” ujarnya malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Azahar Ibarahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah ditentang oleh calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis

Tenang Hujan: Azhar ke peti undi untuk mengundi- Normala tidak mengundi

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditutup, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.Namun hujang, telah turun sejak pagi.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calonBBN Azhram Ibrahim akan mengundi."Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

Calon Pas Normala Sudirman tidak mengundi di PRK ini-kerana calon itu bukan pengundi DUN Tenang.

Saturday, January 29, 2011

Makrof tak kawal: Normala baru nampak ceria

Normala nampak ceria apabila ditemu bual hari ini. Keceriaan Normala itu terpancar di wajahnya.
Makrof yang sakit mental itu tidak mengiringi Normala hari ini. Normala terasa tidak terkongkong.

Cuba perhatikan raut wajah Normala bersama Makrof. Segala-galanya berbicara.

Cikgu Mala tipu lagi- Suaminya patut jumpa doktor psiki-bukan klinik

Pusat Perubatan Keluarga Jalan Segamat yang mengeluarkan MC kepada Makrof Mutalib suami kepada calon Pas DUN Tenang-Normala Sudirman menasihatkan agar Makrof perlu berjumpa doktor pakar jiwa untuk mengubati penyakit kemurungannya.

Namun nasihat itu tidak dituruti oleh Makrof sebaliknya berjumpa klinik Kesihatan Bandar Putera untuk mendapatkan MC.

Makrof mendapat MC daripada klinik swasta itu sejak 10 Januari lalu dan berakhir semalam.

Semasa Makrof yang sepatutnya berehat kerana sakit-namun gelagat Makrof terlihat di mana-mana berkepit dengan isterinya.

Sedang sarapanpun- Normala sedih

Normala sedih. Pengundi Tenang dah awal-awal buat keputusan. Keputusan itu adalah mempertahankan BN untuk mewakili DUN Tenang. Mereka terbiasa dengan tradisi-bahawa mereka sejak dulu di wakili BN.

Pengundi Tenang belum bersedia menongkah arus. Kenangan bersama BN-yang selama ini membela mereka masih mereka rasakan.

Tindak tanduk Mazlan Aliman untuk mempengaruhi peneroka-tidak berjaya. Mereka tahu Mazlan hanya mencari populariti untuk kepentingan pribadi.

Normala sedih dengan perkembangan terkini-harapan untuk melakukan kejutan tidak menjadi.

Akibat jadi calon-rahsia Normala yang selama ini terlipat kemas telah terdedah. Ini yang menyedihkannnya.

Sepekara lagi-suami Normala kini dilabel sebagai penipu. Makrof menipu kerana memperdaya doktor. Menurut cuti sakit yang diberikan-Makrof mengalami Tekanan Mental, namun sejak 6 Janurai lalu, Makrof senantiasa bersama Normala ke mana sahaja calon kesukaan Nik Aziz berada-termasuk bermain dalam banjir.

Memandangkan kepada perkembangan terkini ini- Normala tak lalu makan-lihat lah raut wajahnya bersarapanpun muka sangat sedih.

Harapan Normala jadi YB sirna sudah

Harapan Normala jadi YB sirna sudah. Kisah silamnya, penipuan suaminya, menjadikan ibunya sebagai hamba dan taraf pendidikannya yang selama ini dilipat dengan kemas kini terdedah sudah.

Jika sebelumnya Normala bagaikan singa betina terlepas daripada kandang-apabila semua kisah pribadinya terbongkar-Normala kini bagaikan tikus-merasa takut, merasa pilu, merasa rendah diri dan telah hilang semangat.

Sebenarnya Normala-calon Pas DUN Tenang-tahu suaminya salah guna dan menipu surat Cuti Sakit. Keputusan agar suaminya memperdaya doktor sebuah klinik swasta di Labis memang perancangan mereka berdua. Alasan kokoh Normala mendesak suaminya meminta Cuti sakit agar Makrof dapat menemani calon Pas itu ke mana sahaja- kerana atas sifat muslimah- hanya Makrof sahaja boleh menemaninya ke mana-mana.

Kini-terbongkarnya penipuan Makrof itu-menyebabkan Normala sedih. Manakan tidak-keyakinan menjadi YB kini sirna-atas sebab penduduk Tenang telah sedar dan tahu siapa Normala sebenarnya.

