Saturday, January 29, 2011

Harapan Normala jadi YB sirna sudah

Harapan Normala jadi YB sirna sudah. Kisah silamnya, penipuan suaminya, menjadikan ibunya sebagai hamba dan taraf pendidikannya yang selama ini dilipat dengan kemas kini terdedah sudah.

Jika sebelumnya Normala bagaikan singa betina terlepas daripada kandang-apabila semua kisah pribadinya terbongkar-Normala kini bagaikan tikus-merasa takut, merasa pilu, merasa rendah diri dan telah hilang semangat.

Sebenarnya Normala-calon Pas DUN Tenang-tahu suaminya salah guna dan menipu surat Cuti Sakit. Keputusan agar suaminya memperdaya doktor sebuah klinik swasta di Labis memang perancangan mereka berdua. Alasan kokoh Normala mendesak suaminya meminta Cuti sakit agar Makrof dapat menemani calon Pas itu ke mana sahaja- kerana atas sifat muslimah- hanya Makrof sahaja boleh menemaninya ke mana-mana.

Kini-terbongkarnya penipuan Makrof itu-menyebabkan Normala sedih. Manakan tidak-keyakinan menjadi YB kini sirna-atas sebab penduduk Tenang telah sedar dan tahu siapa Normala sebenarnya.

Berselindung dibawah tudung dan raut wajah yang rupawan-rupanya tersembunyi berbagai rahsia yang tersembunyi-antaranya skandalnya 13 tahun lalu-semasa masih berstatus isteri sah kepada suami pertamanya-namun bermain api dengan Makrof.

Kini-juga terbongkar sudah-Normala bukanlah membawa sifat-sifat seorang muslimah-apabila sanggup menderhaka kepada ibunya- Ibunya dijadikan hamba di rumahnya sendiri.

Normala juga adalah individu yang tidak mesra jiran, dan seterusnya tidak mesra alam-apabila bersalaman dengan penduduk cina termasuk wanita-menggunakan sarung tangan-kerana merasa tangan yang disalamnya itu kotor aka menjijikkan.

Kini juga- Normala merasa bimbang-selepas PRK DUN Tenang-suaminya Makrof akan didakwa kerana menipu. Jika sabit kesalahan-Makrof akan kehilangan kerja. Kes Makrof menipu surat Sakit boleh didakwa SPRM kerana menipu. Atas kerja tipunya itu-Makrof dibayar gaji penuh oleh majikannya.

Makrof bebas mengiringi isterinya ke mana sahaja. Makrof tidak perlu menipu- Makrof boleh letak jawatan 24 jam sebagai guru-itu hak dia. Namun-sifat-sifat buruk itu memang ada pada Makrof sejak muda lagi-maka sifat-sifat itu terdedah kali ini.

13 tahun lalu semasa mengikuti latihan guru di Pulau Pinang-Makrof tahu Normala adalah isteri sah orang-namun- Makrof tetap sahaja menggoda Normala dan mungkin juga kedua-duanya saling menggoda-Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Dalam perkembangan yang sama Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, semalam.

Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

ika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.

Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.

"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.

No comments:

Blog Archive