Saturday, January 29, 2011

Sedang sarapanpun- Normala sedih

Normala sedih. Pengundi Tenang dah awal-awal buat keputusan. Keputusan itu adalah mempertahankan BN untuk mewakili DUN Tenang. Mereka terbiasa dengan tradisi-bahawa mereka sejak dulu di wakili BN.

Pengundi Tenang belum bersedia menongkah arus. Kenangan bersama BN-yang selama ini membela mereka masih mereka rasakan.

Tindak tanduk Mazlan Aliman untuk mempengaruhi peneroka-tidak berjaya. Mereka tahu Mazlan hanya mencari populariti untuk kepentingan pribadi.

Normala sedih dengan perkembangan terkini-harapan untuk melakukan kejutan tidak menjadi.

Akibat jadi calon-rahsia Normala yang selama ini terlipat kemas telah terdedah. Ini yang menyedihkannnya.

Sepekara lagi-suami Normala kini dilabel sebagai penipu. Makrof menipu kerana memperdaya doktor. Menurut cuti sakit yang diberikan-Makrof mengalami Tekanan Mental, namun sejak 6 Janurai lalu, Makrof senantiasa bersama Normala ke mana sahaja calon kesukaan Nik Aziz berada-termasuk bermain dalam banjir.

Memandangkan kepada perkembangan terkini ini- Normala tak lalu makan-lihat lah raut wajahnya bersarapanpun muka sangat sedih.

No comments:

Blog Archive