Berselindung dibawah tudung dan raut wajah yang rupawan-rupanya tersembunyi berbagai rahsia yang tersembunyi-antaranya skandalnya 13 tahun lalu-semasa masih berstatus isteri sah kepada suami pertamanya-namun bermain api dengan Makrof.

Kini-juga terbongkar sudah-Normala bukanlah membawa sifat-sifat seorang muslimah-apabila sanggup menderhaka kepada ibunya- Ibunya dijadikan hamba di rumahnya sendiri.

Normala juga adalah individu yang tidak mesra jiran, dan seterusnya tidak mesra alam-apabila bersalaman dengan penduduk cina termasuk wanita-menggunakan sarung tangan-kerana merasa tangan yang disalamnya itu kotor aka menjijikkan.

Kini juga- Normala merasa bimbang-selepas PRK DUN Tenang-suaminya Makrof akan didakwa kerana menipu. Jika sabit kesalahan-Makrof akan kehilangan kerja. Kes Makrof menipu surat Sakit boleh didakwa SPRM kerana menipu. Atas kerja tipunya itu-Makrof dibayar gaji penuh oleh majikannya.

Makrof bebas mengiringi isterinya ke mana sahaja. Makrof tidak perlu menipu- Makrof boleh letak jawatan 24 jam sebagai guru-itu hak dia. Namun-sifat-sifat buruk itu memang ada pada Makrof sejak muda lagi-maka sifat-sifat itu terdedah kali ini.

13 tahun lalu semasa mengikuti latihan guru di Pulau Pinang-Makrof tahu Normala adalah isteri sah orang-namun- Makrof tetap sahaja menggoda Normala dan mungkin juga kedua-duanya saling menggoda-Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Dalam perkembangan yang sama Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, semalam.

Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

ika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.

Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.

"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.

Friday, January 28, 2011

Normala Tak ceria lagi

Normala tak ceria lagi. Sejak semalam mood Normala tidak seperti hari-hari sebelumnya. Normala kesal dan marah-jika sekiranya Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Din Puduraya tidak menyerang pribadi Calon BN-Azhar Ibrahim-pihak BN tidak akan menyerang pribadinya.

Normala juga kesal dengan tindakan Ketua Penerangan Pas Johor yang juga Presiden ANAK- Mazlan Aliman-asyik-asyik mahu berdebat dengan Datuk Ahmad Maslan- akan tetapi tidak berbuat sesuatupun selama kempen. Mazlan menurut Normala-hanya asyik dengan cakap kosong-sedangkan apa yang didakwanya tidak diterima oleh pihak peneroka Felda.

Normala kesal dengan tindak tanduk Mazlan-sehingga kempen Normala di kawasan felda sangat hambar dan tidak mendapat sambutan. Majoriti peneroka Felda sangat marah dengan tindak tanduk Mazlan-yang bertujuan mencari publisiti murahan.

Kesedihan Normala bertambah apabila kisah silamnya terbongkar. Normala juga kesal dan marah kerana status MC suaminya terdedah.Normala juga malu-kerana penyakit suaminya yang selama ini dilipat baik-akhirnya dietahui-Makrof ada penyakit psikitiri aka gila- Makrof dikatakan tiap hari perlu makan ubat SODIUM VALPROATE SEJINIS UBAT MENTAL.

Lihat lah raut wajah Normala-sangat sedih-walaupun bersama kekasih dan bodyguard 24 jamnya Makrof Mutalib.

Kekesalan Normala bertambah-tambah apabila latarbelakang pendidikannya pun terbongar-hanya berkelulusan SAP (sijil am Pelajaran) di peringkat SPM-namun cuba mengajar penduduk Tenang melawan kerajaan-kononnya dia ada perancangan yang lebih baik. Bukan lah menghina... kemampuan Normala dalam mengunakan fikiran dan otak sangat terhad.. penilaian kemampuan seseorang menyerap apa yang diajar adalah melalui peperiksaan...

Normala sedih bila tahu skandalnya terbongkar

Cuba perhatikan raut wajah Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.

Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.

Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.

Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.

Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.

Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.

Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.

Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.

Disebalik wajah rupawan Normala-ada tersembunyi bisul bernanah

Disebalik wajah rupawan Normala ada tersembunyi sesuatu rahsia yang tidak mahu diketahui pengundi Labis yang bakal membuang undi pada hari Ahad.

Dengan berpakaian sedondong sana bertukar-tukar saban hari dan sesana sini bagaikan belangkas yang tidak boleh berjauhan, pasti rakyat rasa hairan.

