Thursday, January 27, 2011

Ditakdirkan Banjir di Tenang- Keupayaan Normala meragukan

Hujan sejak dua hari lalu di sekitar kawasan Tenang mengakibatkan banjir dan seramai 100 orang di empat buah kampung dekat sini terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Mangsa banjir empat buah kampung itu ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran. Kesemua mereka ditempatkan di dewan orang ramai Ayer Panas dan Lembah Bakti.

Akibat banjir kilat tersebut-kelibat Cikgu Mala, calon PAS nampak sangat keupayaannya untuk menjadi wakil rakyat. Normala hanya mampu bersama suami meredah air banjir seperti kanak-kanak, tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Sementara itu Jentera Pergerakan Wanita Umno yang diketuai Datuk Halimah Sadek dan disertai oleh Calon BN bagi PRK N-5 DUN Tenang-Azhar Ibrahim sibuk membantu penduduk untuk menyelamatkan barangan apa yang perlu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pusat mengundi tidak boleh diubah kerana ia adalah kawasan yang digazet mengikut undang-undang tetapi pihaknya akan melihat langkah-langkah terbaik bagaimana untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan juga proses pengundian itu nanti.

Pihak polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Parit dan Saliran diberitahau akan bekerjasama dalam mengenalpasti kawasan manakah yang akan terjejas akibat banjir bagi memudahkan para pengundi keluar mengundi.

No comments:

Blog Archive