Dari cerita orang Felcra Sekijang, suaminya ini sangat cemburu dan mengongkong. Cikgu2 sekolah tahu suami dia sanggup tinggalkan kerja untuk hantar Mala ke sana sini.

Cerita MC yang sedang panas membuat Mala tertekan ketika melihat blog-blog. Bagi rakan2 sekolah, mereka sudah biasa.

Makrof menjadi demikian kerana pada Makrof tempat Mala meluahkan rasa rindu dan sunyi ketika belajar di Maktab Perguruan berjauhan dari suaminya Rahman.

Mala merasakan tiada prospek hidup dengan suaminya yang hanya pekerja restoren francis ayam Marybrown.

Apabila hati sudah tidak suka akhirnya berpisah jua dengan Rahman atau yang nama manjanya Abang Man dan berpaling pula kepada Makrof.

Sebelum pergi ke maktab, diadakan majlis persandingan Mala dan Abng Man. Selepas Maktab, orang kampung menjadi hairan kerana ada satu lagi majlis kenduri kendara untuk Mala dengan suami baru.

Suami baru dari pulau pinang ini yang mengubah Mala untuk masuk dan aktif dalam Pas.

Kemasukkan Mala dalam Pas ini menjadikan suasana keluarga Mala yang sudah berkecamuk menjadi lagi kecamuk.

Bapa Mala adalah bekas Pengerusi Koperasi Peserta Felcra. Dari wang koperasi yang ada RM500,000, habis semua duit hingga koperasi berhutang RM1 juta.

Sebaik saja duit banyak, bapa Mala jadi kaki joli. Jadi buah mulut orang kampung, dia sudah ke Siam dan syok dengan satu perempuan lalu dibawa kembali duduk bersama.

Tak lama kemudian kata orang kampung, bapanya kahwin satu lagi dengan seorang wanita Indonesia dan tinggal di Indonesia. Gambar dia dan isteri Indon di letakkan besar2 di tengah rumah hingga dapat dilihat oleh tetamu. Takda segan dia akan ada isteri kedua.

Ibu Mala hanya memakan hati dan merelakan keadaan. Orang sebelah makan daging.


Sejak Mala masuk PAS, dia membawa budaya Pas di Johor yang tidak mahu bercampur dengan masyarakat dan jiran tetangga. Rakan sekerjanya pun meluahkan geram terhadapnya di Facebook.

Peleknya Mala tidak tahu nak pindah rumah lain tapi nak duduk di rumah maknya dengan suami dan anak2.

Ibu tua macam orang gaji di rumah. Sudahlah sibuk setiap hari melayan suami yang tidak tahu jaga hati, ini pula nak jaga makan minum sekolah anak2.

Mala bukan membantu. Sementang ibunya masih lagi orang UMNO, dia anggap ibunya sebagai musuh untuk dia membalas dendam politik.

Mala tidak membantu langsung. Dilonggok segala tanggungjawab hal ehwal rumah supaya dia boleh aktif dalam PAS. Lepas makan, pinggan pun dibiarkan saja atas meja untuk ibunya angkat dan basuh.

Dalam Muktamar PAS tahun 2008, Mala mendapat perhatian Salahuddin Ayub dan Husam kerana kritikannya terhadap parti. Apabila mereka menjawab, Mala bangun sekali lagi membalas jawab.

Ini yang Mala dah dikenalpasti jadi calun.

Lepas ini mala akan jadi terkenal dan selecriti ceramah pas. Lagilah ibunya dibebankan urusan keluarga yang patut dia sendiri uruskan.

Bila ke sana ke mari, suami akan turut mengekor. Lagi banyak MC suami akan ambil dari doktor sedar mereka.Seperti dipetik daripada unspinners.

Patut lah di mana ada Normala di situ ada Makrof

Rupanya kisah silam Normala menghantui fikiran Makrof. Atas sebab itu-di mana Normaala di situ ada Makrof-termasuk bercanda di kala banjir.

Makrof terpaksa menipu-surat sakit atas sebab mengiringi Normala berkempen. Makrof tahu benar Normala sejak 13 tahun lalu-di mana pertemuan mereka-pada masa itu Normala bersatus isteri orang- namun tetap juga berhubungan dengan Makrof. Kisah silam Normala menjadikan Makrof stress dan hampir gila.

Kini Makrof sakit tenat-sepertimana laporan perubatan yang diberikan kepadanya yang tamat hari ini-28 Januari 2011.

Makrof telah mengambil cuti sakit daripada 6 Januari hingga ke hari ini-atas sebab Tekanan.

Skandal Normala terbongkar sudah

Salam 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya pengundi pengundi di Dun Tenang Johor. Sudah 2 hari berturut turut Gomo keluarkan kenyataan Temubual Gomo dan rakan Blogger yang lain dengan para penduduk di Dun Tenang, Felcra Sekijang dan Felcra Kemelah yang merangkumi peneroka, Guru, Pekedai dan jiran tetangga Keluarga Normala KFC.

Hari ini Gomo nak dedahkan pula mengenai Peribadi Calon PAS Normala KFC yang semua sudah mengatahui bahawa Beliau Normala KFC merupakan BEKAS Isteri Kepada seorang pekerja Makanan Segera.

Sebelum itu Gomo ingin berpesan kepada pembaca bahawa apa yang Gomo keluarkan ini bukanlah berniat Jahat terhadap Normala KFC mahupun Keluarganya ataupun Bekas suaminya itu. Namun para pengundi di Dun Tenang perlu mengetahui Latar Belakang Calon bagi membuat keputusan memilih Yang Berhormat yang paling bersih dari segala sudut!!!

Harus juga di ingat Bukan Kami yang memulakan serangan peribadi terhadap Calon PAS tetapi Salahuddin Ayob Naib Presiden PAS lah yang memulakan serangan Peribadi calon BN dengan dakwaan FITNAH Calon BN Merompak Tanah Rakyat.

Ini Ceritanya......

Normala KFC pada 13 tahun yang lalu telah pun bernikah dengan seorang Lelaki yang bernama Abdul Rahman Nordin yang kini lebih dekenali dengan nama Bang Haji. Suami pertama Normala KFC ini merupakan seorang pekerja di Marrybrown JB pada waktu itu. Normala pada waktu ini hanya merupakan Guru Sandaran.

Sejuruh Pernikahan Normala dan Abdul Rahman, Normala telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang hasil dari usaha Bapa nya yang bertungkus lumus meminta bantuan UMNO untuk melayakkan Normala ke Maktab.

Sejurus Normala Sampai di Maktab dan menimba Ilmu lebih kurang 3 bulan selepas itu Beliau telah meminta CERAI dari Suaminya Abdul Rahman hanya melalui panggilan talifon dan Penceraian tersebut di bawa ke Mahkamah Syariah.

Dalam Proses 3 bulan pertama Normala Sudirman ini di Maktab rupa rupanya beliau yang waktu itu merupakan Isteri yang SAH dengan Abdul Rahman telah bermain KAYU TIGA bila bercinta dan berkasih kasihan dengan Maarof Abdul Talib yang juga merupakan penuntut di Maktab perguruan tersebut.

Penceraian antara Normala dan Abdul Rahman ini tidak di ketahui oleh penduduk Felcra Sekijang kerana isu berkenaan di diamkan oleh Normala dan keluarganya.

Menurut rakan sekuliah Normala sewaktu di Maktab, Normala berkenalan dengan Maarof ini dan sering keluar bersama sama dan pada waktu ini juga ramai rakan sekuliah yang tidak mengetahui bahawa Normala waktu itu sudah Bernikah dan merupakan Isteri orang.

Cinta 3 Segi merupakan penyebab kepada penceraian Normala dan Abdul Rahman dan salah satu faktor yang menyebabkan Normala Sudirman bermain Kayu Tiga adalah kerana pandangan HINA nya ke atas Suaminya yang hanya merupakan pekerja di Marrybrown yang di labelkan tidak berkedudukan dan mempunyai masa hadapan yang tidak menentu.

Untuk makluman Normala Sudirman Bekas suaminya yang pertama itu sekarang sudah berjawatan Manager di sebuah KFC bertempat di Lembah Klang. Jika dahulu Normala menghina bekas suaminya itu kerana tidak berjawatan namun kini Beliau Abdul Rahman sudah berjawatan besar dan menjadi Manager KFC yang Suksess.

Emmm Setakat itu pendedahan peribadi Calon PAS Normala KFC. Gomo nak ingatkan kepada para pengundi di Dun Tenang bahawa Normala KFC ini bukanlah seorang wanita yang layak menjadi Pemimpin kerana latar belakangnya yang tidak menentu dan mempunyai Rekod Pernikahan, Percintaan yang memalukan Keluarganya sendiri.

Boleh di tanya kepada penduduk Felcra Sekijang akan peribadi Normala ini yang tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Buat Normala KFC, Jangan di HINA pekerja Makanan Segara kerana setiap kerja yang di lakukan adalah mencari Rezeki yang Halal buat keluarga. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera walaupun mereka tidak sepopular kerjaya Guru. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera kerana mereka juga manusia yang hidup mencari Nafkah dalam meneruskan kehidupan.

Buat Salahuddin Ayob Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang ini Gomo nak ingatkan anda bahawa serangan Peribadi Calon adalah di mulakan oleh anda semua. Kami tidak memulakan serangan peribadi Calon dan di harap Redo dengan TERBONGKAR nya cerita Normala KFC ini yang BERMAIN KAYU TIGA membelakangkan Suaminya dan MengHINA pekerja Makanan Segera.


Malam ini tepat jam 9 Malam GOMO sekali lagi akan membongkarkan Bagaimana Normala KFC Layak masuk ke Maktab Perguruan walaupun Normala KFC hanya berkelayakkan SPM tahap SRP.

MALAM INI TEPAT JAM 9 MALAM NANTIKAN NYA.......... Daripada Bloger PAPAGOMO.

Surat Rayuan Hadi Awang kepada Pengundi Tenang- Penuh pembohongan

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
27 Januari 2011

Mazlan Aliman-Palsukan Surat SUK-Johor

LABIS: Ada pihak dikesan menggunakan taktik kotor memburukkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mengedarkan surat palsu kepada 198 peneroka di Felda Chempelak Barat, di sini.

Surat berkenaan dipos ke rumah peneroka dan menjemput mereka ke Dewan Serbaguna Labis bagi menerima bantuan wang tunai RM300 setiap keluarga yang kononnya diberikan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor.

Ia menggunakan kepala surat Majlis Daerah Labis (MDL) dan ditandatangani Setiausaha MDL, Mohd Farid Kassim bertarikh 24 Januari dengan penerima diminta hadir ke majlis itu mulai jam 9 pagi ini.

Peneroka juga diminta membawa surat berkenaan selain kad pengenalan yang perlu diserahkan kepada kakitangan di pintu masuk dewan serta menegaskan kehadiran mereka ke majlis itu amat diperlukan bagi kemenangan BN.

Pengedaran surat itu didedahkan ketua kampung berkenaan, Ahmed Ali, 63, yang berkata beberapa penduduk datang ke rumahnya untuk bertanyakan kesahihan surat berkenaan yang diterima secara pos pagi semalam.

Ahmed berkata, penduduk yang keliru menerima surat berkenaan mahukan kepastian sebelum beliau sendiri Mohd Farid yang menyatakan surat itu palsu dan membuat laporan polis di Balai Polis Labis, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Saya juga membuat laporan polis jam 3 petang tadi (semalam) kerana tidak mahu ada peneroka di Felda Chempelak Barat terpengaruh dengan dakyah ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata taktik itu satu daripada usaha terdesak pihak tertentu yang mahu membuatkan rakyat terutama di Felda membenci kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran turut membuat laporan di Balai Polis Labis mengenai tindakan sebahagian ahli parti yang menggunakan nama parti untuk menyokong calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau mendakwa tindakan itu didalangi bekas Setiausaha Agung organisasi berkenaan, R Kannan yang menyamar sebagai presiden, sedangkan Kannan tidak lagi memegang jawatan itu selepas dipecat bersama 13 yang lain pada 20 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Sambil mengakui anggota parti itu kini berpecah kepada dua kelompok, Thanenthiran berkata, pihaknya sudah menggerakkan jentera dengan bantuan kira-kira 100 ahli bagi membantu calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Nik Aziz ke Tenang-Hanya Hadir sessi Bergambar bersama Normala

Baju sedondon-berwarna ungu. Pasangan Normala dan Makrof hadir sessi bergambar bersama Nik Aziz sambil bersarapan di sebuah rumah penyokong Pas di Kg Air Panas-Tenang.

Kesian orang tua tu..hanya dipersila duduk kat beranda rumah memperhatikan Normala memperkenalkan dirinya kepada jiran-jiran penyokong Pas itu.

Kempen Nik Aziz tidak mendapat sambutan-mungkin pengundi Tenang-dah maklum bahawa Normala tidak boleh dihadalkan sebagai wakil rakyat.

Penduduk Tenang nampak sangat kelibat Normala semasa banjir kilat- Normala hanya berkepit dengan Makrof dua sejoli bercanda dengan banjir

Selain itu terdedahnya penipuan MC (cuti Sakit) Makrof yang kini menjadi buah bibir dikalangan guru-guru dan pelajar serta penduduk Tenang.

Penduduk Tenang tahu-bahawa Normala dibawa kawalan Makrof. Kerana Makrof penipu, maka tidak mustahil Normala juga penipu.

Yang jelas penipuan Makrof adalah untuk kepentingan diri sendiri. Menipu majikan, menipu pelajarnya, dan menipu ibubapa pelajar.

Rela Kah Normala- Makrof dihukum kerana menipu

Tahun 2009, di Amerika, seorang rakyatnya keturunan yahudi  Bernard Madoff dihukum 150 tahun kerana menipu.

Di Iran-gambar ini adalah hukuman bagi orang yang menipu.

Rela kah Normala- Makrof dihukum??

Thursday, January 27, 2011

Doktor gila- Makrof tidak sakit-diberi cuti sakit

Menipu adalah satu kes jenayah. Makrof boleh dihukum kerana menipu. Doktor yang memberikan cuti sakit juga boleh disabit kesalahan kerana menipu.

Pihak polis boleh bertindak, demikian juga SPRM boleh bertindak kerana Makrof sebagai kakitangan kerjaan menipu majikannya.

Kepada sesiapa pengundi Tenang-buatlah laporan kepada pihak polis dan SPRM perihal penipuan Makrof ini.

Cayalah.. Pas.... benda macam ni pun boleh menipu-apatah lagi kalau membentuk kerajaan.. pasti menipu rakyat.

Normala sangat bangga dengan suaminya-sipenipu itu... jangan-jangan Normala juga bersubahat.

Hebatnya PAS orang tak bayar hutang jadi isu kempen di DUN Tenang

Celakanya pemimpin Pas-orang berhutang dan tidak bayar jadi isu dan bahan kempen mereka di PRK Tenang.

Azhar tidak suruh Mansor Mohamad berhutang ke CIMB dan gadaikan tanah. Mansor sipemilik tanahlah dalam perkara inilah bersalah.

Azhar hanya sebagai pentadbir tanah. Sudah tentu perjanjian antara Mansor yang berhutang pada Bank-jika tidak dapat bayar-maka pihak Bank yang menerima gadaian perlu melelong tanah itu untuk mendapatkan semula wang yang telah dipinjamkan. Istilah "lelong" adalah satu amaun ditetapkan untuk membida tanah itu. Biasanya amaun yang diteentukan oleh penerima gadaian-adalah amaun yang siberhutang belum lunaskan. Jika gadaian tersebut (tanah tersebut) dibeli dengan harga yang lebih daripada amaun yang ditetapkan-maka lebihan amun itu diberikan kepada sipengadai.

Sayang- orang yang tidak jujur seperti Mansor Mohamad sipemilik tanah menjadi maskot pemimpin Pas di Tenang.

Bagi yang waras fikiran- mempolitikkan masalah individu seperti Mansor-menandakan bahawa PAS ketandusan isu di Tenang.

Ditakdirkan Banjir di Tenang- Keupayaan Normala meragukan

Hujan sejak dua hari lalu di sekitar kawasan Tenang mengakibatkan banjir dan seramai 100 orang di empat buah kampung dekat sini terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Mangsa banjir empat buah kampung itu ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran. Kesemua mereka ditempatkan di dewan orang ramai Ayer Panas dan Lembah Bakti.

Akibat banjir kilat tersebut-kelibat Cikgu Mala, calon PAS nampak sangat keupayaannya untuk menjadi wakil rakyat. Normala hanya mampu bersama suami meredah air banjir seperti kanak-kanak, tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Sementara itu Jentera Pergerakan Wanita Umno yang diketuai Datuk Halimah Sadek dan disertai oleh Calon BN bagi PRK N-5 DUN Tenang-Azhar Ibrahim sibuk membantu penduduk untuk menyelamatkan barangan apa yang perlu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pusat mengundi tidak boleh diubah kerana ia adalah kawasan yang digazet mengikut undang-undang tetapi pihaknya akan melihat langkah-langkah terbaik bagaimana untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan juga proses pengundian itu nanti.

Pihak polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Parit dan Saliran diberitahau akan bekerjasama dalam mengenalpasti kawasan manakah yang akan terjejas akibat banjir bagi memudahkan para pengundi keluar mengundi.

Watak Normala-Nilailah sendiri

Blog Archive